CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 9, 2011

dah xde modal sangat ke????



hey woman! do you really, like REALLY have to make it OBVIOUS that you like him in PUBLIC, on his FACEBOOK WALL?

like............ SERIOUSLY?





maka amal berkata: gila murah perempuan tuh!! amek kau!!


berbolu betul aku dengan perangai kau. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga












wire bending, exam.. hectic. pening.

Monday, November 7, 2011

bijak susah, kurang bijak pun susah

kau faham ke tidak ape aku cakap ni?


guys with brain are irresistible.


does that means i am sexayyyyy? look into my eyess.......


no no no.... not that nerd. you'll end up looking like a doofus. oopsss!!

i like smart guys, but not to the extent which i have to Google to whatever the words/thing he's talking about.

i mean, come on dude!! there are many other simpler ways to describe whatever the thing you would like to talk about.

i dont invent Wikipedia.

hey you, be mine? =p






*post setelah 'kena' dengan someone. ade je simpler words untuk bgtau benda tu. saje je.. tau la hebat english, aku tak. jealous much. grrrr....











need a time machine. but you will always be YOU.... -sigh-

Sunday, November 6, 2011

azam dan TEKAD

rumah jiran depan rumah kat kampung


nanti kalau aku dah keje, duit dah ade nanti, aku nak repair rumah atuk aku kat kampung, so that everytime raya aku boleh raya kat kampung, xde beraya kat kuantan. sesungguhnya raya kat kuantan atau di bandar sungguh bosan sekali. SERIOUS CAKAP. kepada penghuni bandar, no offense.

meh sini aku nak bagitau korg ape yg korg hilang/tak rasa kalau korg raya kat bandar...

  • perjalanan jauh balik kampung yg sangat best.
journey balik kampung la yg paling syok skali. jalan menikmati permandangan kiri kanan jalan... lagi pulak kalau naik bas, teringat zaman ulang-alik kl-kuantan dolu2 mcm2 jenis manusia jumpa. nak thrill lagi? berbuka puasa dlm kereta. jadi co-pilot kena sedia food untuk driver berbuka (selalunya mama, cuma raya puasa dulu mama suruh drive balik lanchang sebab dia xlarat nak drive). ape ingat senang ke jadi co-pilot? kena make sure driver tak ngantuk.. sedia food driver klu driver nak mkn.. sedia duit untuk tol dan segala bagai. kalau co-pilot ngantuk, driver nak depend kat sape? nak suruh passenger yg dah tido membuta kat blakang pass mknn? haram......

  • org2 kat kampung yg friendly semacam.
yg ni undeniable. dari jauh lagi diaorg melaung panggil nama kau, bgtau kat satu kampung kau dah balik raya. lepas tu pergi lepak rumah diaorg, buat mcm rumah sendiri. jalan kaki je, sebab rumah2 kat kampung dekat2 je. kalau kat bandar? hmph, nak tengok muka jiran sebelah di pagi hari pun sikit punya seksa. ni pulak nak laung nama diaorg, nnti sat gi ade yg ingt korg gila.

  • rumah kt kampung mmg xpernah xde org xdatang
mmg air dan mknn kena sentiasa ada. lepas rombongan pak cik ni, mak cik ni pulak datang. lepas tu bebudak datang dari ceruk mana pulak dtg. tak kira la raya puasa ke, raya haji ke, atau kalau kitaorg saje2 balik kampung suka2 dah lama tak tengok rumah. tak kira pagi, petang, tengahari.. confirm ade org dtg. mlm je xde sebab usually org kampung tido awl, esok pagi nak bgun start keje (usually).

  • bunyi mercun dan bunga api yg lagi menambah keceriaan suasana raya.
mercun kat kampung dgn mercun kat bandar serious lain. lagi2 klu org yg duk kat area cina mcm aku. kalau time raya xbnyk sngt bunyi mercun. rasa mcm raya tu tak kick. kat kampung, mercun2 ni diaorg letak dlm botol, nak bagi bunyi tu power sket. lagi up letak dlm batang paip. meriam buluh? toksah cerita la beb. kalau xde tu mmg pelik. bunga api pulak, ade yg jenis budak2 kecik main, yg org tua main spesis berkaler2 cantik kat langit tuh tak tau brape cycle dah dlm satu malam. meriah gila wa cakap sama lu.

