CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 23, 2011

rehat otak kejap

okey kita take...... err dalam 30 minit kot?? pas tu kita sambung study balik ok? jadi hari ni aku nak share dgn korg beberapa benda.. hari ni kita bercerita kosong je. xde topik yg spesifik gitu org kata. terfikir nak update ape ehh hari ni. nak bukak cerita pasal ape hari ni. pening gak fikir skali teringat ade beberapa gambar yang terjeruk dalam laptop nih. so jom kita bersharing story sket sementara aku nak take a break jap. (a ke izzati? dari tadi lagi break nye)

hemmm.. okeyh nnti makin berjela mengarut. bermula dengan satu tempat yang aku memang dah lama tak pergi. ade la dah dalam 3-4 minggu tak gi makan2 kat situ.. mana tempatnye????


sushi king

weeeee..... mmg hantu makanan jepun aku nih. (tetiba skrg ade mak cik guard buat announcement guna PA system kat kom suruh kteorg blah kul 12 mlm. lek lu mak cik /akak guard. malam masih muda. tak remaja la balik bilik kul 12)

ok sambung cite pasal sushi king tu. meal fav aku.. tori khomi set. mmg masyuukk. dia punye ayam tu mmg off the hook. rasa perapan sos special dia tuh. tambah kalau letak natsume skali lg sedap. dalam set tu ade miso soup yg jua sedap sekali. pehh ni dah stimulate gastic emptying cephalic phase dah nih.

tapi bila dah tengah tahun, bila scholar dah nak habis ni, aku gi sana takat makan sushi atas belt yg ade promotion tu je. makan 6 piring ade la dalam rm20. kira ok la tu lepas gian makan sushi.

okeyh habis cite pasal sushi kita cite pasal benda yang aku tetiba teringin nak pulak. haritu (ntah berapa minggu yg lepas) aku gi kuar mkn sushi (lagi) dgn roomate aku, fatima. pergi FOS n tengok ade satu room slippers yg comel gila.

ini la rupa slipper tu.

terasa mcm nak la pulak barang sepasang. saje gedik2 nak pakai. xde keje. ape motif aku nak benda tu aku pun xtau. ok kena masukkan dalam wishlist ditepi ruangan blog.

mimpi ape sampai aku satu hari smpai skrg rs mcm nak je slippers tu. konon kalau pakai tu terasa diri lebih comel dari hari-hari semalam la. kononnyee..... tetiba ade yang masuk toilet pakai slippers tu sebab mamai bangun tido je terus tak tukar slippers lain. masa tu menangis je la kau slipper comel tu dah basah kena air jamban yang dah boleh buat jadi spesimen lab microbes. terus bley blaja untuk ospe nanti.

okeyh dah banyak bebel. pharmaco bnyk lg kena cover. rasa dha lebih 30mins nih. esok aku update lagi ok.

sebelum tu aku nak pesan.....

gosok gigi sebelum tido.

kalau tak........

ahaa. nak ke? tamau kan??



okeyh seriously. sambung study la izzati. bye2!!











were you the mystery motor man i saw this evening? tell me yes please......

Friday, April 22, 2011

new addiction


adakah jejaka di atas saudara atau sepupu anda? jika benar sila angkat tangan macam usop wilcha (sambil buat tgn mcm usop)

jejaka diatas bukanlah sorang penyanyi terkenal satu dunia macam bruno mars. tak juga buat movie pasal diri sndri mcm justin bieber.

he is a Malaysian, young and free and the most important thing is....

