CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 5, 2010

SAYA SUKA AWAK awak suka saya tak?

kadang-kadang saya jumpa awak.. kadang-kadang tak.. even kita belajar kat tempat yang sama, tapi kita jarang jumpa kan? kalau ada rezeki tu, kita jumpa. kalau tak, tak jumpa. kalau sehari tak jumpa, saya rindu. hari rasa panjang. hidup rasa kelam. tak tengok muka awak, saya rasa tak lengkap.

saya jatuh hati pada karisma awak. pada cermin mata oakley warna hitam awak. pada suara awak. pada jenaka awak. pada tangan awak. boleh saya pegang tangan awak sampai saya mati? can i grow old with your hand?

saya tak kisah orang kata saya desperate. tapi yang saya tahu saya suka awak. kawan saya suruh saya bagitau kat awak saya suka awak. tapi saya takut. saya malu. nak tatap muka awak depan-depan pun saya takut. saya cuma dapat tengok awak dari jauh. awak gelak dengan kawan-kawan awak. dengan kawan-kawan kelas saya. saya suka tengok awak gelak. saya suka segalanya tentang awak.

suatu hari, kawan saya kata awak sudah ada yang punya. saya jadi sedih. tapi saya fikir semula, tak pe lah kalau awak dah ada yang punya. saya tetap akan suka awak, dari jauh.

hari tu hari bermakna untuk saya. hari pertama awak bercakap dengan saya. lama lepas tu kita bercakap lagi. itu pun mungkin pada orang lain itu bukan dikira 'bercakap'. tapi tak pe. saya tetap anggap kita bercakap untuk kali kedua dan saya akan kenang hari itu sampai bila-bila.

bila jumpa awak, saya diserang tachycardia. tekanan darah tiba-tiba naik mendadak sampai otak gagal berfungsi. pembuluh darah jadi vasoconstricted. lidah jadi kelu. salivary gland gagal berfungsi hingga saya mengalami xerostoma seketika. over? ada aku kisah?

saya harap suatu hari nanti saya dapat cakap dengan awak lagi. saya harap masa tu saya dapat kekuatan. untuk cakap kat awak... saya suka awak. awak suka saya tak? dan saya harap awak jawab soalan tu dengan jawapan yang saya harapkan =)

0 other fingers talking:

Post a Comment