  • kampung sejukkkkkkk
tak yah pasang AC pun. balik kampung kena ready selimut tebal. sebab pagi2 mmg sejuk. perghh... syok gila. mandi2 tu air dia lagi la...... rasa mcm nak mandi mcm p.ramlee mandi pun ade. cuci mata je. aku ingt lagi zaman aku kecik2, mandi air kolah tepi rumah atuk aku. makaihhh... tak sanggup nak mandi masa tu sebab sejuk. tapi nnti klu xmandi mama marah, nak tak nak redha je la.. skrg kolah tu ade, air je yg xde sebab xde org pakai, nyamuk pulak pakai buat wad bersalin dia. tu baru balik lanchang. tak cerita kalau balik raub lagi. kalau balik raub lagi lah. sejuk gila. pepagi buta, malam2.. tengahari je la yg tak sejuk. tapi redup je sebab rumah pak cik aku dlm kebun getah dia, kira xde kena panas sngt. duduk pulak kat bukit, lagi lah.. mmg dtg rumah dia kalau tak tahan mandi air kolah tu, aku mandi guna water heater. super sejuk.

  • jumpa lembu, kambing, itik, ayam, karbau...
dan juga taik diaorg... hahaha.. kalau drive tu baik la elok2, silap haribulan ade yg dpt cop taik lembu kat tayar kete. hidu lah kau bau taik lembu sepanjang perjalanan. adik aku yg umur 15 thun baru kenal itik serati masa balik kampung baru2 ni. aku bantai gelakkan dia. hape da... itik pun xkenal ke?

pernah balik raub, ade babi hutan!! hahahaha... awesome gila. arwah pak cik aku pun tunjuk skill dia, ambik senapang patah, tembak. pastu panggil kawan cina dia suruh ambik babi tuh bawak balik. raya lah uncle cina tuh rendang babi barang seminggu.
  • makan best2 especially kalau kenduri
gulai kawah masak pakai kayu api beb. mane nak cari??? semua buat secara bergotong-royong. xde catering2 nih. kalau kari tuh, daging dia besar2 tapi lembut, xde kecik2 lemak je lebih mcm zaman skrg. rasa kari dia mmg kaw.

food lain semua jenis senang cari. kalau sayur2 tu cari blakang rumah je. tak pun pow rumah jiran. kalau ayam tuh, kejar keliling kampung pastu sembelih je. kalau daging tu, mak aku cerita, arwah nenek aku ade suruh org bela kerbau untuk dia. jadi selalu jugak la diaorg mkn kerbau. satu hal lagi, family aku makan daging kerbau, tak makan lembu. aku pulak mkn je dua-dua tapi prefer kerbau maybe sebab dari kecik lagi mkn kerbau je, smpai ke besar la nak mkn kerbau nye. dah kata cucu yang ngah.... hehehe...




ok basically tu sebahagian dari ape yg ade kat kampung, xde kat bandar. serious bosan raya kat kuantan. raya haji tahun ni tak balik kampung sebab org lain pun xbalik, aku pun xcuti lama, esok dah kena balik uia semula.. xdpt enjoy raya lama2 kat kampung.

maka dengan itu, aku nekad, aku nak repair rumah kat kampung tu kalau aku dah keje nanti. kira nnti kalau balik raya ke ape, aku boleh balik lanchang, xde la balik kuantan. plus kubur arwah abah kat lanchang, lagi satu sebab untuk jaga rumah tu betul2. nanti kitaorg adik beradik kumpul ramai2 kat lanchang, sepupu2 mana2 yg nak lepak sama boleh join skali.

mungkin mmg dari kecik aku dah biasa dgn environment kampung, bila tetiba tak balik tu rasa lain. serious tak pernah rindu kampung mcm ni. environment masuk kampung je bau kampung (bau pokok plus taik lembu. hahaha...) and aku xkisah klu org nak kata aku budak kampung sebab mmg aku membesar dgn environment mcm tu. cuti skolah berminggu2 balik kampung.. pehh best best. mandi sungai dalam kebun getah aki, merayap sampai hujung kampung. usha bangau kat paya dgn arwah abah.. kejar van ais-krim..

mama kata, cari lah org yg ade kampung, senang. alah, ade kampung ke xde kampung ke, sama je. still boleh balik lanchang what??? kalau dia xde kampung, boleh tunjuk kat dia life kampung mcm mana. ye dak?

okeyh again, selamat hari raya aidil adha to all.












burning love-elvis presley

Saturday, November 5, 2011

me so FRIGGIN HAPPY man!!!!

