CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 2, 2011

ohh Madam Ho...

"good morning, miss farah!!!!!
miss farah!!
helloo.............."

hah! datang pun. bentak hati aku. (ini hari kita drama sket). pantas aku mengambil sekeping not merah dalam kole besi dekat kabinet buat air di dapur dan aku berlari2 anak menuju ke pintu rumah yang dah mula dimakan anai-anai frame pintu nya. ye lah, rumah aku rumah lama. dah nak 27 tahun. xde mcm rumah korg2 yg brand new tuh.. kih kih kih...

"hi, good morning!" dgn riang aku menyapa.

"good morning miss farah"

dalam tangan wanita berbangsa cina tu ade dua paket Yakult warna merah. dah jadi rutin dia datang rumah aku dlm pulul 10-11 pagi hantar Yakult tiap2 hari Isnin. well, actually bukan la exactly hantar, tapi deliver. kena la bayar bai. xde yg free dlm dunia ni.

"miss farah, you sudah kawin ke?"

erkkkk??? tu soalan yg mula2 kau tnya aku? asal???

"hah?? kenapa auntie? kenapa tnya mcm tu?"

"xde itu hari saya ade datang dgn Madam aku-x-ingt-nama-dia. saya ade tanya sama dia, awak suda kawen ke belom. dia kata tak tau. mungkin suda kawin. duduk rumah saja. beli Yakult untuk anak dia. tapi dia panggil awak adik saja"

"hahahahahahahaha.... xde la auntie. sy mane kawen lagi." dlm hati aku berkira2 sndiri, aku ni nmpk tua sngt ke smpai dia ingt aku dh kawen??.

"ohh itu macam ka? ini yakult mcm biasa. ehh awak tak mau try yang biru ka? awak minum yg merah xmanis ka?"

"manis jugak tapi adik saya suka yg merah. dia xsuka yg biru." aku jelaskan pada madam.

"ohh.. sama mcm anak saya yg nombor dua. yg pertama ok, yang nombor dua tak suka. dia cakap lase itu masam sikit ehh?"

"haah. xla manis sngt mcm yg merah tu"

"awak minum yg biru la, yg merah kasi adik. yg biru bg mak sekali mehh.." saran Madam Ho. dalam hati aku, aikk, bnyk ckp pulak madam ni hari ni. selalu senyap je. yg Madam aku-tak-ingt-nama tu yg bnyk ckp. maybe sbb dia dtg sorg kot. selalu berdua.

"boleh la macam tu madam. bagi yg biru la" madam Ho pun ambik Yakult biru dari dalam kereta dia.


yg merah lagi dua dah kena sebat oleh sarah.



"madam, lepas raya saya xde la kat rumah. nanti rumah kosong. xde org. mcm mn?"

"ehh, pergi mana? pindah?" soal madam ho. muka dia berkerut2 tanda terkejut.

"nanti lepas raya saya kena masuk u semula. adik2 pergi sekolah, mak pergi kerja. nanti madam dtg, xde org." aku terang kan secara simple. nanti lebih2 kang ade yg lg tambah kerut org tua ni kang.

"aiyooo... nnti sy ilang satu regular customer. kalau petang boleh?"

"petang boleh. adik saya sudah balik sekolah. nanti madam bagi kat dia."

"awak baru lepas stp?"

"ehh xde xde.. saya sudah lama belaja kat u. sekarang cuti. nanti lepas raya sambung belaja semula. habis cuti mehh." aku plak ber meh-meh dgn dia.

"ohh belajar dekat mana?"

"uia dekat indera mahkota"

"ooooo....." dia punya ooo tu ade dekat 7-8 harakat aku rasa.

"ambik ape?"

"dokter gigi." dengan bangga aku bagitau madam tu sambil tersenyum bangga sampai ke telinga.

"dokter gigi? memang minat? itu olang buka mulut bau busuk awak suka?"

nak tergelak pun ade. adeihh, madam madam... "suka.... sy mmg minat. nanti kalau auntie nak check gigi ke, tampal ke, datang la uia."

"ohhh.. boleh boleh. harga dia mesti kurang sikit kan?"

"ehh xde la, free saja" aihh promote la kan. ape lagi. untung2 boleh jadi patient aku nanti madam ni. time ni la nak pancing patient. kih kih kih....

"free? betol?" aku mengganguk sambil berkata ye auntie, free je..

"sy ingt awak ambik jururawat..."

erkkkk?? nak terbelalak bijik mata aku demi mendengar Madam Ho berkata begitu. aduhai madam... muka aku ni mmg ade lansung ke nur seorang dokter tu? dari dulu smpai skrg xde sorg pernah teka aku ambik dentistry. yg teka aku ambik medic pun haram xde, ni pulak dentistry. penah sekali member sekolah aku mati2 ingt aku ambik law, dia bantai tnya aku pasal hak dan undang2 penjagaan anak luar nikah kalau bapa xnk kawen tp nak bg nafkah kat mak ngan budak tu. muka aku ni mmg kalau buat iklan sensodyne tu, mcm xde org percaya je aku ni dentist. ntah diaorg ingt org tepi jalan mana diaorg kukut nih. adeihhh...



banyak lagi yang kitaorg borakkan kat depan rumah semalam. kalau nak tulis semua mmg jenuh. tapi intipati yg aku nak highlight tu aku dh tulis. pas berborak panjang, madam Ho bagi aku sampul ang pow. dia kata sebab regular customer, so dia pun bagi la. nanti kalau ade lebih lagi dia bagi lagi.

aku cerita kat mama. ape lg, mengekek la org tua tu gelak kan aku. dia kata madam ho ingt aku dah kawen sebab muka aku dah kena cop muka suri rumah. yg tang jururawat tu paling xbley blah. dia sendiri ngaku yg anak dia ni mmg xde ciri2 dan nur serta ain seorang bakal dokter gigi. sedih dowh. kalau bgtau bakal mak mertua aku ni dokter gigi, confirm org tua tu xcaye. ntah ke dia ingt aku ni janda anak 4 agaknye.

xpe la, gaya seorang dokter skrg ni xde la lagi. sebab tengah busuk2 selekeh2 belajar lagi kan.. sat gi aku dh keja, siap ang! mwahhahahahahahahahaha.... (gelak evil gaya barney dlm How I Met Your Mother)









tetiba dpt idea invite Yakult untk dental carnival. bebudak KOD, ape amcam?

2 other fingers talking:

H A N said...

dah duduk rumah je,mmg jd suri rumah lah weyh,haha...xpe2,ada nur2 keibuan kot,haha...nur isteri mithali,haha...

Farah Azmi said...

erkkk?? keibuan? ke-ibu-an kucing? hihihihihi.....

Post a Comment