CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 7, 2010

kakak usrah saya yang best!!

hari ni aku ada tasmi' dgn kakak usrah aku, kak mimi. untk sape2 yg tak tau tasmi' tu pe, maksud dia.. kita hafal ayat2 Quran, then baca dpn org, dia check bacaan hafazan kita tu. so aku dapat surah mukminun. makanya aku hafal la cam orang gila sebab kira markah kan?

then Alhamdulillah aku lepas la tasmi' walaupun gagap sket. kak mimi xmarah pun (syg kak mimi). yang dtg tasmi' pun 2 org je. aku ngan farahah. pas tasmi' tu borak2 jap. farahah balik awal sket sbb dia kata dia ad hal sket. so tinggal lah aku ngan kak mimi n beberapa student lain dalam surau tu.

mula2 story2 pasal study. pas tu pasal kwn2 yg kami dua org kenal. pas tu entah macam mana kuar bab hati dan perasaan. haduiiyaii.. itu lah dia.

aku boleh cerita pasal abg kacak kat dia... pasal sorg mamat yg aku kenal dari kecik kat dia. n kak mimi ni relax je. dia siap ckp lg, klu farah berharap kerana Allah, Allah pasti tolong. sama ada mmg betul abg kacak untuk farah, atau farah dapat org yg lebih baik dari abg kacak.

wahhhh... rasa mcm aku dah ada sorg kakak yg layan aku cerita2 n at d same time bimbing aku ke arah jalan yang benar. mmg aku teringin sngt nak ad kakak since aku ank sulung pompuan kan, so apa yang aku dapat cuma 'kasih sayang' sorg abg yg aku rasa tak mcm abg.

kak mimi pesan, selalu baca surah al-Mulk sebab nanti kat Akhirat, dia (surah al-Mulk tu) boleh tolong kita nnti. aku ngan bodohnya tanya, tolong pe kak mimi? dia pun jawab tolong kita masuk syurga. pas tu kak mimi kata lagi, selalu2 lah baca mathurat untuk melindungi kita. kwn akak selalu pesan suruh jgn tinggal mathurat tapi akak kadang2 tak buat. tapi tak pe, kita buat sama2 ye farah? aku pun senyum je.

pe lagi yg kak mimi cakap ye?

ohh!! dia kata, Allah tak tengok sejauh mana kita berjaya atau sejauh mana kita berubah tapi Allah tengok usaha kita. jadi kita kena usaha betul2 supaya Allah dapat tolong kita nnti kalau kita dlm kesusahan.

dalam nasihat yg dia bagi ni, ada 2 perkara yg aku bley implementkan. satu dlm study dan satu lagi dlm usaha aku untuk mnjadi insan hamba Allah yg lebih baik. kalau kita berjaya dlm study tanpa berusaha (macam tiru ke, ampu lecturer ke) mesti kurang bermakna kejayaan kita tu. dari segi yang lagi satu tu, kalau nak berubah tu, usaha mesti ada. kalau tak, xde maknanya... contohnye, hafal surah al-Mukminun tu, walaupun aku tak dapat hafal dengan lancar, tapi kak mimi kata, Allah tengok sejauh mana farah berusaha untuk hafal surah tu.

saya sayang sangat2 kakak halaqah a.k.a usrah saya. dia roxxx!!!

pagi tadi ms dlm kelas aku dikejutkan dgn satu berita sedih. bapak kwn aku meninggal eksiden. sedih betul. dah tu esok dia ada paper last untk final exam dia. tikah kau tabah ok? untk kwn2 yg baca ni, jom kita sedekahkan al-Fatihah untuk ayah tikah n berdoa agar roh ayah dia bersama org2 yg Allah redhai n sayangi.

tu je kot untuk hari ni.
till then
catch u guys later
daaaaa.....

0 other fingers talking:

Post a Comment