CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 28, 2012

i am PISSED






iufuygfufbwjcnwHVBYUFGWeifhcwnuvib ngherg hwfgh aer9gywB2-GTUW4n]t6ytuscnlkq gnw]IJSD VT7Y 5TY2RTGFIJSDB V;87 3BN5T KR BW8TFGT623 RGUFBWELFYT 62R2DWQD YG3kcv FW7YFW VGQEFY6GT 6FWEGU8CBYCGAxuigqba nebftufgbAHJDBjhg g8hbkqadhcKJHB GUIVBHG 8VYG3




STILL TAK PUAS HATI LAGI



PENGAJARAN HARI INI:


  1. KALAU TAK RETI TANYA, PAK HAJI GOOGLE PUN ADA BOLEH TOLONG KAU. JANGAN JADI BODOH SOMBONG. 
  2. KALAU AKU TENGAH BENGANG, DENGAR JE TAK YAH NAK CAKAP LEBIH. CAKAP BANYAK BUAT AKU LAGI SAKIT HATI JE. 





tak tau pape banyak cakap plak. tin kosong betul. kau nak terasa, nak menangis, lantak kau lah. malas aku nak ambik port. cuba baca sikit kat atas tu THESE-FINGERS-WANNA-TALK so shut up and listen. kalau2 kau rasa panas bontot tetiba mengelabah tak tentu pasal baca sebab kau tak tau pape, sila bawak bontot panas kau blah dari blog aku. blog ni cuma untuk orang-orang yang cool sahaja okey?











terima kasih la buat spoil mood aku nak bersuka ria malam ni dengan mama terchenta. terima kasih banyak2. jasamu dikenang ke akhir hayat. lain kali buat la lagi.

Wednesday, July 25, 2012

petang tadi.......

tadi petang dalam pukul 230ptg mcm tu kawan aku ajak temankan dia lawat kawan dia kat hospital. since aku xde pape nak buat so aku pun ikut lah dia pegi.. duk kat hospital sampai pukul 4ptg mcm tu. masa dekat nak balik kawan tu ade cakap dia nak ke ECM beli contact lens dia.. 

aku tengok fon aku. ade miss call dari mama. aku call semula tanya kenapa call tadi. dia kirim beli ayam percik kat Rasamas ECM dengan pai tee kat Chicken Rice Shop. aihh mama ni mcm tau je aku nak ke ECM. fine, pegi la ECM... 

lepas beli contact lens kawan aku tu, dia ajak aku temankan dia tengok2 cincin kat kedai emas dalam ECM tuh. aku macam errr.... betul ke aku nak pegi ikut mak cik ni tengok cincin??? aku bukan reti bab2 emas permata bagai. bukan ape, tak minat sangat.

tapi xpe, layan kan aje.. ape salahnya cari pengalaman kan.... =P

duk pusing-pusing tu sekali aku terjumpa satu cincin yg mmg boleh kira aku berkenan gile lah!! menepati syarat sah cincin fav aku. 

AHAAA!! apekah itu????

Platinum Princess Cut Solitaire Diamond Ring

dah cukup. tu aje. xyah nak batu sampai penuh keliling cincin. sebijik sudah. tapi kena princess cut n tamau gold.. kalau gold rasa mcm....... org tua (oops!) tapi cincin kawen mama dulu gold solitaire diamond ring jugak.

tapi........... cincin tu mahal.... =(     sedih je.. tapi berbaloi dengan kecantikkan cincin tu. bila tengok serious rasa mcm nak rompak kedai tu sekarang jugak! (ambik cincin tu je, yg lain tamau)

kena belaja elok2 ni nnti bley beli cincin kawen mcm kat atas tu. hihihi...

seronoknya ade kawan nak kawen/tunang ni!! boleh bergedik-gedik berangan kawen skali. ahaks!! =P

oke oke kembali ke dunia nyata.. tau dek mak aku mampus aku kena hambat dangan parang. ataoiyaii..











dpt cincin tikam pun boleh kalau dapat hadiah kawen dapur cantik. xde hantaran pun xpe.. ngeeeee..... =P

