CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 11, 2011

final visit selancar versi xde gambar

seawal pagi tadi, kul 745 pagi kami semua gerak dari uia ke felda selancar. tujuannya untuk meng-setel-kan ape yg x setel lg. kira final touch la lebih kurang.

gambar aku x ambik bnyk sebab agak sibuk juga. bersihkan wisma felda, meeting bersama wakil2 felda dan edarkan flyers di sekitar kawasan kampung. sakan jugak melayan makcik2 ni. smpai aku kena panggil dek nisa ngan shikin suruh balik sebab dah pukul 7ptg masa tu.

mcm mn felda selancar ni?

well mcm felda yang lain jugak, ade pokok kelapa sawit yg bnyk.... rumah asal peneroka yang belum di-renovate ade lagi. comel je. rumah papan kecik yg mungkin cuma 2 bilik aku kira. ade jugak yg dah renovate kasi besar. ade jugak rumah batu asal yang x renovate tapi saiz dia kecik la. xde la besa gaban mcm rumah sekarang.

kat sana life diaorg simple je. keperluan semua ada. kedai, surau, masjid, dewan, padang, skolah.. dan mungkin ada la klinik kt mn2 yg aku xbrape nak tau kt mn, maybe ad kot yg terdekat. rumah2 kat sini meriah. rumah meriah, landscape meriah. kawasan felda as a whole meriah. mmg cntik. aku kira diaorg ni mmg minat betol bab2 menghias ni. xpun mungkin ade pertandingan felda tercantik, tu yg lawa semacam je kawasan felda tu. aku perasan felda lain pun semacam je lawa nye. mcm kat chini yg aku pegi masa aku skolah rendah dlu, kat jerantut ngan kat area bukit ibam.

satu benda pasal org felda ni yg buat aku agak terkejut adalah apabila aku tgk diaorg ni xcukup gigi tapi xpakai denture. serious, kalau la uia ni ade kampus selancar, bukak kulliyyah dentistry kat situ, confirm senang nak cari patient prosthe. kau cakap je nak kes ape, class ape, aku rasa semua ade. baik lelaki baik pompuan. yg tinggal sebatang ade, yg lansung xberpagar ade.

ni yang lagi buat aku rasa nak berkhidmat kat muadzam ni pas grad nnti. bukan ape, boleh la jugak bagi maklumat, share pengetahuan dgn penduduk felda dan mana2 kampung sekitar pasal penjagaan mulut. sedih aku tgk diaorg mcm tu. rs mcm nak je ajak mak cik tu dtg uia buat denture, tp nk buat mcm mn, uia dgn selancar tu jauh. 2-3 jam perjalanan.

tu baru yg duduk kat kawasan felda. yang duduk kat kawasan kampung yang lebih pedalaman, kampung2 org asli, mcm mn la kan? kesian diaorg xde org nak bgtau diaorg betul2, ajar betul2. jom lah kita ramai2 ambik public health, keje kat pedalaman supaya semua org malaysia ni ade senyuman yg menawan. xde la nnti org bandar je yg gigi cantik, gi scaling, rct, implant, dan segala bagai lagi treatment pas tu org2 kampung, kwsn pedalaman ni biar je gigi diaorg tak cntik. ape guna kita belajar kalau kita tak berkhidmat untk org2 yg btl2 memerlukan kan?

ok lah. bateri laptop dh nk habis. aku pun nk tido dah. nnti aku letak gmbr felda tu. bye. gudnite










plug xboleh guna

Sunday, July 10, 2011

aku sedar aku siapa


aku tau aku xpernah join ape2 program besar. paling besar pun aku pernah join program2 KOD saje. aku tak pernah pergi sana sini join program besar2. aku xpernah dapat post yang besar2. aku mungkin tak arif tentang segala keperluan program besar. aku tak cukup pengalaman.

atas sebab tu aku join baksis ni. aku nak buat connection, cari pengalaman, belajar sesuatu.

aku tak pernah jadi subcom special task untk program besar. setakat yang kecik pernah la. tak macam kau yang memang selalu sangat pergi sana sini. asal program je muka kau.

aku tau semua tu.

kenapa kau layan aku macam aku tak reti buat satu kerja pun? kenapa kalau aku nak mintak pendapat kau tentang sesuatu yang kecik kau terus nak tarik muka lain, ubah tone suara, dan bantah mentah2 pandangan aku. kalau kau rasa tak betul, ape kata kau bgtau elok2, aku hargai pertolongan kau.

