CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 28, 2010

Steamy STEAMBOAT at SIMPLY STEAMBOAT

steamy habis smpai kabur lens dibuatnye

semalam aku, amal, elia dan kayna pergi melantak kat restoran yang menjamu steamboat yang seeeedap kalley. nama restoran steamboat berkenaan adalah Simply Steamboat. ape yg trigger kitaorg nk mkn kt sini??

  • elia ajak mkn same2 sbb dh lame xmkn bersama-sama
  • nak try mkn kat tempat baru. asyik mkn kt tmpt slalu mkn je, black canyon, tanjung lumpur, kopitiam, aliff dan.. taj? pe kata tuka angin plak ann?
  • bukak fb smlm tgk bad, filani n keon gi mkn kat sini, cam best je so gi la try. lgpun kazen aku, kak rina pun kata sini best. dia rajin mkn ngan budak2 bank dia.
  • dah lama xmkn steamboat
  • murah woooo mkn kat sini

ouh ouh ouh... slurpppp!! cephalic phase.

mkn kat sini ala buffet. korg ambik la bnyk mane korg nak. sekepala kalau student dia charge RM16. siap ade eskim lagi. maka pe lagi, bermangkuk-mangkuk kiteorg balun benda2 tu. ketam, udang, segala balls n stick. ade nasik lagi. pehhhh.... sedap.

ade sua jenis sup yg dia sedia. tomyam n sup biasa. aku yg xtahan pedas ni mkn la sup biasa. tapi elia n amal mkn tomyam. amal kata tomyam dia syok gila. pedas n seeeedap skaley.

sirap laici yg masyuk.


masa duk tgh sedap2 mkn tu, tetiba dtg la dua family ni. kawan kot. dua2 ade baby. tapi sepasang suami isteri ni ade baby boy yg sngt mesra alam okayy. dia boelh plak duk ngorat2 kiteorg. senyum2 nakal manje gitu. tak boleh belah sungguh anak bertuah itu.

yang best tu budak ni duk diam je. tak meragam lansung. makan keropok lagi ha. siap nak bagi aku mkn lagi keropok tu.

ohh adik hensem. jom ikut kakak balik UIA. jom la jom la....




cik elia dan cik kayna.

masa ni aku duk nganjing kt budak tu aku bley mkn eskim tapi dia xbley. mwahahahhaha. padan muka kau. mkn la keropok tu je.

aku : emm. dap eeeeh eskim nihh
budak baju kuning: siot ahh akak ni mkn eskim xbg org.
adik hensem: kuang ajo nye org tua. mkn tak ajak. lagi nk nganjing.

habis makan dan overloaded kenyang, harus pulang dan kembali study untk sejam dan sepuluh minit pada isnin nanti. ade exam microbes. adessss. asal la kena exam. ade study grup bersama mereka juga. nak habiskan semua topik by that night. tapi tak sempat sebab semua pun dah ngantuk. cuma ade satu je yg tak sempat cover iaitu mycology. sendiri mau ingt la.

kalau la aku ni jenis mcm span kan, baca kejap je dah serap masuk semua, kan bagus. hari ni aku dah enjoy gila nak mati. pagi esok tinggal gi exam je. pas tu balik umah. adeih..

dah izzati, gi study nun!!!




ciss!! along potong aku dgn membeli BB terlebih dahulu dari aku. dulu konon kate nak beli sesame. xpe2.. 2-3 minggu lg turn aku plak.

Friday, November 26, 2010

ohh dental material...


bukan merenung masa depan tapi mengenang nasib yang kurang baik dan menyebelahi aku masa jawab soalan DM pagi tadi.

gila tak gila paper DM tu, mmg serious unperdictable. benda yang simple dan kurang isi, yg kira2 kuar mcq dia bantai masuk essay. mmg mati terbongkang la mcm tu kan. dah tu topik yg kuar tu, aku tak sempat nak refresh b4 masuk exam. pas tu masa jwb pun rs mcm xconfident sebab serious isi dia sikit. kenyataan nye pun sikit je isi pasal soalan tu sampai tak sangka benda tu kuar exam. essay plak tu.

maka sesi penggorengan bermula. baek punya goreng. tapi sepanjang exam ni, paling best goreng paper cons klu xsilap. yeee... goreng tu sngt enak sekali.

