CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

meningkat dewasa a.k.a tua


ini hari hari jadi saya.. saya berasa sungguh gembira dan teruja sekali. semua kawan-kawan saya mengucapkan selamat hari jadi kepada saya.


(ni klu buat ayat bm penulisan, sah sah kena gelak dgn anak sepupu aku, ili)


22 tahun yg lalu, aku selamat dilahirkan ke muka bumi ni pada jam 12.45 tghari di hospital pakar kuantan. hemmm... no wonder la kau itam, lahir tgh hari buta rupanya..


sebab harini behday aku, aku di-invite oleh 3 bestfriends aku untuk dinner di kenny roger's rosters. haha.. ini perut la.. dah prepare perut dari siang tadi lagi. semata2 nak simpan space untuk mlm ni..



ini tahun hadiah xde dpt bnyk mana. aku tak kisah pun. nak bagi, bagi. xnak pun xpe. takde hal. xde la jenis yg klu xde hadiah xmau kawan.. xde nye.. the thoughts that matters. betul dak? contoh mcm hanis, amal daud n hanum. diaorg cuma tulis happy birthday kat atas kertas buku latihan tulis guna pensel n letak atas meja aku. terharu dowh sebab tau diaorg ikhlas n ingat..

juga mcm ade orang tu yg aku tau dia busy tahap giga tapi dia tetap ade masa nak gunting2 kertas, tulis2 huruf2 dan letak kat board kat meja study, ambik gambar (gmbr yg atas sekali) n mms kat aku. thnx mysterious dream guy =)

finally so far setakat yg aku update blog ni, ni saje la hadiah yg aku terima. tak lupa kek new york cheese pemberian roomate smlm masa aku dah nk tido penat gila lepas hari yg betul2 sibuk smlm.

beg dari amal, bedsheet dari kayna, choc dari dinie, kertas happy behday dari hanis, amal daud dan hanum. untuk yg wish, thnx a lot. yg bagi hadiah, thnx a lot juga. may God bless u all dan semoga murah rezeki korang semua.

okeyh harini agak penat juga sebenarnya. tido awal sket kot. malam semua!!










i will not hesitate to do so if you want me too =)

Monday, September 26, 2011

Voice Power!!


pernah tak korang kalau dengar radio tu.. pastu dengar suara encik/cik/puan deejay di corong radio, pastu suka sngt dengar suara dia. ngeh ngeh ngeh..... ade tak ade tak?? ade kan? mesti ade kan???

xpe, kalau korg xnk ngaku, biar aku ngaku. mwahahaha....

aku first time dengar radio fly masa zaman skolah lagi. masa tu form 5 rasanya. sampailah ke pj duk dengar fly je. tiba satu hari kedengaran satu suara yg masyukkkk gila. sedap gila suara deejay nih. deejay yg dimaksudkan tak lain tak bukan hafiz. serious jatuh suka pendengaran pertama kat suara dia. start haritu lah aku dengar setiap kali session yg hafiz conduct. teeheee.....

then on the same year, fly ade buat 2nd fly-niversary. aku ngan member aku time pj dulu saje2 je pegi n at the same time just jalan2 kat OU. bila dah jumpa tuan empunya suara yg best, ohh mak eksaited melebih!! tapi tu lah, dia x seperti yg aku sangkakan. maksud aku, aku duk bygkan muka dia ala-ala Josh Hartnett (ok itu sangat tipu).. tapi rupanya average saje. amboihh suka2 je label muka org average ke tidak. ape kau tu cntik sngt ke izzati???

tapi tu lah, sebab suara dia sedap, aku bagi exception la kat dia. haha.. boleh kan mcm tu? boleh la boleh la.. serious sedap je klu dengar kat radio. klu xcaye weekdays dengar fly fm pagi2. ade la dia. ngeh ngeh ngehh...




(certain amount of this blog content has been removed due to violation of terms and condition and has been classified to have adult and immoral content =P)





baeklah, esok dengar2 dokter nazih nak buat quiz oral surgery. kena study. selak2 sket2 je la malam ni. penat la tadi jadi assistant abd rahman, berdiri je dari awal smpai akhir. sumpah sakit kaki. malam semua!!










orang kata, selalunya... kalau suara sedap, muka xhensem. tapi muka hensem, suara pulak xsedap. betul ke??


