minumlah air soya kerana ia sungguh berkhasiat dan menyegarkan. kali ini saya akan tunjukkan cara-cara membuat air soya tanpa sebarang bahan perasa dan pengawet!! AIR SOYA BUATAN SENDIRI!!! yoshhh!!
ok ok sudah la. aku xreti la nak type kalau guna bahasa marketing nih.
baik, puan-puan semua jgn lupa tulis yeee... resepi kali ni ade secret ingredient. hahahahaha..... mahu tahu apekah ramuan rahsia itu?? tunggguuuuuu.......
ok here we go!!
saiz hidangan: satu jug.
Tempoh penyediaan : errrr.... xkira la pulak tadi..
Bahan-bahan : cuma kacang soya, air, gula dan daun pandan saje!!!!! (sambil senyum smpai telinga)
pertama sekali, kacang soya tu kena la direndam dulu. kalau dalam sejug air soya nak buat, aku selalu guna dalam 3-4 cawan kacang soya. rendam kan semalaman paling lama. tak pun rendam pagi, boleh start buat ptg tu. dpt la minum soya panas =)
nak pilih kacang soya pun kena berhati2.. sebabnya masa aku dekat pj dulu, sorg lecturer aku bgtau ms tgh blaja subjek bio, ade certain kacang soya yg telah dialter DNA dia dgn mencampurkan DNA dari khinzir (bahasa sikit punya baik). genetic engineering tu diaorg buat untuk tambah kandungan protein yg ade dlm kacang soya tu. lecturer aku kata so far dlm mesia ni xde lg kacang soya sebegitu tapi kat oversea mungkin ade di beberapa negara maju. ntahla...
okey setelah kacang soya dah kembang, kita boleh gather barang2 yg kita perlu untuk buat air kacang soya ni. blender, periuk, penapis lubang kecik dan penapis teh mcm yg mamak guna puat tapis teh dia tuhh..
lepas semua barang dah gather, kita ambik daun pandan. barang sehelai dua tu cukup la. jgn serumpun plak. nnti ade yg jadi air pandan. kih kih kih...
masa aku tengah kutip daun pandan tu tetiba aku terlihat sesuatu. something yg aku rasa nak tunjuk kat korg. hihihihi.....
ni jiran sebelah rumah aku yg tanam. dia tanam dekat pagar rumah yg jadi border rumah kteorg. tak pernah la pulak aku merasa anggur ni ape rasa dia. masam ke manis ke... tapi rs mcm comel je anggur tu terjuntai2 kat pagar ketul2 kecik2.. hihihihihi.....
ok ok sudah. sambung cerita air soya..
masukkan kacang soya dlm blender, masukkan air. jgn masukan smua kacang sekaligus. bahagikan kpd 2-3 bahagian. sebabnya kalau banyak sekaligus nanti rosak blender mak kau, kau nak ganti??? hah sitah?
aha blend la ape lagi. blend sampai hancur okey??
lepas blend, tapiskan guna penapis lubang kecik dlm satu bekas. ketuk2 tapis tu mcm yg kak ani buat dekat cafe kak ana supaya air dia cepat sket kuar. xde la lembab sngt. buat kerja haruslah pantas. ye dak?? hihihihi...
lepas dah habis ketuk dan tapis, jgn buang lagi hampas dia. simpan dulu satu bekas. habiskan blend portion kacang soya yang lain tu. proses dia same je.
simpan ye hampas tu. jgn buang lagi.
bila semua kacang dah blend, sekarang kita ambik hampas tu tadi semuanya dan blend semula. campur la air sket. dapat la banyak sket air soya tu. tp jgn risau kot kalau ade yg kata nnti cair la rasa soya tu.. xde nye. telah terbukti secara klinikal. plus kalau pekat sngt xsedap jugak sebab akan rasa pelik sebab pekat gila dah boleh jadi pati soya.
seterusnya proses penapisan kedua!!!
