CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

cerita exam siri 2

sorry berhari tak update sambung cerita sebab beruk-band buat perangai mcm beruk. nak bukak muka depam facebook pun tak boleh. tunggu lama smpai aku nak tertido. wawawawa.....

baik, ini malam kita ambik mood sket. smbung cerita hari tu. kita stop tang org ade ketuk pintu bilik aku kan??





aku tolak tepi selimut dan berjalan ke pintu. tangan terketar2 ni, sebab tak larat pun ye, sebab takut pun ye jugak. aku tolak ke bawah tombol pintu. tarik daun pintu.

terjeguk muka yg aku mmg dah agak dia nak datang malam2 buta ni. yg selalu round2 hostel time bebudak gi prep malam. malam ni dia bawak kroni pula rupanya. hemm.. mungkin dia tau kot mlm ni spesel sket esok nk PMR. berdiri di depan pintu bilik aku tak lain tak bukan Cikgu Zaiton ngan Cikgu Sahani, warden asrama.

"kenapa kamu tak pergi prep?" tnya cikgu zaiton dgn nada agak kerek.

aku dah separuh nyawa ni boleh lg tnya mcm tu. adoi la. maka dengan selamba aku menjawab.

"saya tido cikgu."

"hah??" kali ni cikgu sahani pulak yg bg respon

"saya demam. boleh bawakkan saya pergi hospital tak cikgu?" aku dah tak larat ni. nak gi hospital gak. pe nak jadi pun jadi lah. kisah ape nye aku.

cikgu zaiton rasa dahi aku.

"makk aihh. panas betul ni. awak siap2 dulu farah, nanti saya panggil abg shah mintak hantar awak pergi hospital."

maka aku masuk dalam bilik smula, ambik sweater, sarung tdung. aku sambar purse dengan matrix card kot kalau ade pape. aku tunggu cikgu kat depan bilik. mujur lah bilik aku betul2 menghadap rumah staff dan jalan. senang la abg shah selaku driver maktab nak parking van ambik aku gi hospital.

few mins after that cikgu zaiton dan cikgu sahani datang. kain batik dah bertukar kepada seluar jeans nampaknya. kalau tadi tudung main sedap cekau dek tangan, kali ni dah matching ngan baju sket. amboihh, cikgu aku ni nak hantar aku gi hospital ke gi makan malam??

tapi takkan nak gi sepital bwk student pakai kain batik ye tak? mmg tak la. ade silap hari bulan kena daftae masuk wad org sakit jiwa.

pas abg shah dtg membawa van maktab, aku pun masuk. boleh tertido dlm van masa on the way tu. bila dah sampai sepital kkb, cikgu kejut aku. sempat lagi aku dgr cikgu ckp, "awak ni nak demam tu cuba la time lain. ni demam time nak PMR"

mana la sy nak control nak demam bila. bak kata anak sedara kak chah, "ni dah takdir Tuhan!!"

kalau sepital kerajaan, malam2 out patient clinic tutup, so aku kena la masuk emergency room. dipapah cikgu kesayangan yg bnyk berjasa. ada staff lelaki kat situ. aku ditinggalkan sendirian kat dlm emergency room, cikgu2 ngan abg shah tunggu kat luar.

sesi interview antara aku ngan abg hospital pun bermula...

abg sepital: ad bwk ic dik? (maka aku hulurkan ic aku)
abg sepital: tahun 89? esok awak exam la ni kan? (abg tu tulis something kat kertas. aku sekadar mengganguk)
abg sepital lagi: awk sakit ape?
aku: demam
abg sepital: sejak bila?
aku: ade la dlm 2-3 hari. ingt dh nak elok ptg tadi. tetiba dia panas balik.
abg sepital: awak ni..... bnyk sngt study nih...... (abg sepital tersengih)
aku senyum je lah. malas nak layan.

kesian plak kat abg sepital tu. nak cheer me up tp aku plak malas nak layan. sorry la bang, sy ni sakit, klu sihat boleh la sy lepak jmpe abg.

typical examination untk org demam dijalankan. abg sepital nak ambik suhu badan aku. dimsuknya termometer kat dlm mulut. dah cukup seminit termometer digital tu berbunyi. abg sepital pun ambik.

