CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 27, 2011

after a while, such a looooong day


ini namanye xde keje cari keje. gi dobi nk basuh baju, kau pakat ambik2 gambar celah dryer

mujur akak keje dobi kt IM5 tu dh kenal sngt dgn kteorg yg mmg tiap2 minggu membasuh kt situ. ni mari aku promote kt korg kedai dobi layan diri guna syiling kt kuantan nihh. nama kedai dobi tu, Smart Laundry. mesin dia semua coin operated.

kalau yang malas nak beratur tunggu turn basuh baju guna mesin kt ostel, boleh la bwk baju korg gi kedai ni. berbondong2 baju pun xpe xkisah. korg bawak baju, sabun sendiri ngan softner sendiri kalau mahu. tp klu yg bwk moto dh xde ruang nk bwk sabun tu boleh beli je kat kedai ni. sebekas dadih tu dia jual RM2 kalau tak silap.

dah nama coin operated laundry kan, bawak la coins skali. tp sini guna syiling 50sen ngan 20sen je. klu xde syiling (mcm aku) boleh je tuka duit kat akak tu. nanti dia bg korg duit korg pun basuh la baju.

untk satu mesin basuh muatan 7kg, kira2 muat la satu laundry bag aku harga cuci dia rm2.50 je. kalau yg besar sket 9kg harga dia rm3.50 up singgit. tp klu bwk toto semedang, langsir rumah tok korg yg dh berhabuk sebab opah korg xlarat nk cuci, alas tido comforter yg korg kencing malam tadi (oopss!!) boleh la guna mesin 14kg. harga dia rm6.00

sambil tggu baju siap basuh, boleh tgk TV 3, baca magazine ke, paper ke, minum2 air ke, xpun gi makan kat kedai makan sebelah dia, Accu rasa cafe. or klu rajin jalan jauh gi la nokis cafe.

pas baju siap basuh kalau nak chow mcm tu pun boleh, klu nk guna dryer pun boleh. dryer dia 9kg rm3.00 je. so aku skali basuh tu ade la luak dalam rm6 gak la total. slalu aku gi siang sbb malam ramai budak laki.

so klu korg nk basuh baju bnyk2 ke, nk dry baju ke (sebab skrg kn jap ujan jap xujan) boleh la anta baju kat sini. anta dry je pun xpe. mak aku n sedara aku selalu je buat. kadang2 tu xujan pun anta dry sebab xde org nk sidai baju kt rumah. semua sibuk semedang. adam sarah gi skolah mama plak keje.


ritu gi la basuh baju mcm biasa kt dobi tuh. pas tu solat zohor kt surau kt IM5. masa tgh nk ambik wudu' tu tgk jam rs nak gelak. mana taknye, devoted betol buat prostho setting gigi sampai lilin setting gigi pun dah lekat kt tali jam

tuh yg kaler pink tu lekat kat tali jam tu dia lah tu. mcm mn boleh lekat aku tak tau la. tak faham betol.

ohh ckp pasal prostho semalam evaluation untk setting gigi n clasping. berakhir kejap derita aku seminggu ni kejar dateline setting gigi. paling klaka bila semalam semua year except year 1, semua kena hantar kerja prostho (year 2) n ortho (year 3 n year 4). pe lagi, kemarin punya la kecoh kelam kabut lab prostho tu jadinya dgn segala jenis ragam bebudak dentistry. dgn nk trim base nye, dgn nak buat ntah pape ntah aku tak tau kt model ortho nye. mana nak flasking nye lagi kat plaster room. ade duk kejar sana sini ambik air panas nak packing acrylic. mana serabut cari wire bending ilang nye. dia punya keadaan tu mcm baru tgk kt tv, org buat pengumuman esok raya tapi rendang ketupat lemang bagai tak siap lagi.

nak pulak dah nak kul 6 tu Dr Bo pakat halau kitaorg dari lab. macam cacing panas la bebudak cari penyapu, cari scrapper nak cuci tempat buat kerja. pehh hectic habis. but then bila fikir balik, t'was fun.

mana taknye, masa ni la boleh duduk semeja dgn senior borak2 gelak. masa ni la pakat seludup pisang goreng makan kt lab. maunye menitik wax atas pisang tu, ha makan la kau pisang cicah lilin. masa ni jugak la nak tgk bond bebudak dentist mcm mn. time ni la senior junior berborak berckp2.. tang pinjam barang sebab emergency toksah cite la. tak kira kau laki ke pompuan ke, nama kau ape, mintak je sebab terdesak sngt. n time mcm ni la sikap or sifat selfish tu ilang. sebab kita tau org tu btl2 dlm kesusahan n kita tolong dia. seronok.

tapi tu tak bermakna aku suka duk hectic2 semua. xde okeyh.

okey la beb, dh 2 malam tido 3 jam je. mata n tengkuk serta kepala dh meraung mcm org histeria nak rasa sedapnye bantal, tilam ade cop hak milik kerajaan, n selimut sedap biru aku. cloudy2 mcm ni mmg best buat taik mata. nak join meh la tp sendiri punya katil okeyh.
its 4.52pm but hell i dun care, gud nite!




and im irresponsibly mad for you

0 other fingers talking:

Post a Comment