CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 15, 2011

kau kat mana?


aku serabut
serabut sangat
kau kat mana?
aku nak story dekat kau ni
oh aku lupa
kau dah takde untuk dengar cerita aku

kau kat mana?
aku nak gelak macam dulu
aku nak gurau kasar macam dulu
kau kat mana?
aku tangah tension ni
kan dulu kau selalu buat aku lupa kejap problem aku
tapi sekarang
kau kat mana?

aku sorang sorang
segala sakit pedih aku simpan sorang
cerita suka pun aku simpan sorang
kau ape cerita?
kau kat mana?

silapnya aku
salahnya kau
dan sampai sekarang aku nak tau
kau kat mana
sebab aku rindu kau sangat

aku rasa betul orang cakap
kalau kita hilang barang tu
baru kita hargai barang tu
baru kita sedar betapa penting
orang tu pada kita
aku hilang kau
kau penting dalam hidup aku
itu aku tahu
dari dulu lagi
jadi boleh kau bagitau aku
kau kat mana?

aku rindu
aku tunggu
sampai kau sampai pada aku
sebab kau macam thirsty hippo yang serap lembap
cuma kau serap serabut kepala aku
serabut kepala aku dah tahap moksya
tolong aku cepat
kau kat mana?






seriously. it hurts, literally.

Wednesday, March 9, 2011

kisah cuci cermin kereta

mak cik ni kalau test JPJ fail, parking xmasuk betul2 dlm kotak =P


korg ingt tak kadang2 tu kalau gi stesen minyak je ade je org stesen minyak tu tolong bersihkan cermin kereta? alaa... yg mcm kat atas tu..

haritu pergi mana ntah ngan filani, dia isi minyak kat stesen minyak pertonas kat IM nun, pas tu tgk ade org cuci cermin kete mak cik depan ni. aku pun jadi teringat masa aku kecik2 dulu, suka betol kalau mamat bangla cuci cermin keta bapak aku (skrg dh besar sikit okeyh)

masa aku dh tua bangka ni dah jarang dpt peluang atau kesempatan untuk dicuci cermin keretanya. kete mak aku, kete amal, kete sape2 la. tapi zaman kecik2 dulu naik kete ngan abah slalu gak dia cucikan cermin depan tu.

kalau pergi stesen minyak part cuci cermin yg paling aku suka skali. bila mamat bangla tu celup pencuci cermin dlm baldi pas tu wipe kat cermin, pas tu ade air kat cermin tapi tak basah kena kat aku sebab aku duk kat dalam kete. bila tgk air tu rs eksaited gila nak mati ibarat pass exam la kiranya sekarang. biasa la kan budak2, semua benda pun nak eksaited.

kadang2 aku saje xbagi abah cuci kereta sebab nak mamat bangla tu cuci cermin kereta. pas tu mcm org batak jakun gila masa dia cuci cermin. ada satu masa tu, bila mamat bangla tu tak cuci cermin keta aku jadi sedih gila. moyok je muka sebab hajat ikut abah isi minyak sebab nak tgk bangla cuci cermin, tapi dia pulak xnk cuci. dush dush!!

ape salahnye cuci cermin kete bapak aku even bersih?? asal skrg dh xde org nk cuci cermin kete kalau dtg stsen minyak? aku sedih tau =(






aku tak suka dgn perangai kau yang macam lalang tu. yang kononnya suka akan sesuatu tapi pada asalnya tak pun. tapi sebab seseorang kau tetiba suka pulak. kau apesal? tak de pendirian hidup ke?

Monday, March 7, 2011

jalan2 cari pasal

pas amazing race pagi tadi, mandi2 dan siap2 untuk keluar makan ngan amal. rasa mcm nk mkn mcd so ajak amal gi mkn kt tc. dah lama tak gi tc. dari jauh tgk air cantik gila.

berborak sakan macam setahun tak jumpe tgk2 dah kul 3 ptg. kena zohor nih. ingt nk tunjuk kt amal tmpt yg gi ngan uncle aritu, muara sungai kuantan. sebab amal nk sngt tgk since tgk gmbr aku ngan sarah. tapi tgh hari buta (tgh hari ke kul 3???) panas gila matahari mencacak ats kepala so xjd la gi lepak situ. just solat je.

tapi pas solat tu tetiba pandnag amal....

