CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 29, 2010

hello SINGAPORE

tak sabar nak tunggu hari esok sbb nak gi singapore. bebudak CTS uia buat trip ke singapore weekend ni dan kebetulan ad beberapa kekosongan so Amal ajak la aku gi. bagai bulan jatuh ke riba peluang ni dtg sbb kami mmg planning nak backpacking to singapore bila dapat scholar. so dah ada peluang mcm ni, pe lg. rebut jgn x rebut!!!

hey merlion!! see you on Saturday!!

segala persiapan nak gi dah setel. pasport, duit dah tuka, tinggal nak packing je esok ptg. farah sila jgn lupa bawa camera dan shades anda okay?

ada 5 org budak dentistry yang join trip ni. aku, amal, Bad dan ke-on. dan sorang senior 3rd year, izral. asal jumpa izral je, msti ckp pasal singapore. hehehehe..

tgh hari sabtu kami bakal ke arab street dan aku nak melantak kt zam zam. nak mkn murtabak 3 lapis. ptg tu pulak ke sentosa island dan malam tgk show song if the sea.

air masak jgn lupa bwk ye. dan payung. kot kalau hujan.

sendiri cari pasal sendiri tanggung

kenapa kita (ke aku sorg je sbnrnye?) suka cari pasal kat org yang tak sepatutnye kita cari pasal. cari pasal dalam ayat di atas merujuk pada emosi. bukan fizikal. harap maaf aku x buat gelanggang tinju di mana-mana.

member2 dah pesan, jgn bermain dgn api. mak dah pesan pesanan yang sama. kelak terbakar jari sendiri. tapi kau degil izzati. nak jugak cari pasal. yang terluka kau jugak. yang terseksa jiwa raga kau jugak. yang sakit kau jugak.

kenapa nak sakitkan hati sendiri? tapi rasa suka tu tak boleh dipaksa. dia datang naturally. nak dibuang payah. seperti susahnye nak asingkan garam dan gula. aku ingat dgn meletakkan buku tebal di hadapan lilin yang sedang menyala, aku tak kan dapat tengok lilin tu. tapi ternyata sinar dari lilin tu tetap ada. tetap nampak even aku cuba cover dgn menda lain. satu je yang boleh buat aku xdapat tgk nyalaan lilin tu. iaitu dgn padamkan api lilin tu. tapi aku tak bleh padamkan lilin tu sbb aku perlukan dia untk menerangi bilik yang gelap.

tak faham dgn ayat di atas? ia hanyalah analogi. jgn risau xkuar exam. xperlu hafal dan fahamkan.

kenapa mesti kita suka pada benda yang tak sepatutnya kita suka? and yet sangat susah untk menghilangkan kesukaan kita pada benda itu.

sebenarnya aku tak tau pe yang aku nak. yang di depan mata tak dapat, inikan pula yang jauh. jauh dimata dan jauh untuk digapai.

perlukah kau minta amal berikan kau cermin yang sungguh besar, baru kau nak sedar siapa kau sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan 'dia'? 'dia' yang sentiasa dihati 'dia'? dan kau hanya ibarat adrenal gland ditepi ginjal. yang berlainan peranan tak seperti ginjal dan ureter yang saling melengkapi.

sedar la weh. bangun. reality check. atau kau nak kena sepak sampai mandible tercabut baru kau nak sedar diri wahai izzati?



mood malam ni bila xdpt burn CD: emo dan jiwa-jiwa

Tuesday, July 27, 2010

semalam, hari ini, dan esok

semalam sangat gumbira.
tapi dah nak petang tu ada unsur2 duka sket.
hari ini indah.
siap main-main kat cafe lagi. and i can feel the vibration once again
esok?
tak tau. i hope for the best.


tadi pergi tukar duit untk pergi Singapore weekend ni. sebelum tu hantar Amal photostat buletin Denss. kayna pulak nak pos barang Herbalife kat Poslaju.

esok kena cuci kereta dan isi minyak.


ps: hari ni behday Dinie

Monday, July 26, 2010

skill baru

masuk 2nd year ni, aku dah mula develop skill baru. skill yang ntah keluar dari gene mana chromosome mana aku pun tak tau. yang pasti dah brape hari dan malam skill aku ni aku asah dgn menggunakan batu asah diimport khas dari Brazil. knape Brazil? ehh suka ati aku lah nak letak negara hape pon!!