Tuesday, July 24, 2012

it HURTS



rasa tu datang lagi...
dah hampir sebulan tapi aku tetap macam tak boleh terima kenyataan
aku selalu fikir sebelum tido, bangun tido, tengah buat keje..
aku cuba untuk tidak memikirkan hal tu tapi tak boleh..
sampai bila-bila memang aku akan ingat benda tu
benda yang memang jadi sejarah hitam dalam hidup aku

tipu kalau aku kata aku tak cemburu pada kalian
tipu kalau aku kata aku tak kisah semua tu
tipu kalau aku kata aku tak fikir pasal benda tu
terseksa jiwa raga
tak pernah aku terfikir jadi mcm ni
kenapa aku?
kenapa bukan org lain?
kenapa sekarang?

tiap saat
tiap detik
tengah jaga, dalam mimpi, kat dapur mahupun bilik air
aku terfikir

aku tak pasti diaorg faham atau tak apa aku rasa
aku tak pasti diaorg sokong aku atau tak
harapan yang amat berat untuk aku pikul
entah berapa baldi air mata boleh aku tadah
tiap kali aku fikir pasal hal ni

semua kata "Tuhan ada rancangan lebih baik untuk kau"
"kau mesti boleh get through benda ni sebab Tuhan tak uji hambaNya kalau Dia tau kau tak boleh hadapinya"
well guess what
that's all full of bullshit
all those cliché
dengar sini aku nak kata
"kau tak rasa ape aku rasa, baik kau senyap je tak perlu cakap apa2"

nak ke kanan tak boleh
ke kiri pun serba salah dibuatnya
ke belakang dah memang tak boleh sebab gear reverse tak de
nak terus kehadapan macam2 hal
apa akan ada harapan untuk aku?
orang yang dibuang?
yang di cop dan dilabel serta dikecam?

terima kasih untuk yang sentiasa menyokong
kamu tahu siapa kamu
moga Tuhan merahmati kalian...





rasa macam nak............................ tapi xboleh..

menengok budak kecik duk asrama.....

khamis lepas (19hb Julai 2012) aku telah berangkat ke negeri Indera Kayangan dengan menaiki bas Utama Express pada jam 9.00 malam.. perjalanan hampir 10 jam buat habis badan2 aku lenguh2 (sakit pungkok weyh duk lama2!!!!) 

apekah motif nak pergi berjalan jauh kemain sampai ke sempadan sana? 

sebab nak gi kawen lari la derrr.... 

ohh tidak. maunya aku kena hambat dgn parang dek mak aku nnti. aku telah dihantar oleh mak aku sebagai wakil beliau untuk menziarahi adik aku, Cik Sarah yg tengah bermain-main dan melompat2 dgn penuh girang di MRSM Beseri nun. dah nak puasa ni (time tu lah, time tgh tulis post ni dah 4 hari puasa pun) mak aku nk kirim bekalan untk dia. kurma ngan serunding.. 

jadi pagi jumaat tu dah sampai perlis.. kali kedua aku jejak kaki ke bumi perlis yg mmg hangat gila weyh!!!! awat hangat ngat nih?? sepanjang jumaat tu xde buat pape pun. just pegi skolah dia n lepak2 lat skolah dia. tu je. ohh btw, aku tido kat hostel budak kecik tu. so accomodation FOC. hehehe.. jimat disitu kan..... mkn pun makanan DS dia je. hihi...

pada hari sabtu pula barulah kami berjalan2 sampai tak hengat donia, sabtu tu puasa.. so mula2 skali kami ke arau nak menjemput tetamu khas yg dihangkut oleh train dari KL Central, tak lain tak bukan encik Daniel Azere lah!! hihihi... 


kat stesen arau tu sampai ade la dlm kul 9 mcm tu. ke 9 lebih aku pun xingt dah. tunggu la kejap kat sana sebab nak beli tiket train (kaunter tiket bukak kul 10) balik ptg sabtu tu jugak sebab kalau balik hari ahad, encik Daniel nk ke skolah hari isnin tu, dan dia juga xde tempat tido di perlis. maka kami pulang ke KL ptg sabtu tu jugak.

tiket dah beli. wah wah eksaited terlebih makkk!! ni first time nk naik train nih weyh!! so tiket train kul 7.06 mlm dari stesen Arau ke KL Central. kena ade kat stesen kul 6.45ptg. okey.. bereh!!