dalam ramai2 committee ni aku kenal kau sorang, tapi aku tak sangka kau mcm ni. kenapa? ape salah aku? salah ke aku xde pengalaman? salah ke aku mintak pendapat/pertolongan kau? kenapa orang lain boleh tolong aku dgn elok2 tapi kau tidak? hina kah aku dimata kau? aku ni saling tak tumpah mcm tin buruk berkarat tepi jalan yg kau lansung tak pandang.

aku buat kerja sorg, team aku yg lain semua xdpt dtg. aku tak cukup pengalaman. aku perlukan pendapat dan pertolongan dari org yg berpengalaman mcm kau. tapi kau.......... pandang aku mcm aku ni jijik sangat.

dari hari pertama kau mcm tu. aku pelik. ape salah aku? kau berdendam dgn aku ke?

aku sedih. aku rasa inferior. aku kerja sorang, aku cuba berikan yang terbaik, org lain puji kerja aku, tolong aku, tapi kau rasa aku ibarat beban dan jijik dimata kau. kenapa?

serious aku sedih. kesal. inferior.

aku hanya seorang committee yang tak reti buat kerja di mata kau, tapi di mata bos aku, aku mampu buat hampir 80% kerja team aku SEORANG DIRI dan bos aku bangga dengan aku. thnx madam bos (sebab big bos lain) sebab buat saya rasa lebih baik.










semalam baru ade org bg tazkirah. kalau kita lebih tahu akan satu hal, ade org tnya kita something, jwblah dgn seikhlas hati. semalam tazkirah, harini kau sama je. kau dengar ke tak org tu bg tazkirah?

Thursday, July 7, 2011

call me a doctor

dua singgit! dua singgit! dua singgit!!!




dh hampir 2 minggu aku terbatuk2 tak sihat kan diri. sejak balik dari melaka aritu. mulanya batuk. lepas tu dah start demam n selsema. pas tu tonsilitis, sakit telinga. lymph node pun membesar. dlm hati, infection ape pulak aku dpt nih??

makn OTC drugs saje, mmg xde ambik antibiotik. tonsilitis dh kurang sebab aku gargle dgn mouthwash alhamdulillah dah xde skrg cuma batuk saje.

maka semalam aku ke UIA kembali sebab ade induction course untk program anak angkat di felda selancar 1 minggu depan 14-17hb julai. aku nekad, xboleh jadi ni. xkan nak sakit time program kot. lagipun dah lama sngt sakit ni. aku pergi clinic uia.

pergi clinic uia aku pun cerita la kat doc tu segala2 yang aku alami dan buat selama seminggu lebih sakit ni. dia pun ambik lampu suluh sebesar pen berjenama parker (sekadar perumpamaan) lalu menyuluh lobang tekak aku.

"hemm...... ade white patches ni." aku dah macam, alamak. white patches bermakna infection samada oleh bakteria atau boleh jadi fungi.

lalu puan dokter ambik steteskop dn dgr lungs aku. "ok lungs clear. cuma infection kat tekak sahaja." pheww lega jugak aku.

lalu puan dokter tulis ubat yg bakal aku dpt. berjela jugak ubat nye. panadol, ubat batuk, ubat selsema, antibiotik, ubat kumur, ubat kemam. semua yg diatas tu lah. pas kumur tu rasa mcm telan ubat gamat je. ewuekkk.

setelah disahkan mendapat URTI (upper respiratory tract infection) aku pun blah dari clinic tu terus ke cf bro untk induction course. sambil tu terbatuk2 ha. smpai sakit kepala, kuar air mata. nyaris xkuar bijik mata je.

tapi so far smpai ptg ni alhamdulillah aku rs mcm ok sket kot. anyhow amoxicillin 500mg 15 tablet yg puan dokter bagi tu tetap kena complete course jugak. mmg jenuh la aku nak telan uabt sebesar bijik rambutan tu (penipu gila)

kepala ngantuk tapi malam ni ade slot untk transportation n accomodation. harus pergi juga sebab semua org kena tau pasal program ni. kalau tak nnti berterabur. ni la pentingnya induction course.

okeyh, nak bersiap untk meeting. nnti aku cerita lagi cerita lain. daa..












bilik sorg satu mmg best tapi mcm bosan pun ade jugak.

