to all blood-sucking creatures out there, sorry. this one is not for you! boohoo
oyeah impian setelah sekian lama tercapai juga!!! memendam angan2 since di PJ lagi nak derma darah ni tapi tak pernah nya ade kesempatan.
first attempt: awak ni tak cukup umur lagi. kena betul2 18 tahun baru boleh derma darah.
second attempt: penderma hendaklah mempunyai berat badan minimum 45kg. timbang2 time tu aku 38kg. fikir2 balik, gila keping aku dulu.
third attempt: under medication. teet.
fourth attempt: tengah datang bulan. teet.
fifth attempt: tak cukup tido.
sixth attempt: timing tak betul. ade hal masa blood donation.
berlarutan hingga lah ke hari ni. dah prepare fizikal: tido cukup, not under medication, period pun tidak, sihat sahaja, berat pun dah lepas.
cuma mental je. bila bayangkan nak derma darah tu, dah terbayang jarum yg bakal masuk dlm badan dan confirm2 sakit gila baban. mmg every steps i made to the tabung darah HTAA made me thinking, "betul ke aku nak pergi derma darah ni??"
lepas jumpa abg kat kaunter tuh, dia cucuk jari aku nak tengok blood group dan level hemoglobin. kot kalau tak cukup xboleh derma darah. kang satgi ade yg pitam ke hape naya pulak. elok nak derma darah tak pasal2 kena masuk balik darah tu. haha..
ok bila semua setel, blood presure pun ok 110/80, aku disuruh masuk ke bilik derma darah. dalam bilik tu xde sape kecuali sorg uncle cina ni tengah derma platelet dia kot. dunno.
cik DJ start dulu. nurse kat situ bagi LA, injection. okeyh sumpah laju gila dia pam masuk LA tuh. (bukan Los Angeles, Local Anaesthesia lahh). okey lah fine sakit. sabar je dulu.
tetiba puan nurse bukak jarum ambik darah tu aku dah menggeletar. cuak gila babengs. gila kau, mana aku tak cuak. BESAR GILA NAK MATI TAK TIPU PUNYA JARUM DIA!!! sorang lagi puan nurse pegang aku. aku still tak mau. pak cik cina tu dah gelak2. puan nurse cakap "macam mana ni dentist takut jarum? awak ni.. dah tu ni nak derma ke tak nak?"
nak nak. tapi takut. mcm mana ni?
puan nurse suruh relax dulu. cik DJ tengah sedap menderma darah nampaknya. ohh ya, ini merupakan kali ketiga beliau menderma darah. tahniah!! aku pulak duk baring2 kat kerusi syok kat bilik derma darah tu.
lepas cik DJ selesai, puan nurse pun pegi kat aku. dia bagi LA lagi skali sebab takut effect yg first tu dah habis. takut jugak tapi tak sakit. "ehh, haah laaa.. tak sakit pun... hehehehe...." kata aku sambil tersipu2 malu.
"kan dah cakap tak sakit. sebab ade LA" kata puan nurse.
maka bila dia masukkan jarum besar gabak tu, aku dengan poyonye tengok je dia masukkan jarum besar gabak tu. cehh tak sakit mmg la. pas tu senyum2 sebab jarum dah masuk dan tak sakit lansung. siap goyang2 kaki excited gila masuk jarum besar tapi tak sakit. then puan nurse tengok2 pack aku. darah tak keluar laju. dia betulkan position jarum. baru lah darah keluar ok sket. then sambil tu borak2 dengan puan nurse.
tanya dia duduk mana..... kenapa darah keluar lambat.... kenapa mcm ni... kenapa mcm tu..... masa tu mmg syok la sebab tak sakit.. bila beg dah nak penuh tu, LA effect dah kurang, aku dah start rasa semacam kat tempat cucuk. bagitau puan nurse. dia cakap, "kejap je lagi ye. sikit je lagi. sakit sngt ke?"
"ehh xpe2. tahan2.. dah nak penuh ke?"
"haah.. jap je lagi." terang puan nurse dengan penuh baik hati.
then puan nurse pusing2 jarum sebab tak nak darah tu clot. lama2 serious sakit. aku bgtau dia sakit. maka dia pun kata, "ok lah mcm tu. cukup lah. kesian pulak kat awak, sakit. lagipun dah cukup pun.."
aku tak boleh bangun lagi. kena baring for another 10 mins. sebab kalau terus bgun kang ade yg pengsan. duk baring2 tu puan nurse kedua bgtau, "tak sakit kan...? lepas ni boleh derma darah lagi." aku senyum je. hehehe... sebab dah tau dia bg LA tak sakit masa masuk jarum besar, lepas ni boleh pergi derma darah lagi lepas class GMGS!! oyeah!!
tabung darah kat sepital2 seluruh Malaysia ni memerlukan darah2 anda yang sihat2 tuh. maka marilah kita menderma darah beramai2. nanti dapat pen free, Milo dan kek juga biskut. ade jugak beberapa keistimewaan lain yg korg bakal dapat kalau korg pergi derma darah. macam2.
untuk yg darah O macam saya, jom tambah stok darah hospital. masa aku pergi harini tadi pun stok darah O dah kurang. mujur ade cik DJ dan saya tolong tambah stok. hehehe.. tetiba rasa mcm jadi hero harini sebab dgn darah saya, saya dapat menyelamatkan nyawa seseorang =)
ok sekarang rasa pening2 sket dan agak mengantuk. tangan yg dicucuk tu rasa lenguh gila2 serious cakap. tapi xpe! demi derma darah aku sanggup!!
Katy Perry-The One That Got Away
0 other fingers talking:
Post a Comment