CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 28, 2011

sapu habuk fuhh fuhhhhh!!

mau berkurun jugak aku tak update blog nih. seperti yg dh diberitahu dahulu kala, beruk band buat hal. sekarang dah tuka modem baru sebab yg dulu rosak, so boleh kita story2 selalu.

bnyk cerita aku nak story. pasal kucing 5 ekor yang mencakar aku hari2 bila nak kena mandi, juga bila nak bagi makan vitamin dan ubat cacing. (terlupa kena buat kad makan ubat cacing).

lagi cerita perihal laptop yg mmg nak kena hantar pegi sepital, malangnya dokter pakar aiman sabqi berada jauh di kelantan sana.

cerita pasal kehidupan seharian aku jadi bibik dan tahanan mak aku sepanjang cuti ni serta beberapa aktiviti yg tak de la nak menarik sngt nak dibandingkan dengan orang lain.

harini, since post aku yg lepas2 bnyk sngt perkataan smpai berpinar kepala otak dan mata korg nak baca, aku bg korg gambar plak.

alkisahnya hari sabtu lepas 25 jun kira2 jam 2 ptg nak ke pukul 3, mak cik faridah aku call. kalau sesape dr kelas aku, dia la mak cik aku yg keje kat skolah permatang badak. dia call ajak kiteorg gi melaka. alasan?? ayah la (pak cik aku) nak makan ikan bakar. sikit punya ciput tu je alasan dia. aku mmg nak la kan tapi lesen kat mak aku. jadi dia tnya mak aku.

maka mak aku call aku balik. aku nak pergi ke. dalam hati tu menjerit2 NAK!!! tapi ayat habis cover aku jawab "kakak ikut ma je." lepas mama fikir2, sebab sarah nak ikut, adam pun nak, takkan dia nak duduk rumah dgn kuceng 5 ekor yg makin nakal tak hengat donia tu, maka dia pun ikut skali.

pe lagi, bergegas beliau pulang ke rumah, pack baju segala bagai. dan jam 3 lebih kiteorg gerak pergi rumah ayah la. simpan kete kat situ, naik kete ayah la. perjalanan mmg lama tak hengat donia. lalu jalan kelapa sawit, ikut hutan sana sini. then dlm 830 tu baru smpai betul2 bandar melaka.
ahli rombongan. ayah la tak join ambik gambar sebab dia malas nak turun. dia nak duduk kat kereta je.

tak check in hutel lg tu, gi melantak dulu. maka kami semua ke umbai. singgah la akt restoran ikan bakar parameswara. ramai org tahap tak hengat donia. dah tu malam tu, tuan kedai buat malam muda mudi suka hati. ade pulak DJ jemputan pasang lagu stok rock kapak, dangdut. nak bercakap pun susah. kesian kat aku yg batuk2 sakit tekak nih.

cari tempat makan... pergi order makanan.. mujur tunggu tak lama. servis bagus la sebab tunggu food x lama. air pun xsempat habis. kerang bakar je yg sempat habis sepinggan bahan dek kami dua keluarga sebelum nasi dan lauk lain sampai.

haaaaaa..... kau cakap kat aku ape yg xde?? ikan terubuk bakar ade, ikan amende ntah lagi bakar ade, ketam, udang, sotong, sayur dan kerang bakar yg dah selamat masuk dlm perut buncit aku nih.

awal2 lg ayah la dah pesan, jgn makan nasik banyak, makan lauk banyak sebab lauk banyak gila. aku mcm ok, mungkin aku akan kenyang la kot sebab lauk banyak which is memang banyak pun. sotong sampai 2 pinggan kau.

jadi senduk nasi. tu pun mak cik faridah yang sendukkan. dia senduk ade la, hemmmmm suku dari ape yg aku selalu makan. okeyh chillek. lauk banyak ni. udang besar tahap giga. lengan ketam tu dah tak sabar aku nak gigit2 kulit dia menampakkan isi yg putih gebu.

ok masuk udang, ikan, ketam. jgn lupa ya time ni kerang bakar dah habis sepinggan. makan dan makan. nasi aku confirm2 dh habis. mak cik tnaya nak tambah nasi ke aku cakap xpe, nak habiskan lauk. ye lah ayah la kan bgtau mcm tu. lgpun aku tgk sarah kat sebelah aku ni mcm xde selera nak makan ke.. faiq, sepupu aku mmg bkn kuat makan.

makan lagi.. ratah lauk yg ade. alik2 aku yg habiskan semua ketam yg tinggal, ngan udang. mmg jatuh habis habisan saham aku malam tu. depan semua org aku bantai makan banyak gila, mencekik ketam guna dua2 tangan, gigit mcm org eskimo mkn daging, kulit ketam letak kat atas meja sebab dah tak muat pinggan. ahh peduli ape aku. bukan korg yang bayar aku makan.

pas makan tu aku msg amal.