Saturday, July 2, 2011

renung2kan dan selamat beramal!!




"What is God? God is a place where someone have no place to turn to."


fullmetal alchemist





sebaris ayat yang buat aku terdiam sekejap masa tengok anime tu. somehow aku rasa ayat tu betul bila sesetengah orang cuma kembali ke jalan Allah setelah ditimpa kesusahan tapi bila dia xde problem, donia ni haku yang ponya, menghadap megi kari semangkuk pun kau lupa nak ucapkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukur atas nikmat yang Dia berikan pada kau.

jom kita bersama2 renungkan kembali, ape yg kita dah buat selama ni........













sebaris ayat mungkin boleh jadi hanya sebaris ayat yang dihiasi huruf2 dan tanda baca. terpulang pada individu untuk menginterpretasikan ayat berkenaan.

2 down, 44 to go

kejadahnye tajuk post kau izzati????



hari semalam (1 julai 2011) classmate aku cik sabariah punye behday. hari bersejarah itu jadi makin bersejarah bila dia dinikahkan dengan jejaka pilihan beliau, encik ape-aku-tak-tau. huhuhu... tahniah tahniah.... sorry lah xdpt dtg sebab maam besar xbagi. plus kalau aku dpt pegi pun, aku tengah tak sihat. aku rasa aku tengah tonsilitis ni. kejadahnye tuu???? sakit tekak sebab tonsil bengkak. nak menelan sikit punya seksa. suara rock mcm ella dah.

beberapa hari yang lepas, classmate aku lagi sorang, encik abd rahman telah selamat di-ijab kabulkan dengan wanita pilihan beliau bernama puan ape-aku pun-tak-tau-jugak. yang tu aku xdpt pegi juga kerana maam besar xbg pegi. alasan?? jauh sangat smpai ke kelantan tu katanya.. aku senyap aje. malas nak kata lebih.

maka, dalam batch aku ade 46 org. dua dah kawen, tinggal lg 44.. huhuhu... boleh pulak buat countdown org kawen. xde keje.

sape lah yang last skali tu ehh. yg last tu kena buat habis gempak. sebab penutupan kan. kenduri untuk bebudak kelas 7 hari 7 malam siap bunga api la org kata. huahuahuahuha.....











that should be me-justin bieber. i know somehow there's a reason why i suddenly love that song.

Tuesday, June 28, 2011

sapu habuk fuhh fuhhhhh!!

mau berkurun jugak aku tak update blog nih. seperti yg dh diberitahu dahulu kala, beruk band buat hal. sekarang dah tuka modem baru sebab yg dulu rosak, so boleh kita story2 selalu.

bnyk cerita aku nak story. pasal kucing 5 ekor yang mencakar aku hari2 bila nak kena mandi, juga bila nak bagi makan vitamin dan ubat cacing. (terlupa kena buat kad makan ubat cacing).

lagi cerita perihal laptop yg mmg nak kena hantar pegi sepital, malangnya dokter pakar aiman sabqi berada jauh di kelantan sana.

cerita pasal kehidupan seharian aku jadi bibik dan tahanan mak aku sepanjang cuti ni serta beberapa aktiviti yg tak de la nak menarik sngt nak dibandingkan dengan orang lain.

harini, since post aku yg lepas2 bnyk sngt perkataan smpai berpinar kepala otak dan mata korg nak baca, aku bg korg gambar plak.

alkisahnya hari sabtu lepas 25 jun kira2 jam 2 ptg nak ke pukul 3, mak cik faridah aku call. kalau sesape dr kelas aku, dia la mak cik aku yg keje kat skolah permatang badak. dia call ajak kiteorg gi melaka. alasan?? ayah la (pak cik aku) nak makan ikan bakar. sikit punya ciput tu je alasan dia. aku mmg nak la kan tapi lesen kat mak aku. jadi dia tnya mak aku.

maka mak aku call aku balik. aku nak pergi ke. dalam hati tu menjerit2 NAK!!! tapi ayat habis cover aku jawab "kakak ikut ma je." lepas mama fikir2, sebab sarah nak ikut, adam pun nak, takkan dia nak duduk rumah dgn kuceng 5 ekor yg makin nakal tak hengat donia tu, maka dia pun ikut skali.

