CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 8, 2010

aku CEREWET bila masuk bab TANDAS

semalam aku masuk toilet. keadaan macam biasa... lantai tak diberus, dinding dah kuning-kuning. mangkuk jamban tak usah kata lah. mujur aku ngan kwn aku sorg ni guna toilet duduk. kteorg je yg guna toilet duduk, lain guna cangkung. so kadang-kadang tertengok kag la keadaan toilet cangkung. pehhhh... dah mcm sama taraf ngan tandas awam kat TC.

ok then aku ke sinki untuk basuh mug yg aku guna untuk breakfast semalam. sinki mcm biasa, xde perubahan. KUNING juga warnanya. masuk waktu zohor aku nak ambik air sembahyang. tempat ambik air sembahyang tu dindingnya jugak KUNING. aku dah naik marah.

aku balik bilik dgn harapan esok keadaan akan kembali normal.

maka pada hari ini lepas balik dari class petang tadi, aku nak ambik air sembahyang. keadaan tak berubah. masih sama. lantai, dinding, sinki, mangkuk jamban. semua sama. hatta masa aku lalu kat tangga nak naik ke bilik tu kat tangga habuk, gumpalan rambut, merata-rata. aku rasa mcm aku duduk kat flet pekeliling tapi yang bezanya, kami berkongsi toilet. dan bangunan lebih indah tapi kebersihan setaraf.

aku nak g toilet pun geli. sumpah geli. pernah sekali aku nak terjatuh dalam toilet sebab lantai licin tak bercuci. air bertakung kat lantai jadi dah mcm nak berlumut. aku kalau barang2 untuk cuci toilet ada, aku pakat ngan roomate aku, g cuci toilet. masalahnya brg cuci toilet xde.

dalam toilet tu aku rasa budak2 yg nak buat practical microbiology bley wat practical kt sna. mcm2 microbes boleh jumpa. tak yah g jauh-jauh.

dah banyak kali mengadu pasal kebersihan toilet tapi mcm tu jugak. ok for 1-2 weeks then teruk balik. tolong lah weihh korang datang kerja ni, korang tau tak korang perlu membersihkan kawasan asrama? bukan dtg keje, bwk nasi lemak, lepak surau, sapu sampah, kutip sampah then jirus toilet nagn air seminggu sekali. kalau macam tu, baik korang duduk je kat rumah. dtg keje pun tak amanah dan tak jujur. mengabaikan tanggungjawab.

tolonglah, korang tau tak ad penyakit yg boleh berjangkit kalau org tu guna toilet yg tercemar? kalau ye pun ingatlah, KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. aku tak mintak lebih, cuma aku nak korang jujur dan amanah semasa bekerja. tu je.

aku mintak maaf kalau post kali ni menyentuh sensitiviti sesiapa. aku cuma tulis dengan niat nak melepas geram dan sebagai nasihat dan teguran.

0 other fingers talking:

Post a Comment