CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 21, 2011

cerita exam


gambar diatas ade kaitan dengan ape yg aku nak cerita hari ni.

sekarang kan musim either org dah exam, tengah exam atau tgh tunggu result. tp rata-rata dah habis exam rasanya. xpe lah, masa exam aritu xdpt nk cerita sebab duk study so skrg kita story2 ok beybeh..

kisah bermula pada tahun 1999......



hari sabtu dalam bulan oktober. aku demam. boleh tahan la tak larat dia. tapi gagahkan jugak sebab kena blaja isnin depan nak ambik paper PMR. makan ubat yg bawak bekal dari rumah. tak lain tak bukan anti-pyretic yg sngt common, paracetamol. malam sabtu tu rasa macam dah ok sikit. boleh la belajar.bajet esoknye tak demam alik-alik.......

pagi ahad tu bangun dengan kepala yg berat lagi pening, sejuk semacam, sakit sendi segala bagai. typical sign n symptoms org demam la kira. aiseimen.... demam balik la tu.... nak pergi DS (dewan selera) nak pergi makan pun xlarat.tapi bajet macho punya pasal, jalan jugak la. xmau susahkan roomate kena tapau food pun satu hal.

pas lunch tu mkn ubat seperti biasa. tido kejap sebab sakit kepala yang amat nih. tido punya tido punya tido bangun kul 4 lebih mcm tu. kepala dah rasa ringan. oyeah demam dah ok. xperlu letak kain basah atas kepala lagi.

stduy kejap then mandi untuk bersedia ke DS untuk dinner. yeahaww... lebih sihat dari pagi tadi. mandi shower je lah. malas nak timba air panas dari water cooler.

pas mandi tu aku lepak bilik member jap. ye lah org baru baik demam la kononnye...... rasa sejuk. effect mandi tadi la kot. xpe2.. sat gi berjalan ke DS tu ok lah. tetiba aku rasa pening kepala. ahh sudah. ape hal nye ni.

roomate aku shahirah ajak gi DS. okey balik bilik, sarung sweater, sarung tudung dan siap. masa jalan ke DS tu serious rasa sakit kepala. sengal2 sendi. baru tadi poyo dah elok demam, ni symptom2 kuar balik. xpe xpe... xmacho la klu baru mcm tu dah terbaring atas katil. ye tak??

masa makan haram aku xde selera. tekak ni rasa mcm ade benda tersekat xnk bg food masuk. nakal ye kau epigloittis. babab kang.

minum air oren cap double lion tu pun rasa mcm minum hape je. mmg xde rasa. xhabis pun nasi yang aku ambik separuh. buah tembikai je yg habis. adeihhh....

balik bilik, aku sepatutnya siap untuk prep. tapi aku xlarat sangat. aku baring atas katil. sakit kepala, xlarat nak gerakkan tangan. nak punsing beralih tempat bariangan pun xlarat. shahirah tengok aku. dia rasa dahi aku.

"wehh panas gila badan kau farah. kau ni demam balik ni" aku tak peduli pe shahirah kata. aku dah macam org duduk kat artik. selimut, sweater, stokin. dah tu mengigil lagi. kipas aku tak slowkan sebab kesian kat roomate aku yang lain kot diaorg panas nanti. aku terlelap kejap.

memang kejap gila sebab pe aku tau pas tu shahirah tarik selimut aku, tanggalkan stokin aku, cabut sweater aku. aku yg lemah tak berdaya ni tak larat nak lawan dia. biarkan aje lah. dalam hati rasa nak menyumpah je budak sekor ni. aku tengah sejuk gaban kau boleh nak tarik selimut aku. ade yg dpt turning kick ngan aku sat gi ni kang.

sambil shahirah tarik sweater aku, dia membebel. aku malas nak dengar pe yg dia ckp. next thing i know, dia lap aku guna kain yg dirandam dengan air sejuk water cooler. meraung kesejukan bertambah rasa marah dan sakit aku.

ibaratnya org yg sejuk tak cukup ketebalan baju kat everest, kau pergi suruh dioarg masuk dlm a freezing cold pond. hah mcm tu lah rasa dia. dah tu dia lap aku dgn kain berendam air sejuk, habis basah katil aku dibuatnye. bertuah punya budak.

kemudian datang la kawan2 aku beramai2 tengok aku kat bilik. semua dah ready nak gi prep nampaknya. diaorg nak pergi jumpa ketua blok, mintak permission aku tak pergi surau untuk maghrib. aku serahkan segala urusan kat diaorg. tengah tak larat tahap gaban ni. tak tipu punya.

few mins after that ketua blok kami datang. sape nama akaka tu aku tak ingat dah. dia dtg tgk aku sambil pegang tangan aku.

"uihh, panasnye badan awak ni farah. tak mintak warden gi hospital ke?" tanya akak tu

tak bernafsu aku nak jawab. kepala berat, badan sejuk dan tak larat, katil basah. akak tu pesan kat shahirah, kalau pas maghrib aku demam lagi, mintak warden bawak aku jumpa doc.

maka semua roomate aku pergi surau untuk solat maghrib. tinggal la aku sorg2 kt bilik. asrama jadi tak berpenghuni. segala cerita hantu tu dah xde dlm kepala otak aku. aku tgh terseksa nak bangun pun tak larat. aku tido je.

dah kata duduk hostel kan. macam2 siri cerita hantu keluar. pasal jumpa makhluk panjang depan bilik aku la, ade org mati time bina hostel aku ni lah, pergi prep bilik bersepah tapi balik prep bilik kemas rapi. jumpa benda kat tangga. cakap je. semua ade.




suddenly ade org ketuk pintu aku.... ahh sudah sape pulak ni.. tengok jam pukul 830 pm. semua dah gi prep. sape nak tengok aku malam2 ni.. kalau shahirah atau bebudak bilik aku pas bagi salam dia org main redah je pintu tu. xde nak ketuk2 bagai.

aku gagahkan diri turun dari katil....









nnti aku sambung ehh. dh tghari. nnti sarah nak balik skolah. kena prepare lunch untk dia. chow dulu......









nak dapat kad kawen comel tu.

1 other fingers talking:

H A N said...

1. DS!!! x-MRSM je yg taw apa itu DS,hahaha...
2. errr,ang macho jgk ke?haha...
3. siapa kat dunia ni yg b'nafsu sangat nak p klinik/hospital? yg ada habit suka bau ubat je...
4. anda mmg kejam m'biarkan sy t'gantung disini...haha

Post a Comment