pe lagi, bergegas beliau pulang ke rumah, pack baju segala bagai. dan jam 3 lebih kiteorg gerak pergi rumah ayah la. simpan kete kat situ, naik kete ayah la. perjalanan mmg lama tak hengat donia. lalu jalan kelapa sawit, ikut hutan sana sini. then dlm 830 tu baru smpai betul2 bandar melaka.
ahli rombongan. ayah la tak join ambik gambar sebab dia malas nak turun. dia nak duduk kat kereta je.

tak check in hutel lg tu, gi melantak dulu. maka kami semua ke umbai. singgah la akt restoran ikan bakar parameswara. ramai org tahap tak hengat donia. dah tu malam tu, tuan kedai buat malam muda mudi suka hati. ade pulak DJ jemputan pasang lagu stok rock kapak, dangdut. nak bercakap pun susah. kesian kat aku yg batuk2 sakit tekak nih.

cari tempat makan... pergi order makanan.. mujur tunggu tak lama. servis bagus la sebab tunggu food x lama. air pun xsempat habis. kerang bakar je yg sempat habis sepinggan bahan dek kami dua keluarga sebelum nasi dan lauk lain sampai.

haaaaaa..... kau cakap kat aku ape yg xde?? ikan terubuk bakar ade, ikan amende ntah lagi bakar ade, ketam, udang, sotong, sayur dan kerang bakar yg dah selamat masuk dlm perut buncit aku nih.

awal2 lg ayah la dah pesan, jgn makan nasik banyak, makan lauk banyak sebab lauk banyak gila. aku mcm ok, mungkin aku akan kenyang la kot sebab lauk banyak which is memang banyak pun. sotong sampai 2 pinggan kau.

jadi senduk nasi. tu pun mak cik faridah yang sendukkan. dia senduk ade la, hemmmmm suku dari ape yg aku selalu makan. okeyh chillek. lauk banyak ni. udang besar tahap giga. lengan ketam tu dah tak sabar aku nak gigit2 kulit dia menampakkan isi yg putih gebu.

ok masuk udang, ikan, ketam. jgn lupa ya time ni kerang bakar dah habis sepinggan. makan dan makan. nasi aku confirm2 dh habis. mak cik tnaya nak tambah nasi ke aku cakap xpe, nak habiskan lauk. ye lah ayah la kan bgtau mcm tu. lgpun aku tgk sarah kat sebelah aku ni mcm xde selera nak makan ke.. faiq, sepupu aku mmg bkn kuat makan.

makan lagi.. ratah lauk yg ade. alik2 aku yg habiskan semua ketam yg tinggal, ngan udang. mmg jatuh habis habisan saham aku malam tu. depan semua org aku bantai makan banyak gila, mencekik ketam guna dua2 tangan, gigit mcm org eskimo mkn daging, kulit ketam letak kat atas meja sebab dah tak muat pinggan. ahh peduli ape aku. bukan korg yang bayar aku makan.

pas makan tu aku msg amal.

"percaya tak kalau i kata i lapar lagi sebab i xcukup makan nasi."

lalu amalina ahmad kamal menjawab

"percaya je. u, bagi la lauk banyak mane, kalau nasik x bnyk mmg xkn kenyang."

siot punye budak. tapi ade benarnya tu. mmg aku tak kenyang pas makan tu. aku nak makan benda lain lagi. tapi xpe lah. xdpt menjamu perut aku menajmu mata dgn keindahan malam bandar melaka yg mmg masyukkkkk.....

kami naik menara taming sari di waktu malam. so dpt tgk kota melaka (acehhhh ayat xnk kalah) di waktu malam. mmg bermandikan cahaya wa cakap sama lu!!

beca comel ade lagu MJ tuhhh

pakai camera fon pun boleh

esoknya kami check out dari hutel. kuar cari breakfast tapi sebelum tu pergi perigi hang tuah dulu. bentuk lonjong dgn batuan zaman dulu, air dia ade masin2 sket, jernih je. mandi sedap nih. pas gi tgk perigi pergi tgk rumah tradisional melayu kat belakang perigi tu je. rumah tu tuan dia dah buat jadi muzium. tapi mmg best masuk dlm tu. kita boleh tengok barang2 lama.

ni faeq, sepupu aku umur 8 thun. test power pakai timba.

antara barang lama yang ade dlm rumah tu pinggan mangkuk lama, duit2 lama, segalanya yang lama. termasuk lah telefon zaman dulu ni.....