Saturday, September 24, 2011

sunrise at 0740


one word... Subhanallah


silhouette images, mmg best. picture was taken during morning jogging session with roomie at Taman Bandar, Kuantan, Pahang.

nk effect lg best dtg awal sket. dpt tgk matahari naik kat bukit blakang uia tu. nnti boleh main cak cak dgn matahari =D









so far, no plan for today. ape nak buat?? any idea?

Thursday, September 22, 2011

warghhh... depression!!!


mahu anti-depression sekarang juga!!!!!!!!!

sedih gila nak mati. serious. tak tipu punya.



harini, seperti biasa mlm2 dlm kul 730mlm mcm tu ade night session clinic. sesi kali ni, scaling bersama partner. maka Filzri my boy pun telah menjadi operator dan abd rahman sbg assistant telah menjalankan operasi pengskaleran ke atas gigi aku.

lepas dah habis basah kuyup lenjun bahan dek air dari scaler tip tu, tiba masa untuk charting, iaitu tgk2 check2 gigi mane2 yg ade tampalan, yg rosak, yg xrosak, yg dah kena cabut semua... charting tu yang kalau masa zaman budak2 dulu ade misi2 gigi dtg skolah check gigi yg depa duk ckp "17 sound. 16 sound... bla bla bla..." yg haram jadah tak faham lansung jargon hape kau merapu nih. la ni bila dh belaja baru la faham amende yg diaorg repekkan selama ini...

okeyh sambung cite filzri check aku.

"abd rahman, 18 impacted." kata Filzri my boy sambil terus cucuk mencucuk gigi2 aku yg lain untuk tgk ade caries ke tidak.

"yg 21 ni aku tak pasti la (21 merujuk kepada gigi kacip depan kiri bahagian atas yg pertama) macam caries." sambung filzri.

"mane tengok sket" tambah abd rahman. dalam hati aku, tolong la bukan caries. tolong la bukan. "hemm caries la tu" ciss! xpe tggu dr kais confirm kan. tak mau percaya lagi tu..

"okey klu mcm tu 21 class 3 mesial caries." saat filzri ckp mcm tu aku rasa mcm dunia ni separa gelap. tak mau percaya.

selesai charting, treatment planning pula. unutk caries aku tu planning untuk ditampal dgn tooth coloured restoration. ohh tolonglah katakan yg tu bukan caries. tak mau.

lepas siap semua, abd rahman pun panggil dr kais untuk evaluation. maka dtg la dr kais menjenguk-jenguk mulut aku. maka tiba saat gigi 21 untuk diperiksa... jantung ni dah berdegup kencang bagai nak pecah dada dah ni. tolong la jgn caries... tolong la ..

" as for 21, i can detect an early development of caries on the mesial. class 3 mesial." terang filzri pada dr kais. ohh dokter, tolong la katakan tidak pada caries... tolong la....

"yes you are right." serentak dgn itu aku terus ckp NOOOOOOOO!!!!!!! dgn mulut penuh dgn mouth mirror dgn probe. dr kais gelak dan ckp "you have to accept that"

tidak!!!!! AKU TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN!!! aku rasa mcm dunia aku dah berakhir. why should i suffer like this??? why???? why me?? why now??? selama 21 tahun, 11 bulan dan 3 minggu aku hidup atas muka bumi ni, xpernah-pernah nak ade cavity tetiba ade cavity. tak mau!!!!! kenapa nak ade caries??? kenapa???

abd rahman pun tenangkan aku dgn beberapa comfort words. aku dah mcm org gila dlm polyclinic sebab stress dpt tau ade caries. tapi tak nampak pun caries tu sebab dia kat belakang gigi. super sedih smpai words cannot even explain. bagaikan ditusuk sembilu. cehh.. ayat xmenahan.

