CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 19, 2013

baby steps


BE PATIENCE


stay strong little girl, for good things come to those who wait. dua tahun lagi.



congratulation to final year iium dental students who'll be graduating this november. make us proud!








happy Ramadhan  to all muslims out there! 

Monday, June 24, 2013

tua, baru, pinjam dan biru





"Something old, something new. Something borrowed and something blue."







semoga dipermudahkan exam esok, lusa, dan dua minggu lagi. aminn... 

Sunday, May 5, 2013

membuang undi???

xyah bgtau pun aku rasa semua tau dah harini semua rakyat m'sia yg bukan pengundi awl mengundi harini. kalau bukan semua pun, most of them lah kan.. ade yg xdaftar..... teet.. yg dh daftar tp xgi... teeeet.. ade jugak yg pendaftarannya xjadi... teeeeeet.. sape lah org tu kannn..... =P

well 2 years ago i turned 21 so this time around aku berkobar2 nak pegi mengundi for the very first time. gila cuak maks!! dia punya eksaited campur nervous tu mcm nk gi ambik result SPM. dah tu gi mengundi kat skolah.. 

aku dgn segala kejakunan nye nk cerita pengalaman first time jadi voter ni. yg dh veteran dlm bidang mengundi ni, nak kata aku jakun ke hape aku xkisah. firstimer beb! msti lah peghak (i dunno the correct spelling for dat word which also means jakun) habis kan.. 

so mula2 tu mmg xtau nak undi sape. calon kerajaan ke.. pembangkang ke.. bebas ke.. aku mmg xminat politik ni. serius ckp. full of drama. so aku tgk kt tv.. paper... fb... n others (blogs n online news yg duk cte pasal politik bagai nih) n i came up with my own judgement based on my readings n akal yg Tuhan bagi untk aku fikir yg mn aku rs yg terbaik untk aku undi.. n again, undi itu rahsia. i dont tell people (not even my mum or my bestfriends) who i voted for. so kalau yg bertanya tu i'll just say, "ntah la.. undi kan rahsia.. *smile*" 

tadi ade lah mak cik aku dtg rumah. tnya aku undi sape. bila aku jwb mcm tu, dia ckp, "kau jgn farah. kang kau silap undi dh xbley tukar balik. kang kau duk berdua naik kereta je dia dh tangkap khalwat!" masya-Allah.. smpai mcm tu skali ha mentality dia. aku senyum je. ikut hati nk je jawab balik, "xpe lah mak cik. kalau mcm tu bgus jugak. cepat sikit kawen!" tapi fikir2 balik, kang aku jawab mcm tu ade yg sakit jantung orang tua tu.. naya kau!

anyways melalut jauh kedepan pula kita.. so cerita aku mengundi.. pepagi tu bgun.. lepas siap2 bagai ke dapur.. buat teh o untk mama n roti sapu margerine dgn tabur gula sket kt atas. hehe.. ish3.. contoh yg tidak bagus. oke lah tu dari xmakan lansung ye dak? n then pergi lah mengundi.. ramai orang kat skolah tu. beratur sampai keluar pagar skolah. maka aku beratur smpai kt tmpt org tu bg nombor siri bagai.. n saluran mana.. lepas tu dia tunjuk kt mana kena pegi.. aku gi ngundi kat dewan. bgus, xyah naik tangga masuk kelas kat atas. aku dlm fasa syg lemak skrg. hehe.. 

Q kat saluran bagai tu agak panjang jugak. hari dh 8lebih.. agak panas jugak.. cine blakang aku dh brape kali menguap xtahan ngantuk. tetiba abg depan aku duk pusing blakang mintak aku tlg pggkan kertas nombor siri dia, dia nk gi tgk anak dia. aku dh mcm ... errrr... ok.. dalam hati alamak, aku nk buat ape ni? dah tu muka mamat tu bley tahan serupa bangsa pengundi hantu yg diwawarkan ramai dlm fb. kang xpasal2 aku jadi mangsa sindiket ntah pape mcm mn? mane lah tau kan???

duk tggu tu mana lah mamat ni. cpt lah sikit.. dah tu hari dh nk panas ni.. amoi blakang aku dh nguap2 xtahan ngantuk menunggu Q panjang. selari dgn barisan Q saluran 6 tu adalah barisan saluran 5. tetiba duk ttgu tu.....