"amal, u nk mkn murtabak tak?" (ni baru pas mkn nih. perut penuh lg ngan segala air minum masa amazing race)
"kat mana"
"nak buat kerja gila tak? jom gi mkn murtabak kat pekan"
amal bg muka nakal tnda setuju.

so baby off we go!!!!

ni la dia rupa murtabak tu. murtabak mengkasar hj din yang gerai dia kat tepi sekolah sains shah pekan tuh.

last aku ke pekan masa form 5. tu pun takat peramu je sebab gi klinik kesihatan dia interview dentist kt situ untk folio kerjaya. last aku makan kat kedai hj din tu masa aku darjah empat.umur aku masa tu 10 thun aku gi kedai tu. the first time aku mkn situ. and after 12 years (skrg dh 22) aku still boleh ingt jalan dia, landmark dia, dan harini lah kali keuda aku makan kat gerai tu. bayang la beb dah 12 thun ingt lg jalan. tu first time dtg. amal kata kalau bawak anak, anak dah darjah enam. bwahahahhahahahha.... (gelak evil)

pas makan kenyang gila nak mati solat asar kat masjid baru pekan. lawa wooo masjid nihh.

lupe plak nk promote kedai hj din nih. murtabak dia biasa rm6, special rm8. dia nyer HQ yg kat sebelah skolah sains shah pekan tu la. tp ade je cawangan dia kat sebelah UiTM kuantan. tapi gedik kan nak gak mkn kt pekan nun mcm la kt kuantan xde. hampureh punye budak.

sambung cite pasal masjid baru pekan nih....

masjid ni seyes lawa. dalam luar segala nye lawa. dia nyer telekung toksah kata la. ko ckp kt aku mane nak cari masjid ke surau ke yg telekung dia bau kedai? siap ade plastik lg kat tepi tu. betapa baru nye masjid ni.

tapi agak sedih sebab masjid baru, lawa, besar, tapi xde org. sebelah2 tu ade je rumah2 kampung ni.. tp.........

masa dah on the way nak balik lalu la sungai pahang. ade la bendalah ni... (nama pe xtau aku)
gila talak!!!! payung memayungi gambar tuhhh!!! gilak tak gilak. tepuk dahi aku tgk menda ni.

bila dah kat area penor kot, not sure tgk kat langit. tetiba nampak ni.

korg mnpk tak kat awan itam tu ade rainbow? it is actually more n more n more beautiful than this one if u can see it live. well, human's eyes are the best lens in the world kan? letak la lens jenama pe pun xbley lawan Allah punye creation.

masa aku tgk fenomena ni aku duk fikir, hebat gila Allah boleh buat menda ni. mcm.. korg fhm x, panas, xujan, tapi ade a spectrum of light kat layer of clouds. and it is radiating. dah tu lawa gile pulak tu. cantik je dia duk situ. org2 xfikir ke semua ni kerja sape ehh?

aku suka trip ni. akku dpt mkn, dpt spent time ngan amal, dpt ilang tensen, kenyang, dpt try masjid lain, n menyedarkan aku tntg kebesaran Tuhan. Allah, You truly are the Most Gracious, the Greatest Inventor ever. coolio!!!!

anyway ade sesape tau ape nama fenomena tu?
sorry gmbr xlawa sngt sbb xbwk camera. guna fon camera je =)






i was wondering, awak buat ape ehh tadi?

