CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 28, 2010

terkujat beruk makkkk

pada satu masa dahulu, tinggal seorang gadis bernama salbiah bersama ibu dan adik2nya di kampung seberang. nasib mereka sekeluarga sangat lah susah. salbiah tamat SPM dan berjaya ke universiti. dia berjanji untuk mengubah nasib keluarganya.

mak, nanti kakak bawak mak duduk rumah besar ye? dah tak perlu duduk rumah papan ni lagi

si ibu hanya tersenyum. dalam hati dia berdoa agar salbiah menjadi seorang insan yang berjaya dunia akhirat.

masa kian berlalu. salbiah hanyut dibawa dunia yang penuh pancaroba. dia nk jadi vogue macam mimie, linda dan ntah sape lagi. maka total make over dilakukan.

transformasi berlaku......
rambut kerinting mcm haram direbonding
rambut hitam dah tukar warna. mcm kena clorox dah jadinye
dulu pakai baju kurung skrg skirt ketat, skinny jeans penuh satu almari
tudung dh terbang ntah ke mana
dan yang penting..
HELLO I'M SALLY

semua tu guna duit sape, mak jugak. sikit2 salbiah tukar jadi sally. raya pun dah tak reti nak balik rumah ikut boyfriend mat salleh pergi mane ntah.

maka mal salbiah menangis di pagi Syawal....
adik salbiah tanya pada mak..

mak kenapa kakak tak balik raya?

mak terkedu tak tau nak jawab pe.
aihh salbiah, dulu kau nak ajak mak dan adik2 kau duduk rumah besar, mcm mane nak ajak kalau rumah kau yg kt kampung tu pun kau tak reti nak balik time raya? kau cakap sikit kat aku, SALLY. ke dah tak reti cakap melayu? meh sini aku ajarkan.

(berdasarkan cerita sebenar tapi nama watak je tukar)

0 other fingers talking:

Post a Comment