"mak aih. awak ni kena masuk wad ni. 40 degree Celcius. masuk wad nak?" kata abg sepital sambil rekordkan suhu badan aku.

masuk wad?? ambik exam kat wad?? xmau aku!!

"kalau tak masuk wad tak boleh ke bang?"

"saya bagi awak ubat, tapi kalau esok tak kebah gak lagi demam awak tu awak kena dtg sini balik. takut denggi ke, malaria ke, sakit lain ke..." abg sepital sengih lagi. ehh main2 plak org tua ni. aku siku kang.

"ok la. bg je la ubat tu."

"kena cucuk. nak cucuk kt mana? kat bahu ke kat bontot?" kata abg sepital smbil tersengih. aku bg gak penampar 7 das kat mamat nih. ni dah lebih brader. agak2 la wehh.

"kat bahu" okey satu hal pasal injection. AKU TAK SUKA JARUM!!!!

aku paling anti vaccination, sebarang injection. tak suka!!!!! aku lari keliling sepital kalau boleh punya tak nak kena inject. pakat je la demi exam esok, dan aku tak larat, aku redha je.

maka abg tu inject la ubat tu. then dia suruh aku baring, tido kat satu katil ni. dia tutup langsir. hah pandai pun. cuba bersopan dari tadi. dah lama aku rekemen kat mak sedara aku baut jadi menantu.

aku tido. tapi kejap2 tersedar. masa aku tengah tido tu aku dengar suara 2 minah masuk emergency room. gelak2 lagi nye hah. bercakap dgn abg sepital tu. bkn main lg mcm org sihat je. aku pun sebab xbley tido diaorg bising, aku psg telinga dgr dia org ckp pe. ish3.. xbaik betol kau ni izzati.

abg sepital: korg ni merempit ke mana plak ni?
minah satu: alah kat jalan kat pekan rasa tu. tetiba plak tak nampak ade lembu cik manan terus masuk semak. ni habis luka2 bagai.
minah dua: dia ni lah bang, tak reti bawak moto. dah menyusahkan sy kena bawak gi sepital.
abg sepital: ni mak bapak korg tau tak ni?
minah dua: msti la tak tau. kalau tau mau nya kami dihambatnye mcm cik manan hambat lembu balik kandang.

tetiba ade kes lain plak. ade patient lain masuk emergency room. abg sepital tu suruh minah dua ekor tu cuci luka sendiri. maka kedua-dua minah tu pun berborak dan aku pun pasang telinga la lagi sekali......

minah satu: sakit dowh. slow2 lah. kau......
minah dua: sape suruh kau cari nahas?
minah satu: wehh kau tau tak esok kita ade paper?
minah dua: tau.
minah satu: gila lah. esok PMR, mlm ni sempat lg lumba moto. wahahahhahahha....
minah dua turut ikut minah satu gelak.

terbuntang mata aku dngar. minah dua ekor ni sama nak ambik PMR ngan aku rupanya esok. dari duduk rumah study, diaorg bantai gi merempit. gila bapak ahh.....

minah dua: wehh dlm tu ade org lah. ko agak2 dia dgr tak?
abg sepital: dia tido. tadi baru pas inject.
minah satu: asal dia kena inject? eksiden gak ke??
abg sepital: demam panas. dia tu mcm korg la nak ambik paper esok.
minah dua: lahh ye ke? ade geng wehh, geng mlm PMR masuk sepital. (pale hotak kau, dlm hati aku.0
abg sepital: dia tu masuk sini demam terlebih study. korang ni je boleh lg nak merempit.
minah satu: alah lek ahh bang. PMR je pun. bkn SPM ke.
minah dua: budak mana tu (hah ngumpat aku plak. aku siku tiga2 kang. )
abg sepital: budak mrsm.
minah satu: padan la demam. study bnyk sngt. tgk bang, study pun masuk sepital, tak study pun amsuk sepital. baik sy tak study. btl tak? wahahahahhahahhaha...
abg sepital: dah malas aku nak layan korg ni. nak gi kejutkan dia. cikgu dia dah sampai tu.