"percaya tak kalau i kata i lapar lagi sebab i xcukup makan nasi."

lalu amalina ahmad kamal menjawab

"percaya je. u, bagi la lauk banyak mane, kalau nasik x bnyk mmg xkn kenyang."

siot punye budak. tapi ade benarnya tu. mmg aku tak kenyang pas makan tu. aku nak makan benda lain lagi. tapi xpe lah. xdpt menjamu perut aku menajmu mata dgn keindahan malam bandar melaka yg mmg masyukkkkk.....

kami naik menara taming sari di waktu malam. so dpt tgk kota melaka (acehhhh ayat xnk kalah) di waktu malam. mmg bermandikan cahaya wa cakap sama lu!!

beca comel ade lagu MJ tuhhh

pakai camera fon pun boleh

esoknya kami check out dari hutel. kuar cari breakfast tapi sebelum tu pergi perigi hang tuah dulu. bentuk lonjong dgn batuan zaman dulu, air dia ade masin2 sket, jernih je. mandi sedap nih. pas gi tgk perigi pergi tgk rumah tradisional melayu kat belakang perigi tu je. rumah tu tuan dia dah buat jadi muzium. tapi mmg best masuk dlm tu. kita boleh tengok barang2 lama.

ni faeq, sepupu aku umur 8 thun. test power pakai timba.

antara barang lama yang ade dlm rumah tu pinggan mangkuk lama, duit2 lama, segalanya yang lama. termasuk lah telefon zaman dulu ni.....

lepas makan kat warong pak enal, (sedap woo food dia. murah plak tu. aku makan roti telur bawnag ngan lontong. masyuk masyuk. ni kes balas dendam mlm semalam xdpt mkn smpai kenyang ke hape melantak mcm org kebulur 3 minggu xmkn.) kitaorg pergi river cruise pulak.

perjalanan selama 45 min yg mmg xbosan lansung, padat dgn fakta sejarah yg menarik. like a living museum. bagus betol org melaka ni kan dede. =P

seriously ini satu pujian. nak kata aku jakun kata lah sebab last time aku pergi melaka time darjah 4-5 mcm tu. mmg klu bgtau hang tuah ni confirm kena gelak sakan. ape lah kau, zaman dah maju dekat 20 thun baru nak pergi melaka. aku dulu zaman xde kete, meredah hutan belantara pergi pahang banyak kali setahun kau tau. kononnya.............................

ini gambar model kincir air yg dibina berdasarkan model dari belanda yg ade pada zaman berkenaan. awesomeness. ni kalau ade jack sparrow dh lama dia berlawan atas kincir air nih. influence movies yg terlalu kuat. ish3...


okey dah tengah hari masa kitaorg balik dari river cruise tu jadi kami ingin bertolak pulang ke keuantan sudah. tapi sebelum tu pergi dataran pahlawan melaka megamall. tengok tu, tengok ni. aku xbeli pape pun. mama ngan sarah je yg beli barang kat kedai jepun. mak cik faridah beli hand bag, faeq beli baju bola. macam la kat kuantan xde ye tak?? huahuahua........

on the way balik tu jumpe dgn bermacam bangunan lama yg mmg dijaga rapi oleh pihak kerajaan negeri. contohnya kedai2 kat tepi jalan..

gereja st francis xavier yg dibina pd tahun 1849. lama tu..........


ni pulak bangunan merah yg aku xreti mcm mn nak eja n nyebutnye. tp skrg dah jadi muzium belia kot klu xsilap. ntah la. check la balik kot aku silap.

syok woo ambik gmbr sini. malam ke, siang ke, mmg best.


sebelum pulang, singgah dulu kat masjid selat melaka untuk solat jamak zohor n asar sekali.. masjid ni dibina menghadap dan betul2 ade kat laut selat melaka. reka bentuk dia ade ala2 cina sket, campur melayu sket, menunjukkan budaya yang masa zaman parameswara dulu diterapkan dlm masjid ni. kononnye..... jgn percaya. ni andaian aku je. nak tau lebih, bace buku, jgn bace post ni.


maka setelah solat kami pun berangkat pulang ke negeri kami. syok sebab belajar bnyk benda dgn bertandang ke tempat orang. overall, kena plan awal2 kalau nak gi melaka. jgn buat keje gila. nnti ade yg xdpt pergi few places mcm aku.

yg xpernah gi melaka sejak rombongan skolah dulu2, jgn malu, sebab aku pun mcm tu jugak. kisah ape aku. wahahahhahahaha... ade org xpernah dtg kuantan, tapi aku pernah gi negeri diaorg berkali2 aku tak heran pun, so who are you to judge people?

sudah pokol 3, mahu ke dapur. neng sarah udah mahu pulang. mahu siapin makanannya. nanti kelaparan. gue permisi dulu ya. daaa....









balik melaka je terus dpt penyakit 3 serangkai: demam, batuk n teteme =(

2 other fingers talking:

Lucy S. said...

bestnye jalan2. get well soon! :)

Farah Azmi said...

thnx lin.. xde dh ke post pasal perangai mintak penampar? lol

Post a Comment