CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 20, 2013

dull boring pain


chief complain : pain at the lower back left and right jaw (especially on the right side)
history of chief complain :

  • site : as mentioned above
  • onset : sudden
  • characteristic : as the title of the post 
  • radiation : pain is localized
  • associated symptoms : palpable and tender lymph node, irritability
  • time : 20 minutes?? maybe???
  • exacerbating and relieving factors : pain worsen on mastication and any pressure on the retromolar pad area
  • severity : SAKIT GILA NAK MAKAN KAU TAU X??? AKU NAK MAKAN LAH.. RETI BAHASA??? 

dalam bahasa lain... aku sakit gigi. gigi bongsu nak keluar. nak keluar tu keluar je lah, xyah nak menyusahkan org. kalau nak menyusahkan org lain, duk dalam tulang tu diam-diam. faham? 

rasa mcm nak pegi UIA nak mintak cabutkan gigi ni by doc nazih ke, doc lini ke, dato' ke.. xkisah la sape2.. ke nak buat operculectomy pun aku xkisah. asal xsakit n aku dapat makan. hemph! 

tapi....... doc iswan xbg buang gigi bongsu lagi selagi treatment ortho xhabis.... mcm mn ni? =(






hidung xmancung, pipi tersorong-sorong. hapa daaaa...

Tuesday, January 15, 2013

DENGAR ni aku nak CAKAP!!!



aku rasa semua (atau mungkin majoriti) sedia maklum akan video yang dimuat naik oleh TvMyMahasiswa beberapa hari lepas. cerita pasal Cik Bawani dengan Kak Seripah kita tu..

aku sejujurnya mmg ntah brape kali menepuk dahi dan tergelak tengok video tu. mengeleng kepala apetah lagi. sejujurnya juga aku ada beberapa perkara yang aku ingin komen tapi aku kurang yakin dengan penggunaan bahasa dan gaya penulisan yang bakal aku guna nanti; mungkin akan menyebabkan fitnah di kemudian hari. almaklum saje lah... aku bukan student linguistic. aku pun dah lama meninggalkan alam persekolahan. dah hilang skill tulis esei BM yang berfakta-fakta ala2 nak pergi berbahas piala perdana menteri siap dengan ayat power sekali dgn vocabulary yang ala-ala kamus dewan.

tapi aku ada terbaca seorang hamba Allah ni menulis di dalam internet. sungguh, ape yang dia sampaikan, itulah yang ada dalam kepala-otak-separa-tepu-sebab-exam aku ni. and of course, cara penyampaian dia lebih bagus, kata mmg journalist kan.. hihi..

aku setuju dengan setiap bait kata yang dia lontarkan. Zul Fikri Zamir, you read my mind!

sila tekan tekan klik klik disini untuk baca dengan lebih lanjut. enjoy!


cuba bayangkan skali kuar adegan tarik2 rambut, gigit2 telinga..... awesomee gak kan?? drama gila kau!









3 hari... seksanya menanggung beban ni. sabar hati sabar..

Thursday, January 10, 2013

roller-coaster emosi

salaaaamm uols!!!

ini hari mmg hari yg betul2 mencabar jiwa raga dan emosi aku. seawal pukul 8 kelas dah start mcm biasa. lepas tu klinik start pkul 10pg. pagi ni sesi klinik buat gigi palsu. maka harini tadi ingt nak buat MMR kat sorang kakak ni. semalam aku berhempas pulas buat bite rim dia, punya semangat nak buat MMR harini kan. sekali datang sorang supervisor aku nih, dia suruh aku buat base plate balik sebab base plate aku tu xretentive. aku mmg super duper bengang n sedih segala sebab aku xnk mntk supervision dia pun sbnrnya. aku nak org lain skali dia boleh dtg ngendeng kat aku. ciss!!

kalau dgn supervisor lain, boleh je setel masalah tu dlm 1 visit. masalahnya selama ni org duk buat xretentive, x extend betul2, ok je. haiss. malas aku nak cakap lebih. kang yg susah aku. alik2 biar je lah aku let go perasaan tu sorg2..


maka pagi tu terkeluarlah barang setitik dua air mata wanita aku ni ha sebab marah, kecewa, sedih kat supervisor aku tu. ciss!! mmg aku xbley lupa ape dia buat kat aku. hemph!