aku cepat2 buat2 tido balik. siot punya minah. ngata aku. aku heret kau ngan kau punya moto kang baru tau. geram plak aku dibuatnye. aku demam aku susahkan hidup kau ke??

maka abg sepital pun kejutkan aku. aku pun poyo buat2 baru bgun tido, tak tau mende2. sebelum balik abg sepital bg ubat2 kat aku n suruh aku dtg smula klu demam lagi. haram aku tak tengok muka budak dua ekor tu. malas aku. hmph!

balik je ke asrama, aku tido atas katil syahirah. sape suruh kau lenjunkan katil aku. padan muke. wahahahahahha.... syok betul tido atas katil org. mlm tu aku tak tau syahirah tido mana. aku tak tnya dia, dia tak bgtau aku. suka hati kau lah. kisah ape aku.

pagi esoknya, kecoh satu batch aku masuk sepital semalam. cikgu2 semua sibuk tnya aku ok ke tak. semua tnya kalau2 aku nak ambik exam kat sick bay. eihh xmau aku. sick bay tu berhantu. wahahahahhaha...

maka tu lah dia cerita exam aku. pemgalaman paling awesome aku dlm bab hidup menghadapi exam. demam panas time exam besar. mujurlah ptg isnin tu demam dah kebah. selasa dah makin turun suhu badan. by rabu aku dah semakin sihat. ape yg paling menarik, budak exam blakang aku, azwan lana, dia jugak sakit mcm aku. hari ketiga exam kami dpt tau dia exam kat sepital. appendix katanya. elok lah tu. depan balkang sakit.

alhamdulillah untk paper yg aku sakit tu aku dpt A utk semua subjek. mmg diluar jangkaan sebab mlm sebelum tu mmg xstudy lansung. tp berkat usaha dan doa semua, aku, parents aku, cikgu2, n kwn2.. aku pass.

so kesimpulan nya, klu exam tu jg diri. mungkin kita tak stress tp badan kita yang stress bila kita mula mengabaikan kesihatan. tapi bila stress immune system kita pun rendah dari normal, which may contribute to other sickness n diseases. tapi kalau sakit2 badan jatuh moto sebab gi merempit tu, blakang kira. tu sendiri cari pasal.

okeyh dh habis cerita exam aku. saje je buat2 suspen. konon cerita hantu. bajet la wehh. takut aku nk story pasak hantu bagai nih. xkuasa mak. okey beybeh. aku nak tido dah. kalau aku lama tak update blog tu jgn mrh ye. broadband punya pasal.

ok dude. take care all. untk amalina yg bakal mengerjakan umrah bersama seisi keluarga, semoga anda semua selamat sampai, selamat pulang dan ibadah anda diterima Allah hendaknya........ good night!!







dah lama tak buat kek.

Saturday, May 21, 2011

cerita exam


gambar diatas ade kaitan dengan ape yg aku nak cerita hari ni.

sekarang kan musim either org dah exam, tengah exam atau tgh tunggu result. tp rata-rata dah habis exam rasanya. xpe lah, masa exam aritu xdpt nk cerita sebab duk study so skrg kita story2 ok beybeh..

kisah bermula pada tahun 1999......



hari sabtu dalam bulan oktober. aku demam. boleh tahan la tak larat dia. tapi gagahkan jugak sebab kena blaja isnin depan nak ambik paper PMR. makan ubat yg bawak bekal dari rumah. tak lain tak bukan anti-pyretic yg sngt common, paracetamol. malam sabtu tu rasa macam dah ok sikit. boleh la belajar.bajet esoknye tak demam alik-alik.......

pagi ahad tu bangun dengan kepala yg berat lagi pening, sejuk semacam, sakit sendi segala bagai. typical sign n symptoms org demam la kira. aiseimen.... demam balik la tu.... nak pergi DS (dewan selera) nak pergi makan pun xlarat.tapi bajet macho punya pasal, jalan jugak la. xmau susahkan roomate kena tapau food pun satu hal.