rasa di awangan....... ni dah bukan cloud nine. cloud ten aku rasa.


semalam mendapat satu mesej dari dia yang mmg aku tak sangka-sangka. siapa sangka beb dia nak bgtau berita sehebat mcm tu! aku rasa aku faham bila bapak2 atau mak2 yang bila dokter announce diaorg bakal menjadi parents. coz seriously aku rasa mcm tu jugak skrg. cuma bezanya xde la aku nak jadi parents, cuma perasaan tu sama.

semalam ade org msg...



im so head over heels missing you. angau overrated. will you be my girl?



hoboii super excited mak kalau ade org yg kita suka ckp mcm tu kat kita. lagi best kalau Zack McLarren yg cakap. my own Malay version of Zack McLarren. malangnya itu bukanlah msg yg aku dapat semalam... tu mungkin ape yg org lain hantar kat someone else. teet.... kena tipu. =P

speaking of Zack McLarren (my modern day version of Mr Darcy from Pride and Prejudice) aku dha habis baca buku yg baru beli minggu lepas masa keluar dgn amal dan anep. mmg best.

ok ok back to the topic. harini, kenapa aku hepi gila petala kelapan nih??



semalam pukul 12.58pm Nazriq of The Torch msg aku...


salaam! michael kept his words. your article masuk =) n he gave the greenlight sal sata. he's sorry tak reply, he said go ahead =)


makaihhh happy gila aku. setelah menunggu selama 2 issue finally article aku masuk The Torch. and ohh, Michael is our mentor from NST. selalunya hari jumaat Torchians from Gombak will have meeting with people from NST to decide which article will make the cut to be published in The Torch.

dan kemudian aku reply semula msg Nazriq...


haha yay!!! bout sata, im afraid i dont have enough time to write about it for issue 3. 14th end block exam till 18th. tak sempat nak tanya2 other students what do they think about sata n go to tanjung lumpur to learn more bout it. sooooo sorry nazriq=(


kemudian nazriq pula reply..


s'ok. u can write it for issue 4 then! =) lepas solat jumaat then we'll know about what will happen to your toothpaste article.


ok aku pulak keliru. ni yg lepas masuk the torch tu article APDSA ke? mati2 aku ingatkan article toothpaste yg hold dari issue 1 lagi. toothpaste article aku tuh kena hold last mins sebab org2 NST alter balik design semua dan article tu kena hold ke issue lain. but michael loves it and he wants to save it for last. well that's what nazriq has been telling me all this time. rasa mcm tak percaya pun ade jugak ckp dia sebab toothpaste je pun. sape nak baca beb? but he insisted that most of them find it interesting. they never knew that there are so many chemical used in a tube of toothpaste. and several ppl were sad the article had to be pushed to other issue. that's what he said.

keliru dgn kenyataan beliau sebentar tadi, aku reply msg nazriq semula..


ohh i thought toothpaste will be published rupanya APDSA. right then. have a nice day ahead!



but there's a chance it'll be in!! - kata nazriq


malam tadi around 10.35pm masa duk bergolek2 baca buku Jill Mansell atas katil dlm selimut, tetiba fon vibrate. nazriq!!
dengan hati dan jantung yg bagai nak tercabut dari aorta, aku baca mesej..


ur toothpaste article made it =D


wahh aku rasa mcm nak melompat!!! serious cakap! tak tipu punya!!


woohoo!!! yay!! weeeee... oh God im so excited!!! OMG OMG..



maka nazriq reply...



congrats =) thats mean u have two articles in issue 3! btw, it'd be great if u could complete the article on sata by the first week of december-michael liked your idea!


nice! hoboii serious bila dia ckp michael suka idea aku nak tulis pasal sata tu lagi la aku happy gila sakan. haha... sape tak happy bila supervisor/mentor from NST ok from NST sendiri suka idea yg kita nak bawak.

tadi aku check page IIUM Journalism On Campus-The Torch dan nazriq ade post layout third issue untuk The Torch. as i scrolled down, i can see my name among the writers. hehehe.... APDSA will be the 2nd article in the Campus Frontline section page 3 and Know Your Toothpaste article will be on Life section, centerspread, page 13 LEAD ARTICLE BEB!!!!! my first baby akan jadi lead article for page 13!! mmg la tak se-gah mereka2 yg mendapat peluang tulis untuk front page tapi it means a lot to me!!