makan nak ilang tensyen tu aku n amal kuar la tgk wayang n mkn. tgk cite nyangkung beb!!! msti korg mcm, huh? nyangkung? pekejadahnye tu? site siam ke ko tgk ni izzati oiii?

nyangkung ni cite lawak antu. sumpah bodoh cite ni. aku duk gelak je dari awal smpai akhir. faktor yg menyumbang kpd sebab aku nk tgk cite ni adalah

  • tgk the making of... macam best je. so pakat dgn amal nk tgk cite ni pas paper DM
  • ade Sam =) lawak betol mamat sekor ni. sumpah laaaa
  • ade hantu posing atas kete, baek punya posing
  • hantu dancing dengar lagu, tp tutup telinga dgr org baca doa abis bc Quran
  • aku tekey, aku nak relief tensyen
so tgh hari tadi beli 5 keping tiket untk tgk nyangkung kul 835 mlm. asal smpai 5 haa? sebabnye mak aku si daten jijah dan dua org adik aku adam dan sarah nak join gak tgk nyangkung. makanya gi la tgk sekali. amal pun pakat tgk ngan diaorg.


mmg seyes bongek cita ni. oh oh pas tu masa mula2 tgk tu, ade la thriller movie akan dtg. ade cite Kongsi. Sam pun ade gak dlm cite ni. ni cite dia action comedy. lagi satu cite bongek tapi best. aku n amal dah planning nak tgk masa dia dah kuar wayang cite tu

makan malam kat ayamas. cari2 pen sebab nak buat puzzle ni. tapi pen kat dlm kete... =(










good night =)

Monday, November 22, 2010

aku TERSEKSA!!!!!!!!!!

saya baru selesai menjawab peperiksaan akhir blok 2, kertas patologi. komen? boleh la jawab walaupun tertinggal beberapa isi atau point penting. biarlah, aku dah usaha. dah berdoa dan sekarang tinggal bertawakal saje.

pehh tak sabar tggu minggu depah bila exam ni habis semua, boleh enjoy se puas-puasnye sampai muntah. cakap pasal muntah, dah dua hari perut meragam. tak tau la knape. bila sedawa rasa mcm mkn durian, keluar gas. kalau letak api tu agak2 boleh buat pertunjukkan circus yg kuar api ikut mulut tu. perut duk buat bunyi2 pelik. nak kata salah makan, sabtu lepas aku makan benda yg mmg typical food kat rumah. kalau kena food poisoning, xde symptom2 pun. n plus, org kt rumah semua xde pun mcm ni. pelik2.. semalam dah ambik activated charcoal. still tak elok lagi. hari ni sebab exam, aku ambik loperamide untk kurangkan pergerakan perut supaya bila exam yg semua duk senyap tu, aku xde la malu sbb perut berkeriuk2. kang org ingt aku lapar, padahal perut meragam. n pil chit kit teck aun (best dowh ubat ni) xnk bg sakit perut. kalau esok sakit lagi, serious aku nak gi clinic. xtahan la duk nk dating je ngan Mr Tan. nanti suami2 jeles.

seminggu ni akan bermastautin di rumah suami ke dua dan ketiga. exam punya pasal. tapi kali ni xde anjing nak buat jadi hiburan malam2. yg ade cuma monyet masa maghrib.

okay kena sambung blaja cons. untk bebudak dentistry n medics yg ade exam tu, good luck peeps. xyah study smpai mati. buat lek lek =)





3 minggu yg menyeksakan. minggu lepas, minggu ni dan minggu depan. ohh cepatlah semua ni berakhir.

Friday, November 19, 2010

ANGEL

Angel,
I have a dream of you i cant define
you've been on my mind
dont go,
i'll be lost without you by my side
lost and on my own

yeah im falling for an angel

angel
your brightest star is shining right next to mine
every night and day
do you know
stars explode and they fade away
and they fade away

yeah im falling for an angel
yeah im falling for an angel

would you please be my baby
come by and i lay you down
i want you and i'll say i love you too
would you please be my honey
im sorry that i let you down
your eyes are breaking my heart in two
break my heart in two

Angel
may The One above us keep you safe
for the rest of days
if He knows
how i love the smile, laugh on your face
he'll let you to stay

yeah im falling for an angel



angel-atilia




cant get you outta my head

Wednesday, November 17, 2010

salam AIDIL ADHA!!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA peeps!!!

