CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 29, 2010

hello SINGAPORE

tak sabar nak tunggu hari esok sbb nak gi singapore. bebudak CTS uia buat trip ke singapore weekend ni dan kebetulan ad beberapa kekosongan so Amal ajak la aku gi. bagai bulan jatuh ke riba peluang ni dtg sbb kami mmg planning nak backpacking to singapore bila dapat scholar. so dah ada peluang mcm ni, pe lg. rebut jgn x rebut!!!

hey merlion!! see you on Saturday!!

segala persiapan nak gi dah setel. pasport, duit dah tuka, tinggal nak packing je esok ptg. farah sila jgn lupa bawa camera dan shades anda okay?

ada 5 org budak dentistry yang join trip ni. aku, amal, Bad dan ke-on. dan sorang senior 3rd year, izral. asal jumpa izral je, msti ckp pasal singapore. hehehehe..

tgh hari sabtu kami bakal ke arab street dan aku nak melantak kt zam zam. nak mkn murtabak 3 lapis. ptg tu pulak ke sentosa island dan malam tgk show song if the sea.

air masak jgn lupa bwk ye. dan payung. kot kalau hujan.

sendiri cari pasal sendiri tanggung

kenapa kita (ke aku sorg je sbnrnye?) suka cari pasal kat org yang tak sepatutnye kita cari pasal. cari pasal dalam ayat di atas merujuk pada emosi. bukan fizikal. harap maaf aku x buat gelanggang tinju di mana-mana.

member2 dah pesan, jgn bermain dgn api. mak dah pesan pesanan yang sama. kelak terbakar jari sendiri. tapi kau degil izzati. nak jugak cari pasal. yang terluka kau jugak. yang terseksa jiwa raga kau jugak. yang sakit kau jugak.

kenapa nak sakitkan hati sendiri? tapi rasa suka tu tak boleh dipaksa. dia datang naturally. nak dibuang payah. seperti susahnye nak asingkan garam dan gula. aku ingat dgn meletakkan buku tebal di hadapan lilin yang sedang menyala, aku tak kan dapat tengok lilin tu. tapi ternyata sinar dari lilin tu tetap ada. tetap nampak even aku cuba cover dgn menda lain. satu je yang boleh buat aku xdapat tgk nyalaan lilin tu. iaitu dgn padamkan api lilin tu. tapi aku tak bleh padamkan lilin tu sbb aku perlukan dia untk menerangi bilik yang gelap.

tak faham dgn ayat di atas? ia hanyalah analogi. jgn risau xkuar exam. xperlu hafal dan fahamkan.

kenapa mesti kita suka pada benda yang tak sepatutnya kita suka? and yet sangat susah untk menghilangkan kesukaan kita pada benda itu.

sebenarnya aku tak tau pe yang aku nak. yang di depan mata tak dapat, inikan pula yang jauh. jauh dimata dan jauh untuk digapai.

perlukah kau minta amal berikan kau cermin yang sungguh besar, baru kau nak sedar siapa kau sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan 'dia'? 'dia' yang sentiasa dihati 'dia'? dan kau hanya ibarat adrenal gland ditepi ginjal. yang berlainan peranan tak seperti ginjal dan ureter yang saling melengkapi.

sedar la weh. bangun. reality check. atau kau nak kena sepak sampai mandible tercabut baru kau nak sedar diri wahai izzati?



mood malam ni bila xdpt burn CD: emo dan jiwa-jiwa

Tuesday, July 27, 2010

semalam, hari ini, dan esok

semalam sangat gumbira.
tapi dah nak petang tu ada unsur2 duka sket.
hari ini indah.
siap main-main kat cafe lagi. and i can feel the vibration once again
esok?
tak tau. i hope for the best.


tadi pergi tukar duit untk pergi Singapore weekend ni. sebelum tu hantar Amal photostat buletin Denss. kayna pulak nak pos barang Herbalife kat Poslaju.

esok kena cuci kereta dan isi minyak.


ps: hari ni behday Dinie

Monday, July 26, 2010

skill baru

masuk 2nd year ni, aku dah mula develop skill baru. skill yang ntah keluar dari gene mana chromosome mana aku pun tak tau. yang pasti dah brape hari dan malam skill aku ni aku asah dgn menggunakan batu asah diimport khas dari Brazil. knape Brazil? ehh suka ati aku lah nak letak negara hape pon!!