tak pernah terlintas dlm kepala otak aku nak tulis untuk official IIUM newspaper. or to be more exact, tak pernah terlintas dlm kepala otak aku nak tulis in any paper. tak pernah terfikir yg artikel aku akan diterbitkan, in english man!!! and the fact that The Torch will be read by 10000 people (gombak, kuantan, PJ and Nilai) buat aku lagi happy tak hengat donia.

dulu pernah sedih gila2, moral down bila article kena push to other issue, skrg dah terpilih masuk, dan michael pun bagitau dia suka idea sata aku, aku rasa lagi semangat nak menulis. insya-Allah lepas exam ni aku akan tulis lagi pasal sata dan beberapa artikel lain pasal nutrition n oral health, teeth bleaching.. tapi seperti kata nazriq, "kena tnya michael n see if he has any brilliant idea to make the article looks interesting"

aye aye captain!! okeyh polish skill menulis kita. and dont forget to read my article to all IIUM-ains and give your comment to my official the Torch email, farahazmi.torch@gmail.com

juga rasa sangat teruja nak menulis bila dapat tau beberapa ahli Torchians dapat invitaion to Young Writers Awards by NST. mmg artikel diaorg off the hook beb! u guys have my respect!! kalau aku tulis lg bnyak dan lagi bagus, maybe dapat invitation untuk thun depan. boleh jumpa young writers and be inspired by them. ohh dear young writers out there who is still single and available, marry me!! you know, one thing bout writers, they are 'sexy' in their own mysterious way through their words. picture Johnny Depp in Secret Window. well i think he did half or three quarter of the job menunjukkan betapa awesomenya seorang penulis.

ok enough babbling izzati. start thinking of new idea on what to write and how, contact the new the torch kuantan co-respondent, syafiq (finally ade co-respondent lelaki from sciences!!) and ideas untuk stalls n exhibitions dental carnival.

balik cuti nak study dan siapkan notes ortho dan prostho. ingt nak buat wire bending rupanya wire tertinggal kat hostel. ceyt!!!


selamat hari raya aidil adha semua!! have a nice day ahead!











where the hell have you been dude?

Thursday, November 3, 2011

ini bukan soalan quiz PEDO esok

setelah ditag oleh encik hanif borhan 2-3 hari lepas, aku pun mengambil kesempatan sebelum study untuk quiz pedo esok untuk jwb soalan2 yg encik hanif letak kat blog dia. sila jenguk2 blog budak ini ya. hehehe..

okeyh lets get started!!

  • Bila hangpa tidoq, ada berapa bantal yg ada dengan hangpa?
ade TIGA!! hehehe.. satu untuk kepala, satu lagi untuk peluk, satu lagi letak kat tepi dinding takut pusing2 terhantuk kat dinding. at least bantal tu function as padding. dan lagi satu dooodolls Kalor peneman tido juga!! weeee....
  • Sila tuliskan nama penuh ubat gigi yg hangpa guna.
Colgate Total Professional Clean Gel Toothpaste! untuk rasa bersih seperti selepas mendapat rawatan pergigian!!
  • Drama b'siri Melayu yg hangpa rasa lain dari yg typical.
ehmm... ehmmm.... tak tau la. tak tengok sangat drama2 melayu. duk ostel ni bila je la nak layan drama.
  • Selimut yg hangpa guna corak apa?
selimut warna biru cair. patchwork. satu corak bunga daisy putih kecik2 background biru dan satu patch lain kain biru plain saja. my blanky and me are inseparable. we have been together since i was 13. (in fact im actually using it now!!)
  • Yg mana hangpa prefer : karpet atau tikaq?
kalau kat rumah kapet. kalau kat ostel tikar je. senang.
  • Kalau hangpa tak ada apa2 masalah utk bela apa2 jenis binatang, apa yg hangpa nak bela?
CHEETAH!!!! or perhaps a tiger. sebab sangat comel okeyh! panda pun boleh. and a dolphin. ouh ouh ouh banyaknyeee. nak bela semua lah.
  • Hangpa punya tabiat pemakanan?
xde cerewet sngt. cuma xmkn benda pedas2 ngan ikan sungai. kalau ayam prefer dada. sayur makan semua kecuali peria. tu je kot. and ohh tak makan benda separuh masak. fully cooked baru boleh dapat permit masuk mulut. (xcerewet kejadah???)
  • Apa yg m'buatkan hangpa bley keluaq air mata teruih macamtu je?
kalau potong bawang banyak2. lain2 hal air mata ni susah gila nak mati wa cakap sama lu nak keluar. tengok 1 litre of tears pun 1 drop of tears tak keluar. tak tipu punya.
  • Sejak dari lahir, list-kan tempat2 yg hangpa stay sampailah sekarang ni.
kuantan-muadzam shah-kuantan
  • Nak bagi anak nama apa? Nak dua2, nama utk laki & perempuan.
amboihh. ape punya soalan la anep. ni mesti kes tak tau nak tnya ape dah. hemmmm lets see..... kalau laki2 suka Umar, kalau pompuan suka Dania.
  • In distance impression/judgement pasai saya! (Ikhlas ye, jujur)
errr..... masa aku mula2 kenal ang kat pj dulu... aku rasa ang ni pendiam dan salah sorang budak baik yg mmg xkan layan aku nak gi mkn sana sini. rupanya kepala otak sama je ting tong. haha..



