adik aku sarah agkat. mama ada orang nak cakap dengan mama
maka mak aku pun jawab
aku cuma dengar ya Allah. ye ke? bila? ok2 ye lah. pas tu mama letak fon
mama pandang aku, cuit kaki aku.
"kakak, pak de dah meninggal."
"huh? bila?"
"baru tadi"
"jom lah balik raub. dia kebumi bila?"
"tak tau lah. tak sempat nak tanya tadi"
maka kteorg cepat2 kemas2 barang. dalam pukul 5 tu gerak g raub. bagitau along dulu. along gerak dari lumut terus ke raub naik kereta. dalam pukul 8 mcm tu kiteorang sampai. 8-9 mcm tu lah
lambat sebab kitaorang stop g makan dulu. aku cari2 gak lah mana mayatnye. tapi tak jumpa. alik2 diaorg kata dah kebumi. tak tunggu sepupu aku a.k.a anak sulung dia yang duduk sabah. sedih la aku sebab xjumpa pak sedara kesayangan aku. last jumpa bulan bila ek.. dia dtg kuantan sebab dia ada appoinment dgn doctor kat HTAA.
maka rumah dia tu diselubungi duka. cheyy ayat tak bley blah
sedih aku. teringat aku kat dia yang selau pesan aku blaja sungguh-sungguh. yang selalu suruh aku jaga mak dan adik2 aku. yang selalu suruh aku duduk sebelah dia. dilah bapak sedara yang aku sayang skali. dia abg arwah abah. namanya zaini bin abd sani. masa kecik-kecik dia selalu bawak aku keliling kampung naik vespa dia. dia sangat baik. masa aku kecik, sebab dia dah tua dan asal balik raub je aku mesti balik rumah dia, aku ingatkan dia atuk aku. dah besar sikit baru lah tau dia pak cik aku. atuk aku yang real dah meninggal.
dia sangat baik. baik sangat-sangat. jabat mesra tangan tua dia aku rindui. (biarlah korang nak kata aku berpuitis. ada aku kisah?) aku rindu duduk atas ribaannya. aku rindu semua pesan dia. aku rindu bila dia dan aku bersalam, dia akan bawak tangan aku ke pipi dan lepas tu dia akan nangis. dan aku pun rasa macam nak nangis tapi aku tahan. aku dah janji aku tak nak nangis. im abah's big girl.
tapi aku pesan pada diri sendiri. kematian itu satu janji. ia satu pengajaran untuk diri kita, bahawa mati itu datang bila-bila. tak kira usia. mungkin hari ni kita hidup bebas berlari berjalan menghirup udara segar. entah-entah esok kita dah disoal mungkar dan nakir. yang pergi itu kita harus redhai dan kita harus terus hidup dan mencari redha Illahi.
untuk pak de, kakak akan ingat pesan pak de. dan kakak tak kan pernah lupa pak de, unless kakak kot-kot hilang ingatan ke, pe ke... u rest peacefully up there ok pak de? love you pak de. my prayers are always with you and abah.
al-fatihah untuk abah, pak de, wan, atuk nabilah, pak cik filzri, ayah tika. (kalau korang nak dedicate al-Fatihah untuk mana-mana ahli keluarga korang yang dah meninggal, or untuk siapa2 yang korang kenal, dipersilakan. mana lah tau nnti kita mati, orang lain sedekahkan al-fatihah untuk kita pulak kan?)
0 other fingers talking:
Post a Comment