CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 30, 2010

MR Darcy


hello mr darcy..
wat r u doing mr darcy?

fancy having tea with me mr darcy?
later at 4.
in my garden, by the pool.
i'll wait for you
wif my white summer dress
and we shall have a stroll by the beach
and eat ice cream



Monday, June 28, 2010

GERMANY vs ENGLAND

England pulang ke rumah masing2 manakala Germany masih di Afrika Selatan dan berlatih sedaya upaya untuk menentang Argentina pada 3 July nnti klu xsilap untuk quarter final.

semalam jam 10 mlm waktu malaysia berlansungnye perlawanan germany menentang england di Free State Stadium, Mangaung. German menang 4-1. weehooweehooo!!!!

gol pertama dibuat oleh Klose dgn mudah seawal minit ke 20. si penjaga gol england, encik James tak dapat menghalang klose dari menjaringkan gol untuk germany.

seterusnya pada minit ke 32 menyaksikan satu lagi gol hasil tendangan kaki kiri encik Podolski apabila dia yang free tidak dijaga oleh pemain england menerima bola dari Muller.

england bangkit dan nekad mahu ke suku akhir. encik Upson menanduk bola lalu bolos ke pintu gol yang dijaga oleh Neuer. maka satu gol untuk england di situ. aku ngan elia dh cuak gila takut england mendahului. uuuu xmau.

tidak berapa lama kemudian encik Lampard dari england menyepak bola. terkena palang dan melantun masuk ke dalam kotak gol tapi si referee pulak tak perasan so sepatutnye dah gol tapi tak dikira. kalau tak england dah 2 mata menyamai germany.

the youngest player of the team, thomas muller

masuk separuh masa kedua dua lagi gol untuk germany sumbangan Thomas Muller. satu pada minit ke 67 dan 1 lg 3 minit lepas tu. dia telah dipilih sebagai man of the match. weehooweehoo!!!

atas kemenangan ini, germany menghantar pulang england and so you guys can have a nice cup of tea. ngeeee..

argentina menentang germany. no comment. all d best germans!!

terkujat beruk makkkk

pada satu masa dahulu, tinggal seorang gadis bernama salbiah bersama ibu dan adik2nya di kampung seberang. nasib mereka sekeluarga sangat lah susah. salbiah tamat SPM dan berjaya ke universiti. dia berjanji untuk mengubah nasib keluarganya.

mak, nanti kakak bawak mak duduk rumah besar ye? dah tak perlu duduk rumah papan ni lagi

si ibu hanya tersenyum. dalam hati dia berdoa agar salbiah menjadi seorang insan yang berjaya dunia akhirat.

masa kian berlalu. salbiah hanyut dibawa dunia yang penuh pancaroba. dia nk jadi vogue macam mimie, linda dan ntah sape lagi. maka total make over dilakukan.

transformasi berlaku......
rambut kerinting mcm haram direbonding
rambut hitam dah tukar warna. mcm kena clorox dah jadinye
dulu pakai baju kurung skrg skirt ketat, skinny jeans penuh satu almari
tudung dh terbang ntah ke mana
dan yang penting..
HELLO I'M SALLY

semua tu guna duit sape, mak jugak. sikit2 salbiah tukar jadi sally. raya pun dah tak reti nak balik rumah ikut boyfriend mat salleh pergi mane ntah.

maka mal salbiah menangis di pagi Syawal....
adik salbiah tanya pada mak..

mak kenapa kakak tak balik raya?

mak terkedu tak tau nak jawab pe.
aihh salbiah, dulu kau nak ajak mak dan adik2 kau duduk rumah besar, mcm mane nak ajak kalau rumah kau yg kt kampung tu pun kau tak reti nak balik time raya? kau cakap sikit kat aku, SALLY. ke dah tak reti cakap melayu? meh sini aku ajarkan.