lepas dah beli tiket kami gerak ke kangar, nak beli2 barang bagai sampai lah pukul 1 lebih mcm tu membeli belah bagai.. lepas tu mcm dah xtau nk buat ape. hari panas, bulan puasa plak tu. Dan dgn beg2 nya lagi, tu belum kira brg2 Sarah yg beli kemain banyak nye.. jadi kami decide kami nak sewa kete mak kawan Sarah dan berjalan2 di sekitar perlis. hihihi... berjalan bajet la mcm tau sngt jln kat perlis tu kan. xpe, GPS bergerak ade. =P

kami ke Padang Besar, cuma lalu2 je xsinggah pun sebab xde pape pun kat sana. plus aku dah pernah pegi aritu ms hantar Sarah dgn mama n uncle n adam. buat tambah penat je jln2 time2 panas bulan puasa nih. maka kami ke destinasi seterusnya.....


GUA KELAM!!!

tapi xtau la knape dia tutup. pelik aku. kata mak kawan Sarah, dah lama dia tutup. ade emas kot kat situ... =P

since kat luar tu ade mcm sungai sket, kteorg just duk tepi sungai lepak2 je.. niat asal Dan nak basuh muka freshen up sket tapi terbantut niat beliau demi melihatkan air sungai yg x gaya mcm mengalir pun. kaler pun coklat je xmenarik agaknya.. geli mak.

aku ngan Sarah celup2 tangan dlm air je. boleh tahan sejuk air dia. pastu ade la sekumpulan anak muda ni duk mandi2 berandam dalam air sungai tu bajet bukan bulan puasa. ish3.. apa ni jd xtau!! =P

 yeah... muka penat sudah..

lepas dari Gua Kelam hari pun dah pukul 3 lebih almost 4 mcm tu, kami decide nak balik. hantar sarah ke hostel dia. sebelum tu pergi pasar malam kat depan skolah dia beli pulut panggang ngan murtabak bekal berbuka dlm train nnti. sarah beli benda yg sama tambah air kelapa sebijik untk berbuka dia nnti.

lepas tu aku ke bilik sarah untk ambik barang.. mandi2 dan solat bagai.. dalam pukul 5 mcm tu baru lah gerak ke rumah mak kawan sarah untk pulangkan kereta sewa dia. sebelum tu sempat la bg duit belanja sket kat budak kecik tu, n pesan jgn nk main je keje nye, menggatal sana sini, belajau nun. hihi.. ade gaya kakak mee-tali x? =P

lepas hantar kete ke rumah mak kawan sarah tu, kami gerak ke Arau semula. sampai la sana dlm pukul 6 mcm tu. mmg nak smpai dlm kul 6 pun sebab Dan nak mandi2 dan solat  bagai.. kami pun tunggu train......

pukul 7.00 mcm tu org buat announcement suruh tggu kat platform. weeee... xsabaunyewwww!!!

ok sabar budak jakun sabar... 

good thing barang xde banyak mana. cuma ade la bwk bekal untk makan2 berbuka ngan sahur dlm train nnti. air kotak, air mineral, roti dan segala bagai..

huwah huwah train suda sampai!!!!!

okey cari mane 1 coach kitaorg.. Lx2.. dah masuk tu cari seat pulak. kteorg pilih seat katil sebab 10 hours kan, malam pulak tu, best sket nak tido. okey actually aku yg decide, Dan ikut je. hihihi.. aku tido katil atas, dia tido katil bawah. tapi time xtido tu aku duk bawah. makan2 pun kat bawah.

tu dia budak rongak yg jauk xpenah naik train!!

bila sampai waktu berbuka kteorg melantak air sampai dua-dua kembung. murtabak xsentuh pun. huhuhu.. xbley gerak dia punya kembung tu. jadi aku tido jap naik atas. dalam kul 11 lebih tu terjaga pastu baru la makan murtabak tu. time tu baru la lapar.

sambung tido semula tapi aku xlena sngt tido. sbb kdg2 time train berhenti aku terjaga. pastu sambung tido smula. pastu terjaga balik. dalam kul 4 mcm tu dah sampai Tanjung Malim. wuuu sedih.. tamau turun train... xpuas lagi naik train.. 430 kami ke toilet cuci muka, gosok gigi bagai pastu sahur.. hihihi..

