seperti post sebelumnya, jumaat dan sabtu lepas (semalam) aku ke KL, saje2 nak jumpa kwn2 di uia gombak. misi lain antaranya nak cari dunkin donut yg mmg dah lama mengidam dari dulu.. and also burger king. lama wooo tak melantak bendalah2 nih..
if u ever asking me how was the trip, i would rather say: not as i expected. nak tau ape jadi? meh sini aku cerita satu persatu..
**************
lepas je dari habis paper prostho pagi tu aku terus balik bilik, kemas barang dan bilik sebab tak kemas lagi. sementara felly n k.faex tengah nak exam, aku duduk kat bilik main game sambil tunggu diaorg habis exam. lepas habis kemas tu aku main game tetiba dpt msg..
belle!!-kwn aku dari gombak
ade beberapa sesi balas membalas msg tapi end up aku xdpt jumpa dia sebab tetiba dia ade keje kena buat last mins. plan asal, jumpa dia kat gombak the moment aku sampai gombak ptg tu. ok fine, jadi petang tu aku dah tak de sape nak jumpa. aiman ade seminar, afif kena jaga exam, kaled kena pergi masjid jamek ambik baju melayu, n other ppl pun ade mcm2 hal lain. fine.
then dpt msg lagi. this time from nazriq. tanya aku jadi ke tak nak dtg office NST untuk meeting. lepas fikir2 ptg tu aku xde nak jumpa sesape, aku ckp kt dia aku jadi pegi office NST. ya, aku pegi office NST.
penyudahnya dari plan asal nak gerak kul 12, drag ke 12 lebih dekat nak pukul 1 sebab diaorg (felly n k.faex) ade meeting plak pas exam. fine.
kalau dah gerak dlm kul 1 tu sampai kl dlm kul 3 lebih. sampai je kat tol gombak, aku msg nazriq tnya dia kot klu aku xsempat dtg, klu aku lambat mcm mn? and he asked "how late?". aku ckp aku baru nak gerak ke terminal putra lrt gombak. dia ckp sempat je sampai. diaorg balik paling awl pun kul 5.30 mcm tu.. huhu tau je sempat, lega sket aku..
and so i took the train to bangsar. sampai kat bangsar, berbekalkan map yg nazriq email kat aku mlm jumaat haritu, aku pergi cari office NST, jalan kaki ade la dlm 5-7 minit jugak. dalam pukul 4.05 tuh nazriq msg "where r u now?" kot lah tetiba aku hilang kena cekup dek mamat ntah mane2 kat bangsar tuh, naya kena jwb dgn mak aku. maka aku reply "walking to the office. i can see the orange building!!"
berjalan kehadapan lagi dan masuk simpang ke kanan aku teruskan perjalanan. ikut map nazriq bagi yg ade dlm kepala otak aku, it should be somewhere here.. warung melayu... warung cina.... office paper cina.... where the hell is NST?? tetiba aku tak nampak mane pegi bangunan oren. jgn kata aku sesat!!
jalan ke depan lagi aku nampak bangunan warna grey/silver. di depan bangunan ade sorang mamat pakai jeans dgn shirt stripes warna purple, pakai cermin mata, tinggi. nazriq!! phewww... lega aku. ingatkan dah sesat tadi.
"you are on time! i told them you'll be arriving around 4.15 but you managed to be here at 4.10!! and another thing, you find your way to NST!! some people get lost, even they've been here few times." bebel nazriq. aku duk termengah2 penat.
"ohh really? thank God. i thought the building is orange in colour. how come it changes to grey? i thought i was lost just now.." kami melangkah masuk ke office NST
"haha.. so you will be introducing yourself to everyone. are you ready?"
"do i have to??? i'm nervous! my hands are shaking! dari dlm lrt lagi." and so kami dah sampai ke bahagian Education NST yg bertanggungjawab untuk projek Journalism On Campus ni..