HE IS EFFING TALENTED!!!

siapa dia yang aku suka gila ni?
nama dia imran, tapi nama komersial dia narmi. dia drummer one buck shot and he also singing solo. coolio!

such a talented young man, dia selalunya akan upload vids dia nyanyi kat youtube. korang boleh cari narmi2112. mana2 yang dipost oleh nama berkenaan, ha dia lah tu.

gadis2 diluar sana kalau cair dgr lagu dia dan rasa mcm nak buat jadi bf, harap maaf he's taken beybeh. dan kalau tak silap aku dia ade dedicate satu lagu untk cik awek dia. twirl is the name of the song. coolio.

lagu yang aku tngh gila skrg ni lagu baru dia, cair. music by he himself and lyrics by izaad amir. version dlm youtube tak lengkap. korg boleh tgk kat fb dia. sila tekan link ini. (cepat tekan sekarang, kalau tak dosa. Tuhan nampak.... =P)


awesomeness kot lagu dia. pehhh...

pada sape yang degil tak tekan link tu, ni lirik dia..


Oh indahnya
'pabila
khabarnya kau akanl tiba
dihadapanku
Jiwa resah menunggu
Fikiran pun bercelaru
menantimu


Tak kira apa pun menghalang, aku sanggup
Ku tahu kau pasti kan datang

chorus
Hanya kau mampu
Terangi malamku
Redupkan mata
Dan aku tersipu
Cair dihadapanmu./cair bila bersamamu



Hilang kawalan diri
Aku tersenyum sendiri
Memikirkan mu
Biarkan perasaan
Bawa ku terbang ke awan
aku tenang.

Walau pun hanya seketika ,
Dan kau pergi
Ku cari dan bawa mu semula
Ke sini

c/o
Hanya kau mampu
Terangi malamku
Redupkan mata
Dan aku tersipu
Cair.......
Hanya kau saja
Yang berikan rasa
Terindah oh
tiada lainnya.
Cair bila bersamamu


jgn lupa tgk lagu dia yg lain ok? confirm xkan rugi punya.





i dedicate this song to you =)

Thursday, April 21, 2011

of expected and unexpected things


esok (22hb april 2011) kat PWTC ade pesta buku antarabangsa kuala lumpur kat PWTC. yearly event yang memang dinanti-nanti pecinta buku yang sememangya sangat la kurang di malaysia ni.

kalau tahun lepas dia buat masa bulan mac, boleh la aku pergi, tapi tahun ni xdpt gi sebab ade exam. hancur berkecai lah harapan aku nak borong buku barang seguni dua.

harini, ade sorang hamba Allah ni ajak gi book fair esok pergi balik hari. aku dah excited. aku call mama mintak izin boleh tak nak pergi. n mama xbg pergi. sedih yang amat aku. alasan utama; banyak kuar berita org2 muda eksiden pergi berjalan dgn kawan2. dan alasan kedua beliau; book fair je pun, kat library tu berlambak buku tak terbaca jugak.

aku jadi sedih. kurang mood nak study. masa mandi aku cuba sedaya upaya nak menangis untuk lepaskan rasa sedih dan geram sebab xdpt pergi. tapi air mata ni tak nak keluar. sikit punya emo ayat aku reka untuk keluarkan air mata, kalah filem industan tapi still dia xmau keluar. aku jadi lagi geram. menangis la. aku nak nangis. supaya rasa lega tapi air mata tak nak keluar. usahkan keluar, bergenang kat kelopak pun x.

lalu aku nak sambung belajar untuk exam. aku mengadu pada sorang sahabat betapa sedih nye aku sebab xdpt gi book fair dan betapa geramnya aku sebab xdpt nangis. dan komen yang aku terima ; it is just a book fair. tindakan yang saling tak tumpah bagai mencurah minyak ke api.

it is NOT JUST a book fair.
it is a place filled with millions of books.
it is a heaven for me who adore books more than a hot dude with buff triceps and biceps, well build chest, and having 6 packs.
i am happy when i am surrounded by books.

kadang-kadang aku naik heran bila memikirkan bagaimana orang yang hidup dengan kita dah lama tapi still tak dapat nak terima hakikat bagaimana kita sebenarnya.
kita tak boleh nak expect orang akan berfikiran sama seperti kita. setiap individu itu berbeza. kalau passion seseorang itu jatuh terletak pada sesuatu yang kita tak suka, atau sesuatu yang kita fikir tak releven, cuba fikir, kalau semua org buat benda yang sama, tak ke bosan namanya tu.