kali ni, kita gna tapis teh pulak. transfer air soya tapisan pertama dalam periuk yang akan kita gunakan untuk reneh air soya tu nanti. aku guna periuk besau gabak. hihihihihi....
function guna tapis teh tu untuk tapis hampas2 halus soya tadi kot ade yg escape dari tapis halus. nanti xde la minum soya tu tetiba ade rasa hampas kasar jee. xde la tersedak mak mertua =P
begini ya caranya puan-puan.
lepas tapis, boleh la letak gula sesedap rasa sesuka hati. kalau nak manis letak la kau banyak mane kau nak. kalau rase dah tak sayang badan, letak la barang sekilo dua gula dalam tu. alah... gula je pun kann???
i seorang yang manis, jadi masakan i kena semua yang manis2 gitu. *gebushhh!!*
sekarang masa untuk mereneh air soya!!!!
guna la saiz senduk yg berpadanan dgn periuk korg. macam aku punya senduk ni. boleh muat dua tiga ketul ayam sekali angkat. hamek kau. kalau balun org tu confirm2 berbirat mak badan. adeihhhhh.... lebam dan lekuk badan barang seminggu dua.
aha untuk yg tak tau, ni nama dia gula batu. bukan batu permata cincin kawen cik nab janda anak empat dengan datuk t.
korg boleh substitute gula pasir dengan gula batu kalau mahu. atau combine kedua2nya sekali mcm yg aku buat. tambah gula batu ni bukan ape, jimat sket gula pasir tu. at least boleh simpan buat masak ke, buat air teh ke...
dah agak2 air soya nak mendidih tu kita simpulkan daun pandan. suka hati korg la nak simpul mcm mn. nak buat reben, nak ikat mati, lantak korg la. jgn korg racik daun tu buat jadi mcm daun rampai sudah.
ni simpulan daun pandan aku. rase hebat nak buat riben bertingkat2 tu, sila lah. bila lagi nak tunjuk skill depan mak mertua kan?
simpul kemas2, kalau tak nanti dia terlerai pulak ikatan dia. daun pandan ni nak bagi dia wangi. kalau xde pun xpe kot la kalau korg xjumpe daun pandan atau tak kenal tapi segan nak tanya mak cik pasar daun pandan yang mane.. kih kih kihh...
then kita kacau sampai dia mendidih.
sekarang bolehla angkat. tapi penyediaannya tak berakhir disini ye. korg kena kacau air soya tu kasi dia sejuk/suam2 kuku baru boleh letak dlm fridge atau sebelum dihidangkan. ape rasionalnye melakukan perbuatan sedemikian???
tujuan dia supaya nanti, kalau air tu nak sejuk, xde la ade satu lapisan yang wujud kat permukaan atas air soya tu. ade yg jadi fuu cuk yg mak korg guna buat masak sayur tu. tak tau ape fuu cuk? tanya mak korg amende tu. jgn tau mkn je tp xtau nama. xreti eja xpe boleh blaja (cover diri sendiri yg xreti mengeja) kalau xcaye ape aku ckp, cuba buat pastu cite kat aku betul ke tak dia ade satu lapisan kat atas tu.
kacau la slowly air soya tu smpai dia suam sket. baru boleh letak dlm fridge/hidangkan sementara panas. korg boleh la kacau sambil dengar radio ke.... tgk tv ke..... tengok cite korea ke.... tengok v-log anwar hadi dgn mat lutfi ke....
kalau aku?? mestilah kacau sambil tgk anime!!! =D
warghahahahaha.... hikari kena ajar adik kei. kahkahkahkahhh...... (menerangkan ape yg berlaku semasa gambar ini ditangkap)
okey tu dia, siap dah air soya kita. kan senang tu. xde susah mane buat air soya ni. ye dak? post je bukan main panjang. poyo je tu.
okey selamat mencuba ye kamu-kamu semua (errrr....ade ke org nak try??)
bongek punya anime! lawak bangang betol!! sakit perut aku gelak.
0 other fingers talking:
Post a Comment