CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 15, 2011

bulan ramadhan kalau dekat skolah/universiti (part 1)

sedar tak sedar dah nak masuk 2 minggu lebih kita puasa kan? kalau tengok bulan tu, dia keluar penuh je bulat. bulan purnama. kira tak lama lagi je lah tu nak habis bolan puasa ni. mr DJ di radio2 sudah mula memainkan lagu2 raya nampaknye. masing2 duk tanya baju brape helai tahun nih. ade jugak yang dah order kuih raya sebulan lepas eksaited raya punya pasal.

kalau orang tanya aku ape yang aku rasa untuk ramadhan tahun ni, aku serious tak reti nak jwb mcm mn. bukan ape, ni first time dalam lebih kurang 9 tahun aku belajar since form 1, aku puasa penuh sebulan kat rumah. kalau sebelum2 ni seminggu lebih baru spend puasa kat rumah. most of the days during the month of ramadhan was spent at school/hostel/college.

memang lain rasanya bila kalau dah biasa sangat puasa kat hostel tetiba sebulan puasa kat rumah. kalau orang lain mesti rasa mcm ni....

"syok gila weyhh tahun ni sebulan puasa kat rumah!!!"

tapi kalau aku, dari sebelum cuti lagi aku fikir mcm ni..

"cuti lama 3 bulan smpai lepas raya. kira nanti aku puasa kat rumah la. mcm mn ekk rasa puasa sebulan penuh kat rumah??"



korang nak tau ape beza berbuka kat rumah dgn berbuka kat hostel?? yg paling utama, kalau buka puasa kat rumah tu, of course mkn mskkan mak (duhh) unless kalau korg yg masak sendiri kat rumah, mak korg cuma balik rumah, mandi dan siap sedia untuk berbuka. kalau kat hostel, korg akan makan mknn yg disediakan oleh makcik2 dewan selera/dewan makan. kalau skolah aku dulu, kitaorg panggil dewan selera. singkatan dia DS. jadi lepas ni kalau aku menggunakan akronim DS tu korg faham2 sendiri je lah, tu dewan selera maknanya...

baik, aku dulu skolah aku bernama mrsm kuala kubu bharu (MSM KKB). aku duk situ dari aku form 1 lagi. mmg dh kenal betul dgn skolah tu melainkan ade perubahan major dilakukan atas skolah tu, maka aku xkenal dah la. jadi aku nak explain siap2 kot ade nnti xfaham aku cerita.

kt mrsm mane2 pun ade sistem homeroom. lebih kurang mcm family kecil la kot. homeroom ni ade cikgu yg jaga satu group homeroom tu. cikgu ni jadi bebudak homeroom tu punya mak/bapak la kira. satu homeroom ade dlm 15 org lebih kurang. okey skrg semua sudah faham ye mengenai sistem homeroom ini/ baik kita teruskan ye?

masa aku form 1-3 rasanya, aku berbuka dengan member2. jadi masa time nak berbuka tu mmg penuh satu DS yg besau tuh. sorry lah xdpt aku nak tunjukkan gmbr DS skolah aku. cari dlm arkib pun xde. Q untk ambik food berbuka tu sikit punya panjang dila dah nak dekat2 berbuka. tempat boleh kata dah nak penuh.

sebelum berbuka tu, kecoh betul. rupa lalat harung taik dah aku rasa. bila encik bilal melaungkan azan maghrib je, senyap terus sebab masing2 dapat makan.

masa aku form 4-5, dah start sistem berbuka bersama homeroom. jadi ahli2 homeroom aku ni semua2nya pun berbuka la sesame. tempat meja untuk setiap homeroom dah ditetapkan. jadi masalah xcukup tempat makan mmg dapat diselesaikan. uniknya makan bersama homeroom nih adalah apabila ahli2 homeroom kena decide pihak lelaki hidang food atau pompuan yg kena hidang. kalau lelaki dah hidang, budak pompuan kena basuh bekas lauk. bekas lauk pulak kena sedia sendiri. hehehe... jadi memupuk semangat kerjasama dan persefahaman di situ....

setelah bermesyuarat selama 40 hari 40 malam (ok itu sangat tipu) bersama ahli homeroom aku, kiterog semua setuju yg budak laki serve, pompuan cuci. turn sape serve tu pandai2 la sesame sendiri decide. bekas2 tu semua sharing. ade sebahagian budak alki punya, ade yg pompuan punya. bila petang dlm kul 5.30 tu, budak pompuan letak bekas makanan yg diaorg dah cuci semalam kat atas meja homeroom supaya budak laki boleh ambik food dan serve.

lagi satu benda pasal berbuka ikut homeroom ni, boleh kuar gi bazar ramadhan!!. ade turn dia. hari ni turn homeroom ni, esok org lain pulak. kira adil la kan? tapi selalu bebudak ni memane yg xboleh kuar tu, kirim je kat budak yg dpt kuar. kira gilir2 la.. harini kau kuar, aku kirim. esok aku kuar, kau kirim. ok la tu. xde timbul cerita2 belakang ni.

kalau nak cerita pasal bazar ramadhan ni mmg kena satu entry. serious cakap. bebudak hostel kan kuat makan dan pantang dapat keluar. jadi mmg mcm2 hal la. yg tu lain cerita. arini nk cerita yg penting saje okeyh.