(berdasarkan cerita sebenar tapi nama watak je tukar)

Friday, June 25, 2010

cikgu skolah adik aku

adik aku sarah, suka buat kerja last minute. well aku rasa it runs in d family. ngeee... jadi nak dijadikan cerita, sarah kena wat folio sejarah sekolah untk subjek sejarah. so dia pun buat... buat dan buat n smlm dh nk siap semua. aku teringat masa zaman2 skolah dulu buat folio. bukan main havoc lg masing2 mengeluarkan idea nk tnjuk folio sape paling cun. so aku citer kt sarah, masa zaman aku skolah dulu. dia pun instead of binding d folio she wants to use the white small string yg org guna untk bungkus parcel, hias2 benda...

then tadi dia gi skolah. balik dari skolah dia bwk folio dia. aku mcm, aikk x anta lg ke folio budak ni? dia masuk dlm umah dgn muke keciwa xhengat dunia. dia cakap kat aku:

sarah: kakak, cikgu reject folio adik
aku: hah? asal?
sarah: sbb adik tak bind dia. adik guna tali. org lain yg guna tali ke besi ke pun kena reject jugak. kena bind je. isnin depan kena hantar.
aku: (sambil jaw-drop terkujat dgn statement adik aku) ahhh asal lak? bapak ahh ngade gile cikgu skolah awk tu.
sarah: mane la adik tau. ehmmmm adik skip 3 kali dinner tau nak buat benda ni.. (pas tu dia terbaring mcm org syahid di medan perang)
aku: ish kakak dulu skolah jugak, buat folio jugak, xde pun mcm tu. asal nye cikgu awak tu? gedik tak bertempat? aku backhand jugak kang.
(sarah senyap sbb sngt kecewa)

sape x kecewa dowh.. usaha keras ha tibe2 kena reject. bapak ahhhh....

pesanan untk pendidik dan bakal pendidik di luar sana. jgn la buli students anda. kesian. buatnye budak tu jenis yg xmampu nk gi binding, ikat guna tali rafia je, jgn la paksa dia buat benda yg dia xmampu buat. jgn la menghalang dia dr mencurahkan idea kreatif dia. jadilah seorang pendidik yg ROCK mcm cikgu2 aku ms aku kt MRSM KKB dulu. pendidik yg bukan je mendidik, tapi kenal students, care for students, mengajar sbb passion not for money, pendidik yg bila diluar kelas disenangi students dan students boleh rapat dgn dia tapi bila dlm kelas students hormat n patuh pada pendidik tu. tapi kalau pendidik tu sendiri yang kerja mengutuk mengumpat students, mcm mn? berkat ke ilmu anda pd students anda? layakkah anda digelar guru?

fikir la sndiri ye. semua dikurniakan akal fikiran.

WC full of surprises

yup. totally fully loaded wif surprise. guess who's being eliminated from entering the 2nd stage of WC?

mereka adalah........

ITALY

dan


FRANCE


terkujat kau dua team ni yg dolu2 nye menjadi juara dan naib juara wc. itali nun ha, 1st last wc kottt. tibak2 menangis di padang dgn pilunye sbb xdpt msuk 2nd stage WC. mereka kalah ditangan Slovakia 3-2 pada perlawanan malam tadi waktu tempatan di Ellis Park Stadium Johannesburg. benar benar gila. balik negara kasut, msti malu gile. aduhaiii.. mane nk letak muka ni haa

okay enuf for france n italy, jom kita story pasal team yg aku sokong. GERMANY. mereka ini akan bertarung dgn england, salah satu team yg aku sokong jugak. so mcm mn tu? neway watever it is, aku ttp akan sokong germany.


vs


perlawanan akan berlansung pada 27/6 ni nanti di Mangaung. mai la ramai2 tgk!!! marilah kita berbaju..... emmm itam kot.. ke putih ekk? xkisah lah. asal kita sokong germany beramai2. hehehehheheheh..

ohh tak sempat nak update match semalam germany menentang Ghana. Germany menang 1-0 hasil sepakan oezil pada minit ke 60.. go go germany!!

Wednesday, June 23, 2010

tough day, tough me

me? tough? lembik dan kaya dgn lomak ade lahh. farah, anda mahu cermin yang besar?

okayyy hari ni sungguh emmmm.... xde mood untk semua orang dlm ghumah aku ni ha. dimulakan dgn ketiadaan air di rumah. so aku xde mood nk buat kerja2 pembersihan rumah yang memerlukan air mcm mop lantai.. lap2 segala benda dlm rumah.. nak msk lunch untk sarah pun malas sbb xde air. dah simpan air tapi xbest la xde air yg x mengalir dari paip air tu haa.. hemm.. tandanya kena bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi. baru 1 hari xde air dah tak bley nak wat kerja. cuba klu berhari2 xde? mcm mn? klu org yg kt tmpt selalu kemarau tu, cuba bayangkan tahap kebersihan diri n mknn diaorg. pas tu mula la sakit.. emmm.. alhamdulillah saye dduk kt malaysia terchenta yg ade air slalu. tp kt certain area, air bersih xde.. ok2 dh stop. ckp psl mende ni smpai julai tahun depan xhabis dgn aku..