uhuhuhu... hari raya haji yg tek berapa nak hari raya haji sebab tak balik kg pun.. cuma mama je yang pergi pekan (paloh hinai) tgk aki kat rumah ayah tan. kteorg semua, family aku n family kak rina serta maklong tak balik lanchang pun seperti biasa.

last raya puasa tak de rasa nak raya sebab nak exam. raya haji pun xde rasa nak exam sebab isnin ni dah exam. tahun lepas pun sama gak situation dia. aku rasa, cukup 5 thun aku blaja, aku dah tak de semangat nak celebrate raya. org semua baju berpasang-pasang, aku sehelai je. tu pun kalau ade. kalau tak de, rembat la mane2 baju lama yang agak2 jarang pakai. pernah sekali aku tak de baju raya, pakai je baju gi prep masa skolah. alah, baju je pun kan? bukan ade effect pun. lagipun kiteorg satu family bukan yg jenis ziarah rumah org tu org ni. kteorg kumpul ramai2 jumpe. senang. xyah nak gi saan buat rombongan cik kiah. lgpun keluarga besar aku semua duk area pahang gak. ade la yg duk KL, tu pun asal raya balik kg.

ok nak cite pasal celebration raya haji aku hari ni, tahun ni. pagi mama kejut cakap "hoiii, hari ni hari raya. wokme tak nak beraya ke??"
aku bergolek lagi dlm selimut tebal yg mmg sedap gila. "tak yah la raye.... bukan ade sape pun kat rumah ni......" aku jawab sambil mata still terkatup, bantal masih dlm tgn. then aku pandang mama. tgh melaram duk make up dlm bilik aku.
"oi oi oi bngun. jom merendang." dia gi sapu eyeshadow kat mata aku. adoiii la ibuku tercinta.
"lekk lu ma.. awal lagi ni.." pas tu biar je dia letak eye shadow kat mata aku.
"ade daging ayam lebih. buat spegeti jom." spegeti? terus mata aku terbukak luas. "amboihhh. xmudah. wokme ni baru balik london ke nak masak spegeti pagi2 raya?" kikikikiki mak aku gelak. "ye la, i baru balik dari london. i dah duduk sana for like 15 years" mama jawab.
"jac (sedara aku yg duduk london tp dah malik mesia) yg baru balik dari london tu pun pagi raya makan rendang, ni wokme bukan main lgi. xnak kalah."
kikikikiki mak aku gelak lagi. dah siap dia melaram, dia join aku bergolek atas katil. "uihhh sejuk la bilik awak ni. ujan2 pun nak pasang kipas ke?" mama cakap sambil tarik selimut tebal aku.
"aikk, kata baru balik london, tak kan sejuk mesia pun tak tahan???" kikikikiki mama gelak lagi.

kami terus bergelak dan mengarut smpai la bila aku tak tau pas tu gi daput untuk masak ketupat, buat nasi goreng.. teh tarik.. dalam kul 12 kak rina, mak long, abg faizal, ayah chu n ayah zan serta ili dtg ajak mama tgk aki kat pekan. aku n sarah tinggal sebab nak tgk ketupat atas dapur n kena kemas rumah.

penyudahnye, spegeti ntah ke mana, konon nak buat kek pun ntah ke mana. tp kot klu mlm2 nnti betul2 buat spegeti sape tau kan?? sebab exam minggu depan, aku xde mood nak buat kek. ingt nak try buat brownies... tgk la cuti seminggu pas exam, bosan duk umah aku buat brownies.

ohh tadi aku makan maruku, sarah pow masa jamuan ahkir tahun kelas dia. dgn selamba aku makan sambil tgk tv. tgh makan tu baru teringat. ehhh aku mkn kat belah kiri!!! bahagian aku buat surgery hari tu!! eh eh, tak sakit dah. hehehehhehe... rasa dgn lidah, luka operate aritu dah okayy. semalam buang suture dgn dr firdaus (mama suruh aku tackle dr ni. hampeh betol. ingt nk buat cite ala2 abg ipar tinggal aku, seikh muzafar dgn halina ke??)
serious dah boleh makan, boleh kunyah. ulcer kat pipi sebab operate pun dah ok. teeheeee... seronok.. pas tu bajet bagus laa dah boleh makan, pakat makan rendang kat belah kiri. nak test dah betul2 boleh guna ke tak belah tu. uikkkk hasilnye tidak menghampakan. dah boleh makan.... hehehehhehehe....

mujur la buat MOS minggu lepas. ikut jadual aku kena buat semalam, tapi sebab raya dan exam, MOS terpaksa diawalkan sebab takut aku terganggu effect surgery tu. seminggu je aku dah heal sepenuhnye. alhamdulillah..... thnx Allah =)

okeyp, mau mencari makan di dapur. bye!!





dah jumpa babies baru. its not orange tapi coklat la....