PROOOOOOOTTTTT

ade pulak yg melepas angin!!!! adoilaaaaaa.... nervous sngt agaknye kot.. hahaha... trus jadi senyap kejap. pastu org2 sambung borak2 balik.. huuu aka-awkwarddddd..........

n then beberapa minit kemudian mamat yg tinggalkan kertas no giliran dia tu pun dtg smula.. Q mcm biasa.. aku kebosanan duk tgk sana tgk sini.. dh xreti dduk diam sebab bosan tggu lama. lepas tu mamat tu mintak amoi depan dia pulak yg pggkan kertas dia. amoi tu serba salah nk pgg, pggkan lah jugak. ohh yg aku perasan, tmpt aku mengundi tu ramai gile org cine. ye lah aku pun dduk kwsn cine. jiran almost 75% cine. maka mengundi dgn org cine je lah.. xpe aku xkisah pun, asal aku siap undi aku nk ikut mama gi pasar. yeahh!! 

amoi yg tlg pggkan kertas undi mamat tu dh resah gelisah sbb dah nk turn dia masuk dewan nk ngundi. tapi batang idung mamat tu xnampak lg. mane pegi? n finally, he came. huu aku dh makin nervous nk msuk dewan nk ngundi. mcm2 aku fikir.. kalau kertas undi kotor mcm mn? klu terkena ink tu mcm mn? kalau kertas aku kira undi rosak mcm mn? waaa tidakkk.. n then finally encik polis yg jaga pintu tu suruh aku masuk..

dup dap dup dap.. cover macho sket jalan masuk dewan. bagi IC dgn no giliran tu. pastu akak tu sebut nama aku kuat2 "HALAMAN 10 NOMBOR 2678. JAMILAH BINTI MAMAT 780613065788" (fiction semata-mata).. n then aku dicat jari dgn the so called dakwat kekal. n then org tu bg 2 kertas undi.. satu oren, satu kuning cair.. 

lepas tu dgn nervousnya aku pegi meja undi, gi lah pangkah mana patut.. sblum tu check dulu pen ade dakwat x.. conteng sket kat kotak penghadang meja undi tu. oke ade ink! berehh!! bukak kertas undi yg dah di pre-lipat oleh akak petugas SPR.. sambil tu baca bismillah bagai.. kertas undi DUN ade 2 calon. parti dacing dgn parti 2 bulan sabit. tgn terketar-ketar pangkah calon pilihan hati. punya nervous smpai pangkah aku tu xsmooth lansung. jagged habis! 

lepas tu bukak pulak kertas undi untk parlimen dgn berhati2 takut kertas undi kena ink yg xreti nk kering lagi ni.. ade 3 calon. sorg parti dacing, sorang lagi parti kunci, sorang lagi parti bulan sabit 2 ketul. aku pun pangkah yang mana patut sambil baca bismillah.. semoga calon yg aku pilih ni org yg selayaknya jadi pemimpin kt tempat aku. kununnyeeeeee.. haha.. and just like my ballot paper untk DUN, my pangkah isnt smooth, jagged sket. nampak sngt nervousnye first time ngundi kann? hehe.. 

dgn penuh rasa bangga aku pun lipat balik kertas tu n then masukkan kat kotak yg sepatutnya.. ade mak cik tolong bukak kan slot peti undi guna pembaris kayu. aku senyum je kat mak cik tu sambil ckp terima kasih kat dia. dalam hati, yay!! aku dh laksanakan tanggungjawab aku sbgai rakyat malaysia!! aku dh pegi mengundi!! weeee  =D

n then keluar skolah tu pergi jmpe mama ckp dh siap undi. mama gelak je. anak dara dia pegi undi for d first time. besor dh anak aku ni, nk gi ngundi dia.. hihihi.. 