mama moody sbb maxis wat hal. well actually misunderstanding je sbnrnye.. tp ntah la... mama mmg jenis mcm tu. ambik benda sngt2 serius. i mean REAL FREAKING DAMN serious smpai dia sndri tekey n akhirnye aku tekey. mujur im d opposite who loves to take things slowly n steady. so aku yg tenangkn dia tnggu balik umah bru setel semua benda.

okayyso aku tekey mama tekey. sarah yg balik tekey tgk aku tekey. so mak cik tu marah2 tak tentu pasal n ingt aku yg mrh2 dia. pdhal aku duk kt hall kemas2 brg duk ckp sorg, dia ingt aku mrh dia. lagi tambah tekey.

okay mama balik umah. aku call org maxis. setel segala benda n fikir mcm mn nk explain kt mama yg ternyata benda ni misunderstanding je. kusut aku kusut!!

mama kuar dr toilet. aku tarik nafas dalam2. hembus. okay. dis is it. aku masuk bilik mama. dduk atas katil smbil main bolster. and so i explained. as expected, mama marah. pas tu dia cool. haihhh...

ok gi dapur nk wat dinner. mama pening lg nk masak pe untk dinner. last2 msk ikan singgang n untk kteorg burger je. pas tu try la nak cool kan dia smula.. borak2 la.. wat lawak bodo.. pas tu dia pun mcm ok. fuhhh leeegaaaaaaaaaaaa...... kalah org sakit tekak dpt mkn fisherman's friend.

speaking of sakit tekak, aku nyer sakit tekak beransur pulih. thnx Allah. seksa gila time sakit tekak tu. nak telan, nak cakap punya la susah. suara dah hampir nak jadi suara bintang rock.

hari ni duk mendung je.. langit cerah pun kejap2 je.. so baju tu ade yg tak berape nak kering. alamatnye baju untk dilipat akan bergnda lagi. hari ni dan esok. kalau esok cerah. yes saya mmg suka lipat baju.

hobi baru duk umah, tido awal gila nak mati. kul 9 dh nak lentok. klu ade bola je tido lmbt. ngantuk ngantuk ngantuk.. esok kena cuci toilet. dan goreng rempah mama. yippie!!!

Tuesday, June 22, 2010

SPAIN vs HONDURAS

bertempat di Ellis Park Stadium, Johannesburg Spain berjaya menundukkan Honduras denagn 2-0 hasil sumbangan gol dari David Villa. bagaimanapun mungkin Spain mampu memperoleh mata ke 3 kalau la si Villa ni tak ter miss penalty.


time kaseh villa. time kaseehhh

untuk pengetahuan, dlm gmbr di atas, david villa memakai baju bernombor 7. yg 14 tu name dia xabi alonso. inche Villa kita ni menjaringkan gol pada minit ke 17 dan seterusnya satu lagi gol berjaya disumbat pada minit ke 51. match kali ni still Iker Casillas sbg goalie dan captain.

kesukaan adam, fernando torres ditukar dengan Juan Manuel Mata manekala kesukaan farah aiman, inche cesc Fabregas masuk mengantikan inche Xavi. kesukaan adikku sarah, Xabi Alonso tidak ditukar dan dia kekal bermain sepanajang permainan. tapi aiman mcm kiciwa sbb fabregas membawa imej serabut siap dgn jambang nye. kesukaan aku? xde dlm team spain ni haa. sorry la. player yg aku suke is not an espanyol mamasita..

mataku udah ngantuksss. mahu tidur sudah. nitez..

Friday, June 18, 2010

GERMANY vs SERBIA

Nelson Mandela Stadium, Port Elizabeth menjadi saksi apabila pasukan Serbia berjaya mengukir sejarah menumpaskan pasukan Germany 1-0 dalam perlawanan sebentar tadi jam 730 mlm waktu Malaysia. pasukan Serbia yang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam WC lepas menumpaskan runner up UEFA EURO 2008 hasil jaringan dari Milan Jovanovic pada minit ke 38 beberapa minit selepas Miroslav Klose diberi kad kuning dua kali. amik kau!! alasan refri? Klose buat bnyk contact dgn sape ntah xingt. penyudahnye Klose dibuang padang. dan aku terlonggo seketika sambil membaca sms elia yang sedih Klose kena kad merah.