Monday, November 15, 2010

Yang Sempurnakanku

1. Put your music library on shuffle

2. For each question, press the next button to get your answer

3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough!

4. Ok, go!


1) IF SOMEONE SAYS "IS THIS OK?" YOU SAY?
--> Fireflies-Owl City jom tgk kt Kuala Selangor

2) HOW WOULD YOU BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
--> Cooler Than Me-Mike Posner im cool dude

3) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
--> Hello Seattle-Owl City adakah ini bererti aku mencari org dari Seattle?

4) HOW DO YOU FEEL TODAY?
--> Tetap Mengerti-Kerispatih ok lahhh aku faham...

5) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
--> Kantoi-Zee Avi NOOOOOOOO!!!!!

6) WHAT IS YOUR MOTTO?
--> If We Ever Meet Again-Katy Perry ft. Timbaland hopefull we will

7) WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
--> Cintailah Aku Sepenuh Hati-Ari Lasso errr ni merujuk kpd diaorg ke merujuk kpd pe yg aku rasa kat diaorg??? mcm xcukup kasih sayang jeeee.... mamaaa....

8) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
--> Gone-Kelly Clarkson mau balik rumah.....

9) WHAT IS 2+2?
--> If I Had You-Adam Lambert tu kalau 1+1

10) WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
--> You And I Both-Jason Mraz yeahh dats it baybehhh!!!

11) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
--> Kembang Perawan-Gita Gutawa kira kalau lelaki tu...... ehem =)

12) WHAT IS YOUR LIFE STORY?
--> Jenuh-Rio Febrian kadang2 tu ade la....xde la smpai tahap bosan dgn idup...

13) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
--> Hate Me-Blue October erkkk??

14) WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
--> Lebih Dari Teman Biasa-Tilu best ahh playlist aku nihh. aeishh malu saye

15) WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
--> Starstruck-3OH13 uuuu wow ma. ur my rockstar

16) WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
--> Senyum-Aizat Amdan emmm boleh laaa

17) WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
--> The Only Exception-Paramore mmg sumpah seswai buat jadi lagu funeral

18) WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
--> Never Say Never-The Fray jgn mengaku kalah!!!

19) WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
--> How Could An Angel Break My Heart - yeahh.. nk tau mcm mn.. sob sob

20) WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
--> Fergielicious-Fergie hell yeah. thats u, my chicas

21)WHAT WILL YOU POST THIS AS?
--> Yang Sempunakanku-6th Sense





seronok gak buat benda ni bila bajet xde keje padahal ade berkoyan2 kerja menanti =p

Sunday, November 14, 2010

days, WEEKS, MONTHS, years

seperti yang kwn se-sekolah aku, daniel azere , cakap

roda takdir dan masa terus berputar


aku terus berfikir, betul gak tu.


i missed your company
there's A LOT of catching up to be done
take care wherever you are
see you in years to come





happy birthday to all these beautiful ladies of MRSM KKB, Sarah Jalil, Fatima Azzahara, and Izzatul Nadiah. may Allah bless you and grant all your wishes.

Thursday, November 11, 2010

Kawad Maut Sandakan

okay people, lets us discuss or talk about something different shall we? post terdahulu bnyk aku duk cite pasal life aku tapi hari ni aku nak share something ngan korang pasal satu benda yang mungkin korang tak tau, mungkin korang tau. aku nak cerita pasal Kawad Maut Sandakan atau lebih dikenali sebagai Sandakan Death Marches.

aku tau pasal kawad maut ni lepas tgk slot Suatu Ketika kat Astro Ria minggu lepas. kalau tak mampus aku tak tau pasal kawad ni.

so, what is kawad maut sandakan? kenapa aku nk cite pasal kawad maut sandakan ni? zaman bila ade kawad maut ni? sape yg berkawad? sape yg suruh mereka yg berkawad untuk berkawad?

sebelum tu peringatan untuk sesape yg tak suka baca entry panjang2, anda boleh lah ignore post ni. atau sesape yg xsuka sejarah masa zaman skolah dulu, pun boleh ignore post ni. tapi kalau korang nak dpt sikit pengetahuan am, blaja sejarah negara sendiri so that nnti klu org tnya xde la nganga je tak tau pape, maka aku sarankan teruskan lah baca entry ni.