makan roti dgn nutella, cupcakes mak Dan buat (sedap yg choc tu.. serious.....) teguk air milo.. dah kenyang.. time tu dah sampai Sungai Buloh.. sedihnye xlama lg nak sampai KL Central. tamau turun!!

dalam pukul 545pagi mcm tu baru la sampai KL Central. cakap babai kat train.. nnti kteorg naik lg ehh? pastu dduk kat ruang menunggu kat KFC KL Central tu kejap, ade org tu ngantuk lagi. kikiki... aku dah xbley tdo dah.
hihihi..... =P

then masuk surau n duduk dlm surau sampai la pukul 730pagi. jauh lg perjalanan aku ni baru nk smpai kuantan. maka kami naik LRT ke gombak lepas tu ambik bas masuk UIA sbb nak ambik kete Dan n gerak ke pekeliling. barang banyak, dia malas nak ulang-alik naik train tuka2 train bagai. maka sebab itulah kami ke UIA terus. dalam kul 9 lebih dah sampai Pekeliling.

bajet nak beli tiekt bas pukul 12-2 mcm tu sebab smpai kuantan nnti xde la petang sangat.. alik2 ambik kau!! semua tiket petang habis. yang tinggal cuma bas Bulan Restu pukul 6ptg. mama dah bising sebab ptg sngt, lama sngt kat KL ntah xtau nk duk mana. tapi nk buat mcm mn.. bas lain yg lagi awl dari tu xde so aku ambik je la. fikir jugak nnti ptg Dan kena balik rumah berbuka dgn family dia. kalau jln jem mcm mn? rs bersalah disitu.. tp ye lah kan, Dan being Dan, dia kata ok je, dia tggu smpai kul 6 bru dia balik rumah. fine. so aku pun beli tiket.

jadi dari kul 10 sampai kul 6 tu nak buat ape??? maka berlakulah satu sindiket penculikan yang xde la brape nk berjaya sngt sebab penculik pun xtau nk culik pegi mana. hahaha... tp first2 tu pegi putrajaya.. pusing2 sampai kul 11lebih mcm tu. lepas tu dah xtau nk gi mana. maka Dan cakap..

"pergi Seremban nak?"

jadi kami pun ke Seremban. masuk Seremban Parade, tengok kolej lama dia, tengok tapak bazar ramadhan terbesar kat mesia, pastu balik KL semula dlm kul 3 lebih almost 4 sampai KL. lepas tu ke Wangsa Walk berjalan lagi. pastu ke Jusco nak beli takoyaki fav haku untk bekal berbuka dlm bas ngan McD.

pukul 5 ke Pekeliling bajet2 jln jem tapi xpun. last2 ambik kau 10 minit je nk ke pekeliling tu. duk la tggu bas lama tercanguk kat pekeliling tu. lepas cakap babai kat hencek Daniel bas pun gerak.. aku berbuka kat Temerloh ngam2 pak cik bas stop kat hentian RnR Temerloh tu dah berbuka. dalam kul 930mlm aku sampai kuantan n mama ambik kat terminal. punya la penat sampai2 tu je aku mandi pastu tido xsedarkan diri. barang pun xkemas pape pun lagi.

jadi tu lah dia... almost 3 hari trip yg bwk aku pegi ntah brape negeri aku pun xtau la. paling best bila dapat naik train!! weeee.... =D

thnx untk hencek Daniel Azere kita sebab kalau dia xteman kan aku naik train, mak aku xbagi aku naik train sorg2 n xdpt la aku naik train pastu berangan konon mcm cte Harry Potter. hihihi... teman smpai ke perlis, ni yg syg lebih ni! ni yg nk jd menantu pak cik Azemi nih! (amboihh gatal kau nyahh!!) deym rugi xpegi Siam dah alang2 ke Padang Besar kan? =P

trip yg mmg xkn pernah lupa. thnx to mama sbb bg pegi Perlis sorg2 dari Kuantan n bg naik train jauh2 for the first time. hihi.. mmg syg tiada tandingan lah!!






lepas ni naik ETS pegi Ipoh plak ehh? =D

Wednesday, July 18, 2012

state of DENIAL



me think so too...
dont worry. im not on Diazepam








some women think that men in uniforms are irresistible, but i'll go for one wearing shirts; a blue shirt perhaps? =)

Wednesday, July 11, 2012

how much can you HANDLE?