lepas makan kat warong pak enal, (sedap woo food dia. murah plak tu. aku makan roti telur bawnag ngan lontong. masyuk masyuk. ni kes balas dendam mlm semalam xdpt mkn smpai kenyang ke hape melantak mcm org kebulur 3 minggu xmkn.) kitaorg pergi river cruise pulak.

perjalanan selama 45 min yg mmg xbosan lansung, padat dgn fakta sejarah yg menarik. like a living museum. bagus betol org melaka ni kan dede. =P

seriously ini satu pujian. nak kata aku jakun kata lah sebab last time aku pergi melaka time darjah 4-5 mcm tu. mmg klu bgtau hang tuah ni confirm kena gelak sakan. ape lah kau, zaman dah maju dekat 20 thun baru nak pergi melaka. aku dulu zaman xde kete, meredah hutan belantara pergi pahang banyak kali setahun kau tau. kononnya.............................

ini gambar model kincir air yg dibina berdasarkan model dari belanda yg ade pada zaman berkenaan. awesomeness. ni kalau ade jack sparrow dh lama dia berlawan atas kincir air nih. influence movies yg terlalu kuat. ish3...


okey dah tengah hari masa kitaorg balik dari river cruise tu jadi kami ingin bertolak pulang ke keuantan sudah. tapi sebelum tu pergi dataran pahlawan melaka megamall. tengok tu, tengok ni. aku xbeli pape pun. mama ngan sarah je yg beli barang kat kedai jepun. mak cik faridah beli hand bag, faeq beli baju bola. macam la kat kuantan xde ye tak?? huahuahua........

on the way balik tu jumpe dgn bermacam bangunan lama yg mmg dijaga rapi oleh pihak kerajaan negeri. contohnya kedai2 kat tepi jalan..

gereja st francis xavier yg dibina pd tahun 1849. lama tu..........


ni pulak bangunan merah yg aku xreti mcm mn nak eja n nyebutnye. tp skrg dah jadi muzium belia kot klu xsilap. ntah la. check la balik kot aku silap.

syok woo ambik gmbr sini. malam ke, siang ke, mmg best.


sebelum pulang, singgah dulu kat masjid selat melaka untuk solat jamak zohor n asar sekali.. masjid ni dibina menghadap dan betul2 ade kat laut selat melaka. reka bentuk dia ade ala2 cina sket, campur melayu sket, menunjukkan budaya yang masa zaman parameswara dulu diterapkan dlm masjid ni. kononnye..... jgn percaya. ni andaian aku je. nak tau lebih, bace buku, jgn bace post ni.


maka setelah solat kami pun berangkat pulang ke negeri kami. syok sebab belajar bnyk benda dgn bertandang ke tempat orang. overall, kena plan awal2 kalau nak gi melaka. jgn buat keje gila. nnti ade yg xdpt pergi few places mcm aku.

yg xpernah gi melaka sejak rombongan skolah dulu2, jgn malu, sebab aku pun mcm tu jugak. kisah ape aku. wahahahhahahaha... ade org xpernah dtg kuantan, tapi aku pernah gi negeri diaorg berkali2 aku tak heran pun, so who are you to judge people?

sudah pokol 3, mahu ke dapur. neng sarah udah mahu pulang. mahu siapin makanannya. nanti kelaparan. gue permisi dulu ya. daaa....









balik melaka je terus dpt penyakit 3 serangkai: demam, batuk n teteme =(

Wednesday, June 15, 2011

hey ray!!


introducing................................

our new members of the family.. well xdpt nk ambik gmbr didi ngan kate sebab susah nak ajak diaorg tido. org ajak tido, dia duk main2 lompat2 sana sini plak. trus xjadi org nk tido.

meet RAY. nama penuh raymond. nama xnak kalah. thnx to mama for the name.

finally aku ade jugak kucing kaler oren. sarah kata ray ni bakal jd pengganti teh. ohh tiba2 rindu kat teh yg manja gila. skrg ni cik na pulak yg sibuk nk mnje2 dgn aku. nnti bila ray besar nnti, ray pulak

sarah kata boleh masuk iklan rexona.

awww..... his lil paws..... kecik2 ni soft n smooth la. dah lama2 nnti bukan main lg kasarnye.






tgk gmbr paling atas. tempat letak teddy bear aku ngan sarah tu dah jadi port untk ray tido. see, even cats wanna sleep with bebear =)






be your teenage dream tonight...