pas lunch tu mkn ubat seperti biasa. tido kejap sebab sakit kepala yang amat nih. tido punya tido punya tido bangun kul 4 lebih mcm tu. kepala dah rasa ringan. oyeah demam dah ok. xperlu letak kain basah atas kepala lagi.

stduy kejap then mandi untuk bersedia ke DS untuk dinner. yeahaww... lebih sihat dari pagi tadi. mandi shower je lah. malas nak timba air panas dari water cooler.

pas mandi tu aku lepak bilik member jap. ye lah org baru baik demam la kononnye...... rasa sejuk. effect mandi tadi la kot. xpe2.. sat gi berjalan ke DS tu ok lah. tetiba aku rasa pening kepala. ahh sudah. ape hal nye ni.

roomate aku shahirah ajak gi DS. okey balik bilik, sarung sweater, sarung tudung dan siap. masa jalan ke DS tu serious rasa sakit kepala. sengal2 sendi. baru tadi poyo dah elok demam, ni symptom2 kuar balik. xpe xpe... xmacho la klu baru mcm tu dah terbaring atas katil. ye tak??

masa makan haram aku xde selera. tekak ni rasa mcm ade benda tersekat xnk bg food masuk. nakal ye kau epigloittis. babab kang.

minum air oren cap double lion tu pun rasa mcm minum hape je. mmg xde rasa. xhabis pun nasi yang aku ambik separuh. buah tembikai je yg habis. adeihhh....

balik bilik, aku sepatutnya siap untuk prep. tapi aku xlarat sangat. aku baring atas katil. sakit kepala, xlarat nak gerakkan tangan. nak punsing beralih tempat bariangan pun xlarat. shahirah tengok aku. dia rasa dahi aku.

"wehh panas gila badan kau farah. kau ni demam balik ni" aku tak peduli pe shahirah kata. aku dah macam org duduk kat artik. selimut, sweater, stokin. dah tu mengigil lagi. kipas aku tak slowkan sebab kesian kat roomate aku yang lain kot diaorg panas nanti. aku terlelap kejap.

memang kejap gila sebab pe aku tau pas tu shahirah tarik selimut aku, tanggalkan stokin aku, cabut sweater aku. aku yg lemah tak berdaya ni tak larat nak lawan dia. biarkan aje lah. dalam hati rasa nak menyumpah je budak sekor ni. aku tengah sejuk gaban kau boleh nak tarik selimut aku. ade yg dpt turning kick ngan aku sat gi ni kang.

sambil shahirah tarik sweater aku, dia membebel. aku malas nak dengar pe yg dia ckp. next thing i know, dia lap aku guna kain yg dirandam dengan air sejuk water cooler. meraung kesejukan bertambah rasa marah dan sakit aku.

ibaratnya org yg sejuk tak cukup ketebalan baju kat everest, kau pergi suruh dioarg masuk dlm a freezing cold pond. hah mcm tu lah rasa dia. dah tu dia lap aku dgn kain berendam air sejuk, habis basah katil aku dibuatnye. bertuah punya budak.

kemudian datang la kawan2 aku beramai2 tengok aku kat bilik. semua dah ready nak gi prep nampaknya. diaorg nak pergi jumpa ketua blok, mintak permission aku tak pergi surau untuk maghrib. aku serahkan segala urusan kat diaorg. tengah tak larat tahap gaban ni. tak tipu punya.

few mins after that ketua blok kami datang. sape nama akaka tu aku tak ingat dah. dia dtg tgk aku sambil pegang tangan aku.

"uihh, panasnye badan awak ni farah. tak mintak warden gi hospital ke?" tanya akak tu

tak bernafsu aku nak jawab. kepala berat, badan sejuk dan tak larat, katil basah. akak tu pesan kat shahirah, kalau pas maghrib aku demam lagi, mintak warden bawak aku jumpa doc.

maka semua roomate aku pergi surau untuk solat maghrib. tinggal la aku sorg2 kt bilik. asrama jadi tak berpenghuni. segala cerita hantu tu dah xde dlm kepala otak aku. aku tgh terseksa nak bangun pun tak larat. aku tido je.

