CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

aku tak bersara lagi

fuhh lama betol tak update belog ni. thnx to wifi yg boleh tahan lambatnye. juga terima kasih untuk segala kerja dan masa yang tak mengizinkan untuk aku update blog ni. tapi tu lah kan, sempat jugak lagi aku nak update kali ni. hehehheheh... dan juga setinggi-tinggi penghargaan untuk semua cerita anime dan jepun yang mmg susah nak tolak tepi walau sekejap.

banyak benda aku nak story ni sebenarnye, kalau aku bukak cite satu satu maunye berpuluh2 post sehari. jenuh plak nak baca. nak baca tu satu hal. nak upload gambar tu lagi la seksa. silap hari bulan ade aku rendam dalam tasik uia laptop ni.

ni hari ni aku nak story benda yang penting je la. yang mmg best punya story. yang memang tak rugi korang baca post ni even dia panjang n tak de gmbr sngt. sebab benda ni berlaku dah lama. so tak ambik gmbr pun.

aku nak ingtkan, ni cerita penuh aksi dan misteri. pada sesape yang tngok cite jangan pandang blakang congkak tu, malam nye tido celah ketiak mak bapak korg sebab takut, sila lah jgn baca post kali ni. silap hari bulan ade yang masuk sepital sakit jiwa takut punya pasal.

alkisah berlaku suatu masa dulu..................

******************

aku tengah bersiap2 pack barang nak pergi camping dgn member2 skolah aku. camping ni bukan skolah aku yg buat tapi ade satu organisation ni yg buat n kawan aku ajak aku gi. alang2 aku dah xde mende nak buat aku pun gi la.

mama hantar kat terminal n gerak ke tpak camping. masa dalam bas tu bukan main lagi hepi nye nak gi camping. ramai muka-muka baru yg aku tak kenal. mula2 tu xde la aku nak buat mesra alam terlebih sngt. aku relax dulu, lepak nagn kawan2 skolah je dulu. nanti la baru tegur diorg semua.

pas dlm 2 jam perjalanan mcm tu smpai la kteorg semua kat kwsn perkhemahan tu. boleh tahan la cantik dia. ade air sungai yang deras ber jeram-jeram. kalau mandi tu mesti masyuk habis. konfem.

turun dari bas tu semua pakat hepi je memasing sebab dpt gi kat tmpt yg mmg cntik tu. aman je. dgr bunyi2 haiwan yg duduk dlm hutan nun, bunyi air sungai yg deras. mmg ciptaan Allah tu sngt indah. xperlu berdozen orkestra hebat pun bunyi mother nature tu boleh buat semua org terpegun n hepi menanjang.

pas sampai tu kitaorg semua kena pergi register. maka pergi ke meja urusetia dan register bilik, kumpulan dan segala bagai. kteorg kena kemas barang dulu then pukul 4 mcm tu kena turun ke padang untk briefing sket. aku tak dapat satu bilik dgn kawan-kawan skolah aku. instead ngan sape ntah roomate aku. sekor beruk pun tak kenal. n ahli2 kumpulan aku pun aku tak kenal barang sekor.

masa register tu jugak setiap org akan dpt voodoo doll sorg sebijik. pelik jugak la asal sorg satu dpt. tapi pedulik hape kan. eksaited punye pasal, mampus pi la voodoo doll tu. aku masukkan dalam knapsack aku patung tu, ambik beg baju n terus gerak ke bilik aku.


masuk bilik je aku nampak 2 ekor manusia tgh kemas beg. empat mata pandang aku bila aku masuk dlm bilik. aku senyum.

"hai. ktia sama bilik la manpaknye seminggu ni ehh?" (kejadah soalan tak perlu jawapan yang kau bagi tu izzati?)
"haah. nampaknye begitulah. zazu, yang ni mira. kau?"
"farah"
"nice. nanti ade lagi sorang masuk bilik ni. satu bilik share empat org." mira cakap sambil kemas2 beg dia.
"rite." aku start kemas beg aku.

keluarkan sleeping bag. letak atas tilam. bilik ni xde katil. cuma ade tilam queen dua keping buat jadi alas tido ngan bantal empat bijik. dah jadi rutin aku kalau gi camping bawak sleeping bag sendiri sebab rasa tak selesa kalau tido atas tilam sebarangan. n aku xguna pun bantal yang org kem tu bagi sebab geli. yes aku cerewet bab tido n masuk tandas. so what?