bayangkan tanya abu hobinya ape, dia jawab main dam. tanya samad hobi ape, jawabnya main dam. tanya suresh hobi ape, main dam juga jawapannya. tak ke bosan namanya tu?

maka nanti xde la org yang hobinya main futsal. atau yang hobinya tido atau makan atau menjahit. maka nanti dunia ni permainan utama adalah dam. mainan yang jual adalah dam, xde dah wii, xbox, dota dan segala bagai. mesti bosan gila nak mati masa tu.

perbezaan ni la yang mengajar kita tentang orang2 di sekeliling kita. yang mengajar kita erti hidup. dan buat dunia ni satu tempat yang lebih seronok untuk didiami. betul x?
ok aku dah melalut jauh ni.

lesson yang aku belajar hari ni, 'there are times when strangers are like families and families are like strangers' ayat yang aku kutip dari buku Hlovate tajuk Rooftop Rant. satu ayat yang mmg dalam maksud dia.

families pada aku mengikut ayat diatas, aku anggap sebagai orang yang rapat dengan kita, tak kisah la family ke tak. yang bila mana kita berharap agar mereka faham tapi sebenarnya tak. (air mata tak nak keluar lagi)

kita terfikir macam mana orang yang jauh dari kita, bila kita bercerita dia boleh faham. dia boleh terima kekurangan dan kegemaran kita. walhal bukan jumpa tiap hari pun. bercakap setiap hari pun tak. macam mana?

kecewa masih ada. geram dah hampir habis. mujur la aku punya sifat marah tu mempunyai half life yang pendek. kalau la half life dia tu panjang, mak aihh.. bahaya. tapi half life kecewa tu lama gak la. hemmm.....

ok few more hours to Earth Day. esok ramai2 pakai baju hijau ok? dan kalau pergi kedai bawak shopping bag. pergi book fair pun bawak shopping bag. save plastic, save the environment. Happy Earth Day peeps!!







giliran aku pulak untuk terus berjuang di medan perang yang penghujungnya adalah apabila aku dijemput-Nya

Wednesday, April 20, 2011

TIPS MAKAN MASA EXAM

exam mood tiba lagi!!!

masa exam ni la semua duk dengan penuh khusyuk dan tawaduknye menghadap buku, belajar. masing2 dah tak ingat dunia baca buku. bagos bagos. itulah semangat yang kita mahukan!!!!

tapi malang sekali bila masa exam ni lah ade antara kita yang mengabaikan aspek pemakanan yang semestinya sangat penting. tak kira la musim exam ke tak, makan itu penting (ckp dgn penuh semangat!)

bila cerita pasal makan ni, semua org pun makan kan. semua suka makan right? but the question is......

betul ke cara kita makan tu?

aku tak kata cara aku makan tu mmg betol gila la. ikut skema WHO. tak. cuma kat sini aku nak share pasal tips pemakanan masa exam. sebab aku selalu dengar masa exam ni la ade org tak mau turun makan, makan biskut je, roti je, megi je.. ade yg xmkn lansung betapa dedicated nye dia pada study dia. ye lah semua duk study last minit, alik2 kan dah kena korban masa makan demi nak cover baca semua topik.

okeyh aku xmau cerita lebih2. kte tgk terus ape tips yang aku kutip kat sini sana setelah bertanya kepada pak haji google, bomoh terkenal selama 5 abad berturut-turut.


PERTAMA

Makanlah Makanan Yang Seimbang

seimbang dari segi carbs nye, protein nye, vitamins nye, lemaknye dan segala bagai. jgn la makan yang carbs terlebih tapi vitamins kurang. or lemak terlebih tapi vitamins haram xde. ooopss!! kena betul semua tu, check kat piramid makanan ok? semua tau kan piramid makanan. tak yah cerita panjang lebar la pasal piramid tu sebab semau dah tau. kat kotak cereal, susu pun semua ade tunjuk piramid tu.