okeyh dah siap jawab. kan best kalau esok soalan pedo mcm nih. sigh. okeyh2 dah tu study2. selamat hari raya aidil adha semua!!









dah immune tengok semua balik cuti lama2, tinggal aku dgn kengkawan dentistry je kat ostel. bgus jugak. bnyk sket parking.

Wednesday, November 2, 2011

HERO of the day

to all blood-sucking creatures out there, sorry. this one is not for you! boohoo



oyeah impian setelah sekian lama tercapai juga!!! memendam angan2 since di PJ lagi nak derma darah ni tapi tak pernah nya ade kesempatan.


first attempt: awak ni tak cukup umur lagi. kena betul2 18 tahun baru boleh derma darah.
second attempt: penderma hendaklah mempunyai berat badan minimum 45kg. timbang2 time tu aku 38kg. fikir2 balik, gila keping aku dulu.
third attempt: under medication. teet.
fourth attempt: tengah datang bulan. teet.
fifth attempt: tak cukup tido.
sixth attempt: timing tak betul. ade hal masa blood donation.

berlarutan hingga lah ke hari ni. dah prepare fizikal: tido cukup, not under medication, period pun tidak, sihat sahaja, berat pun dah lepas.

cuma mental je. bila bayangkan nak derma darah tu, dah terbayang jarum yg bakal masuk dlm badan dan confirm2 sakit gila baban. mmg every steps i made to the tabung darah HTAA made me thinking, "betul ke aku nak pergi derma darah ni??"

lepas jumpa abg kat kaunter tuh, dia cucuk jari aku nak tengok blood group dan level hemoglobin. kot kalau tak cukup xboleh derma darah. kang satgi ade yg pitam ke hape naya pulak. elok nak derma darah tak pasal2 kena masuk balik darah tu. haha..

ok bila semua setel, blood presure pun ok 110/80, aku disuruh masuk ke bilik derma darah. dalam bilik tu xde sape kecuali sorg uncle cina ni tengah derma platelet dia kot. dunno.

cik DJ start dulu. nurse kat situ bagi LA, injection. okeyh sumpah laju gila dia pam masuk LA tuh. (bukan Los Angeles, Local Anaesthesia lahh). okey lah fine sakit. sabar je dulu.

tetiba puan nurse bukak jarum ambik darah tu aku dah menggeletar. cuak gila babengs. gila kau, mana aku tak cuak. BESAR GILA NAK MATI TAK TIPU PUNYA JARUM DIA!!! sorang lagi puan nurse pegang aku. aku still tak mau. pak cik cina tu dah gelak2. puan nurse cakap "macam mana ni dentist takut jarum? awak ni.. dah tu ni nak derma ke tak nak?"

nak nak. tapi takut. mcm mana ni?

puan nurse suruh relax dulu. cik DJ tengah sedap menderma darah nampaknya. ohh ya, ini merupakan kali ketiga beliau menderma darah. tahniah!! aku pulak duk baring2 kat kerusi syok kat bilik derma darah tu.

lepas cik DJ selesai, puan nurse pun pegi kat aku. dia bagi LA lagi skali sebab takut effect yg first tu dah habis. takut jugak tapi tak sakit. "ehh, haah laaa.. tak sakit pun... hehehehe...." kata aku sambil tersipu2 malu.