anyways, gambar undi ade tp kabel fon xbawak.. so......... tgk lah gambar pekan the cat ni tgh minum air ye..


i just loooove his big round almond eyes!! 

pape pun result mlm ni nnti, aku doakan yg terbaik untk negara kita. God knows best.. yg xpergi mengundi lagi, sila2 lah mengundi ye. xsusah pun.. yg xregister lagi, lepas ni sila pergi register. aku dulu register kat booth puteri UMNO sebelah benteng. diaorg ajak jd puteri umno, aku tolak dgn sopan. xberminat nak involve dgn politik.

kalau 1 hari nanti aku tetiba gatal nk jadi politician, aku nk buat parti gigi lah boleh? =D xpun parti kucing, gambar pekan.. hihi..





pelik, kenapa nama dia membuang undi? kita xbuang undi tu. kita masukkan dlm peti undi..

Tuesday, April 16, 2013

analogi sebuah KEHIDUPAN




life is so much like your're playing see-saw; sometimes you'll be on top, sometimes you will be at the bottom.

just when you think that you're on top of the world-like you own everything, you can see everything clearly from your point of view, suddenly something is taken away from you (say trust, belongings, the person so dear to you) and next thing you know, you're at the bottom-so hopeless and so not cool. you try to get up, you want to be on top again. you kick your feet on the ground and there you are, exuberantly up in the air enjoying your victory.

that's life you know.

if you do not try anything to rise up again after every meltdown and be proud of yourself for what you have been through or keep on regretting things that happened around you, then you can just stay down there hoping someday someone will come by and help you out. yes they'll help you but are you going to help yourself?

you can never expect to be on top or at the bottom like all the time. rule of see-saw (as proposed by moi =P ) if you play alone, you'll always stay on the ground. if you are always on top, you're just selfish. if you're in between, then you're just plain boring.

there's no fun in playing the see-saw if you're all alone or you're see-saw is not moving, right?








im so friggin happy for you mummy guppy! =D remember, no more smoking and drinking after this. its not good for the baby. =P

Tuesday, March 26, 2013

giving up on you


You know, foolishness is a disease. I hope you both get well soon. Because ignorance is its terminal stage, and once you're in it, there'll be no cure. 



aku tulis post ni khas untuk kau, dengan harapan kau baca dan terasa pedas dan bahangnya. kalau kau xbaca, xpe. at least aku dah luahkan ape yg aku rasa sekian lama dan aku xrasa aku mampu nak tahan dah rasa yg dah semacam rojak dalam hati aku ni. rojak sedap xpe jugak. ni dah peram dekat nak setahun lebih.

ya visi dan misi aku dan kau berbeza. ya aku tak nampak apa yang kau nampak dan apa yang kau cari dalam hidup. ya aku tak melihat dunia kau dari sudut pandangan kau. tapi aku disini bercakap sebagai seorang teman yang melihat dari sudut pandangan aku sendiri, melihat hidup kau terpampang dihadapan aku paling kurang 5-6 jam sehari untuk 4 hari seminggu; kerana itu sahaja masa yang aku ada untuk memerhatikan kau dari jauh. aku bercakap sebagai seorang teman yang kecewa, sedih, marah dan geram. seorang kawan yang sudah putus asa kerana tiada tanda penghargaan ditaburkan dari kata-kata mahupun tingkah laku kau. aku bukan hidup mengharapkan pujian dari kau. tapi kalau aku asyik memberi dan kau menerima, di penghujung cerita apa saja yang tinggal pada aku? 

