okay people, lets us discuss or talk about something different shall we? post terdahulu bnyk aku duk cite pasal life aku tapi hari ni aku nak share something ngan korang pasal satu benda yang mungkin korang tak tau, mungkin korang tau. aku nak cerita pasal Kawad Maut Sandakan atau lebih dikenali sebagai Sandakan Death Marches.
aku tau pasal kawad maut ni lepas tgk slot Suatu Ketika kat Astro Ria minggu lepas. kalau tak mampus aku tak tau pasal kawad ni.
so, what is kawad maut sandakan? kenapa aku nk cite pasal kawad maut sandakan ni? zaman bila ade kawad maut ni? sape yg berkawad? sape yg suruh mereka yg berkawad untuk berkawad?
sebelum tu peringatan untuk sesape yg tak suka baca entry panjang2, anda boleh lah ignore post ni. atau sesape yg xsuka sejarah masa zaman skolah dulu, pun boleh ignore post ni. tapi kalau korang nak dpt sikit pengetahuan am, blaja sejarah negara sendiri so that nnti klu org tnya xde la nganga je tak tau pape, maka aku sarankan teruskan lah baca entry ni.
okay Kawad Maut Sandakan adalah antara peristiwa kejam dan ngeri yang berlaku pada Perang Dunia Kedua sewaktu penjajahan Jepun kat negara kita. ok background kawad ni begini, seramai kira2 2700 tahanan perang Australia dan British dibawa ke Sandakan setelah Singapura menyerah kalah pada Februari 1942 akibat serangan tentera Jepun.
tahanan perang ni dibawa ke Sandakan sebab Jepun nak bina lapangan terbang kat sandakan supaya senang tentera dia nak landing. so tahanan ni pun buat la kerja.. bila lapangan terbang tu dah siap, tahanan perang ni masih lagi dijadikan tahanan dan di paksa menjadi kuli. masa tu, mereka semua tak dapat mknn yg cukup. tambah dgn medical treatment yg sememangnye tahap minimal sekali jadi ramai antara askar2 ni yang sakit sana, sakit sini. xcukup zat, dan badan diaorg pun dah jangkit scabies (sejenis penyakit kulit). dengan kena seksa begitu zalim sekali dan kena buat kerja berat nye, ade beberapa tahanan yang mati kat kem sandakan.
setelah beberapa ketika iaitu pada Januari 1945, komander jepun kem sandakan mengarahkan untuk menghantar seramai 455 org tahanan yg paling fit la dalm ramai2 yg tak sihat tu untuk ke kota kinabalu sebab masa tu Jepun agak tension dia mcm dah ade hint nak kalah. sepanjang perjalanan, ramai yang mati akibat kepenatan, dehydrated, atau sebab sakit2. kalau adepun yang berjaya sampai ke Kota Kinabalu pun, iaitu hanya 6 org je yg berjaya sampai ke kota kinabalu, mereka akhirnye mati kat sana.
seterusnye pada sekitar Mei 1945, kawad kedua telah disertai oleh 536 orang tahanan telah berlepas ke Ranau. mereka telah diberikan mknn yg sikit gila nak mampus dan of course medical tak yah kata la kan, dan mereka juga dikerah untuk mencari makanan untuk tentera Jepun. dalam ramai2 yang gi ke ranau tu, cuma 183 org je yg berjaya sampai ke Ranau. dalam pada masa yang sama, dua orang tentera Australia telah berjaya melarikan diri dan mereka diselamatkan oleh penduduk tempatan. mereka adalah Owen Campbell dan Richard 'Dick' Braithwaite.
kemudiannya pada Jun 1945, seramai 75 orang telah dikerah untuk berjalan dari Sandakan ke Ranau yang terletak 260km jauhnye. kira macam lebih kurang Kuantan-KL la jarak dia. kot. hehehhe.. dalam kawad kali ini, semua nye lemah2 belaka dan tak sampai 50km perjalanan, semua tahanan perang telah mati.
kini kerajaan Malaysia dgn kerjasama kerajaan Australia telah bersatu membina tugu peringatan bagi mereka yang telah tiada di Kundasang.