"filzri, you chould control your patient." gurau dr kais pada aku dan filzri. mau tak nye.. dah mcm budak kecik xdpt susu aku dlm klinik (itu sngt over. mane ade) sebab dpt tau ade caries. aku bgtau je kat dr yg aku sedih aku ade caries selama aku idup 21 thun lebih ni xpernah ade, tibak2 ade. sape xsedih dowh???

lepas je clinic tu aku terus msg kak farah adila, senior yg selalu scaling-kan gigi aku n buatkan fissure sealant untuk aku. aku mintak dia tampalkan gigi aku cepat2. tak nak tunggu dah. sedih gila ni. tamau caries tu jadi lagi teruk.

aku bgtau amal pasal caries tu. dia pun nak tgk, aku tunjuk la. dia kata xde la besar mana. n colour gigi tu pun grey, not black or brown (which indicates progressive stage of dental caries). ohh xdpt aku bayangkan mcm mn rasanya kalau dah msuk stage tu. ohh tidak....



ohh kak farah adila, minggu depan terus tampal gigi saya okeyh. tak sabar dah ni nak tampal gigi. sobs sobss....









tak lena tido malam aku hari ni nampak gayanya..

Friday, September 16, 2011

CONFUSED

aku betul2 tak faham dengan diri sendiri. aku tak faham mcm mane aku boleh dgn selamba berkata sesuatu hah pas tu mula la nyesal xsudah. selalu jadi macam tu. lepas tu marah dengan diri sendiri.

aku tak tau betul ke tak tindakan aku. betul ke itu yg aku nak?

no no no... i want something else. aku gembira dgn ape yg aku pernah ade. tapi sekarang rasa macam lain. kenapa? sparks tu sudah hilangkah? kalau hilang mana perginya? kenapa hilang? kenapa macam tu je?

patut ke aku hilangkan rasa ini? dan terus hidup pandang ke hadapan? dan anggap semuanya seperti tak pernah terjadi. mungkin aku harus, selagi masih punya waktu. betul aku harus lupakan dan fokus pada yang lain. tapi tentu sakit nanti.

hati, bersedia untuk disakiti sekali lagi. lepas ni aku letak burnol semula. jangan risau. maaf aku selalu buat kau sakit wahai hati. tapi kau akan tetap tabah seperti aku kan? sebab kita adalah kita. maaf aku pemilikmu yang cuai. nanti aku cari partner yang akan selalu buat kau gembira sampai syurga. tiba saat itu, aku akan buang bekalan burnol untuk ubati kau.



dear you,
you are my sugar rush
that always makes me blush
yes you are..



arghh!! benci rasa ini.







Jason Mraz-You And I Both

Thursday, September 15, 2011

Experience like no other



kalau la class bedside teaching GMGS buat VC mcm kat atas ni.. agak2 mcm mane la reaction makcik2 dan pakcik2 dlm ward tu. rimas tgk kepala2 webcam melingkar sana sini =P

baeklah semua. semalam bersamaan hari rabu 14hb Sept 2011 aku ade class kat Hospital Tnegku Ampuan Afzan, Kuantan untuk subjek General Medicine n General Surgery (GMGS). serious cakap ni la first time aku buat ward round (jalan2 keliling ward tengok patient, tnya dia tu ni, monitor diaorg)

buat ward round tu ramai2 dlm 12 org satu group dgn diketuai oleh lecturer/specialist yg dh di assign untk kitaorg iaitu pada hari semalam, encik dokter Wan Ahmad Shahril yg sngt baik telah menjadi supervisor kitaorg. masuk ward 7B, ward perempuan kelas ketiga. macam2 benda yg tengok/belajar. pehhh..

okey first patient yg jumpa sorg mak cik yg asthma. so Dr Wan pun bgtau itu ini itu dan ini kat kitaorg. mcm2 benda. pada masa yg sama ade sorg patient kat critical cubicle sedang bertarung nyawa (cehh ayat xnk kalah tu). aku tengok doctors tgh buat CPR kat patient tu. bertukar org dah. penat woo buat CPR nih.

aku tengok nurse n other doctors relax je even patient tu not breathing nor her heart was beating. yg dokter Wan pun relax je. kitaorg je la yg mcm eksaited semacam. gila nervous beb tgk nyawa org kt ujung tanduk mcm tu.

tengah tengah Dr Wan duk explain kat kitaorg pasal something ni tetiba dtg sorg dokter cina berkemeja biru. di nametagnya tertera nama Dr Cheah jadi dlm kepala otak aku terus terfikir "ohh dokterni nama dia Dr Cheah..." dokter tu pun dh peluh2. kesian dia.

