semalam planning asal nak balik malam nye seperti biasa ke uia tapi mama malas nak hantar balik so aku pun balik uia smula pagi tadi. seawal subuh lagi dh gerak skali ngan mama nk gi keje. adeihhh..
jadi memandagkan aku balik pagi tadi, sempat la aku layan movie barang sepanggung dua semalam kat rumah.
memandangkan ari ahad ni slalu HBO ngan Star Movies ade buat premier, so slalu aku jarang dpt tgk sbb dah balik uia time tu. tapi malam smlm tak.
kat Star Movies dia buat cte alice in wonderland. sarah mau tgk tapi dia berbelah bagi nk tgk cte alice ke nk tgk cte 9. kat HBO. aku dh tgk cte alice in wonderland tu so aku semestinye la nk tgk cte 9. nak pulak cte 9 start kul 9, alice kul 10, kira aku la menang kan??
so, apekemendenye cite 9 nihh? sedap sngt ke smpai nak kena review ni?
short animation 9 ni diarah oleh Shane Acker, dia la jugak tukang buat cerita ni. kira idea asal dia punya la. cerita ni semua org2 besar ade dalam. tim burton selaku producer. kalau korg tak tau tim burton tu sape, gi google. kalau malas, meh ni aku cerita. korg tgk tak cte edward scissorshand, batman, batman return, nightmare before christmass, charlie n d choc factory, planet of the apes, sweeny todd, corpse bride, ngan alice in wonderland?? kalau korg nk tau, semua cite tu dlm tgn pak cik ni. either dia jadi producer, or director or writer atau semua dia balun. amacam, power x?
klu kte tgk cte dia ni bnyk ade the-drop-dead-hottie Johnny Depp, sebabnye diaorg slalu colaborate bersama. okay2 enuf pasal tim burton, jom kte story pasal 9 nih.
cite ni mengisahkan satu masa di mana bumi ni tidak lagi diduduki oleh manusia. org2 semua pupus sebab berperang dgn mesin2 ciptaan ahli sains. ada satu mesin nama brain yg boleh cipta ape saja yg dia nak n brain ni dh out of control, dia cipta mesin untuk musnahkan manusia.
sorang saintis telah mencipta beberpa patung guni dan letak roh dia dlm patung tu untuk menyelamatkan bumi dan memusnahkan Brain. (okay sape yg xlayan fantasy boleh stop baca, gi baca blog org lain sbb cte ni sngt tinggi nilai fantasi dia ok).
ahli sains tu buat 9 patung guni, (suara 9 oleh elijah wood yg comel) dan pada patung ke 9, ade satu tangkal misteri. AHA!! apekah tangkal itu?
bila bangun saje 9 dapati ahli saintis tu dh mati, bumi dah hancur musnah, rumah segala dh roboh bagai dan dia bisu!! lalu dia keluar dari rumah saintis tu untk tgk keadaan sekeliling. tetiba dia jumpe 2. 2 juga telah membetulkan 9 supaya 9 boleh bercakap!!(gambar dia ad kat bawah)
2 nak abwak 9 gi jumpe ketua diaorg 1, tapi masa on the way tu dia dh dimakan atau diculik Beast, satu mesin ciptaan Brain. maka tinggal la 9 sensorang jalan2 kat bumi yg musnah. tgh jalan tu dia jatuh lalu diselamatkan oleh 5, kawan baik 2. 9 ajak 5 gi selamatkan 2 tapi 5 takut. alik2 pas dipujuk 9, dia gi jugak.
masa otw nk selamatkan 2, Beast nampak diaorg n nak bunuh diaorg tapi 7, seorang patung pompuan telah datang untuk selamatkan diorg 3 org. masa dah selamat semua tu, 9 jumpe satu benda yg bentuk dia boleh muat2 tangkal yg dia ada. dia pun masukkan tangkal tu.
2 pergi marah tapi sebelum sempat dia marah, tangkal tu sedut roh dlm badan 2 dan menghidupka Brain yang selama ni lumpuh, atau koma la lebih kurang.
Brain nk tangkap diaorg tp diaorg sempat lari. maka 9 memutuskan untuk melawan Brain, bukan lari dari Brain seperti yg 1 selalu buat. dia dibantu oleh 5 dan 7 dan dua kembar, 3 dan 4.
nak tau ending dia mcm mn? sape lg yg mati demi selamatkan bumi? sape yg tinggal? ape nasib 9? dia ke yg kena korbankan roh dia demi nak cabut tangkal tu dari badan Brain? aha!! itu yg kita tak tau!
mahu tau lebih, tgk sendiri ye? korg takkan nyesal. seriously.
cerita ni tak lama. kejap je. dlm sejam mcm tu. so sambil makan pun boleh layan cte ni kejap. hehehehe....
orait, aku kena siap untuk ke kelas. ciao!
jumaat-big day
Why I English
-
Assalamualaikum~
Rasa lama je tak blogging.
Anyway, haritu i ada buat video kat tiktok, and it suddenly gained so much
traction. I was so flabbergaste...
2 months ago
0 other fingers talking:
Post a Comment