okay Kawad Maut Sandakan adalah antara peristiwa kejam dan ngeri yang berlaku pada Perang Dunia Kedua sewaktu penjajahan Jepun kat negara kita. ok background kawad ni begini, seramai kira2 2700 tahanan perang Australia dan British dibawa ke Sandakan setelah Singapura menyerah kalah pada Februari 1942 akibat serangan tentera Jepun.

tahanan perang ni dibawa ke Sandakan sebab Jepun nak bina lapangan terbang kat sandakan supaya senang tentera dia nak landing. so tahanan ni pun buat la kerja.. bila lapangan terbang tu dah siap, tahanan perang ni masih lagi dijadikan tahanan dan di paksa menjadi kuli. masa tu, mereka semua tak dapat mknn yg cukup. tambah dgn medical treatment yg sememangnye tahap minimal sekali jadi ramai antara askar2 ni yang sakit sana, sakit sini. xcukup zat, dan badan diaorg pun dah jangkit scabies (sejenis penyakit kulit). dengan kena seksa begitu zalim sekali dan kena buat kerja berat nye, ade beberapa tahanan yang mati kat kem sandakan.

perjalanan Sandakan ke Ranau sejauh kira2 260 km

setelah beberapa ketika iaitu pada Januari 1945, komander jepun kem sandakan mengarahkan untuk menghantar seramai 455 org tahanan yg paling fit la dalm ramai2 yg tak sihat tu untuk ke kota kinabalu sebab masa tu Jepun agak tension dia mcm dah ade hint nak kalah. sepanjang perjalanan, ramai yang mati akibat kepenatan, dehydrated, atau sebab sakit2. kalau adepun yang berjaya sampai ke Kota Kinabalu pun, iaitu hanya 6 org je yg berjaya sampai ke kota kinabalu, mereka akhirnye mati kat sana.

seterusnye pada sekitar Mei 1945, kawad kedua telah disertai oleh 536 orang tahanan telah berlepas ke Ranau. mereka telah diberikan mknn yg sikit gila nak mampus dan of course medical tak yah kata la kan, dan mereka juga dikerah untuk mencari makanan untuk tentera Jepun. dalam ramai2 yang gi ke ranau tu, cuma 183 org je yg berjaya sampai ke Ranau. dalam pada masa yang sama, dua orang tentera Australia telah berjaya melarikan diri dan mereka diselamatkan oleh penduduk tempatan. mereka adalah Owen Campbell dan Richard 'Dick' Braithwaite.

kemudiannya pada Jun 1945, seramai 75 orang telah dikerah untuk berjalan dari Sandakan ke Ranau yang terletak 260km jauhnye. kira macam lebih kurang Kuantan-KL la jarak dia. kot. hehehhe.. dalam kawad kali ini, semua nye lemah2 belaka dan tak sampai 50km perjalanan, semua tahanan perang telah mati.



kini kerajaan Malaysia dgn kerjasama kerajaan Australia telah bersatu membina tugu peringatan bagi mereka yang telah tiada di Kundasang.







semasa dalam kem di Ranau juga ade 4 orang berjaya melarikan diri dari cengkaman kekejaman tentera Jepun (cehh ayat xbley blah) dan mereka juga telah diselamatkan oleh org tempatan. mereka diberi makan, dijaga dan disembunyikan dari pengetahuan tentera Jepun masa tu. mereka juga merupakan tentera Australia iaitu Nelson Short, William Sticpewich, William Moxham dan Keith Botterill.

semasa dalam ken, ramai juga tahanan yang mengalami tekanan perasaan sebab tgk kawan2 diaorang kena seksa. ade jugak yg tension sebab diaorg kat sana macam tunggu masa je bila nak kena n silap hari bulan kena bunuh dgn jepun. kesan psikologi tu sangat hebat sehingga tahanan yg berjaya melarikan diri tu trauma rentetan dari peristiwa tu. bila dia balik ke australia pun dia duk terbayang, ade yang terbawak dalam mimpi, dan macam2 lagi la

dalam kem juga, atau masa duk tgh kawad tu, beberapa telah mati akibat penyakit dysentery, atau dibiarkan mati kebuluran oleh tentera jepun. bayangkan, dari jadi askar yang tough tu, diaorang dah jadi sangat kurus sampai ade yang kata ade sesetengah tahanan yang luka2 tu nampak tulang siku dia.





