hari khamis lepas, tanggal 12 April 2012, bermula lah satu fasa baru dalam kehidupan aku. appointment dah dirancang seminggu awal, finally, jam 1030 pagi, aku berjumpa dengan Dr Iswan untuk pasang fix appliance..
mula2 datang Dr Iswan tnya, "u nak pasang atas ke bawah dulu?"
aku xkisah pun nak pasang mane2.. mane2 yg dia rasa terbaik untk aku, aku redha je.. maka dia decide nak pasang yang bawah dulu.. kata beliau, "sebab yang bawah tu susah silit nak allign kan dia. ambik masa lama sket. so kita pasang yang bawah lah dulu. yg atas lagi 2 visit ye?"
okey encik dokter!! =D
berbaring lah aku kat dental chair yg sedap tu dlm polyclinic uia yg sejuk gile nak mati. tambah pulak pagi tu ujan.. perghh lagi lah beku duduk dlm clinic..
mula2 Dr Iswan cuci sket gigi aku kat bawah guna pumice kot. sebab rasa dia xmcm prophy paste pun. lepas dia cuci, dia letak etching n bonding agent. lepas tu dia letak bracket. since bracket tu come together with composite, dia lekatkan je kat gigi aku, lepas tu light-cure kan..
lepas pasang bracket, Dr Iswan ambik arch wire dan lekat kat bracket tu. Bro Fazli selaku DSA Dr Iswan bagi aku colour palette elastic ligature untuk aku pilih nak warna ape. hehehe... part ni yg best nih. aku pilih kaler gold dan lavender. hew hew hew....
untuk yg pening2 ape mende yg aku duk carutkan kat atas tuh, boleh rujuk gambar dibawah untuk tau ape tu arch-wire, ape tu bracket dan segala bagai...
saat Dr Iswan lekatkan ligature tu dah rasa ade benda lekat kat gigi aku. lama2 bila semua dia letak, aku rasa ade benda tolak gigi aku kedalam. dah start rasa sakit. dengg.. untuk gigi second premolar (geraham kecil kedua) aku yang tumbuh lingually (terbaring ke arah lidah) Dr Iswan 'ikat' gigi tu dengan long ligature ke arch wire, xnk bagi gigi tu attach terus ke arch wire, nanti kalau dia tarik dia kata aku akan rasa sangat sakit xbley ambik exam dengan tenang. haha.. baek encik dokter.
sekarang dah 3 hari pakai bendalah ni yg org duk sibuk panggil braces, aku boleh kata pakai bendalah ni SAKIT DAN MELECEHKAN. sakit sebab xbley makan, sakit nak gigit dan kunyah. skrg aku faham kenapa Dr Iswan sengaja pasang yg bawah dulu baru pasang yg atas.. kalau pakai yg satu je dah mcm nak menangis masa makan, ni pulak kalau pasang atas bawah. mahu nya aku xnk makan 3-4 hari. lepas tu gi pasar malam kena tease dengan member2.. siot betul.
"sedap gile keropok ni farah..."
"farah, kau nak ais-krim goreng?"
"u makan sate blend je lah farah.. hahaha..."
"cok meniram ni dah sejuk, liat so xbley bagi u makan."
leceh sebab bnyk benda xbley makan takut bracket tercabut, arch wire putus, dan makanan terlekat kat celah bracket. plus nak cuci kena ade interdental brush, kena rajin gosok gigi dan sekali gosok lama nak habiskan cuci kat bawah celah2 bracket tu. kalau tak cuci, makanan ade, bakteria suka duduk situ, pastu nanti jadi caries pulak. tu kalau caries, kalau gingivitis kena bukak cerita lain pulak.
tak lupa jugak kena letak wax dekat beberapa kawasan tertentu sebab dia tajam dan boleh buat ulcer dalam mulut. contohnya skrg aku dah dekat nak ade satu ulcer kat bibir kiri terkena hook kat bracket canine (taring).
ni lah colour palette tu...
next visit lagi 6 minggu. jom kita pilih nak buat kaler ape plak. hehehe... aku ingt nak buat kaler midnight glow dgn smoke/grey.. hehe... ok x ok x??? =D
isnin exam.. malas ahh nak study. persetankan saja exam itu!!!!!!! MUARGHAHAHAHAAHHAAA....