CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 28, 2010

GERMANY vs ENGLAND

England pulang ke rumah masing2 manakala Germany masih di Afrika Selatan dan berlatih sedaya upaya untuk menentang Argentina pada 3 July nnti klu xsilap untuk quarter final.

semalam jam 10 mlm waktu malaysia berlansungnye perlawanan germany menentang england di Free State Stadium, Mangaung. German menang 4-1. weehooweehooo!!!!

gol pertama dibuat oleh Klose dgn mudah seawal minit ke 20. si penjaga gol england, encik James tak dapat menghalang klose dari menjaringkan gol untuk germany.

seterusnya pada minit ke 32 menyaksikan satu lagi gol hasil tendangan kaki kiri encik Podolski apabila dia yang free tidak dijaga oleh pemain england menerima bola dari Muller.

england bangkit dan nekad mahu ke suku akhir. encik Upson menanduk bola lalu bolos ke pintu gol yang dijaga oleh Neuer. maka satu gol untuk england di situ. aku ngan elia dh cuak gila takut england mendahului. uuuu xmau.

tidak berapa lama kemudian encik Lampard dari england menyepak bola. terkena palang dan melantun masuk ke dalam kotak gol tapi si referee pulak tak perasan so sepatutnye dah gol tapi tak dikira. kalau tak england dah 2 mata menyamai germany.

the youngest player of the team, thomas muller

masuk separuh masa kedua dua lagi gol untuk germany sumbangan Thomas Muller. satu pada minit ke 67 dan 1 lg 3 minit lepas tu. dia telah dipilih sebagai man of the match. weehooweehoo!!!

atas kemenangan ini, germany menghantar pulang england and so you guys can have a nice cup of tea. ngeeee..

argentina menentang germany. no comment. all d best germans!!

0 other fingers talking:

Post a Comment