"ohh, here comes Mr Balan." kata nazriq. nice, mula2 dtg je terus jumpa salah sorang bos diaorg. and so i greeted him, then he invited me to join the meeting. masuk je bilik meeting tu, aku nampak bersusun laptop atas meja. semua tengah sibuk dul alter layout sana sini supaya semua muat dlm satu page tuh gambar, captions, text... and so i was introduced by nazriq. and then here come Michael. well mmg time tu mengeletar jugak la aku. Michael dah mintak mane article sata aku. then aku ckp aku baru habis exam, xsempat nak pergi buat research semua. Mr Balan pulak duk kata sata paling best kat Rompin, originated from Terengganu bla bla bla... ok tetiba aku rasa mcm kena bom. tetiba mcm xnk buat pasal sata. deng!!!
kalau aku nak cerita sampia habis ape jadi masa aku kat NST tuh, mmg takkan habis. tapi overall i had fun. i had so much fun. and and and........!!! masa dah nak balik tu, sebelum masuk lif, jumpa dgn Mary. Bigger boss. even Mr Balan call her boss. nazriq told me that i'm lucky that i met her. susah nak jumpa Mary, even diaorg yg selalu pergi NST pun jarang jumpa dia, tetiba aku dpt jumpa dia. Mary is A VERY NICE LADY. sangat baik. dia bukan mcm Meryl Strepp dlm the Devil Wears Prada.
pulang ke uia, aku naik dgn faysal, nazriq dan hawa. tapi nazriq had to go to pj so faysal dropped him at bangsar lrt station. sepanjang perjalanan pulang ke uia gombak aku dan hawa dan faysal berborak2.. diaorg semua sibuk tnya pasal course aku,dentistry. how scary that is, menggelikan dan segala bagai.. dan betapa aku xde cuti panjang xmcm diaorg.. bla bla bla.... it was fun. walaupun cuma bercakap pasal hal masing2 dlm kete sepanjang perjalanan dari bangsar ke gombak, tapi best.
sampai kat gombak faysal hantar aku ke bilik emy, ex-roomate aku masa aku kat pj dulu. dan aku pun duduk je lah kat bilik dia, doing nothing sebab dia nak exam, dinner pun tak, lapar gila nak mati sebab dari pagi tak makan. serious lapar tak tipu punya. nak ajak emy mkn, dia jenis xdinner n dia pun nak exam. ajak aiman, dia ade class, ajak afif dia nk study esok exam, nak ajak Dan dia kena hantar roomate dia balik rumah.... maka aku layankan aje lah keroncong perut aku nihh...
esoknya (sabtu) aku bangun nak ajak org pergi breakfast. tapi haram sorg pun xnk pegi. sedih gila babengs dowh. serious tak tipu punya. maka aku pun tunggu emy nak pergi exam dalm kul 1030 tu gerak. aku ready terus beg aku in case lepas dia exam nak terus gerak, senang beg dah ready.
sementara tunggu emy habis exam dan afif habis exam dlm kul 12, aku pergi ke kedai buku kat azman hashim complex. saje nak cari buku. nak pergi library tak tau jalan.. lama jugak aku duduk dlm kedai buku tu. belek buka sana sini.. usha pen sana sini.. last2 aku beli satu buku..
To The Lighthouse-Virginia Woolf.. aku lupa nak ambik gambar. nanti bila aku dah habis baca, aku buat book review ehh. yg best pasal buku ni, dia murah. rm15. mane nak cari dowh!! semua english novel dia rm15. gila. serious gila. serious klu aku kat gombak, atau kedai buku tu ade kat kuantan, dah lama aku borong buku every month.
and so sementara aku duk kat azman hasim complex tunggu afif habis exam, dia ajak aku lunch, aku baca buku yg aku baru beli. duk tengah baca tu tetiba ade makhluk tegur aku.
"rajin gila baca buku..."
AFIF!!! my long lost schoolmate dari darjah 3!!! hoboii jumpa jugak aku dengan kau akhirnya!!
'senang je aku nak cari kau kat sini. kau buat ape kat sini, kat sini mane ade org lepak dowh." afif ckp.. ohh ye ke?? mano den tau!!
maka kami gerak ke cafe di HS, makan. aku cari nasik!! lapar dari pagi jumaat tak makan!! afif tak makan, dia cuma minum je. tapi ayat dia paling best...
afif: aku nak tanya kau something..
aku: hem ape dia??
afif: kau makan banyak, tapi kurus kecik jugak. mcm mn ehh? (nak tersedak aku yg time tu tengah minum air)
aku: kurus kau kata?? kau tak tau aku ade invisible fat!! haha...
afif: kau jgn, aku dah bayang perut kau boroi!!!!!
aku: haha.. ngek!! xde la smpai mcm tu. bnyk sngt ke aku mkn? ni standard la aku mkn..
afif: bnyk la tu. aku mkn pun kurang dari kau. tengok nasik kau, banyak gila. kau tak ambik kuah ke??
