CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

cerita exam siri 2

sorry berhari tak update sambung cerita sebab beruk-band buat perangai mcm beruk. nak bukak muka depam facebook pun tak boleh. tunggu lama smpai aku nak tertido. wawawawa.....

baik, ini malam kita ambik mood sket. smbung cerita hari tu. kita stop tang org ade ketuk pintu bilik aku kan??





aku tolak tepi selimut dan berjalan ke pintu. tangan terketar2 ni, sebab tak larat pun ye, sebab takut pun ye jugak. aku tolak ke bawah tombol pintu. tarik daun pintu.

terjeguk muka yg aku mmg dah agak dia nak datang malam2 buta ni. yg selalu round2 hostel time bebudak gi prep malam. malam ni dia bawak kroni pula rupanya. hemm.. mungkin dia tau kot mlm ni spesel sket esok nk PMR. berdiri di depan pintu bilik aku tak lain tak bukan Cikgu Zaiton ngan Cikgu Sahani, warden asrama.

"kenapa kamu tak pergi prep?" tnya cikgu zaiton dgn nada agak kerek.

aku dah separuh nyawa ni boleh lg tnya mcm tu. adoi la. maka dengan selamba aku menjawab.

"saya tido cikgu."

"hah??" kali ni cikgu sahani pulak yg bg respon

"saya demam. boleh bawakkan saya pergi hospital tak cikgu?" aku dah tak larat ni. nak gi hospital gak. pe nak jadi pun jadi lah. kisah ape nye aku.

cikgu zaiton rasa dahi aku.

"makk aihh. panas betul ni. awak siap2 dulu farah, nanti saya panggil abg shah mintak hantar awak pergi hospital."

maka aku masuk dalam bilik smula, ambik sweater, sarung tdung. aku sambar purse dengan matrix card kot kalau ade pape. aku tunggu cikgu kat depan bilik. mujur lah bilik aku betul2 menghadap rumah staff dan jalan. senang la abg shah selaku driver maktab nak parking van ambik aku gi hospital.

few mins after that cikgu zaiton dan cikgu sahani datang. kain batik dah bertukar kepada seluar jeans nampaknya. kalau tadi tudung main sedap cekau dek tangan, kali ni dah matching ngan baju sket. amboihh, cikgu aku ni nak hantar aku gi hospital ke gi makan malam??

tapi takkan nak gi sepital bwk student pakai kain batik ye tak? mmg tak la. ade silap hari bulan kena daftae masuk wad org sakit jiwa.

pas abg shah dtg membawa van maktab, aku pun masuk. boleh tertido dlm van masa on the way tu. bila dah sampai sepital kkb, cikgu kejut aku. sempat lagi aku dgr cikgu ckp, "awak ni nak demam tu cuba la time lain. ni demam time nak PMR"

mana la sy nak control nak demam bila. bak kata anak sedara kak chah, "ni dah takdir Tuhan!!"

kalau sepital kerajaan, malam2 out patient clinic tutup, so aku kena la masuk emergency room. dipapah cikgu kesayangan yg bnyk berjasa. ada staff lelaki kat situ. aku ditinggalkan sendirian kat dlm emergency room, cikgu2 ngan abg shah tunggu kat luar.

sesi interview antara aku ngan abg hospital pun bermula...

abg sepital: ad bwk ic dik? (maka aku hulurkan ic aku)
abg sepital: tahun 89? esok awak exam la ni kan? (abg tu tulis something kat kertas. aku sekadar mengganguk)
abg sepital lagi: awk sakit ape?
aku: demam
abg sepital: sejak bila?
aku: ade la dlm 2-3 hari. ingt dh nak elok ptg tadi. tetiba dia panas balik.
abg sepital: awak ni..... bnyk sngt study nih...... (abg sepital tersengih)
aku senyum je lah. malas nak layan.

kesian plak kat abg sepital tu. nak cheer me up tp aku plak malas nak layan. sorry la bang, sy ni sakit, klu sihat boleh la sy lepak jmpe abg.

typical examination untk org demam dijalankan. abg sepital nak ambik suhu badan aku. dimsuknya termometer kat dlm mulut. dah cukup seminit termometer digital tu berbunyi. abg sepital pun ambik.

"mak aih. awak ni kena masuk wad ni. 40 degree Celcius. masuk wad nak?" kata abg sepital sambil rekordkan suhu badan aku.

masuk wad?? ambik exam kat wad?? xmau aku!!

"kalau tak masuk wad tak boleh ke bang?"

"saya bagi awak ubat, tapi kalau esok tak kebah gak lagi demam awak tu awak kena dtg sini balik. takut denggi ke, malaria ke, sakit lain ke..." abg sepital sengih lagi. ehh main2 plak org tua ni. aku siku kang.

"ok la. bg je la ubat tu."

"kena cucuk. nak cucuk kt mana? kat bahu ke kat bontot?" kata abg sepital smbil tersengih. aku bg gak penampar 7 das kat mamat nih. ni dah lebih brader. agak2 la wehh.