"Yet nothing can to nothing fall,
Nor any place be empty quite;
Therefore I think my heart hath all
Those pieces still, though they be not unite;
And now as broken glasses show
A lesser hundred faces, so
My rags of heart can like, wish, and adore,
but after one such love, can love no more" - John Donne






Life sucks a lot of the time huh? But you know, if you can get through a heartbreak, you can get through almost anything..

Friday, July 6, 2012

projek cuti sekolah (#2): Lemon Cheese Cake

jangan kau tanya apesal kek nih kecik cinonet aje. harus diketahui manusia yg menghuni rumah aku ni kurang suka akan cheese cake. jadi nya mmg aku buat custom made petit sized lemon cheese cake.. 


camera tertinggal kat hostel. apa mau buat....


ini resepi ade dalam buku cupcakes yang encik daniel azere bagi kat aku. tetiba rajin nak buat sebab ade cream cheese yg xguna time nk buat red velvet aritu. jadi alang2 dah ade, kita buat lah! ye dak?

baiklah tanp membuang masa lagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. ini dia bahan2 yang kita perlu ye kalau kita nak buat cheese cake yg masyuk nih..


  • 100 g biskut mudah hadam yg manis
  • 50g butter yang dicairkan
  • 2 x 250g peket cream cheese yang dah dilembutkan pada suhu bilik
  • 2 sudu besar hirisan kulit lemon
  • setengah cawan gula kastor
  • 2 bijik telur
  • satu sudu teh esen vanilla (yg ni aku saje letak)

okey untuk crust dia, ambik biskut tuh dan korang hancur2kan dia. boleh pilih sama ada nak blend atau sumbat dlm food processor. aku blend kan haje. lepas blend semua bagai, masukkan melted butter tadi.. gaul gaul dia dan letak kat dalam bekas yag korang nak guna. padat-padat kan dia dan sumbat masuk dalam fridge untuk 30minit..

okey sementara nak tunggu 30 minit tu, boleh la ready2 untuk lapisan cheese kat atas tuh. okey first korang pukul cream cheese dengan gula sampai dia lembut fluffy2 mcm tu. then masukkan kulit lemon. time ni aku duk rasa2 tadi masuk dalam mulut "homai sodap gilooo!!!" rasa masam2 manis mcm ade carnival dlm mulut aku. tambah dgn cheese lagi. wallahhh!!

okey lepas pukul segala benda tu, masukkan telur dengan esen vanilla. pukul2 lagi sampai sebati lepas tu korang letak la kat atas crust biskut yang korang dah buat tadi. lepas tu boleh start bakar..

nak bakar cheese cake ni ade cara dia.. dia kena bakar dalam waterbath. caranya senang je.. korang balut bekas pembakar yg korang guna dgn aluminium foil. lepas tu korang masukkan bekas pembakar tu dalam bekas lain yg lebih besar saiznya berisi air. tujuannya nak kekalkan moist pada cheesecake tu. tips ni aku belajar malam tadi dengan kawan skolah aku, Aaron yang skrg sudah menjadi seorang chef di Hayatt KL. wahh gitu! 

nak tau dah masak ke x, tekan2 bila dia firm tu ok lah. jgn cucuk2 mcm buat kek biasa sudah. 

okey slice kedua sudah habis, nak masuk slice ketiga. lupa nak bgtau.. aku xminat sangat cheese cake tapi kek ni aku boleh telan sebab dia xde rasa cheese sangat. mungkin berlawan dgn rasa lemon tu kot. tapi serious sedap. tarak tipu punya. 

and ohh, yang ni resepi sebenar ye. yang petit sized cheese cake aku tuh, aku guna separuh dari sukatan asal. kalau sape2 nak buat first trial boleh kurangkan half dari ingredients dia..







caramel mud cake bila plak nak buat nih? kikiki...