tengahari tu pulak aku balik n bukak fb. sekali aku baca komen cikgu aku zaman kat mrsm dulu, dia komen kat wish bday yg aku wishkan kat dia.. (ayat dh berbelit serupa ape dah)

cikgu aku tu komen lebih kurang ayat dia, mintak Allah berikan kejayaan di dunia n akhirat untk anak murid dia yg sorg ni sebab ingat kat Dia n dia.. huuu.. terharu aku bhaiii.. duk tgh sedih supervisor aku ckp mcm tu, aku bc komen cikgu aku, trus terharu. ape lg.. menangis lg. aiyooo.. murah betul air mata aku hari ni. kuar senang2 je.. haiss..

maka petang tadi pulak around pkul 3 lebih mcm tu Dan msg aku ckp result interview dia dah kuar. huwaaaaa nerves mak!!! malangnya nak bukak check kat laman web MARA xbley sebab  server jem ramai sngt org nak check. kawan2 dia, Dwan dapat kat Kuala Terengganu, manakala Fatin dpt kat JB.. huu.. mintak2 la dia xdpt jauh2.. huuu.. tidakkk..

tunggu punya tunggu.. sampai la pkul 5 lebih mcm tu.. aku ade kelas ganti Dr Munirah petang tu. sambil tu xdduk diam kau nyah punya nerves mengalahkan bapak tggu bini nak beranak kat luar OT. haiss.. berdebar2.. suddenly Dan msg aku...

"kalau I bgtau tmpt I dpt mana dun scream okay?"

aku dah macam.. alamak.. gaya mcm dpt dekat je..

"ok.. dapat mana? umm.." 

dalam hati tu masya-Allah Tuhan je lah yg tahu kau! 

nak tunggu dia reply pun aku dah takut. tgn dah rasa kebas. dah xreti duk diam. serupa cacing kepanasan.. huuu tidakkk. sabo sabo sabo. akhirnya xkurang dari 1 minit dia reply...





"I dapat........... KUANTAN! =D"

GIYAHHHH!!!!! hepi gila mak noks!!! aku dah macam ape eksaited dlm kelas tu. nak jerit xbley lecturer kat depan. mujur aku duk blakang skali. bley la tergedik2 buat gestures hepi sakan. hehehe.. sumpah mmg hepi gila lah time tu. Tuhan je yg tau, xcaye tnya Elia ngan Kayna. kekeke...




so uols, i happy la uols kan because my boiperen got posted here. very near, u know. but i cannot go dating2 all the time u know. because nnti my mum will hambat us with parang. kekeke... sorry la uols, iols nak speaking london kejap.. hepi kan boiperen jd ticer kat mrsm kuantan, cuma 5-10 minit dari rumah iols.. hehehe...

sila benarkan sy bergedik selama 2-3 hari ni.. sebab isnin depan saya ade exam. terima kasih.. =D

oke semalam tido lambat bnyk keje kena buat. harini ingt nk tido awal. tp ni awl sngt ni. ape cite korang harini? ade roller coaster emosi jugak serupa aku? ce cte ce cte.. =D





tu petanda besar!!! aaaahahhh!! =D

Tuesday, January 8, 2013

ZETY!! this is for you! =D

hellooooooooo people!!

wassap yaww!

i know i know its been forever since the previous post dated....... 19/9/2012.. well xde la lama mana sngt.. baru beberapa bulan. perasan forever sekejap. nevermind!

kawan2 aku bertanya, "farah bila nak update blog?" "awat lama xnmpk post ang?" dan pertanyaan yg seumpama dgnnya.. ade jugak yg setia tggu bila aku nak update blog (kan zety kan?) sampai sms pepagi buta tanya bila aku nak update blog. wahh tetiba aku nak perasan retiss kejap. hihi.. alia farina, kasi chance sket kat aku kejap ye ambik title kau barang sejam dua je.. =P

okeyh kenapa aku dah lama xupdate blog....

bukan sebab aku sibuk. memang xdinafikan aku sibuk tapi kesibukan bukan faktor utama aku xdpt update blog. aku ade je masa free.. dulu pun sibuk jugak tp still curik masa sket barang 15minit nak update blog.

jadi kenapa xupdate?