kawan, kau masih muda. jiwa kau jiwa muda. jangan biarkan yg durjana itu menghalang kau dari mengecapi segala kebahagiaan, masam manis kehidupan yang dunia ada untuk kau. segala warna-warna hidup untuk kau calitkan dalam kanvas hidup kau. kau punya pilihan. ya, si durjana itu punya kuasa veto ke atas kau, tapi adakah kau seekor lembu yang bisa dicucuk hidung dan ditarik2 ke hulu kehilir mengikut suka sang pengembala rakus? kau manusia, kau wanita bijak dan berani. mana wanita itu sekarang? ke mana hilangnya wanita itu, gagal aku temui. aku rindu akan semangat dan jenaka dari wanita itu. kerana dia kawan aku, dan aku benci si durjana itu sampai mata tidak lagi boleh melihat, sampai dada gagal bernafas.

aku mahu kau gengam kejayaan dua dunia yang kau ceburi. berbuih bibirku melontar nasihat. semua ibarat air dan daun keladi. aku kecewa. kau bukan tak bijak. kau perlu sedikit usaha dan aku pasti kau akan berjaya. kalau kau sudah tak cakna, aku tak boleh berbicara lebih. nanti khuatir dikatakan menjaga tepi kain orang. tapi ini soal kawan aku sendiri. mana mungkin aku nak berdiam diri. tapi kawan, kalau kau sudah tak ambil peduli, aku pun dah penat nak ambil kisah. lepas ni, jangan kata aku dah tak ambil pusing hal kau. aku dah penat. kita peduli tapi empunya tuan tak nak berubah, aku tak boleh nak tolong. kalau kau sejuk di hutan tebal, aku boleh sarankan kau nyalakan api. tapi kalau kau sendiri tak nak nyalakan api, itu nasib kau, kau sendiri nak kesejukan. 

kau suka bermain dengan kata2 petikan yang kau selitkan dengan nama Tuhan. maka aku juga mahu selitkan untuk kau petikan dari surat cinta dari Tuhan. "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka." maaf aku bukan hafizah, aku tidak tahu ayat dari surah yang mana tapi aku tahu ayat itu wujud. 

kau kata aku tidak akan pernah memahami apa yang kau lalui kerana aku belum dalam fasa yang sama dengan kau. ya, aku mungkin tidak akan faham apa yang kau lalui. tapi aku bingung kenapa kau sewenang-wenangnya ibarat orang kehilangan akal waras setelah kau dengan si durjana itu. jujur aku katakan aku membenci si durjana itu saat kau mula berbicara tentang dia di awal perkenalan kalian. jujur aku katakan aku tidak merestui apa yang kalian ada sekarang. tapi yelah, siapalah aku dan apa sajalah restu aku boleh buat dengan hubungan kalian. aku hanya orang luar. orang luar yang memerhati dari sudut pandangan yang kau gagal lihat. sudut pandangan yang kau lupa untuk lihat. 

teman yang lain juga sama status dengan kau. ya si durjana itu yang utama untuk kau. tapi adakah bermakna kau boleh membelakangkan keluarga kau? teman-teman kau? siapa kau tanpa keluarga kau? fikirkan harapan mereka. fikirkan perasaan mereka. perasaan yang tersirat dan tersurat. yang mereka pamerkan dan yang mereka sembunyi dari kau demi menjaga hati kau. lagi sekali, siapalah aku untuk bercakap lebih. aku hanya orang luar. dan aku tidak mungkin akan faham kerana aku tidak sama status dengan kau. tapi ingat kata-kata aku kawan. di saat aku berada dalam fasa yang sama dengan kau, akan aku tuntut penerangan dari kau, bahagian mana yang kau pernah katakan bahawa aku tidak akan faham mengenai kehidupan berdua kau yang pada waktu itu, aku masih belum hidup berdua. akan aku tuntut penerangan dari kau. aku tuntut. aku bersumpah akan aku tuntut. 