semasa dalam kem di Ranau juga ade 4 orang berjaya melarikan diri dari cengkaman kekejaman tentera Jepun (cehh ayat xbley blah) dan mereka juga telah diselamatkan oleh org tempatan. mereka diberi makan, dijaga dan disembunyikan dari pengetahuan tentera Jepun masa tu. mereka juga merupakan tentera Australia iaitu Nelson Short, William Sticpewich, William Moxham dan Keith Botterill.
semasa dalam ken, ramai juga tahanan yang mengalami tekanan perasaan sebab tgk kawan2 diaorang kena seksa. ade jugak yg tension sebab diaorg kat sana macam tunggu masa je bila nak kena n silap hari bulan kena bunuh dgn jepun. kesan psikologi tu sangat hebat sehingga tahanan yg berjaya melarikan diri tu trauma rentetan dari peristiwa tu. bila dia balik ke australia pun dia duk terbayang, ade yang terbawak dalam mimpi, dan macam2 lagi la
dalam kem juga, atau masa duk tgh kawad tu, beberapa telah mati akibat penyakit dysentery, atau dibiarkan mati kebuluran oleh tentera jepun. bayangkan, dari jadi askar yang tough tu, diaorang dah jadi sangat kurus sampai ade yang kata ade sesetengah tahanan yang luka2 tu nampak tulang siku dia.
Nelson Short, William Sticpewich, Keith Botterill, dan William Moxham bersama penduduk tempatan.
rentetan dari kawad maut tu, seramai 2434 tahanan perang telah pun meninggal dunia, 1787 merupakan tentera Australia manakala baki lagi 641 orang adalah tentera British.
cuma ade 6 orang je yang berjaya menyelamatkan diri dari ramai2 tu. bayangkan kalaulah diaorg ni tak escpae, semua tahanan perang yang ade semua mati. sedih betul.
mayat tahanan yang berjaya dijumpai telah dikebumikan di tanah perkuburan khas di Labuan. manakala bagi mayat yang tidak dijumpai, diingati di tugu peringatan yang ade di Kundasang dan Sandakan.
Charles Merry, seorang tentera Australia yang telah meninggal dunia semasa senjadi tahanan tentera Jepun
keberanian semua tahanan perang ni telah menjadi iktibar kepada semua orang. diaorag tak pernah mengalah even diseksa, sakit, tak cukup makan, terseksa jiwa raga..
berikut adalah gambar mereka yang berjaya melepaskan diri.
skrg, setelah 60 tahun, kita boleh trekking jalan yang diaorg pernah guna untuk ke Ranau dan kita boleh rasa kesusahan tahanan tu melalui jalan yg penuh mencabar dgn keadaan yg cukup lemah untuk ke Ranau. cuma bezanya sekarang ade beberapa trek yang dah dibangunkan sikit menjadi ladang kelapa sawit. satu hari nanti aku nak cabar diri aku jalan 260km dari Sandakan ke Ranau.
mungkin kalau korg baca ni, korg akan kata, alah, diaorg bukan askar melayu pun. buat ape nak heran. yes mmg diaorg bukan askar melayu tapi benda ni jadi kat negara kita, dan semangat perjuangan diaorg tu wajar diambil iktibar. even dia ade kat negara orang tapi diaorg tetap tak mengalah.
maka begulah sedikit sebanyak yang aku boleh share dgn korang pasal kawad maut sandakan ni. benda ni betul2 menarik minat aku sebab benda ni sangat dasyat dan bukti kekejaman tentera Jepun sewaktu pemerintahan mereka kat Tanah Melayu.
kan aku dah kata, entry ni panjang =P
Why I English
-
Assalamualaikum~
Rasa lama je tak blogging.
Anyway, haritu i ada buat video kat tiktok, and it suddenly gained so much
traction. I was so flabbergaste...
2 months ago
4 other fingers talking:
babee! miss you.do visit my new blog! tak la baru sgt :) dh tak guna dah the sweet tangerine tu
lahh ye ke? patut dulu try bukak dia kata blog tu tak wujud.
Interesting post..!!!
ahaha thnx keon.=)
nnti aku cari benda lain plak nak dijadikan cerita
Post a Comment