Alberto Undiano selaku referee perlawanan tu boleh disimpulkan sebagai 'kaki kad' sebab asyik tunjuk kad kuning je without warning during d 1st half of the game. kegilaannya melayangkan kad kuning berkurangan pada separuh masa kedua. agaknye players pun cuak takut kena kad kuning, silap2 kena kuar padang. mana taknye, 4 kad kuning untuk pasukan German dan 3 untuk Serbia total semua skali 7 haa.

nelson mandela stadium. mengambil nama sempena seorang tokoh terkenal Afrika Selatan.

ball possession bagaimanapun hampir sama antara kedua-dua pasukan. sebelum Klose dibuang padang dia sempat membuat jaringan tapi ia tidak dikira sebab offside. aku dah mcam sedey gile time tu. adusss... pas tu kena marah ngan mama sbb emo tgk bola. mama kata oittt, ni jantan ke betina ni? ngeee.... aku senyum sambil bagi peace kat mama.. hehehehe.. anak pompuan mama ni minat bola, nak wat camne...

setelah kehilangan rakan sepasukan, Lukas Podolski cuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol buat Germany namun tetap gagal. begitu juga dengan Thomas Muiller dan Bastian Schweinsteiger. Cacau dan Marko Marin masuk mengantikan Mesut Oezil dan Thomas Muiller pada minit ke 70. pun begitu nasib masih tidak menyebelahi mereka even Cacau masuk n try bnyk kali untuk jaringkan gol. Podolski lagi sekali terlepas peluang untuk menyumbang gol untuk German apabila sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Serbia, Valdamir Stojkovic.

dalam perlawanan menentang Ghana, Serbia tewas 1-0 namun berjaya menumpaskan German. harap2 la xde pape jadi time lawan ngan Ghana nanti. tolong la germany wehh. get up get up.

tadi tgk germany main pun mcm xseperti diaorang lawan Aussie. bnyk peluang terlepas, few chance untuk curik bola ter-miss sbb player mcm tido. Serbia pulak bantai letak semua player kat depan pintu gol tu. mane nak bolos? dan sepakan Podolski selalu je tersasar. nak salahkan dia pun tak boleh.. haihhh...

dan GOOLLLLL untuk Serbia!!

setelah memenangi perlawanan menentang Aussie dulu, Germany dikatakan mungkin menjuarai WC tahun ini tapi sangkaan nyata meleset setelah kalah di tangan Serbia. so kesimpulannye? tak yah la nak buat andaian sendiri selagi team tu tak jadi juara.

bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya, German mesti menang dalam perlawanan menentang Ghana pada 24hb ni. kalau tak.... aihh.. aku mmg dh xnk tgk WC lg. mmg btl2 kecewa.

nampaknye, this afternoon is sooo not for Podolski and Germany. tak pe lah, try lagi ye untuk Ghana nnti? practice elok2.. make momma proud!!!

sekian saja liputan untuk hari ini. saya farah izzati azmi melaporkan dari Port Elizabeth untuk tatapan anda. time kacehhh..

(all pictures credits to FIFA)

Thursday, June 17, 2010

SPAIN vs SWITZERLAND

semalam jam 2200 waktu malaysia berlansungnya perlawanan kumpulan H antara Spain dan Switzerland di Stadium Durban. yup, stadium sama Germany lawan Aussie. okay semalam punya match sangat mendukacitakan. bukan pada aku je tapi aku rasa bagi semua peminat bola sepak dunia. mendukacitakan dan sangat terkezuttt gak la mak tgk smlm haa.

ok jom kita tgk ye smlm nyer match..

statistik dia lebih kurang mcm ni:

untuk kumpulan spain, mereka mendominasi bola dgn peratusan 63% ball possession manakala bagi pasukan switzerland pula ball possession cuma 39%. pasukan spain telah cuba membuat jarngan gol sebanyak 24 kali namun haram satu pun tak lepas. agaknye pintu gol yang dijaga oleh Diego Benaglio tu kebal giler tu yang spain xmampu nak membolosi saja gol itu. pasukan switzerland yang membuat 8 cubaan untuk menjaringkan gol berjaya menyumbat satu gol hasil jaringan Gelson Fernandes pada minit ke 52 permainan. Iker Casillas si penjaga gol dan juga kapten pasukan Spain gagal menyelamatkan pintu gol pasukan Spain..