"kat bahu" okey satu hal pasal injection. AKU TAK SUKA JARUM!!!!

aku paling anti vaccination, sebarang injection. tak suka!!!!! aku lari keliling sepital kalau boleh punya tak nak kena inject. pakat je la demi exam esok, dan aku tak larat, aku redha je.

maka abg tu inject la ubat tu. then dia suruh aku baring, tido kat satu katil ni. dia tutup langsir. hah pandai pun. cuba bersopan dari tadi. dah lama aku rekemen kat mak sedara aku baut jadi menantu.

aku tido. tapi kejap2 tersedar. masa aku tengah tido tu aku dengar suara 2 minah masuk emergency room. gelak2 lagi nye hah. bercakap dgn abg sepital tu. bkn main lg mcm org sihat je. aku pun sebab xbley tido diaorg bising, aku psg telinga dgr dia org ckp pe. ish3.. xbaik betol kau ni izzati.

abg sepital: korg ni merempit ke mana plak ni?
minah satu: alah kat jalan kat pekan rasa tu. tetiba plak tak nampak ade lembu cik manan terus masuk semak. ni habis luka2 bagai.
minah dua: dia ni lah bang, tak reti bawak moto. dah menyusahkan sy kena bawak gi sepital.
abg sepital: ni mak bapak korg tau tak ni?
minah dua: msti la tak tau. kalau tau mau nya kami dihambatnye mcm cik manan hambat lembu balik kandang.

tetiba ade kes lain plak. ade patient lain masuk emergency room. abg sepital tu suruh minah dua ekor tu cuci luka sendiri. maka kedua-dua minah tu pun berborak dan aku pun pasang telinga la lagi sekali......

minah satu: sakit dowh. slow2 lah. kau......
minah dua: sape suruh kau cari nahas?
minah satu: wehh kau tau tak esok kita ade paper?
minah dua: tau.
minah satu: gila lah. esok PMR, mlm ni sempat lg lumba moto. wahahahhahahha....
minah dua turut ikut minah satu gelak.

terbuntang mata aku dngar. minah dua ekor ni sama nak ambik PMR ngan aku rupanya esok. dari duduk rumah study, diaorg bantai gi merempit. gila bapak ahh.....

minah dua: wehh dlm tu ade org lah. ko agak2 dia dgr tak?
abg sepital: dia tido. tadi baru pas inject.
minah satu: asal dia kena inject? eksiden gak ke??
abg sepital: demam panas. dia tu mcm korg la nak ambik paper esok.
minah dua: lahh ye ke? ade geng wehh, geng mlm PMR masuk sepital. (pale hotak kau, dlm hati aku.0
abg sepital: dia tu masuk sini demam terlebih study. korang ni je boleh lg nak merempit.
minah satu: alah lek ahh bang. PMR je pun. bkn SPM ke.
minah dua: budak mana tu (hah ngumpat aku plak. aku siku tiga2 kang. )
abg sepital: budak mrsm.
minah satu: padan la demam. study bnyk sngt. tgk bang, study pun masuk sepital, tak study pun amsuk sepital. baik sy tak study. btl tak? wahahahahhahahhaha...
abg sepital: dah malas aku nak layan korg ni. nak gi kejutkan dia. cikgu dia dah sampai tu.

aku cepat2 buat2 tido balik. siot punya minah. ngata aku. aku heret kau ngan kau punya moto kang baru tau. geram plak aku dibuatnye. aku demam aku susahkan hidup kau ke??

maka abg sepital pun kejutkan aku. aku pun poyo buat2 baru bgun tido, tak tau mende2. sebelum balik abg sepital bg ubat2 kat aku n suruh aku dtg smula klu demam lagi. haram aku tak tengok muka budak dua ekor tu. malas aku. hmph!

balik je ke asrama, aku tido atas katil syahirah. sape suruh kau lenjunkan katil aku. padan muke. wahahahahahha.... syok betul tido atas katil org. mlm tu aku tak tau syahirah tido mana. aku tak tnya dia, dia tak bgtau aku. suka hati kau lah. kisah ape aku.

pagi esoknya, kecoh satu batch aku masuk sepital semalam. cikgu2 semua sibuk tnya aku ok ke tak. semua tnya kalau2 aku nak ambik exam kat sick bay. eihh xmau aku. sick bay tu berhantu. wahahahahhaha...

maka tu lah dia cerita exam aku. pemgalaman paling awesome aku dlm bab hidup menghadapi exam. demam panas time exam besar. mujurlah ptg isnin tu demam dah kebah. selasa dah makin turun suhu badan. by rabu aku dah semakin sihat. ape yg paling menarik, budak exam blakang aku, azwan lana, dia jugak sakit mcm aku. hari ketiga exam kami dpt tau dia exam kat sepital. appendix katanya. elok lah tu. depan balkang sakit.

alhamdulillah untk paper yg aku sakit tu aku dpt A utk semua subjek. mmg diluar jangkaan sebab mlm sebelum tu mmg xstudy lansung. tp berkat usaha dan doa semua, aku, parents aku, cikgu2, n kwn2.. aku pass.

so kesimpulan nya, klu exam tu jg diri. mungkin kita tak stress tp badan kita yang stress bila kita mula mengabaikan kesihatan. tapi bila stress immune system kita pun rendah dari normal, which may contribute to other sickness n diseases. tapi kalau sakit2 badan jatuh moto sebab gi merempit tu, blakang kira. tu sendiri cari pasal.

okeyh dh habis cerita exam aku. saje je buat2 suspen. konon cerita hantu. bajet la wehh. takut aku nk story pasak hantu bagai nih. xkuasa mak. okey beybeh. aku nak tido dah. kalau aku lama tak update blog tu jgn mrh ye. broadband punya pasal.

ok dude. take care all. untk amalina yg bakal mengerjakan umrah bersama seisi keluarga, semoga anda semua selamat sampai, selamat pulang dan ibadah anda diterima Allah hendaknya........ good night!!







dah lama tak buat kek.

0 other fingers talking:

Post a Comment