dah kata duduk hostel kan. macam2 siri cerita hantu keluar. pasal jumpa makhluk panjang depan bilik aku la, ade org mati time bina hostel aku ni lah, pergi prep bilik bersepah tapi balik prep bilik kemas rapi. jumpa benda kat tangga. cakap je. semua ade.




suddenly ade org ketuk pintu aku.... ahh sudah sape pulak ni.. tengok jam pukul 830 pm. semua dah gi prep. sape nak tengok aku malam2 ni.. kalau shahirah atau bebudak bilik aku pas bagi salam dia org main redah je pintu tu. xde nak ketuk2 bagai.

aku gagahkan diri turun dari katil....









nnti aku sambung ehh. dh tghari. nnti sarah nak balik skolah. kena prepare lunch untk dia. chow dulu......









nak dapat kad kawen comel tu.

Wednesday, May 18, 2011

Drama & Movie Mania

post kali ni nak cerita pasal drama dan movies yang aku tengok recently. new movies. bukan yg baru kuar panggung tapi yang aku baru nak tengok. mmg rs noob habis sebab org lain dah berkoyan2 dh tgk cite ni tapi aku tak tengok2 lagi. padahal selama ni aku duk ulang je tgk cerita yg sama.

kita cerita pasal drama dulu lah ok.



drama yang aku tengok, cite jepun. tajuk dia........

hah faham tak hape mende yang ditulisnye tu??

ni cerita feymes 1 Litre of Tears. dah berzaman cerita ni tapi baru nak tengok. well actually sambung tengok. dah tengok 4 episod peertama tapi stop jap sebab rs mcm cerita tu bosan gila. then tetiba dpt kesedaran nak tangok cerita tu so tengok la.

cerita pasal Aya yang menghidap Spinocerebellar Dystrophy. kata lain, sel saraf dia makin hilang. lama2 dia jalan xbetul, xboleh jalan dan akhirnya duduk di atas katil sahaja. cerita ni berdasarkan kisah benar yang direkodkan oleh Aya sendiri melalui diari2 yg dia tulis masa dia start dpt sakit tu.

cerita tu memang sedih tapi malangnya aku tak nangis pun tgk cerita tu. nak gak la tau scene mana tapi mmg xkuar lansung air mata ni. cakap la aku ni xde hati perut ke ape yg pasti mmg aku tak nangis. sedih tu ye mmg aku rasa cuma tak nngis je. part yg sedih time dia nak call mak dia tp xdpt tekan nombor dgn betul so call tu asyik kena reject je. pas tu naluri keibuan mak dia mendorong mak dia untuk tgk Aya kat hoapital yang duk terlentok kat tepon. time tu mmg sedih tp xnangis plak.

part sedih lain bila dia hantar surat kat Haruto yang dia xdpt jumpa Haruto lagi sebab penyakit dia ni. sedih tahap gaban la time tu sebab dia tnya doktor yg rawat dia, dia ni ade possibility ke nak kawen kalau dia nak. tapi xde sorg pun yg jawab. pas tu dia nangis sepenuh hati. bersama mak dia, bapak dia, doktor tu. n again, aku xnangis. sebak tu ade, air mata je yg xkuar. xde pulak aku ambik atropine sebelum tgk cite tu.

anyway, sape yg xtgk cite ni tgk la. best la jugak walaupun pada aku agak lambat sket n abrupt ending. sngt aku xsuka abrupt ending. pas je Haruto baca diari Aya (time ni diaorg dh baik semula) scene dia trus pergi 5 tahun kemudian dan Aya mati. mcm tu je. xde diceritakan ape yg jadi, HAruto ape cite. semua xde. seolah2 pengarah atau penerbit atau penulis cuba escape atau ingin mengambil jalan ringkas aku tak tau.




okay kita beralih ke panggung Hollywood....

cerita ni aku baru tgk lunch tadi. Julie and Julia nama cerita dia. pun based on true story. pasal julie powell yg mencabar dirinya menghabiskan semua 500++ resepi dlm buku masakan Julia Child dalam masa setahun dan dia blog pasal tu. perlu diingatkan bahawa semuanya adalah french cuisine okeyyyy?

