smlm 30hb oct 2010 bertempat di USM kubang kerian, ade sukan intervarsiti fakuliti pergigian universiti awam malaysia. uia hantar wakil untuk semua game yg dipertandingkan. kiteorg gerak dari UIA dalam kul 915 mlm mcm tu n sampai kat KB dlm kul 330 pagi. lepak kat rumah kak shireen dulu untk tido, solat, mandi n makan. then baru la gerak ke USM dm kul 8 pg mcm tu.
sampai je kat USM, daftar kontinjen dan bersedia untk opening ceremony. semua org kumpul kt padang dgn jersi masing2. bebudak UIA megah berjersi purple yg baru. teeheee.. kteorg pun dgn bangganya nyanyi la lagu uia, Lets Lead The Way. masa nyanyi tu bebudak u lain semua mcm 'wuuu' sbb uia je lagu nye dlm english. u lain semua lagu dlm BM. sorry la derr, xkan lu nak kassim nyanyi lagu melayu kott.
makanya dalam kul 10 begitu lepas opening, game bermula. aku wakil untuk handball tahun ni. game handball bermula dgn team lelaki UIA bertemu UKM dgn kemenangan berpihak kepada UIA dgn 6-4. then beralih kepada team perempuan UIA bertemu UiTM dgn kemenangan memihak kepada UIA. takat tu je yg aku ingt, yg lain xingt dah. tapi yg pasti team lelaki UIA menang 3 game, kalah pada USM, n team perempuan pulak menang 1 game, seri 1 game n kalah 2 game.
pas semua game habis, ade perlawanan tarik tali. UIA johan untk lelaki nyer (mmg bebudak UIA katang kaleyy) n naib johan untk perempuan. lepas tu aku, amal, kaklong n kak aishah gi umah nad untuk mandi2, solat n alas perut je sbb mlm tu ade dinner n majlis penyampaian hadiah.
ok masa majlis penyampaian hadiah paling tak bley blahh. serius cakap. semua, boleh kata semua team booo kat team USM, esp team handball lelaki USM sebab yg main handball tu bukan bebudak dental USM tapi mmg wakil USM untk sukan handball. yg main pun klu budak dentist pun 2-3 org je. begitu juga dgn game yg lain. mcm mn aku tau?
sebabnye aku ade sorang member USM ambik bio med yg dtg jumpa aku petang tu. dia cakap la yg main ni bukan budak dentist semuanye. klu ade pun brape kerat je. sebab budak dentist kiteorg xramai pun. aku pun tnya dia, satu batch tu brape org? dia jawab tak smpai 100 pun. aku ternganga. kiteorg pun sikit gak. satu batch cuma ade kurang dari 50 org. n kiteorg ade 4 batch je. tapi semua yg pergi semua budak dentist. klu ade yg import pun 2 staff n 2-3 budak luar. xde smpai berape kerat je budak dentist, lain semua budak course lain. lalu kwn aku menjawab. ye ke? ntah la. gila sporting la korang.
maka mana taknye satu dewan boooo team USM masa dinobatkan juara keseluruhan kejohanan. depan dean dentistry diaorg kena boooo. siap ade yg cakap dekan korang tak tau ke tu bukan budak dentistry???
sungguh tak professional. lagi satu hal, bebudak yg main handball tu bukan main lg mulut kuangajaqq gila kat padang. boleh mencarut2. man man ahh dowhh. professional la sket. ko tu bakal dentist. ooops lupa. korang kan bukan budak dentistry pun. lagi satu hal, tak yah la nak main tipu smpai tarik budak course lain. kalau time mcm ni pun korang dah tipu2 tak jujur, tak professional, tak tau la mcm mn nnti time korang keje. Dr Bo was right about developing 1st class mentality.
so kengkawan dentistry ku, jgn sedih kalau kita kalah. sebab we lost with pride. kita jujur dalam bermain.
masa game tu ade bnyk benda yg jadi. both yg best n tak berape nak best. yg best tu.... sbb boleh tgk org main, dpt usha org2 (ooops) n yg tak best bila injured sana injured sini. haaa yg ni lagi satu aku nak bengang dgn budak USM. masa lawan ngan budak USM, aku jadi winger. bila bola kt budak USM, aku kena turun ke gol UIA untk defend n buat wall. ade la sorang minah ni nak shoot maka aku pun buat la wall nk tepis bola tu. aku lompat, dia pun lompat untk shoot. bola dia aku berjaya tepis tapi yg worst part, patella dia landing baik punya kat aku punya symphysis pubis. terus aku tergolek atas padang menahan sakit yg gila dasyat punya sakit. bergolek dgn kesakitan tu, minah tu xde pun tgk2 aku, tnya aku ok ke tak, cakap sori ke ape. dia main blah mcm tu je. yg dtg pun ref je tnya ok ke tak, nak rest jap ke, nak tuka player ke. aku gagahkan jugak, walaupun sakit bgun n terus main. terus lari2 defend org n try untk shoot walaupun 2 kali cubaan aku tak berjaya. serius kalau nanti pape hal jadi kat aku, mmg la minah tu. ni pun bgun2 tulang pipi sakit. ade la tu terkena bola mana2.
dengar kata tahun depan punya intervarsiti buat kat UIA. aku cadangkan sesape yg masuk, qualification dia kena buat caviti prep for amalgam restoration class 2 MOD siap guna rubber dam segala bagai. semua kena siap within 30 mins. klu xsiap, xbley masuk. padan muke ko. ni hantar org yg xreti buat cavity. haram betul.
i hope you're doing fine. get heal soon =)
Why I English
-
Assalamualaikum~
Rasa lama je tak blogging.
Anyway, haritu i ada buat video kat tiktok, and it suddenly gained so much
traction. I was so flabbergaste...
2 months ago
0 other fingers talking:
Post a Comment