mahukah anda semua rakyat jelata mengetahui apekah skill yang aku perkatakan itu?
haaa ini dia....

skill tertido depan laptop

yeahhhh dgn ayunye aku tido depan laptop. dgn fb terpasang, blogger terpasang. lagu dari player tak tutup. dgn segala game still tgh main, aku tido depan Baby Lola terchenta.(perhatian: lappy aku bernama lola okay)

biasanya aku tido dpn lappy klu 11 lebih n terjaga mengikut keadaan dan pasaran semasa. klu penat gila pernah sekali aku terjaga n kembali ke posisi asal kul 2 pagi. time tu la nak tutup lampu, on lampu tido, off lappy. then tarik blanky yg gebu dan sejuk dan sngt best dan peluk bantal kesayangan.

klu dlm movie ke, novel ke, drama ke... slalu klu org ttido dpn lappy ni, awek or balak or laki or bini dia akan kejutkan ke, selimutkan ke, ape ke kan? tapi untk kes khas mcm aku ni, sendiri mau ingat la deyyy!! xde sape nak kejutkan kau, nak selimutkan kau, nak dukung kau letak atas katil seperti posisi normal. kau nak tido dpn Lola terbungkang terkangkang kesejukan xde selimut ke, suka hati kau la. lantak kau lah. xde sape heran. nasib org bujang....... nk buat mcm mn kan?

jadi untuk mengelakkan skill aku tu terus berkembang hingga ke tahap yang lebih tinggi, aku bercadang untk tidak meneruskan latihan pada malam ni. mau log off, mau shut down lola dan tutup lampu mcm biasa. dan seterusnye landing dan berbungkus dlm blanky yg sngt best esp ujan2 mcm ni....

so long sista!!! good nite

Saturday, July 24, 2010

berhati-hati dijalan raya

should i give up or should i keep chasing pavement
even if it leads no where

adele-chasing pavements


1st time dgr lagu ni kat citer wild child. 1st time dgr trus jatuh ati.





sngt rindu pada kuceng-kuceng ku.. esp teh yg sngt manje.




ps: tajuk entry xde kaitan dgn post. sbb tak tau nk bg tajuk pe.


Friday, July 23, 2010

hari yang.......

TEKEY?

MENCABAR JIWA MINDA DAN KESABARAN?

dan di penghujungnya ada saat-saat indah. kan Allah dan kata, 'verily along every hardship there's a relief"

dinner dgn kengkawan di Black Canyon



dan last skali melantak baskin robbins







Tuesday, July 20, 2010

rasa nak rendam broadband ni dalam sungai blakang UIA

sakitnye la hati dgn internet connection 2-3 hari nih.

berukband buat perangai mcm beruk hutan blakang uia. nak guna wifi uia time2 ramai student ni? jgn harap la...... sampai pagi esok belum tentu habis upload gmbar segala bagai.

rasa nak jerit je mcm ni ha

WARRRGHHHHHHHHHHHHHHH

dari semalam aku nak upload gambar kt blog pasal aku kuar bukak puasa dgn filani, anep dinie dan amal tapi tunggu punya tunggu sampai tido kul2 aku semalam alik-alik ERROR!!! kurang ajaran punya connection

nak email kat filani gambar pun xboleh ha. balik dari kelas tadi nak la try kan. kot la dapat upload sket... HARAM. serupa je lembab nye. mengalahkan org bawak kereta sambil kira batu tepi jalan.

tapi mujur la hari ni mood aku agak ok la sbb special tray untuk subjek prostho dah siap. dan ada beberapa insiden yang mengumbirakan hati ni. so xde la nak hangin sangat. tapi kalau hinternet ni lembab lagi untuk beberapa hari akan datang, mmg la.



ps: kepada mereka yang berkenaan, sila jgn nak sibuk jaga tepi kain org. mind your own business. aku tak sibuk hal kau, kau jgn nak gedik ambik tau hal aku pas tu sibuk gi cerita2 kat org lain. nak aku sumbat mulut kau dgn sipar jamban Bata saiz 5 aku?

