CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 28, 2010

cik huda jangan back hand sya dan saya ok?


dalam pukul 4 lebih, seawal jam 5 mcm tu (faham tak ni pe yg aku cuba sampaikan ni?) tetibak aku dpt call dr seseorang. sape ekk? takkan mama? mama dah balik. aku tgk fon.

Sya

cessss.. ingt mamat mane la tadi. dh berangan dh org2 tertentu yg call tapi sangkaan meleset seperti kereta yg rosak brek turun bukit bay route.

hemm.. pe budak ni nak. tetiba je call nih. aku pun jwb la....

sya: farah, ko kt mana tu?
aku: kt rumah. asal?
sya: bila kau balik?
aku: khamis lepas. cuti sampai ahad
sya: jom bukak puasa sama kat padang depan masjid.
aku: ha? ok je tp nnti aku tnya mak aku dulu boleh ke tak. tapi sya aku xde transport.
sya: aku ambik ko kat rumah. nanti kalau mak ko bg green lite roger aku

makanya aku ke dapur. tnya mama boleh ke tak bukak puasa dgn sya. mama kata "ok, suka hati awak la." terus aku msg sya cakap mama bagi keluar.

so dalam pukul 530 mcm tu sya sampai rumah. gerak ke padang. jalan menuju ke padang depan masjid tu toksah kata lahhh... berjela2 berderet2 kereta beratur. dgn motor selit sana selit sini. ish xsyg nyawa betul. aku himpit dgn keta depan kang baru tau. mujur la bukan aku yg drive, klu tak, nasib la kau wahai penunggang motor yg kurang berhemah.

sampai kat padang depan masjid, pak imam masjid dh start pasang mp3 org baca ayat quran. zaman dah modern, ape barang kaset kaset ni weh. cucuk pendrive sudah..... bila dgr org baca ayat quran tu, aku dah macam, "alamak sempat ke nak beli food ni?" last2 aku ngan sya makan mee dan nasi goreng kawah, ayam bakar yg dh sejuk n air bungkus2 yg dh sedia dibungkus.

pas beli food gi cari kawan sya yg dah copkan tempat. maka ade la aku, sya, kwn dia fatin dan bf si fatin ni ha. aku tnya la sya asal bf dia xjoin skali. rupenye bf dia di kelumpo sana. baekk. maka kami pun makan



harap maaf gadis berbaju pink sudah berpunya. sila cuba sekali lagi


pas abis makan tu nak ambik gmbr hantar kt huda. bg dia jeles sbb kteorg dh jnji nk bukak puasa same2 tp sbb dia ballik dari uitm lambat sangat, maka aku ngan sya bergurau kata kteorg nk bukak puasa sesame tinggalkan dia. alik2 menjadi nyata. xpe huda, bila ko balik kte bukak puasa sesame lg kay? ko blanje. wakakakaka

jadi sape sya ni? sape huda ni?
sya n huda bukan budak skolah aku. juga bukan budak uia sama ngan aku. tp diaorg adalah kwn yg aku kutip (jgn marah, nnti cepat tumbuh jerawat) masa keje pas SPM bertahun lepas. cik sya ni budak shahputra, ambik dip in ofis admin. manakala cik huda kita blaja kt uitm jengka ambik dip science. even kteorg xpernah satu skolah, tp seronok keje ngan bebudak ni. mereka menceriakan suasana kedai wafer kat tunas manja beserah.

maka itulah dia cerita yang beta ingin kongsi bersama rakyat jelata beta pada hari ini. esok beta bakal pulang ke istana kedua beta. ohhh dh seronok dduk kt istana bonda tetiba kena kembali ke istana kedua. sngt xsyok. okay, sarah sudah tido. mau join dia dan bersedia untuk di-wrestling oleh budak kecik itu =P

0 other fingers talking:

Post a Comment