CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 1, 2010

lawatan diplomatik ke Singapore

sepertimana rakyat-rakyat jelata sekalian maklum, beta telah ke singapura atau nama buku sejarahnye Temasik pada ujung minggu lepas. lawatan ini telah di ikut bersama 80 ahli rombongan yang terdiri dari sahabat handai beta yang sibuk nak berjalan makan hangen dan beberapa mamanda-mamanda istana yang menguruskan perjalanan beta ke singapura.

bas bertolak dari istana terchenta dari jam lebih kurang 10 malam. berhenti 30 minit di Muadzam shah pukul 12 tgh malam dan meneruskan perjalanan ke Singapura. tiba di Gelang Patah jam 5 pagi. beta bersiap-siap, sempat beradu dalam 30 minit dan seterusnya solat subuh.

breakfast pagi tuh nasi lemak lauk ayam masak mende ntah. tapi SOOOODAAPPPP..... best giler.

perjalanan diteruskan jam 730 pg. no, more to 800 am. tiba di imegresen malaysia terchenta dan terus ke Tuas, singapura guna link kedua. tak masuk ikut woodland sbb nnti sesak. kat imigresen Singapore, habis badan beta kena check. eeee geli.

okay masuk je singapura, beta telah dibawa ke Merlion City. kt sini la ade berhala singa ekor ikan muntah air yg menjadi sebutan org ramai. sempat la beta bergambar untuk kenang-kenangan.

seberang patung Merlion tu ade Esplanade or kulit durian terlingkup. kat situ la org Singapore tgk wayang kulit. nnti di negara kita, beta akan buat panggung wayang berbentuk kulit rambutan pulak okayyy?


kulit durian yg dibuat dr aluminium di atas kubah kaca.

singa ekor ikan muntah air

seterusnya pegawai diplomatik dari Singapura membawa beta ke Chinatown sekitar jam 1100 pg. macam Petaling Street tapi bnyk jual cenderahati. kipas, jed, baju, topi, cermin, ashtray, u name it u got it. hatta pisang pun ade jual sini. beta telah berbelanja di sini membeli belah untuk keluaraga dan teman beta di negara.

alkisahnya baju dibawah. harga asal $12.9 tapi dgn kuasa mata beta, beta dpt $10 je!!!! hebat ahh mu!! cerita dia mcm ni, beta ke sana pakai shades sbb silau bebenar. d salesman told me that he likes malay's eyes. xtau la nape. and dia suruh la beta bukak shades tu. dalam hati beta bertitah, "berani kau perintah aku buat tu buat ni?" tapi lama pas tu beta bukak jugak sbb gatai kat batang idung. then sang salesman tu sempat skodeng beta bukak shades dan cakap, " waaaa u punya mata manyak cantik, manyak besar. apa pasal mau tutup? mata cantaik punya pasal, wa kasi 10 sudah." beta tergamam. kau nak kata mata aku besar rupa tercekik biji nangka, ckp je la. adussss.

maka beta beli baju tu dan blah sambil giggle dgn amal. xsangka, ade manfaat gak mata beshorr ni ekk?

baju $10 penangan mata tercekik biji nangka

pas ke chinatown beta dibawa ke Bugis Street. tempat shopping yg sngt best. macam-macam ada. beta sangat sukacita berada di sini. salah satu benda yang beta suka pasal singapore dari dulu sampai sekarang adalah architecture bangunan dia. snggt superb!!!


lepas di Bugis Street, beta ke Arab street. solat di masjid Sultan dan seterusnya berburu Murtabak Singapore di restoran Zam Zam. tak sempat bergambar untuk kenagngan sebab tak cukup masa. juga tak sempat beli shawl yg murah di Arab street.

seterusnya beta ke Sentosa Island jam 430 mcm tu la. bergambar sakan di depan USS. gambar je lebih tapi xmasuk pun. sbb tiket dia cuma jual 3000 je. pas dari tu xde dah. gi la ari esok je. kami masuk ke pulau sentosa beach station dan main kat dalam tu. sbb penat dan kurang minat dgn game yg ade, beta dan amal beristirehat di tepian pantai buatan manusia sahaja. beta sangat bersyukur kerana di negara kita, ada pantai yang ori, ciptaan Tuhan. sayangilah pantai kita.

terserlah ke-pendek-an ku di sini

malam tu pula lawatan beta di akhiri dgn persembahan dari rakyat Singapura pada jam 820 malam. persembahan bertajuk Song of The Sea yang sangat mantap. beta terhibur. what a happy ending for my trip yang sangat boleh kata, not so uplifting. biasa2 je. tak la best mana sbb ahli rombongan beta tu berperangai seperti puak orang asli Semelai di hutan Endau rompin. jakun tak pernah berjalan agaknya. memalukan nama beta.

terbaek!!!

beta sampai di istana terchenta pada jam 5 pagi. dgn badan penat, beta beradu sampai pukul 1100 pagi. balik ke rumah bonda jam 12 tgh hari dan sambung layan mata dari kul 2 hingga 5 ptg. syok gila.


(otak mereng guna kata ganti nama yang kurang tepat)

4 other fingers talking:

H A N said...

waaa...sungguh menarik kesah pengembaraan tuanku ke Temasek itu. sangatlah girang patik membacanya...lain masa,ayuhlah kita bersama ke sana... =D

Farah Azmi said...

kalau begitu kata tuan hamba, beta perkenankan. beta juga berhajat kita sama-sama pergi lagi ke Temasek

Dinie Q said...

Haha, marah org2 lain yg baca nnt u kate diorg puak asli.

Farah Azmi said...

hahahaha... prob is, mmg btl pun. eeeyerrr. yuckke

Post a Comment