CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 17, 2010

SPAIN vs SWITZERLAND

semalam jam 2200 waktu malaysia berlansungnya perlawanan kumpulan H antara Spain dan Switzerland di Stadium Durban. yup, stadium sama Germany lawan Aussie. okay semalam punya match sangat mendukacitakan. bukan pada aku je tapi aku rasa bagi semua peminat bola sepak dunia. mendukacitakan dan sangat terkezuttt gak la mak tgk smlm haa.

ok jom kita tgk ye smlm nyer match..

statistik dia lebih kurang mcm ni:

untuk kumpulan spain, mereka mendominasi bola dgn peratusan 63% ball possession manakala bagi pasukan switzerland pula ball possession cuma 39%. pasukan spain telah cuba membuat jarngan gol sebanyak 24 kali namun haram satu pun tak lepas. agaknye pintu gol yang dijaga oleh Diego Benaglio tu kebal giler tu yang spain xmampu nak membolosi saja gol itu. pasukan switzerland yang membuat 8 cubaan untuk menjaringkan gol berjaya menyumbat satu gol hasil jaringan Gelson Fernandes pada minit ke 52 permainan. Iker Casillas si penjaga gol dan juga kapten pasukan Spain gagal menyelamatkan pintu gol pasukan Spain..

akibatnya, walaupun telah diberi masa tambahan selama 5 minit, Spain gagal menjaringkan walau satu gol. Switzerland telah melakar sejarah WC apabila menumpaskan Spain, salah satu pasukan pilihan untuk WC.

setelah agak tekey dgn cubaan tanpa gol yang tak jemu orang2 spain ni buat, jurulatih spain, Vicente Del Bosque menghantar masuk si El Nino a.k.a Fernando Torres. sunguhpun begitu, pemilik jersi bernombor 9 ni pun gagal menyumbangkan gol bagi pasukannya. pemain tengah Xabi Alonso cuba menyelamatkan pasukannya namun sepakannya selalu je tersasar dari gol, bukan masuk dlm kotak gol kena kat jaring2 tu, tapi kena palang je.. ish3... kesiannnn....

maka berikutan dari peristiwa semalam, ramai penyokong Spain di stadium durban, dan di kedai2 mamak pulang dengan hati yang kecewa kerana raja eropah itu tewas tanpa jaringan dengan Switzerland. anyway, VIVA ESPANYOL!!!




hepi sungguh team switzerland menang.



inilah pak cik Fernandes yang berjaya menjaringkan gol untuk Switzerland.



sekian saja liputan sukan untuk hari ini. saya farah izzati azmi melaporkan dari Durban untuk tatapan anda. terima kasih.


(all photos credits to FIFA)

4 other fingers talking:

Dinie Q said...

Lapor dari durban ye kak? hahaha.

Farah Azmi said...

ouhh mesti.. pagi nnti mungkin ke polokwane nak membuat liputan untuk france vs mexico. pas tu gi port elizabeth tgk germany lwn serbia. pas tu gi cape town tgk england lwn algeria.. i buzy woman lahh u. =P

xx said...

btw. germany bkn juara euro 2008. it was spain.

Farah Azmi said...

okay my bad. runner up euro.

Post a Comment