si durjana itu kalau dia peka dengan tanggungjawab yang digalas dibahunya, pasti akan dia fikir mengenai dunia lagi satu yang kalian tidak kongsi bersama. pasti dia menyokong kau mengengam kejayaan dunia kedua kau. bagaimana tidak kau lihat semua ini? bagaimana kau boleh jadi begitu lemah dengan si durjana itu? aku tanyakan sekali lagi pada kau. adakah kau benar-benar rasa kau perlu lelaki seperti itu menyokong hidup kau saban hari sampai mati? sekali lagi aku katakan, kau punya pilihan. dan kau juga mampu mengubah beberapa perkara. tolonglah jangan menjadi lembu. kawanku manusia, bukan haiwan tak punya akal fikiran waras. mungkin benar Tuhan beri si durjana itu khas untuk kau, supaya kau jadi wanita kuat, bukan terus jatuh rebah menyerah dan beserah dengan segala apa yang berlaku. kau bukan begitu yang aku kenal. 

kau pernah berkata, kau berharap hubungan kita tidak akan berubah dek badai yang menimpa februari lepas. aku ingin kau tahu, hubungan kita telah pun berubah. bukan aku seorang tapi teman yang lain juga merasakan begitu. jangan mengharap aku seperti dulu melayan kau. aku sudah penat. aku sudah penat risau pada orang yang tidak risau akan nasib sendiri. aku sudah penat merasa marah. aku sudah penat membenci. aku dan yang lain sudah penat. apa yang kau mahu buat dalam hidup, silakan. andai kau mahu keluar dari dunia yang kau kongsi bersama kami tetapi bukan dengan si durjana itu, silakan.. kerana aku yakin, kau pasti ingin bersama si durjana itu dalam dunia kalian, satu dunia yang mana tidak kami kongsi bersama. 

andai kami tidak memberi sebarang faedah dalam hidup kalian, tak mengapa. tidak perlu si durjana itu menghalau aku, aku dengan berbesar hati akan keluar dari hidup kalian. kerana sejujurnya jauh dalam hati, aku mahu tamatkan riwayatnya andai membunuh itu bukan satu dosa. 

aku tidak akan meminta maaf dari kau andai kau terasa dengan karangan aku. aku tidak akan pernah rasa aku melakukan perkara yang salah. aku tidak akan pernah lupa kau. aku tidak akan lupa mendoakan kau dari jauh. dan aku tidak akan pernah rasa senang dengan si durjana itu, walau sekelumit pun.







dan kawan yang baik kepada kawannya yang lain akan cuba faham kawannya.....

Tuesday, March 5, 2013

sentapzz!!



tin kosong
bodoh sombong

apelah function mereka2 di atas muka bumi ni. buat sakit jiwa je.

aku rasa kewujudan kau haram tiada gunanya. buat penat je dilahirkan di dunia ni. ehh kenapa kau melatah? kau terasa kau tu tak berguna ke? ade aku sebut nama kau? kot kalau terasa diri tu tak berguna dek kerana post ni, sila lah buat diri tu berguna sikit. jangan syok sendiri.

nak cakap pasal orang lain, sila cermin diri tu dulu sebelum menuding jari menyalahkan orang lain. jangan hanya kerana mata kau gagal melihat, kau mengeji mengata. kaji dulu baru nak bercakap, baru tak de lah obvious sangat kau tu berakal tapi akal gagal berfungsi.






kepala berdenyut lagi...

Sunday, March 3, 2013

fenink!!



kalau agak nak buat program/event yg bercelaru pastu xnak dengar ckp org, xnk org tolong, xyah letak aku jadi komiti. dont even think of inviting me to the program. jgn nak tambah pening kepala aku. faham?

jgn sampai aku buat 1 post kat blog pasal kepeningan aku. tgh bersabar ni.








tahniah kontinjen MRSM Kuantan yg menang best overall MRSM masa Minggu Bahasa Zon Timur kat MRSM Kuala Krai! papepun, KKB tetap dihati! =D