CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 29, 2010

sendiri cari pasal sendiri tanggung

kenapa kita (ke aku sorg je sbnrnye?) suka cari pasal kat org yang tak sepatutnye kita cari pasal. cari pasal dalam ayat di atas merujuk pada emosi. bukan fizikal. harap maaf aku x buat gelanggang tinju di mana-mana.

member2 dah pesan, jgn bermain dgn api. mak dah pesan pesanan yang sama. kelak terbakar jari sendiri. tapi kau degil izzati. nak jugak cari pasal. yang terluka kau jugak. yang terseksa jiwa raga kau jugak. yang sakit kau jugak.

kenapa nak sakitkan hati sendiri? tapi rasa suka tu tak boleh dipaksa. dia datang naturally. nak dibuang payah. seperti susahnye nak asingkan garam dan gula. aku ingat dgn meletakkan buku tebal di hadapan lilin yang sedang menyala, aku tak kan dapat tengok lilin tu. tapi ternyata sinar dari lilin tu tetap ada. tetap nampak even aku cuba cover dgn menda lain. satu je yang boleh buat aku xdapat tgk nyalaan lilin tu. iaitu dgn padamkan api lilin tu. tapi aku tak bleh padamkan lilin tu sbb aku perlukan dia untk menerangi bilik yang gelap.

tak faham dgn ayat di atas? ia hanyalah analogi. jgn risau xkuar exam. xperlu hafal dan fahamkan.

kenapa mesti kita suka pada benda yang tak sepatutnya kita suka? and yet sangat susah untk menghilangkan kesukaan kita pada benda itu.

sebenarnya aku tak tau pe yang aku nak. yang di depan mata tak dapat, inikan pula yang jauh. jauh dimata dan jauh untuk digapai.

perlukah kau minta amal berikan kau cermin yang sungguh besar, baru kau nak sedar siapa kau sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan 'dia'? 'dia' yang sentiasa dihati 'dia'? dan kau hanya ibarat adrenal gland ditepi ginjal. yang berlainan peranan tak seperti ginjal dan ureter yang saling melengkapi.

sedar la weh. bangun. reality check. atau kau nak kena sepak sampai mandible tercabut baru kau nak sedar diri wahai izzati?



mood malam ni bila xdpt burn CD: emo dan jiwa-jiwa

1 other fingers talking:

Anonymous said...

cam hentam akuh jerp
huhuhuhu

Post a Comment