CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 15, 2011

sesi luahan perasaan

mungkin kau tak kan pernah rasa
peritnya derita yang pernah aku tanggung sebelum ini
yang dahulu kau hanya mampu melihat
dan yang dahulunya selalu kau tegur

biarkan dia
kasihankan dia
optimis
dia memang begitu

sekadar berbicara memang enak
tapi berat beban di bahu kecil siapakan tahu
ibarat bata merah menahan beban
setan konkrit padu

kau mahu aku terseksa seperti dulu?
aku bahagia begini aku selesa begini
tapi kau mahu aku derita seperti dahulu?
apakah kau manusia?

mungkin pada kau ia sekecil atom hydrogen
tapi pada aku ia seberat osmium
mata tak boleh menilai derita
selagi bahu tidak menanggung bersama

cukup dahulu aku pernah sakit
mungkin luka itu akan sembuh
tapi butuh waktu yang aku, kau dan dia sendiri tak tahu
bila, di mana, berapa lama?

cuba kau fahami apa yang aku rasa
jangan sekadar seakan faham
tapi selami sedalam-dalamnya
baru kau tahu mengapa aku begini

aku tidak marah
aku kecewa





mama suruh bawak cik na ngan tam duduk uia sebab diaorg nakal sngt kat rumah sekarang.

0 other fingers talking:

Post a Comment