mahukah anda semua rakyat jelata mengetahui apekah skill yang aku perkatakan itu?
haaa ini dia....

skill tertido depan laptop

yeahhhh dgn ayunye aku tido depan laptop. dgn fb terpasang, blogger terpasang. lagu dari player tak tutup. dgn segala game still tgh main, aku tido depan Baby Lola terchenta.(perhatian: lappy aku bernama lola okay)

biasanya aku tido dpn lappy klu 11 lebih n terjaga mengikut keadaan dan pasaran semasa. klu penat gila pernah sekali aku terjaga n kembali ke posisi asal kul 2 pagi. time tu la nak tutup lampu, on lampu tido, off lappy. then tarik blanky yg gebu dan sejuk dan sngt best dan peluk bantal kesayangan.

klu dlm movie ke, novel ke, drama ke... slalu klu org ttido dpn lappy ni, awek or balak or laki or bini dia akan kejutkan ke, selimutkan ke, ape ke kan? tapi untk kes khas mcm aku ni, sendiri mau ingat la deyyy!! xde sape nak kejutkan kau, nak selimutkan kau, nak dukung kau letak atas katil seperti posisi normal. kau nak tido dpn Lola terbungkang terkangkang kesejukan xde selimut ke, suka hati kau la. lantak kau lah. xde sape heran. nasib org bujang....... nk buat mcm mn kan?

jadi untuk mengelakkan skill aku tu terus berkembang hingga ke tahap yang lebih tinggi, aku bercadang untk tidak meneruskan latihan pada malam ni. mau log off, mau shut down lola dan tutup lampu mcm biasa. dan seterusnye landing dan berbungkus dlm blanky yg sngt best esp ujan2 mcm ni....

so long sista!!! good nite

Saturday, July 24, 2010

berhati-hati dijalan raya

should i give up or should i keep chasing pavement
even if it leads no where

adele-chasing pavements


1st time dgr lagu ni kat citer wild child. 1st time dgr trus jatuh ati.





sngt rindu pada kuceng-kuceng ku.. esp teh yg sngt manje.




ps: tajuk entry xde kaitan dgn post. sbb tak tau nk bg tajuk pe.


Friday, July 23, 2010

hari yang.......

TEKEY?

MENCABAR JIWA MINDA DAN KESABARAN?

dan di penghujungnya ada saat-saat indah. kan Allah dan kata, 'verily along every hardship there's a relief"

dinner dgn kengkawan di Black Canyon



dan last skali melantak baskin robbins







Tuesday, July 20, 2010

rasa nak rendam broadband ni dalam sungai blakang UIA

sakitnye la hati dgn internet connection 2-3 hari nih.

berukband buat perangai mcm beruk hutan blakang uia. nak guna wifi uia time2 ramai student ni? jgn harap la...... sampai pagi esok belum tentu habis upload gmbar segala bagai.

rasa nak jerit je mcm ni ha

WARRRGHHHHHHHHHHHHHHH

dari semalam aku nak upload gambar kt blog pasal aku kuar bukak puasa dgn filani, anep dinie dan amal tapi tunggu punya tunggu sampai tido kul2 aku semalam alik-alik ERROR!!! kurang ajaran punya connection

nak email kat filani gambar pun xboleh ha. balik dari kelas tadi nak la try kan. kot la dapat upload sket... HARAM. serupa je lembab nye. mengalahkan org bawak kereta sambil kira batu tepi jalan.

tapi mujur la hari ni mood aku agak ok la sbb special tray untuk subjek prostho dah siap. dan ada beberapa insiden yang mengumbirakan hati ni. so xde la nak hangin sangat. tapi kalau hinternet ni lembab lagi untuk beberapa hari akan datang, mmg la.



ps: kepada mereka yang berkenaan, sila jgn nak sibuk jaga tepi kain org. mind your own business. aku tak sibuk hal kau, kau jgn nak gedik ambik tau hal aku pas tu sibuk gi cerita2 kat org lain. nak aku sumbat mulut kau dgn sipar jamban Bata saiz 5 aku?