KEDUA

Snek Yang Sihat

Oopsss!!

yang ni pun terkena batang idung sendiri. sebab depan mata ade gummy bear ngan asam. ngeeeee.... jgn ikut tuan punya blog ok adik2.... kalau tengah study tu makan la snacking yg sihat. contohnye buah2an. dah tu murah, sedap, sihat plak tu. bagus untuk kesihatan gigi lagi. (promote sket, kata ambik dentistry kan..)


kalau xde duit nak beli buah, beli carrot pun xpe. misalnye baby carrot yg comel lagi sedap tu mahal, beli la bapak carrot atau mummy carrot yg besar gabak kat pasar nun. murah pun ye, carrot jugak nama dia disamping mambantu ekonomi petani di malaysia =)

sambil baca tu kunyah la carrot nih, buah2 mana2 jgn kunyah jeruk sudah la. tak sihat namanye tuh.
mana yang terlebih duit nak spent tu, boleh la makan protein bar or muesli bar or granola bar. yang diatas ni brand Herbalife yang punya. boleh la order kat kawan2 aku yg jual bendalah ni. kayna, dede, dj, farahah, syider, tq, tiq... ade lg x nama yg aku xsebut? korg boleh tgk blog2 diaorg.

sedap dan mengenyangkan. buat jadi breakfast pun best. aku kalau tak sempat nak breakfast nestum aku makan je granola bar ngan susu sekotak. kenyang smpai tengahari.


KETIGA

Jangan Breakfast Berat-berat

nampak nasi lemak bawah ni?

sedap gilaks wa cakap sama lu... ade ayam lagi.

no no no no......
makan nasi lemak nnti ngantuk. xboleh. dah tu kolesterol lagi. nak tambah statistik pesakit jantung Malaysia ke? so jgn makan ok? kalau nak makan pun kadang2 je. xboleh selalu. bahaya.

breakfast yang ringan je. macam cereal ke, protein bar di atas tadi ke, atau boleh juga tanya kawan2 aku diatas tadi pasal shake breakfast yang ade. breakfast ni penting tau. jgn miss. it is the most important meal of the day.


KEEMPAT

Jangan Ambik Caffein Waktu Pagi Sebagai Ganti Breakfast

nnti asyik nak ke jamban je. wahahahhha.. xde la gurau je. tapi kalau aku tu lah yang terjadi.
pergi kedai kopi petang2 je pas ni ok?


KELIMA

Ambil Multivitamin

vitamin B ngan Omega 3 tu bagus untk otak. tapi xboleh ambik multivitamin ni sebarangan. nanti jadi toxic pada badan pulak. consult doctor dulu kalau nak ambik mana2 jenis suppliment. nanti elok nak mengelak penyakit, dapat sakit lain pulak.

kalau kita jaga makanan kita elok2, cara penyediaan makanan tu elok, kita tak perlu pun suppliment tu sebenarnya. tapi ada certain case yang memerlukan individu berkenaan untuk ambik suppliment. pape hal jumpa doktor ok?


KEENAM

Minum Air

air ni sangat penting. segala proses dlm badan perlukan air. so kalau xcukup air nanti ade yang sakit kepala la, xsegar bugar, kulit tak sihat, ngantuk je dan sebagainye.

air yang cukup juga penting untuk memastikan kita sentiasa peka dan fokus masa exam. (ecehh ayat xbley blah)

kalau tv kata minum 8 gelas air satu hari. tapi kayna kata minum air 3L sehari. jom kita bawak 2 botol air mineral besar ke library setiap hari. yoshh!!







ok tu saje lah tips yang aku nak share. benda ni aku xde la praktik sangat pun. just tetiba rasa nak share sebab penting. selain sebagai peringatan untuk aku, korg pun boleh try gak kan? boleh bgtau mak, mak cik, adik2, atau sape2 yg nak exam nanti.

