CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 4, 2010

Senyuman Menawan Sepanjang Hayat =D


Bandar Indera Mahkota, 3 oktober- sejumlah 100 lebih pelajar kulliyyah pergigian UIAM kuantan serta beberapa orang staff telah mengadakan satu program khidmat masyarakat bertempat di dewan KRT indera mahkota jaya. program yang bertujuan untuk memperkenalkan Kulliyyah Pergigian di UIAM kuantan dan untuk mendidik penduduk setempat akan kepentingan penjagaan kesihatan gigi telah dirasmikan oleh pengerusi biro IT dan pendidikan KRT, tuan haji mohd noor bin nawi.

persiapan untuk program berkenaan telah bermula lebih sebulan awal (agaknye). pada hari sabtu 2 oktober, pelajar-pelajar UIAM yang terlibat telah datang untuk membersihkan dewan yang kelihatan saling tak tumpah seperti 'haunted mansion'. kerja-kerja menyapu sampah, mengemop lantai, membuang sawang dan mencuci tandas yang begitu menjijiskan telah dilakukan oleh pelajar-pelajar UIAM. kumpulan khas SWAT team(Specialist With Any Toilet) telah dipanggil untuk membersihkan tandas yang dah boleh buat lab microbes. hasilnya, tandas dewan boleh digunakan dan kelihatan seperti baru!!! dewan tidak lagi berhabuk teruk, tiada lagi sawang mawang si tukang pawang menyelimuti dinding-dinding dewan.

program tamat pada jam 5 petang. dekan Kulliyyah Pergigian, mejar (B) Assoc. Prof Dr Akhbar Sham Hussein telah bermurah hati membelanja pelajar-pelajar beliau 3 buku kek lobak merah dari restoran 'resepi rahsia'. penulis hanya makan sepotong kek kerana tak tahan manis sangat.

potong jgn xpotong!!!


sebelum pulang, penulis sempat lahi bergambar bersama-sama teman-teman.

sebelum semua balik dan bergelumang dengan katil dan selimut dan memeluk bantal peluk (opss kantoii) semua pelajar yang terlibat dengan program telah bergambar bersama-sama.


diharapkan agar program ini memberi manfaat kepada semua penduduk sekitar yang hadir dan mereka dapat menjaga kebersihan mulut mereka bagi mendapatkan SENYUMAN MENAWAN SEPANJANG HAYAT =D




Hoooooraaayyyy!!!!




no they dont know much bout us, when we're exchanging glances =P

0 other fingers talking:

Post a Comment