tgk dia masak tu... amkk aihh..... syok gila. kalau lah aku dpt buku tu, mmg aku nak ikut jugak ha. setahun pun boleh. xpe je, jalan... yg best tu pas masak boleh makan. tu yg penting skali. wuhuhuhu......

ape yang buat aku suka pasal cerita ni adalah kedua-dua suami Julie dan Julia ni. sangat supportive. support je bini buat ape. xde la nak kata jgn blaja masak, jgn blog, keje je la keje kau tu tak yah nak buat keje gila ni. xde maknanya. Eric, suami Julie ni satu benda aku suka pasal dia, expression dia masa dia try masakan Julie. mmg awesome gila. mmg sngt........... nampak syok je dia makan tu. pehhh best gila kot dpt husband mcm ni. hari2 aku try resepi baru kalau dpt husband mcm eric ni. dah tu tolong kat dapur gak kengkadang. comel je

a supportive husband

dan tak lupa juga Paul, husbandnya Julia. dia ni tak kisah pun Julia nak blaja masak. dia bg duit beli segala barang, xmerungut pun obsession julia pada masakan.

satu benda pasal kedua2 lelaki di atas tak kisah pun bini-bini mereka 'growing' sebab mereka suka makan. sebab mungkin diaorg pun dpt habuan makan benda best2 hari2. hehehhehehe...... kalau aku, aku pun xkisah kalau makan best hari2. pas tu bulat sama-sama. wahahhahahahha.....

comel tak bila husband lg pendek dr wife nya. hehehhehe....

dan ohh, saya nak dapur mcm Julia Child tu. banyak pans, segala jenis pisau dan senduk. syok gile wehhh masak dapur mcm tu. mmg tak keluar dapur aku dibuatnya.




okeyh kita masuk panggung Hindustan plak.....

ini cerita sangat kelakar. 3 idiots. mmg sumpah bangang gila. aku gelak sampai tak kuar suara, sampai sakit tekak. bangang tahap dewa punya cerita. tapi sarat dgn mesej.

aku sangat suka kerusi ni. even kalau bontot kita besar duduk kat kerusi ni, xde sape tau. hihihi.....

cerita pasal persahabatan 3 kawan kat universiti. awesome gila. aku bukan jenis follow cerita hindustan so aku xdpt komen lebih tapi overall, i like it sebab cerita dia bukan jenis typical hindustan yang ade jiwang gitu. mungkin jugak aku suka sebab dia macam ape yang aku tengah alami sekarang. alam universiti. balaja, buat nakal, exam, kawan-kawan. segalanya.




semua cerita ni terima kasih kepada amalina yang rekemen kat aku berkali-kali suruh tengok. dia juga sumber kepada cerita ni. sape2 yang nak sedut movie ni boleh cari dia. cari aku pun boleh. tu pun kalau aku tak delete lagi cerita ni dr laptop. aku xde external. sorry lah aku bukan jenis yang rasa external atau pendrive tu penting sangat. selama 2 tahun aku hidup kt uia ni xde pendrive sebab pendrive ilang, hidup jugak aku. jadi je notes master. xde effect pape pun.


okeylah dah malam dah ni. semua roomate aku pun dah lena lama dah. aku pun nak tido dah. jgn lupa gosok gigi, basuh kaki dan baca doa sebelum tido. good night all.







all the best untuk semau yang kena viva tak kira distinction atau borderline. perjuangan diteruskan!!

Sunday, May 8, 2011

untuk IBU JUARA NOMBOR SATU DUNIA

hapeee mother's day!!!!!

yep today is the day beybehh. still got nothing to give/do to your mum? better hurry up dude. its mother's day. cherish them. they deserve it.


hari ni aku nak hantar bunga kat mama. hand made flowers dude!! took me 2 days to make all these 12 paper flowers. but then hey, who cares. its mothers day. kan kan kan?


awal pagi lagi mama forward msg adam hantar untuk dia. aku tak wish lagi. tunggu nanti balik rumah baru nak wish kat dia. planning asal nak beli bunga kat dia. nak suruh florist tu deliver ke rumah. tapi along mcm xmau nak share je. (pape ntah). so instead aku buat la kerja aku sendiri.

