CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 10, 2013

roller-coaster emosi

salaaaamm uols!!!

ini hari mmg hari yg betul2 mencabar jiwa raga dan emosi aku. seawal pukul 8 kelas dah start mcm biasa. lepas tu klinik start pkul 10pg. pagi ni sesi klinik buat gigi palsu. maka harini tadi ingt nak buat MMR kat sorang kakak ni. semalam aku berhempas pulas buat bite rim dia, punya semangat nak buat MMR harini kan. sekali datang sorang supervisor aku nih, dia suruh aku buat base plate balik sebab base plate aku tu xretentive. aku mmg super duper bengang n sedih segala sebab aku xnk mntk supervision dia pun sbnrnya. aku nak org lain skali dia boleh dtg ngendeng kat aku. ciss!!

kalau dgn supervisor lain, boleh je setel masalah tu dlm 1 visit. masalahnya selama ni org duk buat xretentive, x extend betul2, ok je. haiss. malas aku nak cakap lebih. kang yg susah aku. alik2 biar je lah aku let go perasaan tu sorg2..


maka pagi tu terkeluarlah barang setitik dua air mata wanita aku ni ha sebab marah, kecewa, sedih kat supervisor aku tu. ciss!! mmg aku xbley lupa ape dia buat kat aku. hemph!

tengahari tu pulak aku balik n bukak fb. sekali aku baca komen cikgu aku zaman kat mrsm dulu, dia komen kat wish bday yg aku wishkan kat dia.. (ayat dh berbelit serupa ape dah)

cikgu aku tu komen lebih kurang ayat dia, mintak Allah berikan kejayaan di dunia n akhirat untk anak murid dia yg sorg ni sebab ingat kat Dia n dia.. huuu.. terharu aku bhaiii.. duk tgh sedih supervisor aku ckp mcm tu, aku bc komen cikgu aku, trus terharu. ape lg.. menangis lg. aiyooo.. murah betul air mata aku hari ni. kuar senang2 je.. haiss..

maka petang tadi pulak around pkul 3 lebih mcm tu Dan msg aku ckp result interview dia dah kuar. huwaaaaa nerves mak!!! malangnya nak bukak check kat laman web MARA xbley sebab  server jem ramai sngt org nak check. kawan2 dia, Dwan dapat kat Kuala Terengganu, manakala Fatin dpt kat JB.. huu.. mintak2 la dia xdpt jauh2.. huuu.. tidakkk..

tunggu punya tunggu.. sampai la pkul 5 lebih mcm tu.. aku ade kelas ganti Dr Munirah petang tu. sambil tu xdduk diam kau nyah punya nerves mengalahkan bapak tggu bini nak beranak kat luar OT. haiss.. berdebar2.. suddenly Dan msg aku...

"kalau I bgtau tmpt I dpt mana dun scream okay?"

aku dah macam.. alamak.. gaya mcm dpt dekat je..

"ok.. dapat mana? umm.." 

dalam hati tu masya-Allah Tuhan je lah yg tahu kau! 

nak tunggu dia reply pun aku dah takut. tgn dah rasa kebas. dah xreti duk diam. serupa cacing kepanasan.. huuu tidakkk. sabo sabo sabo. akhirnya xkurang dari 1 minit dia reply...





"I dapat........... KUANTAN! =D"

GIYAHHHH!!!!! hepi gila mak noks!!! aku dah macam ape eksaited dlm kelas tu. nak jerit xbley lecturer kat depan. mujur aku duk blakang skali. bley la tergedik2 buat gestures hepi sakan. hehehe.. sumpah mmg hepi gila lah time tu. Tuhan je yg tau, xcaye tnya Elia ngan Kayna. kekeke...




so uols, i happy la uols kan because my boiperen got posted here. very near, u know. but i cannot go dating2 all the time u know. because nnti my mum will hambat us with parang. kekeke... sorry la uols, iols nak speaking london kejap.. hepi kan boiperen jd ticer kat mrsm kuantan, cuma 5-10 minit dari rumah iols.. hehehe...

sila benarkan sy bergedik selama 2-3 hari ni.. sebab isnin depan saya ade exam. terima kasih.. =D

oke semalam tido lambat bnyk keje kena buat. harini ingt nk tido awal. tp ni awl sngt ni. ape cite korang harini? ade roller coaster emosi jugak serupa aku? ce cte ce cte.. =D





tu petanda besar!!! aaaahahhh!! =D

2 other fingers talking:

Dinie Q said...

seronok lettew! :p

Farah Azmi said...

hik hik hik... mesti lewwww.... hi hik.. *blush blush*

Post a Comment