Sunday, July 18, 2010

i need a time machine

i wish life had a BACKSPACE button.



i wish i hadn't reply your messages, nor return any of your call.
damn you i got this same old feeling that i'm trying my best to get rid of it.


finding reasons to hate you more than before
like how you say you will call
but never at all
got rid of your number that i know by heart
you left your things at my place
as if i have all the space
cause you know i dont mind
just come back when you think it's time

yuna-decorate



blog aku, suka hati la aku nak letak brape banyak post dlm 1 hari

lunch di jakarta

lepas study grup dalam kul 11 lebih tadi aku kuar dgn filani sbb nak beli barang, masuk duit dlm akaun bank org, n alang-alang tu gi la makan skali. lepas kuar duit kat bank islam blakang ECM nun kami ke Pondok Laguna. sebuah restoran makanan indonesia yg sngt best.

environment restoran tu cambest la. berlatarbelakangkan lagu penyanyi indonesia, furnishing pun kayu, ala-ala nusantara gitu.

aku makan nasi timbel

yang aku makan ni nasi dia bungkus dlm daun pisang. bak kata filani, ala-ala mknn kampung gak la.. ada tempe, ayam goreng, ulam, sambal belacan, tauhu goreng, ikan masin, sup sayur. sedap. sangat unik sbb mkn dlm raga tu and nasi dia dia roll dlm daun pisang.

yang ni gado-gado laguna

filani teringat kat maid dia masa makan ni ha. dia kata maid dia selalu buat mendalah ni. aku mkn sket je sbb kuah kacang dia pedas. kalau mknn kita, dia lebih kurang mcm rojak la... rojak sayur.

yang ni gepuk daging

macam daging bakar kot.. atas tu dia letak kelapa kot. ntah aku pn tak tau. yang pasti mmg sedap. tapi agak liat sket tp klu dh sedap tu, ape aku kisah kan?

dah makan melambak-lambak tu bukan main lagi la menternak lemak dalam badan aku yang mmg sedia bnyk lemak ni. jadi puan-puan, kita kena la berwaspada ye dgn kandungan lemak dalam badan kita.

jadi pas makan aku ke tunas manja beli jus oren untk diminum bersama shake F1 herbalife yg aku baru je nk start. i ambik bukan nak bagi kurus lagi ye u. i ambik ni untk kesihatan dan kecergasan. serta mengurangkan lemak berlebihan dalam badan yg degil umpama kotoran gris pada baju putih.

aikk mentos?


ps; makan kat Pondok Laguna sbb tgk gmbr dede, mkn kt sana. teringin nak try. it worth it =)

Saturday, July 17, 2010

no pain no gain

sape kata nak jadi dentist tu senang angkat tgn?????

haa mari tampil kehadapan kerana saya mau rotan sorang2 kerana berani berkata demikian.

kalau la senang, xde nye degree aku jadi 5 tahun. kalau takat nak blaja gigi je, setahun je dah lebih dari cukup. kami juga doktor, cuma ada penambahan gigi dibelakang. kami pun kena tau semua benda yang doktor tau. macam mana nak treat patient yang ada diabetes, high blood pressure, sakit jantung, epilepsy etc etc ect....

kami juga kena bermain dgn benda2 yg boleh harm our own self. nak buat special tray untk gigi palsu tu, chemical dia tersangat la carcinogenic nye. nak buat amalgam tu kami bermain dgn mercury. ingt besi bodo ke yg dentist letak kt mulut korg?

betul kata sorang dentist yg aku pernah interview dulu. nak jadi dentist ni, tangan kita akan jadi kasar. buat kerja kat lab prostho jari aku dah mula nak mengelupas. dalam klinik jgn kata la tahap kekasaran dan kekeringan nye sbb pakai glove, tanggal glove, cuci tgn, yada yada yada...

tapi xpe, every hardship, there's a relief. sekarang je blaja susah2.. nnti dah kerja u'll reward yourself ok farah? nanti boleh jadi mcm lecturer Dr Bo yang datang hari tu. berkata kepada diri sendiri untk motivate diri supaya terus belajar dan jgn give up. go me!!

Tuesday, July 13, 2010

keluh kesah cik esah

payahnye menjadi anak perempuan pertama dlm family...

1- kerja2 rumah mmg konpem serah kat anak pmpn 1st ni. sbb pe? sbb dia dh besar, tau buat kerja2, tanggungjawab bnyk.. yada yada yada.....

