Nelson Mandela Stadium, Port Elizabeth menjadi saksi apabila pasukan Serbia berjaya mengukir sejarah menumpaskan pasukan Germany 1-0 dalam perlawanan sebentar tadi jam 730 mlm waktu Malaysia. pasukan Serbia yang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam WC lepas menumpaskan runner up UEFA EURO 2008 hasil jaringan dari Milan Jovanovic pada minit ke 38 beberapa minit selepas Miroslav Klose diberi kad kuning dua kali. amik kau!! alasan refri? Klose buat bnyk contact dgn sape ntah xingt. penyudahnye Klose dibuang padang. dan aku terlonggo seketika sambil membaca sms elia yang sedih Klose kena kad merah.
Alberto Undiano selaku referee perlawanan tu boleh disimpulkan sebagai 'kaki kad' sebab asyik tunjuk kad kuning je without warning during d 1st half of the game. kegilaannya melayangkan kad kuning berkurangan pada separuh masa kedua. agaknye players pun cuak takut kena kad kuning, silap2 kena kuar padang. mana taknye, 4 kad kuning untuk pasukan German dan 3 untuk Serbia total semua skali 7 haa.
nelson mandela stadium. mengambil nama sempena seorang tokoh terkenal Afrika Selatan.
ball possession bagaimanapun hampir sama antara kedua-dua pasukan. sebelum Klose dibuang padang dia sempat membuat jaringan tapi ia tidak dikira sebab offside. aku dah mcam sedey gile time tu. adusss... pas tu kena marah ngan mama sbb emo tgk bola. mama kata oittt, ni jantan ke betina ni? ngeee.... aku senyum sambil bagi peace kat mama.. hehehehe.. anak pompuan mama ni minat bola, nak wat camne...
setelah kehilangan rakan sepasukan, Lukas Podolski cuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol buat Germany namun tetap gagal. begitu juga dengan Thomas Muiller dan Bastian Schweinsteiger. Cacau dan Marko Marin masuk mengantikan Mesut Oezil dan Thomas Muiller pada minit ke 70. pun begitu nasib masih tidak menyebelahi mereka even Cacau masuk n try bnyk kali untuk jaringkan gol. Podolski lagi sekali terlepas peluang untuk menyumbang gol untuk German apabila sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Serbia, Valdamir Stojkovic.
dalam perlawanan menentang Ghana, Serbia tewas 1-0 namun berjaya menumpaskan German. harap2 la xde pape jadi time lawan ngan Ghana nanti. tolong la germany wehh. get up get up.
tadi tgk germany main pun mcm xseperti diaorang lawan Aussie. bnyk peluang terlepas, few chance untuk curik bola ter-miss sbb player mcm tido. Serbia pulak bantai letak semua player kat depan pintu gol tu. mane nak bolos? dan sepakan Podolski selalu je tersasar. nak salahkan dia pun tak boleh.. haihhh...
dan GOOLLLLL untuk Serbia!!
setelah memenangi perlawanan menentang Aussie dulu, Germany dikatakan mungkin menjuarai WC tahun ini tapi sangkaan nyata meleset setelah kalah di tangan Serbia. so kesimpulannye? tak yah la nak buat andaian sendiri selagi team tu tak jadi juara.
bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya, German mesti menang dalam perlawanan menentang Ghana pada 24hb ni. kalau tak.... aihh.. aku mmg dh xnk tgk WC lg. mmg btl2 kecewa.
nampaknye, this afternoon is sooo not for Podolski and Germany. tak pe lah, try lagi ye untuk Ghana nnti? practice elok2.. make momma proud!!!
sekian saja liputan untuk hari ini. saya farah izzati azmi melaporkan dari Port Elizabeth untuk tatapan anda. time kacehhh..
(all pictures credits to FIFA)
2 other fingers talking:
rugi besarla sape yg judi world cup. sume tunggang langgang.
tu lah. padah judi. dari buang duit judi bola tu baik la bg duit tu kt anak yatim ke.. org2 susah nun.
Post a Comment