aku hilang semangat nak update. ada beberapa perkara yg buat aku rasa aku mahu berehat. jadi aku ambik keputusan untk bagi jari2 aku berehat sekejap dan nanti aku sambung lagi. dan nilah hasilnya!! harini aku update jugak kan?

so sepanjang 3 bulan menyepi.......xde la bnyk sngt benda yg jadi. tapi ade juga beberapa perkara yg aku kalau boleh nak lepaskan tulis kat blog. tapi aku xnk sebab nanti aku kena kondem lagi dgn org. so aku malas. nanti elok aku nak rasa lega by writing it down what my heart wanna say tetiba ade makhluk tetiba kata macam2 terus aku down. so yeah.. no writing then.

dlm masa 3 bulan tu, aku bertukar usia jadi 23 tahun. tua dah ha anak Azmi yg sorg ni.. aigooo tahun ni jd 24 ehh? aiyooo.. n ohh!! speaking of tahun ni, aku ade azam tahun baru yang baru dan buat pertama kalinya tetiba aku ade azam tahun baru kan.. hehe.. azam tahun baru tu....... xbley bgtau ape. private n confidential. yg pasti jgn nak buat spekulasi konon aku nak kawen ke bagai ehh? xde kaitan lansung.

sepanjang aku menyepi tu jugak, 2 best friend aku selamat berumah tangga dgn pasangan pilihan masing2.. Khairina a.k.a kayna and Elia Farhana a.k.a elia..

 Puan Elia dan dayang-dayang.. 

too bad aku xde gambar kayna kawen dlm simpanan aku. xpe korg tgk je blog dia, bley la tgk gmbr dia kawen..

macam2 hal jadi time diaorg ni kawen. maunye migrain aku ha.. mmg dh migrain pun.. tp xpe, kawan punya pasal, tarak hal punya! =D

aku doakan korg berdua, dan semua pasangan pengantin baru diluar sana berbahagia la ye sampai syurga bersama pasangan masing-masing. semoga perkahwinan kamu2 semua diberkati.. aminnnn......

maka bila dah 2 bestfriend kawen kan, ade la suara2 duk tnya.... "hah farah, kau bila???"


 amboii!! kemain kau nyah! 

meh ni sponsor sket kat aku duit boleh la aku kawen cepat sket..

people out there.. org kawen cpt ke, lambat ke, bukan masalah kau.. dia nak kawen ade dia mintak duit dari kau? xde kan? (ke ade???) n to those yg dh kawen n duk poyo2 kau dah kawen kat org yg xkawen lg, meh ni digest sket kata2 yg dilontarkan oleh encik daniel azere

"It is not a race. You don't have to state the obvious."

jadi xyah la nak duk overloaded tayang satu dunia kau dah kawen dgn post2 gedik atau perilaku2 yang korang boleh simpan dalam bilik dgn laki/bini kau je. org lain pun kawen jugak. xde over pun. ingt, org lain jugak punya perasaan, punya pemikiran. kalau kau rasa boleh, "kisah ape aku, aku dah kawen." ingat lah korang bahawasenya orang lain mungkin boleh kata, "eeee tolong la, tau la dah kawen, chill boleh x? duk PDA sana sini, ingt duk amerika ke??"

btw, PDA bermaksud Public Display of Affection.

nasihat ye diatas tu, bukan niat nak mengata. kot terasa nasib kau lah. nampak sngt kau penah buat kan.. kan........ =P

minggu depan aku ade exam end block 2. selalu kalau org time exam dia stop blogging. tapi yg aku perasan, aku bnyk update blog time exam. sebab tension study la kununnye. nk rehatkan minda kejap.. huhu.. so kita tgk la ape jadi musim exam minggu depan mcm mana ehh?

oke beybeh! aku lapar gile. pg tadi sempat makan nasi lemak dgn horlicks suam je (minuman rutin aku. abg cafe tu dh tau aku nk air ape xyah tnya dah).. lunch pun xsempat. whats for dinner??

burger ayam special 1 bang!! 

oke nak makan.. bye! omnomnomm!!






aku paling xsuka makhluk yg interfere keje aku yg dah separuh jalan aku buat. dah tu masuk campur hal keje org, materials yg aku dah sediakan pun kau nak rembat. banyak cantik muka kau. nak aku kasi cop tangan aku kat situ, kasi cantik lg?