2- jadi pendengar setia kpd mama yg tekey dgn kerenah along, adam dan sarah. aku dh dgr mcm2 versi cerita dari mama pasal abg n adik2 aku. versi happy, versi mengalir air mata, versi gunung berapi nak meletup. semua pun ade. tambah parah bila aku pun ade probs n mama cite probs dia kat aku. jd aku yg saturated ni nk let go kat sape? xpe la mama. pe gunanye kakak kan? i guess it explains kenapa aku xcerita masalah aku kt mama. sbb aku xnk membebankan dia. aku xmau tmbah masalah dia. kalaupun aku penat, tekey dgn org tu, org ni, aku simpan sorg2 n ngadu kt beberapa pihak yg berkenaan.

kadang2 rs nak marah kt along n adik2 sbb selalu peningkan kepala mama. along dgn prob dia, adam dgn perangai dia, sarah yg malas. aku pun ada silapnye, tapi kalau nak buat perangai tu berpada-pada la. masing2 dah besar, dah boleh fikir sendiri mana baik mana buruk. tak kan sampai dah berkeluarga nak depend pada mama lagi?

3- jadi penasihat peribadi mama. basically in every single thing that she do. dari nak pakai baju pe nak kuar, hingga hal pasal kerja dia. dari hal yg berkaitan dgn hati dan perasaan hingga hal artis2 malaysia.

4- almost semua org ingt aku anak 1st. adakah sbb aku selalu uruskan hal abg n adik2 aku? yes aku uruskan hal2 abg aku. dari borang permohonan dia nak masuk u, assignment masa skolah. macam2. dan aku jugak bertanggungjawab untk cari cikgu tuition untk sarah. aku kena pantau studies dia. sbb mama busy. mama bnyk kerja. being a single mum is damn tough. and i respect her for being such a wonderful one.

oh adik2 dan abangku... tolonglah berubah. jgn la besar kepala sngt. saya sngt tekey dgn kamu kalau kamu semua buat hal yg boleh buat mama nangis. ok, mana tisu. rs mcm nk nangis.

Monday, July 12, 2010

weekend 1st week 1st block 2nd year

okay jom saya cerita pe saya buat weekend lepas.....

sabtu 645am
gerak dari kuantan. anep cucuk duit kt petronas indera mahkota skali2 baki duit 5600++. SCHOLAR DAH MASUK!! yay!! pandai timing btl la JPA ni. time aku nk gi kl, pagi tu jugak ko ng duit blanje.

1000am
sampai kt umah mell. sbb dtg awal sngt (kayna n bad jadi ajk kawen mell) aku, amal, anep, filani n aiman ke jusco untk shoping untk baju tunic yg bakal dipakai isnin ni. kasut putih, suar putih, tudung putih. dan beberapa barang extra. baju baru, perfume baru, blusher ku yg dh habis perlu diganti...
dan sling beg untk inche anas ke kelas

brg bnyk sumbat dlm beg jusco kaler merah klu x bnyk lg haa..

bad dan bini lama berbaju barunye.. baru beli lens

amal bwk lucy tuuuu... excited

245pm
pas meronggeng di jusco kami pun ke rumah mell bg mengimarahkan kenduri. ramai org dtg. tema kenduri, ijau. suka la amal sbb dia pun ske ijau.

430pm
filani anta ke lrt setiawangsa, ke kl sentral. naik ktm ke subang jaya untk ke rumah amal. lamanye xnaik public transport. kalau dulu masa kat pj, aku la pelanggan setia train dan bas ting tong

630 pm
sampai umah amal. mandi, baring lalu terlena.

830 pm
gerak ke shah alam untk beli tiket balik esok. pas tu ke sacc mall untk jumpa inche anas dan bagi sling beg dia. tu aku kira adiah behday tahun lepas. sorry la anas, xdpt beli yg cntik lg sbb xjadi gi mid.

930 pm
sampai kat sacc mall. call anas tanya dia kat mana dan dia mintak 50 sen sbb nak parking moto. pe la parking moto pn 50 sen ke? gerak ke secret recipe tp dh tutup. so makan kat uncke k kopitiam.

xtau la pe nama mknn amal ni

inche anas dan nasi goreng ayam champion-nye

saya bermain sudu, grilled chicken yg akhirnye xhabis sbb dh xlarat nk mkn.