tak lama pas tu budak keempat bilik aku masuk. Hajar nama dia. okay cool.

pas kemas barang kitaorg ke padang. time ni dah start nk break the ice antara kteorg 4 org. masa briefing tu ketua kem bgtu la pe yg kteorg boleh n xboleh buat. typical benda2 yg org kat camping dpt time briefing la lebih kurang. n dia ade gak ingtkan untk bawak voodoo doll kteorg kemana saje kteorg gi. n jaga dgn elok2. aye aye captain!!

aktiviti berkumpulan mula pada hari kedua. ada 5 org satu group. ade 2 org budak laki dlm group aku. alem ngan lan. lagi 2 org lea ngan jihah. basically sepanjang kem ni aku akan bekerjasama dgn 4 org ni la.

macam2 ragam manusia yang aku jumpa akt kem ni. ade yg suka duk sorg2. ade yg emo tahap gaban. ade gak yang suka ckap sensorang. sumpah tak faham. suka hati korg la. asal tak gangu idup aku sudah.

petang tu ade main cari harta karun kat sekitar kawasan kem. kumpulan aku pun pusing2 satu kem tu ikut map yg dia bagi. sampai kat satu tempat yang agak semak sikit la tetiba aku dgr org bercakap-cakap. akut tgk lea, jihah, alem n lan xde plak cakap. suara pun bukan suara diaorg.

"wehh, korg. senyap jap. cuba dgr tu." semua pun sneyap. suara org bercakap2 tu je yg dngr.
"sorry lah awak. saya janji saya tak tinggalkan awak dalam bilik lagi ok. saya nak cepat tadi. awak jangan la merajuk dengan saya." pemilik suara tu berkata-kata. kita org senyap2 dtg dekat dgn punca suara tu. pas tu kitaorg nampak sorg budak pompuan tgh cakap sensornag. ehh tak, dia cakap ngan voodoo doll dia. dia tgh pegang voodoo doll dia. ada patung tu kat tgn dia. dia tgh tgk patung tu, dalam.

"awak tak marah saya kan? kalau saya balik nanti saya bawak awak sekali okay?" budak tu duk cakap lg ngan patung tu.

prappp!!! bunyi ranting patah. ape ke bebal betol la lan nih. boleh pulak dia bantai pijak ranting tu. adoi la....

bila tau je ade org yg tgh tgk dia, budak pompuan tu pandnag kat tempat kteorg. kteorg kaget. alamak!! terus budak perempuan tu lari bawak patung voodoo dia. kteorg 5 org pandang each other. muka dah cuak. kejadah budak pompuan tu nak cakap dgn voodoo doll dia? pas tu pandnag kteorg dgn muka ketat.

"semacam je aku tgk budak tu. apesal dgn dia?" jihah tanya.
"jom la wehh. aku rasa clue tu xde kat sini. lgpun aku mcm tak sedap badan je pulak." alem dah garu2 kepala. semua setuju untuk chow dari tempat tu. pehh cuak gak tadi dibuatnye.

malam tu aku ngan lea n jihah cakap pasal budak tu. tak puas hati betul sebab lepas je dari peristiwa tu budak tu pandang kteorg dgn pandangan tajam gila kalah taming sari. ahh biarkan. aku malas nak fikir pasal budak tu. ntah2 dia pun terkejut ade org tgk dia buat keje gila ckp ngan patung.

hari ketiga dimulakan dengan jungle trekking. duduk berbaris baris dengan ahli kumpulan. group aku dapat jalan 2nd last. antara yang blakang. sadis betol. tapi xpe lah sebab ade ranger yang jg kat blakang n kat tengah. tarak hal punya. so jenjalan dalam hutan tuh.

budak laki group blakang aku sibuk berborak. mengalahkan cik joyah. eiii geram betol aku. tapi ade satu topik yg buat aku rasa nak dengar.