akibatnya, walaupun telah diberi masa tambahan selama 5 minit, Spain gagal menjaringkan walau satu gol. Switzerland telah melakar sejarah WC apabila menumpaskan Spain, salah satu pasukan pilihan untuk WC.

setelah agak tekey dgn cubaan tanpa gol yang tak jemu orang2 spain ni buat, jurulatih spain, Vicente Del Bosque menghantar masuk si El Nino a.k.a Fernando Torres. sunguhpun begitu, pemilik jersi bernombor 9 ni pun gagal menyumbangkan gol bagi pasukannya. pemain tengah Xabi Alonso cuba menyelamatkan pasukannya namun sepakannya selalu je tersasar dari gol, bukan masuk dlm kotak gol kena kat jaring2 tu, tapi kena palang je.. ish3... kesiannnn....

maka berikutan dari peristiwa semalam, ramai penyokong Spain di stadium durban, dan di kedai2 mamak pulang dengan hati yang kecewa kerana raja eropah itu tewas tanpa jaringan dengan Switzerland. anyway, VIVA ESPANYOL!!!




hepi sungguh team switzerland menang.



inilah pak cik Fernandes yang berjaya menjaringkan gol untuk Switzerland.



sekian saja liputan sukan untuk hari ini. saya farah izzati azmi melaporkan dari Durban untuk tatapan anda. terima kasih.


(all photos credits to FIFA)

Monday, June 14, 2010

GERMANY vs AUSTRALIA

jam 0230 hari ni tadi berlansungnye perlawanan greman menentang australia di Stadium Durban. cantik stadium tu. di ilhamkan oleh arkiteknya dari bendera afrika selatan, kt atas stadium tu ada arch yg cntik. menarikkkk......

so aku n kengkawan peminat bola stay up untk tgk bola.. dan team kesayangan aku nihh berjaya membelasah australia dgn 4-0. hahaha... gilakk ahh.

jom kte tgk sape yg menyumbang kpd 4 gol tu


CACAU

sbb aku pening nak upload gmbr ni susunan dia jg terbalik. ok cacau golkan gol terakhir. masa separuh masa kedua. cntik je tgk dia sepak bola tu msuk dlm pintu gol. caya ahhh. encik cacau ni masuk padang masa dah nak last2 game. mengantikan sape ntah xingt. pas tu masuk2 je main jap trus sumbat gol. caya ahhh.


THOMAS MUELLER

pemain midfielder berusia 21 tahun ni (perhatian dia sama umur dgn aku) pun menjaringkan gol pada separuh masa kedua. hehehe...

MIROSLAV KLOSE

encik tinggi lampai ni penyumbang gol kedua team german pada separuh masa pertama. dlm awal 30 mins of d game. masa dia slide happy dpt msuk gol tu, rs mcm best je dia buat tu kt ats padang tu.. elia suka dia. hehehe...

beberapa cubaan dibuat oleh encik klose ni untk jaringkan gol and finally dpt gak sumbat satu.

LUKAS PODOLSKI

dia lah yg 1st skali jaringkan gol masa separuh masa pertama dlm awl 15 mins of d game.

can u spot another reason why i love to watch football? =P

PHILIPP LAHM

dia ni defender team germany. comel je 1.7 m. klu tgk match tu pn tgk yg lain semua tnggi2 dia cam pendek sket. hehehehhe... dia ni la captain team germany, mengantikan michael ballack ku yg cedera masa main untk Chelsea masa EPL hari tu. tau je ballack xmain untk WC, trus xde mood nk study. hehehehehe... tp xpe saya tetap sokong germany!!!

okay untk 2-3 hari ni xde match yg nk tgk. xnk tgk bkn sbb pe, sbb team tu mcm xsupport sngt. and klu stay up hari2 nnti bgun lambat mama marah. hehehehhehe.....

next match is on 16th june 2200, spain vs switzerland. i'll be on spain's side. together wif elia n izral. kami bertiga tgk bola same2 n comment2 kt via fon n fb. hahaha...

most of uia-ans yg aku tnya2 sokong spain. so marilah kita beramai2 tgk spain lawan nnti ye!!! hahahahaha

saya farah izzati azmi, melaoprkan dari durban untuk pengetahuan anda.
wakkakkakakaka....