1100pm
say goodbye to anas dan kami kembali pulang ke umah amal di usj 16. malam tu tido lena sbb penat dan kenyang. fuhh best2..

Thursday, July 8, 2010

setelah 4 hari menjadi pelajar tahun kedua kursus pergigian

punye la panjang tajuk entry kali ni ha. waduh2....

okay aku saje je simpan story so dat ade menda nk cite. cey alasan la tu. padahal malas nak update. malas nk upload gmbr.

sesungguhnye KOD (kulliyyah of dentistry) sngt la bermurah hati bagi kami hadiah2 dari penaja. baru 4 hari dh mcm2 hadiah kami dapat. hadiah pertama, set kelengkapan klinik kami yg terdiri dari mcm2 jenis batang besi untk kegunaan praktikal klinik.

ni den punyo. nampak ado namo den?

ekslusif dari KOD dgn ingatan tulus ikhlas.
nak tau pe mnde dalam nye? haaa meh tengok sini.

segala jenis probe, ball burnisher, amalgam carrier, cement carrier dan segala bagai. kapas2 bekas kapas, bekas mata gerudi or bur holder nama dia.

dan hari yang seterusnye kami mendapat hamper dari KOD lagi bernilai lebih dari rm1000. barang berkenaan adalah barang kelengkapan lab prostho kami. dari articulator(yg kaler merah tu), rubber bowl (bekas itam), flusk (yg kaler gold tu. menda tu buat dari tembaga. sebijik harga dia rm300. kami dpt 2), playar, le crons carver, wax knife, spatula dan mcm2 lg menda dlm kotak n plastik tu. ni menda nk buat gigi palsu.

hamper kami sumbangan KOD

nak tau pe yang paling mahal skali?

ni ha...
ni lah playar paling mahal pernah aku jumpa. sebijik rm400

dan tadi akhirnye setelah sekian lama menunggu. akhirnye berjaya gak aku buat mendalah ni. cast ke hape nama dia. impression ambik dari mold getah. ambik serbuk bancuhan plaster of paris or stone, bncuh sama air then masuk dlm acuan. gegar2 dlm vibrator then tggu smpai keras and taadaaaa......

ni la ghoman ehh cast den

yg aku buat ade lobang2 sket so kena tampal sikit2. sbb dh xlarat nk berdiri, aku bantai bersila je atas lantai lab prostho n tampal lobang cast aku. dh tu time tu xde org. heaven gila. hehehehehhehe.......

yg ijau tu buat dari stone yg putih tu plaster of paris. esok mau hantar untuk dicheck sama lecturer2 ku.

baru 4 hari jadi student 2nd yer dh rs penat gila. kaki sakit berdiri lama. tapi xpe. i can make it through the rain. no pain no gain.

"verily every hardship there's a relief" surah al-insyirah

semi-final GERMANY vs SPAIN

kedua-dua team yg aku sokong berentap bg menentukan sape bakal ke final dan ternyata pasukan pilihan elia Spain mara ke final bakal beraksi dgn Netherlands dan pasukan pilihan aku Germany bakal beraksi dgn Uruguay bagi menentukan tempat ke 4 atau ke 3.

pilu rasa hati bila tulis blog ni. balik dari cf sister aku rasa nak jerit sbb kecewa. aku bakal berkabung selama 2 hari sbb kekalahan german.

nak cerita mcm mn spain bley score pn xsanggup rasa. sedih sngt2.

okay ceritanya begini......

satu malam di stadium Durban yang cantik.....
pada separuh masa kedua..
spain dapat score melalui tandukan Carles Puyol si rambut kerinting bila dia menerima bola hasil corner kick dari Xavi pada minit ke 73..

ye la Puyol menang laaa, kau dan kuasa rambut kerinting tebal kau tu.

cubaan yg paling mengecewakan adalah bila encik Podolski saye pass bola ke Kroos ditolak ketepi oleh encik Iker Casillas. kemudian ade juga tendangan dari encik Klose elia namun tinggi la pulak. adehhhh...

dah la xmau cakap lebih. buat sakit hati je. totally not a night for Germany. looks like Spain mengulangi sejarah menang keatas Germany 1-0 mcm masa EURO 2008 dulu.

