CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 18, 2011

TABAH yang mengajar aku untuk tabah

hapa da...... blogger ni upload gambau tak ikut turutan dia....

harap maaf atas kelewatan meng update blog ini. bukan ape, ahad lepas baru balik dari selancar. sampai nye dah malam. isnin pulang ke rumah. upload gmbr kat fb. dah draft sket blog tp upload gmbr lmbt sngt so aku nk tido saje. semalam pulak aku lansung xonline. terasa malas. hihihihi...




muka muka hepi masa dah nak memulakan perjalanan.



so ini hari, lepas semua kerja2 rumah dh setel, aku pun ambik peluang nk story2 pasal bakti siswa perogeram tautan mahabbah a.k.a TABAH yang berlansung di Felda Selancar 1 minggu lepas.

berkumpul di cf sister kul 8 pagi. angkut semua barang masuk dlm perut bas. tetiba mata aku terpandang satu benda yg menyayat hati. HAMPER YG DH DIBALUT PECAH DAN PATAH =(

uhuhuhuhuuu... sayu nye hati..... penat kami semua balut hamper tu tetiba boleh plak patah. msti xbetul balut atau bawak ganas sngt. kak khai kata repait hamper nanti je, kat felda baru repair semula.

maka perjalanan diteruskan. pihak catering bagi kami makan kek pisang dgn air masak je untk pagi tu. sayu betul aku. dah tu xsempat nk breakfast, bagi kek pisang je.. xpe la, bersyukur sket, tu pun mujur dpt makan, org lain tu ade je yg xdpt mkn.

sampai di felda kira2 jam 11 pagi. dari jauh lg aku dah nampak ade kanopi berhias kain kuning kat depan balai raya. big bos dah mula mengendurkan muka beliau yg tadi tegang sbb takut sampai lambat bila pak cik driver stop mkn kat gambang. muka bebudak semua hepi je dah sampai. punggah keluar barang dan letak dlm balai raya.

sniff sniff.... hemmm ade bau makanan.... mak cik2 duk tgh masak lunch untk kami. weeee.... perut buncit tunggu ye. tgh hari nnti aku sumbat nasik untk kau.

kak farhana dgn pak cik ahmad

opening ceremony simple saje. dihadiri oleh org2 felda je. xde la gempak bagai xde.. dalal opening ceremony tu la proses penyerahan anak angkat dijalankan.. aku dpt pak cik ahmad bin khalid. pak cik ni sngt baik. family dia best gila. hidup mereka sederhana tp xde yg kurang n xde yg lebih. walaupun org susah, duk rumah papan n ade renovate sket thun lepas, tp they are very warm n friendly. layanan tip top! aku xsempat rasa lapar duk kat selancar. ade je mknn yg diaorg sediakan. nak pulak wife dia, mak cik senah tu keje kantin skolah, pe lagi, bahagia perut aku, bertambah lemak aku. mmg obvious perubahan sebelum dan selepas balik dari selancar.

pak cik ahmad ni ade 4 org anak. 2 pompuan n sorg laki. yg paling tua tu umur dia sama ngan aku, xkeje, xskolah. duk rumah je. dah tunang. adik dia kerol je dipanggil. umur 21. dan yg last skali umur dia 16 thun, masitah namanya.

petang tu xde pape aktiviti. cuma pengisian bersama keluarga angkat je. aku ngan kak farhana duk melepak depan tv sambil berborak. cite punya cite rupanya pak cik ahmad tu eknal arwah bapak aku masa sama keje DARA dulu.


dia kata mmg kenal la dgn azmi sani tu. tinggi-tinggi, gelap.. ye la tu. dlm hati aku, aku duk bermonolong sorg2 (klu kaler kulit ikut mama, tinggi ikut abah kan best, ni itam ikut abah, pendek ikut mama =P)

okeyh sambung cerita. pas tgk tv tu ade meeting sebentar di wisma pasal event hari2 seterusnya. lepas tu pergi balai raya jap usha2 mak cik2 tgh masak ape lg aku tak tau. tgk2 je atas meja ade jemput2. ape lg, ngap la. hihihiihi.. tp xmkn bnyk sbb balik rumah nnti msti ade mknn punya.

team special task bersama goodybag nya

malam tu ade majlis bacaan yassin dan ceramah agama oleh penceramah yg dijemput oleh org felda sendiri. aku ke ceramah lambat sket sbb kat rumah makan lambat malam tu. lepas isyak baru gerak. hihihihihi......

esoknya aku kena in charge penbahagian hadiah untk program pengurusan jenazah. kalau dha mmg jodoh tu xkn kemana kan. penceramah tu rupanya jiran aku ms aku kt muadzam dulu, kawan arwah abah, waris belah mak. org lanchang juga.