Friday, March 4, 2011

the window

hari ni bangun pagi, rutin mcm biasa. tutup lampu meja, bukak lampu bilik, tarik langsir, bukak tingkap. wahhhhh.... pemandangan yg mmg best, even dah nak dua thun aku menghadap view yg sama yet it's still mesmerized me.

pepagi sedut udara hutan blakang uia. kengkadang tu dengar bunyi haiwan2 yg duk bersahut-sahutan kat hutan. time pagi2 sejuk je. trigger nak smbung tido.

kenapa aku suka tingkap aku?
(cakap ala2 iklan petronas, kenapa saya suka rumah saya?)

first thing, masuk je bilik masa mula2 masuk dulu, aku bukak tingkap. tengok view luar. masya-Allah. cantik. anak sungai, bukit2, ade basketball court. mmg best. first day lg dh tgk biawak berenang kat sungai.

bila malam duduk kat tingkap, tgk langit. nak tgk bulan mmg harapan la sebab bilik xmenghadap tempat bulan keluar. so tgk bintang je la... dah kalau bukak tingkap malam2 tu macam2 jenis makhluk la masuk. kupu2 dari segala spesis dh rajin gila melawat aku. tu belum kira kumbang2 pelbagai warna dan rupa serta saiz.

kalau hari ahad (weekend) lagi best. pas mandi berdiri dulu tepi tingkap tengok sungai, bukit, basketball court. well basically tu je la pun yg aku tgk. kadang2 ade org main pagi ahad. selalu sisters. brothers jarang yang main pagi ahad. lepas tgk tu buat breakfast kejap. then duduk atas framework tingkap tu, sambil mkn brkfst. kalau xduduk kat birai tingkap pun berdiri tepi tingkap. sambil tgk anak sungai, bukit dan basket ball punye court. some might say, "gila bosan hari2 ngadap bendalah tu." tak okay (ala2 iklan kat xfm)

objek kt luar tingkap ni berubah2 (contoh skrg ade burung tgh bernyanyi riang kat luar nun, tadi xde). kadang2 aku didatangi sedara bau2 nangka. time tu kalau depa pakat mai ramai2, ha haru semua org duk pi tutup tingkap. klaka betol. pastu ade je dgr org jerit2 bila monyet masuk ikut tingkap.


ni dia view.. ade bukit, anak sungai, court basketball, mahallah T5, cafe ngan masjid yg tunggu aku kawen baru nak siap.

asal tengah hari je, mula la cafe buat perangai dgn aku goda aku suruh turun makan sebab aku paling malas nak gi cafe beli food. dia bantai keluarkan bau ayam goreng, segala makanan yg sedap2 tu saje je khianat ngan aku. ish ade ke patut?

itu kalau tgh hari. kalau petang, goreng pisang plak. mmg nk kena cafe nih. hepp hepp!!

petang selalu ade org main basketball. selalu brothers tp recently selalu je nampak sisters main. ade kengkadang tu share satu court. kengkadang tu ade friendly match. aku pun pe lg, tgk la. dulu nampak jelas tapi skrg pokok dah membesar so xbrape nak clear sngt. =(

view waktu petang. rumput dah pendek. mesti abg2 yg selalu lepak kat gazeebo tu dah mesinkan. thnx abg2 potong mesin rumput =)

tengok. cuba cari ade org main basketball dlm gmbr ni.

ni bila tgk cite jepun Buzzer Beat, yang bila mana sang awek duduk dekat dgn court sang pakwe main basketball, dan sang awek main violin kat court (aku xmain la violin tu. haram xreti) dan sang awek usha sang pakwe main basketball, lalu turun memberi sokongan lepada sang pakwe. mwahahahhaha... okay aku dah nak smpai treshold fasa berangan angan tak sudah so jom kita stop sebelum parah.

tapi kan, hero cite tu sumpah cool gila. ms dia main basketball tu, pergh!!!! hot syiall wa cakap sama lu!! dgn rmbut dia bouncy2, pas tu expression muka dia, dgn movement of his muscles, and he bounce the ball, and jump and shoot and score!! ahhhhh..... badan dia, aku rs xperlu la aku nak explain kat sini. faham2 sendiri sudah.

dengg!! sportsmen are sooooo freaking damn irresistible =P







it was such a gloomy morning, until i met you. i guess its true: ur my ecstacy =) [senyum smpai blakang kepala]