'pudelshkie' baby, dont give up!! mueller, bg Germany dpt num 3 ok? encik Klose, practice gol bola lagi. ozil, even kau nampak mcm drug addict tp kau tetap hebat dihatiku. schweinsteiger, tolong lg kengkawan kamu okay? dan lahm yg chumel, defend elok2. syg u guys.

okay saya mahu tidur dgn kekecewaan berbuku dihati. kawan2 ari ni dan esok pakai baju itam dan putih tau..

(photo credits to FIFA)

Sunday, July 4, 2010

GERMANY vs ARGENTINA

team Joachim Low telah berbesar hati mem-book tiket pulang untuk team Maradona apabila pasukan pilihan saye, Germany membelasah Argentina seperti budak sekolah kena buli blakang toilet dgn 4 gol berbalas 0. siapa sangka org yg sibuk2 cakap argentina tu menang nnti kalahkan muka2 baru german teruk kena belasah smpai tak terpecah2 telur tu ha..

gol pertama hasil tandukan Thomas Mueller yg tersenarai dalam antara pemain yg bnyk menjaringkan gol. encik Mueller menanduk gol seawal minit ke 3 permainan. masa tu argentina baru nak panas2 kan badan, kuar peluh... ye la kan sape nk sangka awal lagi ha dah gol.

kemudian asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pihak. klose try nk gol tp tertendang tinggi sngt.. begitu juga dgn encik Podolski.

masuk sahaja separuh masa kedua, permainan diteruskan lagi dan aku pn terus la try nak dptkan signal yg best sket bg clear sket nk tgk. sbb kuantan time tu ujan lebat, astro xdpt. pas tu dh tuka tv2, kucing aku plak cik teh n cik tam gi berlari kt meja tv langgar wire antenna trus lari dah ha.. sakit jiwa aku.

kemudian pada minit ke 68 Encik Klose elia kita menendang dgn mudah bola jabulani itu untuk masuk ke dalam gol. dan maka sudah 2 disitu untuk germans. then tv xclear lagi. aku naik tensen. ujan tak stop.

then duk tgh2 blur tu aku dgr commentator tu kata gol lg untk germans tp aku xtau sape yg golkan. or mcm mn dia menjaringkan gol. so aku tnya inche anas sape yg golkan dan dia kata mueller lg tp ternyata salah. teeeetttttt. tolak 5 markah. rupa-rupanya encik Arne Friedrich yg kalau korg tgk gmbr ni dia pakai jersey number 3.

berbangga lah keluarga friedrich sbb arne ni golkan satu gol untk germany.

pas tu game berjalan seperti biasa. geng argentina try gak nak dptkan gol. tendang sana tenang sini tapi tangan encik Neuer dgn selambe menagkap bola ke dalam pelukannye. comel gitu. cik elia msg kata nak gol lagi dan agaknye encik Klose-nye mendengar pe yg elia ckp so dia kata, okeyh bebeh, for you i will!!!

maka nahhh satu lagi gol dari klose pada minit ke 89. wakakakakaka..... wa caya sama luuuuu

bagi perlawanan seterusnya Germany bakal bertemu dgn sama ada Spain atau Paraguay, which later at 4 kita akan tau pas Spain n Paraguay ni lawan pagi ni nantii. pape pun marilah kita menyokong Germany untuk semi-finals nanti pada 7 Julai (time tu ade Parksons extreme warehouse sale jugak kat megamall. diacounts up to 80%!!!!)

okay jom kita tgk game tu mcm mn.... rite defense germans better than argentina. germans pndai planning game. they play as a team. masing2 x selfish nak jaringkan gol. mereka tgk sape free, pas bola then gol. xde la mcm kalau dah kena kepung mcm ayam kampung nak kena tangkap wat gulai tu, still nk gol gak sbb nk dapat nama. mereka juge sungguh pantas berlari. dari depan pintu gol germans then terus ke gol argentina, dan masa tu argentina tak sempat lagi nak catch up, so xde org then goollllll!!!!! maka kesimpulannye, tak kira pe saja yang kita buat, hatta main bola sekalipun, teamwork is very important.

bak kata hero-hero wonderpets, ape yang penting? KERJASAMA!!