"amir, ko tau tak semalam kan, miji buat perangai pelik dowh."
"perangai ape pulak kau ni."
"semalam la, semua org duk tido sebab penat dia boleh pulak duduk hujung tilam nyanyi sambil pegang patung dia. seram betol aku."
"woii mangkuk. kita dalam hutan ni. mulut ko mmg xde insuran kan."
"betol la mir. tak tipu punye. cube ko tnya black kalau ko tak caye. dah tu, nyanyi lagu pe mende ntah aku tak tau. seriau aku jadinye malam tu."
"ngarut la kau. tak kan la miji buat benda tu. ish dah la."
"betol... cube kau fikir. semua org dah berperangai pelik since dapat patung bodoh tu. masa dalam bas semua org okay je. sampai sini je dah jadi lain. semalam je dah pelik. mula-mula tu aku tak perasan tapi bila dah ramai orang dah jadi macam pelik je aku pun naik heran. dol pun ade cite pasal budak group dia, pompuan sibuk cerita pasal patung dia kat bebudak group dia. nida semalam masa aku jumpa dia kat tempat makan pun ade tanya aku menda sama."
"ish kau ni muiz, ntah-ntah xde mende. kau je yg melebih. dah la wehh. tuka topik lain."

hemm.... betol ke patung tu dah influence orang? aku pun pelik. kalau la betol ape yang budak muiz tu cerita, then ape jadi kat kiteorg nanti?

lepas je jungle trekking tu aku gerak ke tempat makan sebab haus. nak ambik air. ambik cawan n tadah air yang keluar dari mulut water dispenser. baru je aku nak minum, aku dengar ade budak pompuan jerit. macam histeria gitu. kejadah pulak ni?

suara jerit tu datang dari seberang sungai. sape pulak duk kat seberang sungai? berkali-kali jugak org tu jerit. aku tak jadi jerit. aku tengok semua orang buat derk je. as if xde benda jadi. as if xdengar ade org jerit. aku tanya syahirah, budak skolah aku dia ade dengar tak suara org jerit. dia kata tak pun. ahh sudah. aku dah terkena sumpahan patung tu jugak ke? cepat-cepat aku baca segala ayat al-Quran yang terlintas dalam kepale otak aku nih. dennggg ape ni. aku tak suke menda2 bodoh mcm ni. terus aku decide nak masuk bilik sebelum aktiviti seterusnye.

masuk dalam bilik aku dengar suara zazu meracau. hati aku tak sedap. terus aku masuk dalam bilik. bukak je pintu, tengok2 bilik dah bersepah. zazu gigit kuku dengan rambut serabai n menangis. voodoo doll dia ada kat atas tilam. aku terkejut. ni ape kes pulak dah ni??? ahhh sudah. semua nak buat perangai gila ni ape kes?

aku beranikan diri pergi dekat dengan zazu.

"zazu kau okay?"
"benci. tak suka. buang. buang!!"
"zazu relax wehh. cuba cerita kat aku. ni ape sal ni?"
"aku benci!!!!" zazu dah menjerit sambil tarik rambut. bingit telinga aku bercampur sakit jiwa dengan benda2 pelik ni aku tampar muka zazu. ooops!!

terus zazu senyap. deng. ape aku dah buat.
zazu macam blurr. dia pandang aku. aku dah cuak. kang tak pasal2 aku dapat cop body glove free kat muka.

"farah, sorry aku tak sengaja. aku stress. aku nak balik. aku tak tahan duduk kat sini. aku takut. aku tak nak duduk sini lagi. aku nak call mak aku suruh ambik aku." zazu menangis sambil peluk aku. serious aku tak tau nak cakap ape. satu hal pasal aku, aku tak reti nak pujuk org n tak reti nak tenangkan org yang tengah menangis. mmg fail bab tu. last2 aku biarkan saje zazu menangis. basah jugak la baju aku bahan dek air mata zazu.

bila dia dah okay tu aku tanya dia kenapa. dia cakap ada benda gangu dia. dia rasa macam patung voodoo tu cakap dengan dia. patung tu suruh dia pergi sungai. patung tu suruh dia buat macam-macam. dia takut gila tadi tu yang dia mengamuk sepahkan barang dalam bilik.

"sorry sngt farah. aku kemaskan balik bilik ehh."
"xpe. meh aku tolong skali." sambil tolong tu aku dah mula tak sedap hati pasal semua benda. pasal kem ni, pasal patung tu. pasal ketua kem yang hilang tak jumpa since hari pertama. betul ke semua ni berpunca dari voodoo doll yang kitaorg dapat tu?

malam tu aku jumpa syahirah. aku tanya dia kot kalau dia berdepan dengan benda2 pelik. dia kata ada. aku ajak dia solve benda ni. tapi dia tak nak. dia kata dia nak balik. dia dah call parents dia suruh ambik pagi esok. tapi aku tetap pujuk dia stay sampai benda ni selesai n tolong aku solve kes misteri ni. cehh, kau ingt ni macam cite scooby doo ke? kau bajet kau tu nancy drew? poodahh cett farah!!