"kan dah cakap tak sakit. sebab ade LA" kata puan nurse.

maka bila dia masukkan jarum besar gabak tu, aku dengan poyonye tengok je dia masukkan jarum besar gabak tu. cehh tak sakit mmg la. pas tu senyum2 sebab jarum dah masuk dan tak sakit lansung. siap goyang2 kaki excited gila masuk jarum besar tapi tak sakit. then puan nurse tengok2 pack aku. darah tak keluar laju. dia betulkan position jarum. baru lah darah keluar ok sket. then sambil tu borak2 dengan puan nurse.

tanya dia duduk mana..... kenapa darah keluar lambat.... kenapa mcm ni... kenapa mcm tu..... masa tu mmg syok la sebab tak sakit.. bila beg dah nak penuh tu, LA effect dah kurang, aku dah start rasa semacam kat tempat cucuk. bagitau puan nurse. dia cakap, "kejap je lagi ye. sikit je lagi. sakit sngt ke?"

"ehh xpe2. tahan2.. dah nak penuh ke?"

"haah.. jap je lagi." terang puan nurse dengan penuh baik hati.

then puan nurse pusing2 jarum sebab tak nak darah tu clot. lama2 serious sakit. aku bgtau dia sakit. maka dia pun kata, "ok lah mcm tu. cukup lah. kesian pulak kat awak, sakit. lagipun dah cukup pun.."

aku tak boleh bangun lagi. kena baring for another 10 mins. sebab kalau terus bgun kang ade yg pengsan. duk baring2 tu puan nurse kedua bgtau, "tak sakit kan...? lepas ni boleh derma darah lagi." aku senyum je. hehehe... sebab dah tau dia bg LA tak sakit masa masuk jarum besar, lepas ni boleh pergi derma darah lagi lepas class GMGS!! oyeah!!


mcm org sakit pun ade.... =P


tabung darah kat sepital2 seluruh Malaysia ni memerlukan darah2 anda yang sihat2 tuh. maka marilah kita menderma darah beramai2. nanti dapat pen free, Milo dan kek juga biskut. ade jugak beberapa keistimewaan lain yg korg bakal dapat kalau korg pergi derma darah. macam2.

untuk yg darah O macam saya, jom tambah stok darah hospital. masa aku pergi harini tadi pun stok darah O dah kurang. mujur ade cik DJ dan saya tolong tambah stok. hehehe.. tetiba rasa mcm jadi hero harini sebab dgn darah saya, saya dapat menyelamatkan nyawa seseorang =)

ok sekarang rasa pening2 sket dan agak mengantuk. tangan yg dicucuk tu rasa lenguh gila2 serious cakap. tapi xpe! demi derma darah aku sanggup!!











Katy Perry-The One That Got Away

Tuesday, November 1, 2011

clerking clerking jgn tak clerking

baru pulang dari hospital untuk clerking patient since esok ward bakal digunakan oleh student medic untuk exam mereka, jadi xdpt la nak clerking patient pepagi esok sebelum bedside teaching bermula.

harini clerk patient renal colic. cik lah yg sngt sporting habis. boleh pulak lepas kitaorg tnya dia tu ni tu ni, dia pegi bukak cerita dia keje kat safeguard. sabau je la mak.

cerita dia pergi drive ke tengganu, kl, naik van kalis peluru tuh.. pasal kutip duit tol.. dan segala macam cerita lagi lah. xde masalah sangat masa clerking dia tadi. sebab dia sangat cooperative.

lepas clerk cik lah tu pergi tengok buku kemasukan pesakit dalam wad. buku besar gabak. log book paling besar pernah aku jumpa. sebelah buku besar tu ade sebakul kecik berisi tag nama untuk patient yg selalu patient pakai kat tangan tu.

aku ckp kat amal, "amal, tengok tu. rasa mcm nak ambik satu. boleh tak?" sambil buat muka xsabar nak ambik tag tuh. amal gelak. xsangka aku teringin nak bendalah tu. ye lahh weh tengok patient pakai cambest je.

sambil cover dengan file, aku curik satu. kikikiki......

masya-Allah izzati!!! ape kejadah yg kau buat nih?? pencopet tag patient!! hahahahha.... banyak kot tag tuh. kalau ambik satu je, xde effect pape kot. kan kan kan?? *wink wink*

esok planning nak pergi derma darah dengan amal. adakah dj bakal ikut serta? kita tungguuuuu.......

okeyh sebab nak derma darah jadi kena tido awal. kalau tak cukup rehat, nurse tuh tak bagi derma. ouh ouh first time tuh nak derma darah. tak sabarnyeeee!! tapi jarum?? darah?? wawawawawa.....










sedang menghabiskan baca buku To The Moon And Back by Jill Mansell. if only Zack McLaren exist in the real world, i'd pray to God to made him mine