aku: aku ambik sup je. xambik kari atau gulai. mcm ni la lauk aku hari2.. (sambil merujuk kepada ayam goreng bahagian dada yg mmg menjadi fav aku dan sayur selonggok kat tepi pinggan)
afif: asal tak ambik??
aku: tak mau. takut pedas. aku xboleh mkn pedas. tak tahan. nnti sakit perut.
dan seperti aku katakan, kalau aku nak cerita semua benda, mmg tak kan habis.. lepas je mkn tu afif bawak aku pergi masjid, tengok org jual2 tudung dan baju, dan juga atas permintaan aku, dia bawak aku ke library. super besar!!!! kalah kuantan punya!! paling best masuk section law. journal2 dia cover depan buat dari kulit beb!!! classic gila!! then nampak abg2 kakak2 loyar pakai balck n white tgh discuss. fuyooo.. awesome man!!
kalau dah kaki buku pergi masuk library dgn makhluk yg mmg payah nak jumpa bayang kat library dan kata "membaca membuang masa" sah sah la kejap je aku masuk library tu. kesian pulak kat afif kena layan gian aku kat library. lepas tu aku kembali ke HS tunggu Emy kat situ. bila dia dah habis exam aku jumpa aiman dan wawa kat bilik aiman. kejap je sebab dia pun nak balik dah..
dalam pukul 2 mcm tu aku pun blah dari uia gombak, ke Sogo, jumpa uncle sebab nak ambik tiket balik kuantan kul 4.30pm. dalam hati nak nangis sebab tak dapat spend masa dgn ramai org.
sepertimana lebatnya hujan yg turun membasahi bumi KL petang aku balik tu, mcm tu punya banyak lah air mata yg aku harap aku boleh keluarkan untuk express kesedihan aku.
duduk dlm bas, seat sebelah aku kosong.. syok je layan emosi sorg2.. kalau dapat nangis lagi best. lantak la org depan/blakang aku nak ckp ape. malangnya, usahkan setitik yg nak keluar, bertakung pun tidak. mmg harapan lah nak meraung dlm bas tu nangis tersedu sedan.
the only thing that made me happy throughout the trip was meeting up with NST bosses n other Torchians. tu saje. kalaulah Kuantan-Gombak ni dekat takat sejam je paling lama perjalanan, sumpah aku pergi meeting diaorg selalu. they are very warm n friendly n funny. reminds me of LAC people masa kat PJ dulu.
aku xckp aku xhappy jumpa kwn2 aku.. aku cuma sedih sebab xdpt spend quality time dgn diaorg sebab semua pun exam. pastu salahkan aku dtg time diaorg exam. mane lah aku tau time tu korg nak exam lah, ade keje lain lah, urusan lain lah. kalau aku tau korg semua sibuk, aku pun xde nak kacau korg. reti.
fine, ckp aku dtg time tak betul. malas dah nk dtg gombak jumpa korg baru tau.
malas nak tambah sakit jiwa ckp pasal org yg x reti nak appreciate what we have been through for them. overall, misi untuk mendapatkan name tag berhasil. still xdpt dunkin donut n burger king. lain kali lah.. dtg KL, tapi xmau bgtau diaorg aku dtg KL. nnti satgi ade pulak yg ckp aku dtg time tak betul lagi.
so yeah.. tu lah dia cerita pasal trip weekend aku yg tak berapa nak best. i know. how irony, i didnt plan to join the NST meeting, yet they are the one that lighten me up throughout the trip smpailah aku balik kuantan semula. manusia2 yg aku nak jumpa tak pulak mcm tu, well except afif. tak habis2 dgn idea gila nak bela semut. ape dah hilang kewarasan?? nak sngt bela semut marilah ke ostel aku. bnyk!!
alright. harus tido skrg. esok (skrg kul 1.31am, kira pagi nanti lah) ade visit from IIUM Educare. jumpa bebudak comel kecik2 dan melayan kerenah mereka dtg KOD. kids!! one thing bout them, they always made me happy disebalik kenakalan mereka semua.
till next time. good night all.
dan aku masih keliru. masih juga seperti dahulu.
2 other fingers talking:
nak jugak dia p KL...dunkin donut tu weyh zaman2 disket orang dok pakai lagi taw tak...sekarang orang makan Big Apple :p
ahhh Big Apple xkan pernah sama dgn Dunkin Donut!! huh! haha..
Post a Comment