kita cerita pasal drama dulu lah ok.
drama yang aku tengok, cite jepun. tajuk dia........
ni cerita feymes 1 Litre of Tears. dah berzaman cerita ni tapi baru nak tengok. well actually sambung tengok. dah tengok 4 episod peertama tapi stop jap sebab rs mcm cerita tu bosan gila. then tetiba dpt kesedaran nak tangok cerita tu so tengok la.
cerita pasal Aya yang menghidap Spinocerebellar Dystrophy. kata lain, sel saraf dia makin hilang. lama2 dia jalan xbetul, xboleh jalan dan akhirnya duduk di atas katil sahaja. cerita ni berdasarkan kisah benar yang direkodkan oleh Aya sendiri melalui diari2 yg dia tulis masa dia start dpt sakit tu.
cerita tu memang sedih tapi malangnya aku tak nangis pun tgk cerita tu. nak gak la tau scene mana tapi mmg xkuar lansung air mata ni. cakap la aku ni xde hati perut ke ape yg pasti mmg aku tak nangis. sedih tu ye mmg aku rasa cuma tak nngis je. part yg sedih time dia nak call mak dia tp xdpt tekan nombor dgn betul so call tu asyik kena reject je. pas tu naluri keibuan mak dia mendorong mak dia untuk tgk Aya kat hoapital yang duk terlentok kat tepon. time tu mmg sedih tp xnangis plak.
part sedih lain bila dia hantar surat kat Haruto yang dia xdpt jumpa Haruto lagi sebab penyakit dia ni. sedih tahap gaban la time tu sebab dia tnya doktor yg rawat dia, dia ni ade possibility ke nak kawen kalau dia nak. tapi xde sorg pun yg jawab. pas tu dia nangis sepenuh hati. bersama mak dia, bapak dia, doktor tu. n again, aku xnangis. sebak tu ade, air mata je yg xkuar. xde pulak aku ambik atropine sebelum tgk cite tu.
anyway, sape yg xtgk cite ni tgk la. best la jugak walaupun pada aku agak lambat sket n abrupt ending. sngt aku xsuka abrupt ending. pas je Haruto baca diari Aya (time ni diaorg dh baik semula) scene dia trus pergi 5 tahun kemudian dan Aya mati. mcm tu je. xde diceritakan ape yg jadi, HAruto ape cite. semua xde. seolah2 pengarah atau penerbit atau penulis cuba escape atau ingin mengambil jalan ringkas aku tak tau.
okay kita beralih ke panggung Hollywood....
cerita ni aku baru tgk lunch tadi. Julie and Julia nama cerita dia. pun based on true story. pasal julie powell yg mencabar dirinya menghabiskan semua 500++ resepi dlm buku masakan Julia Child dalam masa setahun dan dia blog pasal tu. perlu diingatkan bahawa semuanya adalah french cuisine okeyyyy?
tgk dia masak tu... amkk aihh..... syok gila. kalau lah aku dpt buku tu, mmg aku nak ikut jugak ha. setahun pun boleh. xpe je, jalan... yg best tu pas masak boleh makan. tu yg penting skali. wuhuhuhu......
ape yang buat aku suka pasal cerita ni adalah kedua-dua suami Julie dan Julia ni. sangat supportive. support je bini buat ape. xde la nak kata jgn blaja masak, jgn blog, keje je la keje kau tu tak yah nak buat keje gila ni. xde maknanya. Eric, suami Julie ni satu benda aku suka pasal dia, expression dia masa dia try masakan Julie. mmg awesome gila. mmg sngt........... nampak syok je dia makan tu. pehhh best gila kot dpt husband mcm ni. hari2 aku try resepi baru kalau dpt husband mcm eric ni. dah tu tolong kat dapur gak kengkadang. comel je
dan tak lupa juga Paul, husbandnya Julia. dia ni tak kisah pun Julia nak blaja masak. dia bg duit beli segala barang, xmerungut pun obsession julia pada masakan.
satu benda pasal kedua2 lelaki di atas tak kisah pun bini-bini mereka 'growing' sebab mereka suka makan. sebab mungkin diaorg pun dpt habuan makan benda best2 hari2. hehehhehehe...... kalau aku, aku pun xkisah kalau makan best hari2. pas tu bulat sama-sama. wahahhahahahha.....
dan ohh, saya nak dapur mcm Julia Child tu. banyak pans, segala jenis pisau dan senduk. syok gile wehhh masak dapur mcm tu. mmg tak keluar dapur aku dibuatnya.
okeyh kita masuk panggung Hindustan plak.....
ini cerita sangat kelakar. 3 idiots. mmg sumpah bangang gila. aku gelak sampai tak kuar suara, sampai sakit tekak. bangang tahap dewa punya cerita. tapi sarat dgn mesej.
aku sangat suka kerusi ni. even kalau bontot kita besar duduk kat kerusi ni, xde sape tau. hihihi.....
cerita pasal persahabatan 3 kawan kat universiti. awesome gila. aku bukan jenis follow cerita hindustan so aku xdpt komen lebih tapi overall, i like it sebab cerita dia bukan jenis typical hindustan yang ade jiwang gitu. mungkin jugak aku suka sebab dia macam ape yang aku tengah alami sekarang. alam universiti. balaja, buat nakal, exam, kawan-kawan. segalanya.
semua cerita ni terima kasih kepada amalina yang rekemen kat aku berkali-kali suruh tengok. dia juga sumber kepada cerita ni. sape2 yang nak sedut movie ni boleh cari dia. cari aku pun boleh. tu pun kalau aku tak delete lagi cerita ni dr laptop. aku xde external. sorry lah aku bukan jenis yang rasa external atau pendrive tu penting sangat. selama 2 tahun aku hidup kt uia ni xde pendrive sebab pendrive ilang, hidup jugak aku. jadi je notes master. xde effect pape pun.
okeylah dah malam dah ni. semua roomate aku pun dah lena lama dah. aku pun nak tido dah. jgn lupa gosok gigi, basuh kaki dan baca doa sebelum tido. good night all.
all the best untuk semau yang kena viva tak kira distinction atau borderline. perjuangan diteruskan!!
0 other fingers talking:
Post a Comment