(all photos credits to FIFA and getty images)

Friday, June 11, 2010

you JERK

hey you, mr A. yeah you. u'r off d limit now asshole. aku nak kau pergi ke tanah perkuburan terdekat, cari cangkul, gali kubur kau sendiri dan seterusnya mati disitu dan tanam diri sendiri. tak de sape kisah hal kau.

mula2 kau buat kawan aku mcm kain buruk. kau layan dia mcm she's just a piece of meat. kau ingt hati kwn aku tu mcm hati ayam? sesuka hati nak siat2 pas tu campak dlm tong sampah mcm tu je? WHAT A TOTAL JERK.

so kwn aku dah tak larat dgn kerenah kau yang mengalahkan budak perempuan berusia 4 tahun and so she left you. tapi kau pulak yang buat perangai mengada, tak boleh terima kenyataan yang orang dah tak sudi, org dah tak nak kat kau, kau protes tunjuk kau punya amuk dlm fb kwn aku. kau buat perangai. tak malu ke, kau dah tu lelaki, buat perangai mcm tu. derr, org dah tak nak tu, dah la. tak yah la nak terhegeh2.. tak malu.

so kau xske aku sokong and stand by my best girl after what u hd done to her. sape2 pn tak kan suka kalau kwn dia diperlaku mcm pe yg kau buat kat kwn aku. kau pulak nak tunjuk amuk kau dkt post aku. kau ape hal? dah lama hidup ke? nak carik pasal ngan aku? sorry lah, kau carik pasal dgn org yg salah. i can be as nice as a rose but beware of the thorns.

aku tak perlu nak mintak maaf kalau lepas ni aku tak tegur kau. aku tak perlu nak mintak maaf lepas ni kalau aku bagi jelingan tajam maut punya kat kau. sebab pe yang kau buat pada kwn aku, mmg xboleh diterima.

mungkin kau genius, tapi sayang kau bodoh sebenarnya dlm dunia realiti. otak kau hanya mempunyai satu fungsi, memenuhi ruang skull kau. dan aku rasa simpati dgn kau.

kau pelik. kau jelik lagi menjengkelkan.

Monday, June 7, 2010

ps: i love you

ohh i really2 love this story. its a story of a dead husband, sending letters to his wife. like a guardian angle watching over you all day long.. how sweet kan?

ohh and gerard butler is soooo damn hot and sweet and yummy in the movie. hehehehhehehe..... gatal? ade aku kisah?

this is when gerry told holly how he falls for her, on d 1st day they met. cool yaww. ohh and he said, holly looks good in his leather jacket. well you havent see me in that jacket yet! =P

ohh saya suka gerard butler!!!


both d movie n d book made me cry.. tapi effect buku lagi hebat sbb aku prefer baca buku dari tgk movie. sbb tu lagi ori dan detail n kita tau cerita sebenarnya. hehehhehehehe.... suke2..

bila ekk aku baca buku tu.. rasa masa kat pj kot. buku roomate aku. farah aiman. yeah.. diaa nyer buku. and everytime aku baca, aku nangis. huhuhu...

part paling dasyat aku nangis masa gerry mati disisi holly. and other part of d story yang aku nangis masa gerry tgh sakit2 tu dia sempat lagi gagahkan diri gi travelling agent n gi plan holidays untuk holly. sweet.... dan basically i cried throughout the story.. habis basah bantal aku...

gerry is a very nice and sweet and good man. ohhh aku suka kalau dpt hubby mcm dia. nak sorang macam gerry boleh x Tuhan?

ni la buku yang aku baca

buku dia ada mcm2 versi cover. aku baca yang cover dia mcm ni.. sangat suka buku ni. one of my fav. tapidlm buku ni dia ada sekali buku cecilia ahern yang lain. if u could see me now. tapi it doesnt matter. i read it and i love it.

i'll love you till the end

it made me smile and made me cry.. and i really love it.