Nelson Short, William Sticpewich, Keith Botterill, dan William Moxham bersama penduduk tempatan.

rentetan dari kawad maut tu, seramai 2434 tahanan perang telah pun meninggal dunia, 1787 merupakan tentera Australia manakala baki lagi 641 orang adalah tentera British.
cuma ade 6 orang je yang berjaya menyelamatkan diri dari ramai2 tu. bayangkan kalaulah diaorg ni tak escpae, semua tahanan perang yang ade semua mati. sedih betul.

mayat tahanan yang berjaya dijumpai telah dikebumikan di tanah perkuburan khas di Labuan. manakala bagi mayat yang tidak dijumpai, diingati di tugu peringatan yang ade di Kundasang dan Sandakan.




Charles Merry, seorang tentera Australia yang telah meninggal dunia semasa senjadi tahanan tentera Jepun



keberanian semua tahanan perang ni telah menjadi iktibar kepada semua orang. diaorag tak pernah mengalah even diseksa, sakit, tak cukup makan, terseksa jiwa raga..


berikut adalah gambar mereka yang berjaya melepaskan diri.


Richard 'Dick' Braithwaite

Owen Campbell

William Moxham


skrg, setelah 60 tahun, kita boleh trekking jalan yang diaorg pernah guna untuk ke Ranau dan kita boleh rasa kesusahan tahanan tu melalui jalan yg penuh mencabar dgn keadaan yg cukup lemah untuk ke Ranau. cuma bezanya sekarang ade beberapa trek yang dah dibangunkan sikit menjadi ladang kelapa sawit. satu hari nanti aku nak cabar diri aku jalan 260km dari Sandakan ke Ranau.

mungkin kalau korg baca ni, korg akan kata, alah, diaorg bukan askar melayu pun. buat ape nak heran. yes mmg diaorg bukan askar melayu tapi benda ni jadi kat negara kita, dan semangat perjuangan diaorg tu wajar diambil iktibar. even dia ade kat negara orang tapi diaorg tetap tak mengalah.

maka begulah sedikit sebanyak yang aku boleh share dgn korang pasal kawad maut sandakan ni. benda ni betul2 menarik minat aku sebab benda ni sangat dasyat dan bukti kekejaman tentera Jepun sewaktu pemerintahan mereka kat Tanah Melayu.




kan aku dah kata, entry ni panjang =P

Tuesday, November 9, 2010

i need LA

OPG aku. anak panah merah menunjukkan gigi yg dicabut (dah mcm buku teks budak skolah plak)


thanks for the memories. i will always remember you, my dear 28


we were an item. once. kau sngt memahami aku. aku tau kau sorang yg pemalu. dan sngt bertimbang rasa. tapi tu dulu..

sekarang kau dah lain. kau menjadi semakin ganas. kau terkinja-kinja nak tengok dunia luar. walaupun yang lain tak bagi kau keluar. tapi kau tak kira. nak keluar jugak even tak cukup ruang. kau tolak-tolak kawan kau yang lain. yang merana aku juga. kenapa nak keluar sangat? kan jaw aku ni kecik je. duk diam2 sudah.

setelah hampir dua jam bertarung dgn dr Bobo, akhirnye kau menyerah. berbekalkan dua LA yg setiap satu ade 1.8ml LA, setelah pulas sana, drill sini, korek sana sini. akhirnye kau berjaya dikeluarkan.

kau nak keluar sngt kan? hah puas tgk dunia??

makkaihhh bapak sakit gila MOS buang impacted molar ni rupenye. aku tak tau kenapa dgn aku, LA mcm tak brape nk jadi. lepas dr Bobo inject dan habis satu syringe ke catridge ke hape nama dia aku tak tau, dia nak toreh gusi aku. tetiba aku rasa sakit. padahal dah LA dah. dr Bobo check guna probe. mmg sakit. maka dr Bobo tambah lagi LA. tak cukup ke satu catridge LA? aku tnya dr, am i normal?? dr kata, hopefully yes. hehehehhe.. hopefully ye?? setelah beberapa minit n check tmpt luka tu, orait dah tak sakit. so operation diteruskan. dr Bobo guna segala bagai jenis batang besi besar yg mmg spesel untk oral surgery. tapi degil bebenor gigi nih. maka high speed tapered diamond bur diambil dan seterusnye bzzzzzzzzzzz. bersembur darah n air. pehhh ngeri plak aku rasa.