masa aku jumpa syahirah aku ternampak muiz. budak laki yang bercerita dngn kawan dia masa trekking tadi. aku jumpa dia. aku cerita kat dia pasal benda yang jadi. pasal budak yang bercakap dgn voodoo dolls dalam semak, pasal jeritan budak perempuan seberang sungai, pasal zazu. dia pun kata dia ake syak sumthing pasal kem ni, pasal patung tu. kalau tak, takkan kitaorg dapat sorang satu patung tu. aku ajak dia solve kes ni sama2. and kalau boleh cari lagi ramai orang. dia sudi tolong aku. yes, dah ade geng. kisah penyiasatan remaja farah izzati bakal bermula!! mwahahhahahaha...

jadi kitaorg malam tu nak cari geng lain. tapi ramai yang kata jangan. ade yang kata patung tu xde pape masalah. patung tu okay je. patung tu baik je. apesal semua macam backup kem ni, patung tu. korg tak sedar ke pe dah jadi sepanjang kem ni?

hari dah malam, aku ngan muiz decide nak buat kerja dua org je. esok kitaorg start. bermula dgn mencari ketua kem yang hilang ntah ke mana. malam tu aku tido dgn seribu satu persoallan dalam kepala otak. (ayat tak nak kalah)

esoknye aku ke padang untk tgk keadaan sekeliling. makin teruk nampaknye. semua org macam dah begitu attach dgn voodoo doll masing2. semua pegang ke mana pergi. aku tunggu muiz kat tempat makan sebab janji nak jumpa kat sini. pas few minit mcm tu baru dia sampai.

"sorry wehh, lambat sket. ade benda tadi."
"ohh tak pe. aku rs keadaan makin teruk. ramai dah macm kena pukau dengan patung tu."
"tu lah pasal. macam mana ni wehh" muiz tanya aku. tengah fikir tu sekali ade kereta masuk kawasan kem. ni kereta parents syahirah. pas tu aku nampak syahirah datang bwak beg baju. aku terus pergi ke arah dia.

"kau serious nak balik ni?" aku tanya. dia angguk.
"tak nak join aku ngan muiz?"
"aku tak nak. kau setel sensorang. aku dah cuak." syahirah masuk dalam kereta. pas tu bapak dia pun blah macam tu je.
"macam mana ni muiz?"
"ntah la. kawan kau tu bukan dia je yg balik. ramai dah member aku yang balik sebab takut. tinggal kita je la nak selesaikan benda ni."
"kau betul2 rasa patung tu penyebab semua ni?"
muiz sekadar mengangguk. payah betul. ape aku nak buat ni.

tengah kita org bercakap tu ade lagi kereta yng dtg bawak balik anak2 diaorg. yang peliknye mana ketua kem? kenapa dia tak cakap something? dia dalang disebalik benda2 ni jugak ke? aku ngan muiz kena cri dia cepat2. sebelum benda ni jadi lebih teruk.

aku benci pada patung tu. sebab patung tu la semua ni jadi. aku ajak muiz ke satu sudut tempat makan dulu.

"aku nak buat satu eksperimen. tunggu kejap."aku cakap kat muiz. aku ambik knapsack aku dan keluarkan voodoo doll aku.
"kau nak buat ape ni?" tnya muiz.
"tengok je la." aku keluarkan gunting dari pencil case aku.

then aku potong tangan voodoo doll aku yang dibuat dari kain guni tu. bila aku potong je n bahagian yang aku potong tu jatuh ke tanah, serta merta warna dia tukar jadi warna hitam. aku ngan muiz bertukar pandangan. aku tengok muiz, muiz tengok aku. denggg. ape kes ni?

aku kerat lagi satu bahagiann. jatuh ke tanah, tukar lagi warna hitam. aku pandang muiz, muiz pandang aku.

tiba-tiba ade orang pegang bahu aku.........








"farah, bangun. dah pukul 630am." kata mussy.







************************************


amacam? kewl x story? agak2 suhaimi baba nak buat movie tak cite aku tu? hehehehehhe.......



lain kali nak tido baca doa dulu. n jgn tgk anime melebih2.

2 other fingers talking:

Khairina Ridzuan said...

BODO.

Farah Azmi said...

kayna tertipu tertipu tipu terkayna. kayna tertipu lagi!!!!

mwahahahahhahahaha....

Post a Comment