Saturday, June 5, 2010

mari menyulam


hari ni tadi aku gi kedai mama kat kompleks dagangan indera mahkota. mama bukak kedai jahit baju n jahit krafttgn berasaskan jahitan. tapi bakat menjahit or minat jahit dia tu tak turun kat aku sangat, turun kat adik aku sarah..

tadi masa tunggu ntah xtau nak buat pe, aku pun try la nak buat sulaman ribbon. hehehhehhee... gatai betoii..

jenis sulaman yang aku buat ni nama dia french knot. hehehhehe... ada gaya pro x? ngeh3...


ok masuk jarum yang besar gabak, masuk ribbon, simpul sana simpul sini. masuk dalam kain. pas tu adjust pape yang patut then tarik sampai dia bersimpul.

bagus punya instruction kan? aku tak reti sangat la. kena practice banyak2 sbb time buat ni pun sarah yang tunjukkan sambil tepuk2 dahi sbb aku tak faham2 pe yang dia tunjuk. hehehehhehe... sorry la sarah, kakak ni lambap sket bab2 jahit2 sulam2 nihh..


lama2 dia jadi la macam nihhh!!! ni yang dah siap. proses dia lama. nak upload gmbr bnyk2 malas nak tunggu. penat la nak tunggu. hehehhehehehee.... kalau rajin esok aku upload kat fb okayy?


oyeahhh!!! muke banggga habis dapat siapkan sulam ribbon.

pas siap mama jahit dalam dgn kain belacu pas tu jahit ntah macam mana sampai dia jadi macam pocket untuk letak barang kat dinding. tinggal sekarang aku kena cari kayu untuk sangkut kat lubang yang mama dah jahit tadi. nanti hasil dia aku tunjuk ok? sbb kayu yang cantik dan benang guni tak jumpa lagi. dah siap semua aku tunjuk.

malam ni nak tido awal la kot... penat lahh. pergi kuar nagn mama sarah n along. adam xikut sbb dia sibuk nak main game. hemm...

so long people!! gud night

oh big brother. GROW UP

malam ni dia balik dari lumut. kena tunggu dia balik sebab mama semua dah tido. aduhai..... malas la rasa... dah tua bangka pun balik kena tunggu jugak ke? dah tu suka menyakitkan hati orang. huh!!

sabar lah hati......

Wednesday, June 2, 2010

hye kamu

saya cuma mampu tengok ada bulatan hijau kat sebelah nama awak kat fb, menandakan awak tgh online. tapi saya tak berani nak buat pape sebab saya takut.

then i smiled. sorang2 macam orang gila (^^,)

KAU BACA NIH

BERUBAH LAH WEHH JGN JADI KEREK SANGAT.

KAU TAU TAK SEMUA ORANG RASA MENYAMPAH GILA DGN PERANGAI KAU TU?

Tuesday, June 1, 2010

hello JUNE

WOOOIII ORANG-ORANG KAMPUNG!!!! KOI DAH BALIK!!!

pagi tadi dalam pukul 1100 mama ambik kat hostel. pas tu gi ECM jap mama nak gi beli baju nak buat sample. so aku dapat baju kurung baru free.. huhuhuhuhuhuhu.. tapi rasa xbest sbb selama ni baju kurung yang aku paaki semua mama yang jahit so rasa mcm xbest bila ada baju beli yg dah siap. alah, sama je pun kan? ke lain?

jadi pe yang aku akan buat sebulan duk rumah nih?

  • menjadi suri rumah sepenuh masa. kemas rumah, masak, basuh, sidai dan lipat kain. sgala kerja2 rumah termasuk pergi pasar pagi hari2 tiap2 pagi untuk bli sayur n ikan for lunch n dinner.
  • menjadi godmother untuk Kuku dee. Kuku itu seekor kura2 yg comel n suka berenang merata-rata dalam rumah baru dia yang aku baru sediakan petang tadi
  • planning utama untuk ke subang jaya duk rumah amal, shopping di shah alam bersama amal dan farah alia, senior ku, maybe lunch rumah dia sekali. ke ipoh kalau mama bagi untuk gi rumah elia n dinie.
  • gi raub, kampung belah abah saje2 je mambazir masa.
  • cuti sekolah mama ingat nak pergi terengganu. kak rina ajak gi bukit gambang. mane2 je lah korang...
hopefully semua plan berjalan lancar. sekarang baru kul 930 mlm tapi dah ngantuk. dduk rumah je msti tido awal. tapi duk hostel mampu je stay up smpai subuh. adoiii...