tekan sana pulas sini. akhirnye keluar gak gigi nih. ok masa untk menjahit luka. masa jarum yg mcm mata kail tu kena kat gusi aku, adoiii!!! sakit. so tambah lagi LA. dr tak caye aku sakit tapi seyes aku boleh rasa benang tu masuk segala. dan aku dh mcm tak tahan sakit kena jahit tu. dr bagi lagi LA. then nak jahit lagi satu luka. pun sakit jugak sebab jarum tu kena kat pipi aku. maka dr Bad, bukan ahmad badruddin ghazali ye, dr oral surgery babudak 3rd year n 4th year dipanggil untk jehit luka yg lagi satu nyer luka. ok dah siap semua segala. ade dua jahitan dlm mulut aku. weeeee... sukenye.... gigi yg dicabut td dh bg balik kat aku.

dapat dua hari MC, ubat PCM, diclofenac n clarithromycin. pehh sumpah menyayat hati sakit dia.

so people, again, jgn rindu gelak besar aku. dan perut, aku akan berlembut dgn kau selama 2 minggu ni. minggu depan kena gi clinic smula untk bukak jahitan. balik bilik je LA dah habis effect. sumpah sayu dan pilu pedih sakit dia. mmg seyes tak tipu punya. rasa nak gi clinic mintak lagi LA.




LA-local anesthesia (bius)
MOS-minor oral surgery


platelet, buat kerja anda dgn pantas ok? sayang awak.

Friday, November 5, 2010

i call her MUM

dari aku berusia 17 tahun sampai la skrg iaitu 21 tahun, aku sempat menjadi saksi beberapa perubahan pada mama. perubahan yg org xnampak. bukan fizikal tp more to the way she is with me. yg fizikal tu sorry la mmg aku kurang peka sket. kalau kau nak tnya aku korg dah kurus sikit ke, gemuk sikit ke, sorry la brader mmg aku xtau. unless kalau dari size XL tukar ke saiz S tu mmg aku perasan la.

anyway back to our topic hari ni.. aku nak listkan beberapa benda yang aku perasan pasal mama lately. yg aku duk kengkadang terfikir bila duk sorang2, bila berdating dgn Mr Tan, bila tgh mengelamun tunggu mata nak lelap..

  • kalau dulu mama mmg pantang betol kalau aku asyik merayap je keje nye tapi skrg even aku gi merayap dia tak kisah pun. well risau tu ade tapi tak membebel macam dulu2. kalau dulu, "berjalan je kejenye. bila nak study entah." tu je la yang aku dapat. tapi skrg aku siap cite lagi aku gi mana2, tunjuk jalan or tempat makan best yg aku dah gi ngan member2, sebab family aku bukan jenis slalu mkn luar sngt.

  • zaman muda dulu, selalu dapat ceramah motivasi ala-ala bebudak nak exam besau. ceramah berbunyi, "belajar elok2 kakak. mama xde benda nak bagi kat awak. ilmu je la." dan pelbagai lagi. even klu balik rumah pun kena study gak. aku yg pemalas nak study ni pun kena la study kan. pas tu klu dia call n time tu aku duk main game ke kt laptop, tgh online ke, hah siap la kena bebel. suruh study la. tu la. tapi sekarang tidak lagi (cakap gaya org iklan kt tv nun). skrg klu aku duk kt depan tv smpai kul 2 pagi pun dia xkisah. agaknye msti dia ckp mcm ni, "aihh anak dara aku ni, dah tak tau la nk ckp mcm mn suruh blaja". ohh one thing korg kena tau pasal mama, masa aku kecik2 dulu (skrg dh besar sikit okay???) she is very damn serious bout my studies. so dia dah a bit carried awak even masa aku kt PJ lagi. tp ke-serious-an dia tu kurang la sket banding dolu2.

  • mama skrg semua benda dia pakat nak cerita kat aku. EVERY SINGE THING. benda yg best, xbest, sedih, hepi, sega bagai la. nak ngadu, nk marah, nak gossip, semua pakat cite kat aku. uihh kalau dulu jgn harap la nak cite kat aku. pakat simpan sorg2 je segala benda.