untuk semua bebudak yang ambik exam selamat maju jaya aku ucapkan. study serious2, jgn main2. nak main2 nnti masa cuti 3 bulan okeyh. main la kau sampai muntah darah.





good luck to you too =)

Friday, April 15, 2011

sesi luahan perasaan

mungkin kau tak kan pernah rasa
peritnya derita yang pernah aku tanggung sebelum ini
yang dahulu kau hanya mampu melihat
dan yang dahulunya selalu kau tegur

biarkan dia
kasihankan dia
optimis
dia memang begitu

sekadar berbicara memang enak
tapi berat beban di bahu kecil siapakan tahu
ibarat bata merah menahan beban
setan konkrit padu

kau mahu aku terseksa seperti dulu?
aku bahagia begini aku selesa begini
tapi kau mahu aku derita seperti dahulu?
apakah kau manusia?

mungkin pada kau ia sekecil atom hydrogen
tapi pada aku ia seberat osmium
mata tak boleh menilai derita
selagi bahu tidak menanggung bersama

cukup dahulu aku pernah sakit
mungkin luka itu akan sembuh
tapi butuh waktu yang aku, kau dan dia sendiri tak tahu
bila, di mana, berapa lama?

cuba kau fahami apa yang aku rasa
jangan sekadar seakan faham
tapi selami sedalam-dalamnya
baru kau tahu mengapa aku begini

aku tidak marah
aku kecewa





mama suruh bawak cik na ngan tam duduk uia sebab diaorg nakal sngt kat rumah sekarang.

Sunday, April 10, 2011

pehh lama gila nak mati aku tak update blog nih. last update 15 march dulu. mmg lama gila la tu kan. bnyk keje kot time tu. masa bulan 3 tu mmg seyes xcukup masa nak bukak blog. nk online fb pun xde ms. aku yg slalu online suatu ketika dahulu pun masa baksis dulu ade la dekat nak sehari dua tak online. skrg ni plak jarang online sebab nak exam. n kengkadang sbb line internet x stable. so xdpt nk online slalu.

neway kali ni aku dah bukak log nih, aku nk cerita sket. nk update event rs mcm mmg berjela la aku nak cerita satu-satu. so aku upload gmbr (yg ntah bila nak habis upload aku pun xtau la) n aku cerita kt korg pasal gmbr tu.

ni nak promote event.

nnti pada sesape yg tak tau lagi tu, 22hb april smpai 1hb mei ni ade Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC. sesape gila buku tu boleh la dtg mengimarahkan program. dah dtg tu belikan aku komik barang se-kontena dua. kirim buku ngan kak chah satu sebab dia kata dia nak gi. aku xdpt gi sebab 3 mei aku aku ade professinal exam (dlm erti kata lain final exam la tu) so kena duk dlm uia je study.

lg satu benda nak promote,

tgk la Discovery Channel 2-3 hari ni. ade cerita pasal Pompeii: Back From The Dead, yang menceritakan tentang sejarah kota lama Pompeii zaman tamadun Rom kuno dolu-dolu yg ditimbus abu dan lava gunung berapi sebab kena balasan Tuhan atas perangai diaorg yg menjijiskan. kita boleh belajar sesuatu dari peristiwa tu. so jgn lupa tgk discovery channel (yg x subscribe, call astro cepat2. klu duk uia dtg kat library) 11hb april 2 petang ngan 16 april 11 pagi.



(ok jom tunggu gmbr di upload)








ok dh tunggu lama. internet lembab. see? ni yg aku malas nk online nih. kalau bawak laptop gi library alamat tak study la aku. dush dush!!

anyway kpd seniors 3rd year dentistry, gud luck untk exam pro yg tinggal seminggu je lg untk korg. study study!!






comel je bila sarah pergi rombongan skolah ke KL. aku dulu xde pun rombongan skolah. pergi mana2 pun sbb wakil skolah. =(