Dr Cheah bgtau kat Dr Wan "PA". muka Dr Wan relax je.
pastu Dr Cheah smbung lagi, "COD?" kali ni Dr Wan seakan berfikir. semua duk tnya COD tu hape?? cash on delivery??? teett!! COD stands for Cause of Death. patient tu gagal diselamatkan. yet relatives dia xdtg pun lagi.
maka Dr Wan berkata "x-ray dia xde la teruk sangat pun kan? hemm.. susah jugak" pas Dr Wan ckp pe ntah lg kat Dr Cheah, baru aku tau patient tu ade pneumonia rupanya.. dan aku n amal tertanya-tanya PA tu menatang ape?

"pulmonary arrest kot" jawab aku.

tgk org cuba menyelamatkan nyawa org lain depan mata, mmg satu experience yg superb. dah tu relatives patient tu haram xdtg masa dia dah nazak. padahal hospital dh bgtau. sibuk plak nak gi hantar anak bagai. adeihhh...

jadi pengajaran nya disini..... kalau la nnti ade antara relatives kita yg dh start kena transfer ke critical cubicle tu, cepat2 la ready for anything. duk temankan dia, buat pape yg patut ke.. anything. suapaya xde la dtg2 tgk2 org yg kita syg tu dh xde. sedih je kan?


lagi...... ape lagi yg aku belajar dri ward round kali ni??

rasa bersyukur sngt2 dilahirkan sihat dan normal. sebab ade je beberapa patient yg aku tgk file dia umur ade yg sebaya, lagi muda, dan lebih kurg je dgn aku tapi dia ade penyakit dari kecik. so mmg duk sepital je la memanjang. xdpt pegi skolah, berlari sana sini, jalan2 tgk movie, feel the sands on your feet.. rasa sedih tiba2 mengenangkan diaorg yg pergerakan fizikalnya terbatas. semoga Allah sembuhkan sakit diaorg, and if it is something that cannot be cured at least they could live longer and do things they wanna do while they still can.

cuba bayangkan masa diaorg kecik2 dulu, xdpt menikmati zaman kanak2 xmcm org lain. tu baru tgk wad wanita dewasa, belum tgk yg kanak2 punya. aku rasa mau gak aku nangis time tu gak tengok bebudak kecik xbersalah tu terlantar je.. sobs sobs... =(


ohh lagi satu benda yg aku dapat semalam. SILA PAKAI KASUT YANG SANGAT SELESA DAN DISARANKAN AGAR TIDAK BERPUASA PADA HARI RABU SEBAB ADE GMGS =P

serious cakap wehh. dia punya sakit kaki berdiri 3 jam berjalan tu mmg super sakit. masuk kereta je we were taking our time stretching kaki untuk ilangkan rasa sakit. serious kena cari kasut lain. tapi cukup ke duit scholar nk beli semua tu sebab buku dh bertambah. buku medical yg aku xde so far je ade la dlm 3 rasanya. sebijik tu kalau harda dlm 50 xpe. ni kalau nak bayar tu mau keluar 3-4 not 50. baru satu buku, kalau dah tiga?? campur yg dh mmg order?? campur kena bayar barang masuk sepital (stethoscope, pentorch, tendon hammer) tu je dah berapa?? sumpah awal la nmpknye aku kering 2 blok ni.


okeyh beybeh.. mau tido jap. nnti mlm mau keluar mkn dgn junior, teman amal hntar elia kt terminal n beberapa agenda lain. adios!!







ohh xsabar nk pergi beraya rumah pak cik ahad nih!! mak cik masak bnyk2 ye. nak makan. hehehehehe...