Thursday, July 5, 2012

projek cuti sekolah (#1) ayam halia dengan maduuuuuuu....

cuti cuti wehh.. asal bila cuti je kalau balik rumah mmg xde keje lain lah aku. jadi bibik sepenuh masa mak aku. tapi selalu syif bermula seawal jam 7 pagi-kena pegi pasar pagi cina kat blakang umah beli brg dapur, sampai la pukul 8-9mlm lepas habis dinner.. 

ini hari for dinner aku try resepi baru dalam buku yg aku beli masa book fair kat SASICC aritu. dah kata buku omputih, nama dia jadi Ginger Chicken with Honey. yum yum.. honey my fav!! =D

yeah i blame the low quality phone camera (sigh)

anyways resepi ni aku banyak alter2 sebenarnya.. sebab kebanyakan bahan xde kat rumah aku. mama, u need an emergency groceries shopping, stat! kalau dah sampai sos cili sos tomato xde, black pepper dah tinggal ciput, mmg susah la nk buat pape.. (baru teringat nk buat telur bistik. deym!!)

anyways nk buat ayam ni tak susah mane pun.. korang perlukan....


  • daging ayam (boleh pilih nk bahagian dada atau paha) yg dipotong dlm bentuk fillet
  • halia yang dihiris halus2 gile2 (sagat je senang)
  • 5 spice powder (boleh cari kat supermarket)
  • minyak zaitun
  • minyak untuk mengoreng (guna minyak senyonyong pon bolehhhhh)
  • bawang putih dititik
  • sikit halia untuk tumis (boleh ambik sikit dari yg korg guna untk marinate ayam)
  • asparagus yg dipotong dlm 3cm mcm tu (aku guna kacang panjang je..)
  • kicap 
  • madu

ok memula ambik ayam, halia dgn spice tu korang marinate kan dia. sebab rumah aku xde 5 spice tu aku guna serbuk ketumbar, jintan kasar, lada hitam n serbuk kunyit. semua dalam 1-2 cubit je.. lepas tu aku letak skali 2 cubit garam n 1 cubit gula. ngan dalam sesudu besar minyak zaitun. perap la dlm setengah jam ke, semalaman ke...

first goreng ayam tu until brown dan ketepikan dia.. then korang tumis la halia dgn garlic tuh. pastu masuk kacang panjang. pastu masuk ayam... pastu masuk kicap dalam 2 sudu besar.. pastu masuk madu. tapi rumah aku xde madu (kan aku dah kata, mmg kena pegi shopping brg dapur ASAP) aku guna golden syrup yg aku guna untk baking. lebih kurang je rasa dia n warna dia cuma dia kurang manis berbanding madu. tapi untk org kencing manis bahaya sebab kandungan gula dia tinggi. 

lepas masuk2 semua benda tu letak air sikt. sikit je jgn bnyk sngt. pastu rasa lah. kot termanis ke, termasin ke, tak cukup rasa ke.. pastu korg hidang la.. pastu ambik gambar n masuk blog mcm aku. kikiki.... pastu masuk seketul dlm mulut. pastu syok sendiri sebab sedap. kikiki....

aku terfikir, kalau letak mushroom msti best kan? esp enoki mushroom yg putih2 halus2 tu.. msti masyukk gila. ok2 xpe2 kita try lain kali. hihi..

and sorry lah kalau resepi yg aku bagi nih xde dlm sistem metrik. aku mmg xreti nk masak ikut timbang2 ukur2 nih. semuanya dibuat sesedap rasa. so pandai2 la korg survive. klu korg nk try, sila. aku dah xsabar nak makan nasik ni. 

makcik2 diluar sana, xnk ambik sy buat jd menantu ke? kikikiki..... =P





hensem sangat hah pakai baju melayu. tergoda i!! =D

Tuesday, July 3, 2012

mama cakap........ (#1)



"orang zaman sekarang xde dah yang macam aur dengan tebing. semua dah macam enau dalam belukar.."



hemm.. aku pun rasa macam tu jugak. bagus la semua pakat nak 'melepaskan pucuk masing-masing'. aku harap korang berjaya dunia akhirat buat orang lain macam tu. xde hati perut punya manusia.








jalan-jalan balik prep dalam hujan bawah payung sambil cerita pasal homework sejarah =)

Sunday, July 1, 2012

I AM TITANIUM





You shout it out
But I can't hear a word you said
I'm talking loud, not saying much
I'm criticized
But all your bullets ricochet
You shoot me down
But I get up

I'm bulletproof, nothing to lose
Fire away, fire away
Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away

Shoot me down
But I won't fall
I am titanium







or maybe admantium??? =D