  • aku semacam dh tau my mum's true colours. dia lebih kurang tak betul mcm aku. kengkadang lg tak betul. bila aku kat rumah, dia adalah aku kat UIA. boleh korg bayangkan mama mcm mn? kadang2 aku rasa aku mak, dia anak. aku terlebih matang, dia mcm budak2. seriously. tapi rasa mcm seronok sebab tu tanda kitaorg sekepala. bab nak kenakan org, mmg best. bab nak buat kerja gila, ketua adalah mak aku. bab hari malas sedunia, serah kat mak aku. dulu nak tgk dia mcm ni, hareeem. maybe time tu dia pun mcm busy uruskan arwah abah yg sakit kot. tu yg dia dedicated her life just to take care of abah. ni bila hubby terchenta dh xde, aku la yg jadi tempat dia nak buat pape.

  • dulu kalau nak berjalan ke tempat jauh dgn member, jgn harap la nak lepas. dulu masa kt pj gi genting ngan skulmate pun bukan main kena pujuk rayu baru dia bagi. tapi skrg, esok lusa nak gi KL, aku bgtau dia, dia relax je. just ckp, elok2 perangai tu. dulu takut nak mintak izin gi memana sbb tau msti mama bnyk ckp dulu, pas tu klu dia bg gi tu mmg miracle la org kata. tp skrg tak lagi.

  • dulu kalau aku kata aku ada program tu, program ni, meeting sana meeting sini, camping sana camping sini, dia bising. bila masa nak study yada yada yada.... tapi skrg aku just ckp je aku ade program tu ni minggu depan, aku ade meeting malam ni, malam esok, aku kena gi sana sini ade program, aku nak naik bukit sana sini, dia tak kisah pun. pesanan mcm biasa, elok2 perangai tu.

  • ni perubahan paling best. kalau dulu, dia bukan main lagi cakap mcm ni, "blaja dulu. tak yah nak cintan cintun. dah banyak dah hah tak kan tak serik lagi (ahh cehh xmenahan. bnyk ke cik kak? takat 1-2 tu pun nak kecoh ke??) blaja nnti awak dah keje nanti, tak yah awak cari org laki, org laki cari awak." ade bnyk lg la versi ayat yg aku dpt tp semua lebih kurg mcm tu la inti pati dia. tapi skrg....... makk aihhh dia yg melebih suruh aku cari bf. agaknye sbb tgk sian anak dara dia ni duk menjanda lama nak mati. dia pun dah tak menjanda, tapi anak dia ni je la duk sensorg. dia plak duk kenen2 kan aku dgn sipolan bin sipolan, suruh aku tackle senior2 aku, suruh aku tackle kenyit2 mata kt bebudak yg main masa aku gi USM aritu. 2 kali gak la dia pesan suruh kenyit mata. aku jawab "nnti ade dia tnya, 'ni duk kenyit mata kenapa? sakit mata?'", dgn selamba mama menjawab, "sakit la awak. boleh awak tolong checkkan?" adoiiyaii la haii mama... pernah sekali dia cite pasal budak laki mana ntah yg dia jumpa masa jogging kt taman gelora. dia duk cite mamat tu ensem la, body boleh tahan la... then the next day cite mamat tu tegur2 dia la.. adehh mama, ni nak kenen untuk kakak ke untk mama hemmm?


pape pun perubahan mama tu akurasa sbb aku dh besar skrg. dh 21 kott. xkn nk layan mcm budak lagi kan. n plus maybe sbb dia trust aku klu dia cite pape kt aku pun. pape yg dia buat tetap sweet pada aku. the sweetest woman ever. even kdg2 sakit jiwa gak la bila dia call pagi2 buta just nak suruh aku dgr lagu shahir dia, time tu aku mamai2 lagi. sakit jiwa jugak la bila dia dgn selamba perli aku dgn menyanyikan lagu wali band cari jodoh kat aku masa dlm kete sambil gelak2. tapi benda2 tu buat kitaorg jadi lagi rapat.

pasal cari bf tu mama, nnti kakak bawak balik la bakal menantu mama kayy? no worries tp klu by 27 kakak going solo gak, mama cari la bakal suami untk kakak. deal?





day one: mama merajuk aku tak nak tido dgn dia. 130am aku punggah bantal tido dgn dia.

Monday, November 1, 2010

YOU ARE




HYPOCRITE



is there any other words to describe how pathetic you are?
fake big fat liar
being somebody who is not you

my piece of advice





GET A LIFE




couldnt have a chance to see you to say how much i missed you