saya farah izzati azmi, melaporkan dari Green Point Stadium, Cape Town
(picture credits to FIFA)

Saturday, July 3, 2010

sedih sedih sedih sedih

sedih betul................
tapi xde kaitan dgn brazil lwn belanda smlm.. xde kaitan dgn wc pun..

gambar adalah hiasan semata2

sedih sbb inche anas dah kembali ke shah alam ari ni pagi tadi..... dah tu spnjg cuti ni haram xjumpe. harap je duk kuantan sama2. pas aku cuti dia gi umrah. pas dia balik umrah ceyy konon nk jumpa xde pn.. ntah bila nk jumpa xtau bestfwend aku tu.

pas masuk shah alam msti pak cik tu dah busy memanjang dgn segala bagai projek. dan aku bakal ke tahun kedua bakal berdating di lab sahaja nampak gayanya. lab prostho untk membuat gigi.

pesan inche anas dari miss fara, bila kau duk kaler2 pokok ke, gazebo ke, roger2 la aku, aku nk kaler gak. sbb saye suka mewarna even ms kecik dulu kalau ade pertandingan mewarna selalu tak siap kaler. ye la mane nak siap bagi lukisan sikit punya besar. bg masa 1 jam. mana nak sharp kaler pencil lg, nk fikir ltk kaler pe lg. xlogik.

Friday, July 2, 2010

7 things that i hate bout you

  1. you are CHILDISH. hello kau tu dah 21 okayyy jgn nak berperangai seperti kanak2 dlm cite tomtom bak. kau nk tgk cite tu tak pe tp klu kau berperangai sedemikian dan rasa kau mcm comel berlaku demikian, sorry kau silap. kau buat aku rasa nak muntah hijau.
  2. you think you are HOT but the ugly truth is dude, u are not. definitely NOT AT ALL.
  3. you love to WEAR TIGHT FITTING t-shirts coz u think ur hot. eeeyeeerrrrrr.... mcm gay. mcm sarung nangka. kalau badan kau mmg cntik xpe. ni dh tu besar sbb berair bukan sbb muscle. ehh ade ke besar air? meaning lembik la. x tonus. klu kau rasa badan kau mcm lukas podolski, xpe aku xkisah ni mcm.... belon berisi air. geli tau x.
  4. kau suka MERENDAHKAN ORANG LAIN. kau rasa kau tu SUPEREB. kau sesenang hati lebel org yg gi uni mcm uitm, upm, unimas semua tu xpandai xmcm kau yg blaja kat X. kau sesenang hati label org yg bwk kete myvi, savvy dan gen2 sbg kereta murahan. aku nak tanya kau, kete yg kau bwk ke kelas tu kete mini coop ke?
  5. kau MEMILIH SIAPA LAYAK JADI KAWAN KAU atas dasar fizikal semata-mata. kalau dia cantik dan kacak bergaya, ok lets join the club, knock yourself out, make urself at home, yada yada yada.. tapi kalau budak miskin, xcntik, itam, banyak jerawat, terus kau COP BESAR2 KAT DAHI KITAORG 'KAU BUKAN KAWAN AKU'
  6. kau layan org mcm KAIN BURUK. kain yg lap2 kat dapur tu. yg kalau kau rasa kau nak guna kau ambik tapi rs tak perlu kau biarkan je terlepek sana sini
  7. kau pernah buat aku rasa macam bodoh sbb AKU KENAL KAU, well smpai skrg aku rs bodoh aku kenal kau.

Thursday, July 1, 2010

SHOPPINOGEN

shoppinogen ,n
a hormone that will release upon unidentified stimulation that will trigger the urge to shop. a positive feedback mechanism controlled by post portion of pituitary gland. target organ? upper and lower limbs, the retina (for better focus on things to shop), the nose (for better reception of smell stimulus), the heart and blood vessels.



ohh jpa.. bila la nak masuk scholar ni?
aku dh tak tertahan menahan rasa yang tak tertahan setinggi gunung tahan untk gi shopping yg selama ni aku duk menahan je
bnyk bnda kena restock ni
esp shawls
n handbags
n kasut gi class dan jenjalan



saya gila shopping.
siap kau nnti dh ade scholar aku borong shawls bnyk2 kt nade nook.