kalau pergi bazar ramadhan, bebudak skolah aku zaman dulu paling suka dua menu nih. kira dua benda ni mmg sngt hot time puasa... nak tau amende??



gulai lemak siput sedut!!!

mmg borong dgn mak cik lauk tu. bila berbuka je satu DS bunyi slurppppp... slurrrppppppp...

aku rasa disebabkan org2 bazar ramadhan kat kkb tu mmg dh tau yg bebudak ni suka mkn gulai siput sedut, ramai je aku perasan duk pakat jual siput sedut. kesian siput tuh. kurang populasi dia barang 2 tahun kitaorg duk kt skolah tu. mujur la sebulan je budak2 ni mkn siput tu. klu sepanjang tahun, aku rasa mau pupus siput sedut ni nnti. ade terus msuk dlm golongan haiwan/species terancam/hampir pupus.

kuih tepung pelita!!!

yg ni pun fav bebudak skolah aku time puasa. aku pun xfaham ape angin yg dtg masa bulan puasa ni tetiba semua pakat minat menu yg sama. aku rasa makcik2 yg reti buat kuih ni boleh bukak gerai jual kuih ni semata2 dan jual kt budak skolah aku. mmg confirm laku!!



aku xnafikan ade jugak lauk2 lain. kengkadang ade je bebudak homeroom aku kirim lauk2 lain. ade yg nak murtabak.. ade yg nak ayam golek... ade jugak kengkadang tu belanje kengkawan lauk/kuih/air. tapi selalu diaorg akan bgtau awal2, pesan supaya xyah beli lauk bnyk2 sebab nak belanja food.

kalau berbuka tu, tak de kurma tu mcm kureng la sket kan? org kata x kick la. unless klu korg jenis xmkn kurma tu blakang kira. kurma kat skolah kitaorg jenis kurma gred F aku rasa. serious cakap. kurma yg mmg habis murah. dah tu dtg dlm kotak. rupa pun xbrape comel. kretui sana sini. penyet sana sini. tapi sedap wehh kurma tu. biar rupa dia mcm tu tp sedap gilaaa....

cakap pasal kurma DS aku, aku teringat cerita kwn aku gaduh dgn classmate aku. semua bermula pada satu hari di bulan bukan bulan ramadhan......



mr H : wehh, cik S, apesal korg suka sngt ehh kt budak skolah luar

cik S : sebab kiteorg bosan la dgn korg. dri form 1 asyik tengok muka korg. jemu tau.

mr H : apesal pulak?

cik S : betul la. dari muka suci sampai muka penuh noda korg tu kitaorg dah tatap. bosan. perangai semua dah tau.

mr H : hukalohhh... korg muka mcm kurma DS, ingt kteorg heran gak ke?

cik S : oiiii!! yg muka mcm kurma DS ni jugak yg korg gila2kn. yg berebut sana sini. ape jgn ingt aku tak tau.

mr H : ahhh.. dah ahh. malas aku layan kau.



aku tak tahan nak gelak tgk dua classmate aku bergaduh sebab benda bodoh. dah tu, kurma DS yg xberdosa tu yg jadi mangsa. dan kuang ajo punya budak laki, ade diaorg samekan kitaorg ni dgn kurma DS???? sungguh kurang adab sopan!!

sampai skrg, cerita pasal kurma DS mmg xboleh lupa. kalau bukak cerita kurma DS tu kat menber2 aku, geng aku, mmg gelak punya. alahai..... xsangka aku ni rupa mcm kurma DS je rupanya.... kesian aku.. padan la xde org nak. sama tarap dgn kurma DS je rupanya =P


kadang2 bapak homeroom kitaorg iaitu ustaz zeidi zakaria, (hensem tau ustaz aku nih. jgn jeles) bawak kitaorg gi berbuka kat luar. ade penah sekali tu dia bawak gi mkn kt satu restoran kat gombak. aku xingt nama tapi kalau bawak aku ingt tempat dia, jalan dia aku ingt. tomyam kat situ best kot!! aku xmkn sngt tomyam tapi kalau aku kata tomyam tu best, aku sanggup makan, maka mmg betul la tomyam tu best. sepertimana tomyam kat black canyon yg super best.


ok aku rasa aku harus stop sampai sini. esok lusa aku sambung lagi pasal bulan puasa aku kat hostel. sorry lah ye, cuma pengalaman ni je yg aku ade. aku xde pengalaman puasa kat rumah xmcm korg. so aku cerita la ape yg jadi kt hostel.

kalau rasa post no panjang, sorry la ye. hihihihi.. mood nak bercerita pulak mlm ni.

okey korg semua. slamat berpuasa semuanya..










cepat habiskan baca manga 07-ghost tuh!!!

2 other fingers talking:

bad said...

pasar malam KKB. boleh kata agak hari2 aku keluar naik bas DQ kalau turn lelaki (gili laki pompuan) atau kayuh dgn kawan2 atau naik prebet. shahdu wo...

Farah Azmi said...

prebet kkb?? rindu dowh. pak cik prebet yg aku paling slalu naik ade sorg bwk kete saga grey. asal balik ostel je kena ready rm10 siap2 nk balik skolah.

pasar malam kkb aku xdapek la nk gi bad. budak skolah kuar weekend je. tu pun dlm sebulan ade la dlm sekali dua je kuar.

Post a Comment