haha ape lagi, sesi catching up pun bermula lepas program tu tp xboleh lama sebab masjid nk digunakan untk solat jumaat. pak cik ramli pun nak gi solat jumaat.

nak balik ke rumah tu aku sms pak cik ahmad, bgtau dia aku dah abis buat keje. tunggu la depan masjid. tgk2 pak cik dtg dgn moto!!!

pe lagi, nak xnk bertenggek la aku ats moto tu. mcm gadis kampung yg ayu (cehhh) pkai baju kurung, duk bertenggek blakang moto ayah bawak. adeihhh...






sesi kursus pengurusan jenazah

ptg nya aku ade program kami prihatin kami sayang. pergi rumah ibu tunggal dan org sakit. hantar duit, tepung, gula dan brg keperluan lain.. rs sedih je ms pergi tgk rumah org sakit tu. ade mak cik tu sakit tua. terlantar je.. nak cakap pun dah xboleh.
dia cuma baring je atas tilam kat depan tv. ade pampers org dewasa kat sebelah mak cik tu. mkn pun nasi yg dh di-blend.

lepas je balik dari program tu kena bersiap pulak sebab malam tu ade kuliah cinta. goodybag untuk ustaz ridhauddin dh ready, tinggal nk bg ke. lepas kuliah ade quiz, maka kena bagi hadiah untk pemenang quiz pula. sementara tunggu kuliah habis, aku, shikin ngan nisa pun camwhorring le. ape lagi. huuhuhuuhuhu... nak pulak mlm tu semua pakai tudung kaler pink, maka mintk tolong arif maba tolong ambikkan gambar.










one of my most fav shot



kuliah cinta tu berakhir lebih awal dari semalamnya. dalam pukul 11 lebih tu dah balik rumah. tapi balik je semua org dh tido. mujur la pak cik ahmad tu anggota peronda rela. kalau dia balik lambat pun xpe la jugak sebab dia mmg meronda malam2.

rasa bersalah jugak sebab tak banayk masa dihabiskan bersama keluarga angkat. sebabnya kena uruskan hal hadiah. dah kata ahli special task... semua event mmg kena ad la untk bagi hadiah dan cenderahati untk mereka yg terlibat.


kami prihatin kami sayang: mak cik ni dah kena strok 2 kali.. gila.


sebelum balik tu pun mak cik ade cakap, bnyk sngt aktiviti.. tak sempat nak keluar pergi mana2.. kesian mak cik.. hihihihihiihi... nak berborak pun xboleh.. nak tolong buat tu buat ni pun xboleh sebab kena kejar program... xpe la mak cik, nanti bila2 free sy dtg selancar keyh. raya nnti ke.. huhuhuhuuhuh....

okeyh keesokkan harinya pepagi ade 2 acara yg berlaku serentak.


first ade senamrobik kat padang awam felda selancar 1. pas tu ade sukaneka pulak. untuk acara sukaneka, mcm2 aktiviti dan permainan ade. utnk org dewasa ade anyam ketupat, hias buah... yg menariknye, aktiviti ni org laki pun ade join jugak!! haaa... kau jgn tak tau joyah. leman seberang jalan tu pun reti mengayam ketupat tau!! tembikai habis diukirnya jadi bunga ros. kursus kat kemas ke pak cik. hihihihihi....



bersama hamper yg pecah. dah repair sehari sebelum tapi yang lain pulak pecah. maka team "tugas-tugas khas" mula beraksi. huhuhuhuuh........





pada masa yang sama ada pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan free untk penduduk kampung.

yang tang pameran ni yg aku tak berapa nak puas hati. bukan nye ape, rata2 yg buat pameran tu budak diet ngan nursing. course sciences je yg ramai gi program tu. budak course lain kurang. kalau dentistry toksah kata la. aku sorang je. mana aku nak baut pameran pergigian ngan check gigi org kampung. padahal kesedaran pasal penjagaan mulut dlm komuniti org kampung tu sngt2 la merisaukan aku.

maka pameran tu rata2 berunsurkan beberapa poster dari kementerian kesihatan dan bebudak diet punya poster dan pameran lain. aku dan budak course lain yg tak cukup org ni jadi kiciwa.. tak dapat nak memberi kesedaran kpd org kampung tentang ape yg patut mereka tau.



cik jenab dengan cik mat pasar ikan berlomba2 mengayam ketupat



aku harapkan agar lepas ni kalu mrc ke sape2 nk buat event tu, tgk2 la balik pecahan dan taburan pealjar serta course mereka. supaya semua dapat memberi manfaat untuk komuniti yg kita pilih. nanti kita dpt bg diaorg pendedahan secara holistik. kerohanian ade.... duaniawi ade... kan best gitu.. xde la berat sebelah. win-win org kata. nnti budak diet boleh blaja pasal ubat, budak nursing boleh blaja pasal gigi.. dan sebagainya. ilmu pun berkembang. tak gitu?