ape yg korg buat untk mothers day ni? call diaorg? hantar kad?

tak kisah lah ape yang kita buat asalkan kita sentiasa taat pada diaorg n mendoakan kesejahteraan diaorg sampai la bila2.

dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu2 kat luar sana, mak sedara aku, kazen2 aku yg dh bergelar ibu, kawan2 yg juga dah bergelar ibu. n bakal2 ibu yang bakal due tak lama lagi. mothers, you bring joy to this world!!!!

okeyh. exam tak habis lagi. esok paper microbes. so long peeps. catch you guys later.







florist kuantan boleh buat delivery ke shah alam tak? =)

Friday, May 6, 2011

rehat otak

dah lama gila lah kan aku tak update blog ni gara-gara exam pro yg sungguh menyeksakan. adeihhhh.... tak terkata seksanya jiwa raga dan mental serta emosi. sakit kepala dah 4 hari berturut-turut. panadol dah aku telan ntah brape bijik tapi still xde kesan. actifast tak actifast semua aku sebat. haram xde yg berkesan. nak aku ambik diclofenac ke? mampus GI disturbance pulak.

anyway aku xmau cite ngarut2 lebih2. kita layan gambar okeyh? ni dari siri koleksi gmbr dlm fon. kualiti nya mmg xsetanding dslr badruddin ghazali atau sayf la kan. xpe janji berfungsi, boleh ambik gmbr dari xde lansung nak berfungsi.

so... layan......

(sambil dgr lagu fergie-big girls dont cry)





drawing dlm kelas. isnpired from Sydney White movie starring Amanda Bynes


another doodle dlm kelas. hasil kerja kira2 3 hari termasuk warna2 tu.



jalan kat kuantan by-pass area bukit rangin-permatang badak. rainbow. org tua2 kata jgn tunjuk dgn jari telunjuk, nanti jari kudung. hah pas ni ade bran nak tunjuk guna jari telunjuk??



again, kuantan by pass depan taman pertanian jubli perak. paip air JBA bocor. ni kalau buat mandi sedap. habis hilang segala kotoran degil.



troli pun kena daftar sekarang.
tempat: Jungle Food Court


kalau gi sini, mkn nasi kukus juna. sedap. berbaloi2. nasi, kuah2 dia, ayam goreng suku baru rm6.50. kenyang tiada tandingan. ade juga Murtbak Mengkasar Haji Din yang hari tu aku gi makan ngan amal kat pekan. harga sekeping Rm6.00. dan aku slalu makan sizzling mee kat sini. boleh la takat nak lepas gian. cukup rasa semua. xde la mengecewakan rasa dia. try lah dtg sini. boleh tahan la food dia.



drawing by amal. juga doodle semasa keals. ish3... org dlm kelas belajar kau melukis macam2..



label kabinet kat klinik gigi sk permatang badak. spray hanpis okay. bukan hand piece. =P


ni kalau dah signal besar gabak mcm ni, kau tak nampak jugak mmg aku tak tau nak kata ape. kalau P.Ramlee tu dia dah kata tinggal lg 2 jumaat je tuh.




okeyh tu saje kali ni. dah lama nak post pasal gambar ni. tapi kita kumpul dulu la baru post kan. baru la cambest sket. (kot). lain kali aku kumpul gambar lagi n post lagi. ntah brape lama lagi aku pun tak tau la. wuhuhuhuhu....

okeyh beybeh. dah malam. mata ngantuk. katil panggil. aku chow dulu. slamat malam semua!!






asal dua tiga malam ni macam banyak nyamuk??
dan ohh, terbayang kamu di mana-mana.

Monday, May 2, 2011

semoga selamat semuanya



esok dah exam. tapi aku tetap tak de rasa pape. cuma rasa lapar je skrg.

good luck untuk semua classmate aku. juga untuk siapa2 yg sedang exam atau bakal exam. kita dah berusaha, dah berdoa, dah juga berikhtiar, sekarang mari kita bertawakkal beramai-ramai. gambate!!!


Happy Birthday untuk dua classmate aku. Hidayati dan Hanih Borhan.








miss you already =(