ni cadangan saje la.. aku ni hanya kuli hamba sahaya je.. mane ade org nk dgr cadangan aku (ooopssss!!!! ter-emo plaks)

malam sabtu tu ade forum perdana. aku xdpt nak ambik gmbr sebab nisa diserang sesuatu dan balai raya tiba2 bertukar menjadi emergency room seketika. time tu paling syok. patient ade (nisa), nurse ade (kak ayuni), dukter gigi ade (aku, errrr ade kaitan ke??), dan pharmacist pun ade (elina) hahaha... syok tu semua ade. aku rs uia kalau buat polyclinic pun boleh. semua klinik ade. klinik gigi, klinik badan, klinik mata, telinga, perundingan pemakanan, farmasi.. semua ade. complete wholesome.

sila abaikan gambar dibawah sebab sepatutnye gambar ni ade sebelum gambar ramai2 kat pantai. kita skip jap ehh...

hari ahad pun datang jua. rasa tak puas lagi duduk kat selancar. rasa tak puas mkn masakan mak cik. rasa tak puas berborak dgn pak cik ahmad. wuuuuu~~~~~


kami sekeluarga...

ank2 dia ade je ambik gmbr tp aku xboleh nk post. sebabnye gmbr diaorg xpkai tudung. xelok la kan duk post gmbr org xpkai tudung. nnti dah tu kita berdosa, tnggung dosa dia lg. dia berdosa lagi. ish3.....

uh uh uh.... sayu dan pilu....

babai mak cik... babai pak cik... lain kali kita jumpe lagi ehh..

kalau ke kuantan tu bgtau la ye.. boleh kita berjalan2 sekalli. boleh duk rumah.. lepak kt rumah.


lepas bertolak pulang, perjalanan tidak diteruskan ke kuantan. kami ke rompin sebentar. ke pantai hiburan rompin. saje je nak melepaskan penat kononnye... big bos asalnye ank ke air terjun gunung ledang tapi pak cik bas tak mau. dia nak gi tmpt yg xperlu dia pusing2 dah. maka mereka bersetuju ke pantai hiburan rompin saje...

pantai nye kalau nak dibandingkan dgn pantai yg ade kat sekitar kuantan, aku rasa better kat kuantan. tapi dari segi ke-best-an tempat makan aku pilih pantai hiburan rompin. dia xde mcD, KFC ke ape xde. sekadar geari je. tp gerai tu dihias cantik.. ade goreng2 yg best, abc... mcm kt tepi pantai betol la. cuma satu je yg xcukup. toilet. xde toilet. klu nk gi toilet kena gi kat toilet restoran cina. tu je la kekurangan nya kot.

big bos asalnya nak buat post mo term tapi tak jadi. sebab dah lewat sngt n ade student yg tiket basnya kul 9 mlm. kena la kejar masa.. anyhow sebelum bertolak balik, kami semua sempat lg bergambar buat kenag2-an...

TABAH yg best!!

dah 3 hari berlalu.. aku harap semua peserta masih berhubung dgn family angkat masing2.. semoga mahabbah yg terbina ni berkekalan smpai syurga, bak kata big bos. juga aku harap semua komiti pun xde la menyombong muka pas ni kalau jumpa. xbest la kalau mcm tu kan..

pape pun program ni besar maknanya untk aku. betul2 menguji ke TABAH an diri. seronok pun ade. dpt kawan baru.. best. suka. lepas ni nak join lagi la mana2 aktiviti.. kita kembangkan kebolehan diri kita, kita belajar bergaul dan berkomunikasi, cari pengalaman baru, dan perbaiki diri kita. baru la idup ni ade makna sket. xde la duk buat keje sndiri, xde bergaul dgn org lain, xde nak pergi sana sini, belajar idup susah.

okeyh.. harus ke dapur untuk sediakan lunch. nanti sarah mau pulang. lain masa aku update lagi. take care all.








assignment dr susi mcm mn???

6 other fingers talking:

Mohd Filani Bin Mohd Fauzi said...

xpe la rendah ikut mama ko. asalkn ade darah arab mekah.

Farah Azmi said...

arab mekah??? mengaru kepala lutut..

Mohd Filani Bin Mohd Fauzi said...

yela! kan aritu mak ko kate. arab mekah ni tinggi sket kelasnye. hahahaha

Farah Azmi said...

ohhhh.. aku sudah lupa la yg tu. bengong betol.

Nissa Jalaluddin said...

farah, gambar badan panjang kaki pendek kelihatan katek itu buruk.haha. bukan azam ke yang snap?

Farah Azmi said...

xpe2 jnji aku ade, comel terus jadi gmbr tu. (ape??)

haah azam yg tangkap. cissss.. boikot azam pasni

Post a Comment