CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

kacang soya, kacang dhal dan kejujuran..

kalau malam semalam aku marah2, ini pagi suda tarak marah lagi. xmau la marah2 ni kan.. nnti bertambah kerut2 di muka tak pasal2 tua sebelum usia. malas aku nak fikir hal semalam, buat semak kepale otak je. harini ahad kan? kita rilek2 atas katil, golek2 sana sini sampai gedebuk jatuh katil mcm nangka busuk (okey itu aku).

aku rasa xperlu aku cerita lebih. semua dah sedia maklum esok umat Islam seluruh donia akan menyambut bulan Ramadhan. shahru ramadhan shahru barakah. ramadhan madrasah tarbiyah. achehhhh... speaking arab konon... poodahhh chett!!

(kat fly tgh pasang lgu baru. best tp xtau nama ape. ade encik bruno mars)

anyway, kalau nak cerita pasal bulan puasa ni, mmg xcukup hari nak cerita. dari kecik smpai besar mmg mcm2 cerita keluar pasal puasa nih. kalau yg duk ostel tu memasing beria la ank balik rumah konon nak celebrate puasa dgn parents. malang sekali tahun ni jatuh pada hari isnin, xdpt la korg balik rumah. xpe la.. pahala dan ganjaran ramadhan tu sama je kt ostel ke, kt rumah ke.. yg penting tu hengkau!! kih kih kih....

kalau bulan puasa, aku tetiba suka air soya. tak tau la kenape. maka akan selalu la beli air soya kat bazar ramadhan. ye lah, aku dah boleh kata 8 tahun aku spent ramadhan jauh dr family. jd mmg beli food kat bazar ramadhan je la. thun ni la baru aku dpt puasa sebulan penuh kat rumah. semua gara2 kerajaan suruh budak ipta masuk sem baru september ni. jadinye masuk uia smula pas raya. boleh la puasa sakan sket. tp yg xbrape best tu pengisian puasa tu, xde geng. aku sorg. org lain semua skolah, mama keje. adeihhh...

cita mana tadi? air soya kan? hah kalau air soya kat kedai tu, mesti cair. tawar. mcm hape je. mmg xmasyuk. kengkadang tu berhampas lagi ade ha. serdak2 soya tu boleh jadi keladak kat dasar gelas. tipu gila. agak2 ahh..

ok maka demi nak sngt air soya yg masyukk time bukak puasa, aku nekad nak buat homemade soy bean drink. ape susah, beli kacang soya kt kedai, rendam, blend, tapis, rebus. siap! mak aku pun kelmarin beliau telah membeli kacang soya kat satu super market dkt dgn rumah aku. dia beli yg jenis kau kaup, masuk dlm plastik, pas tu bayar.

xsempat aku tgk brape gram td tp yg pasti ade la dlm rm2.60 harga dia. maka aku pun nak la pilih2 kacang soya tu.. kot kalau ade yg buruk2, batu ke.. buang la kan. manual tau. xde mesin2 ni mcm kilang yeo's tu.

letak la semua kacang soya tu dlm nyiru. angpa tau dak nyiru tu menatang apa?

ni la nyiru. kang ade satgi jd mcm adik aku xkenai nyiru.

hat ni la yg dlm peribahasa "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". kat rumah aku ade mcm2 jenis. bulat, segi tiga, pentagon, heksagon, bentuk love.. ok itu menipu.

letak la soya tu atas nyiru nak pilih mn yg elok, mn yg tak. bukan nak tampi. xde nye keje nak tampi kacang soya. kau jgn buat keje gila eton, xde org tampi soya. tak pernah hayat.

pas aku letak tu aku spot something.....

aku punya eksaited nk cerita kt blog smpai xsempat nak bulatkan tang tengah2 kacang soya tu..



klu korg perhati betul2, kat tgh2 gmbr tu ade kacang separa bulat kaler kuning sket. jgn tertipu yg tuan2.. itu bukan kacang soya. tu kacang dhal. kang ade yg blend buat air, xpasal2 kena penampar jepun ngan mak mertua.

keji betol sape buat kerja terkutuk ni. ade ke dia pegi campur kacang soya dgn kacang dhal? tau la dua2 tu lebih kurang sama, tapi agak2 la bai. xyah la smpai nk kaut keuntungan, kau campur dhal dgn soya. mentang2 dhal tu rata2 mamak2 je yg beli sebab nak buat kuah roti canai, yg kacang soya ni ramai org beli, kau pergi campur kan dhal dgn soya.

cube jujur sket dlm berniaga tu. patut la kampeni kau sikit punya feymes. penipu rupenye. kuang ajo punya peniaga. kan nabi xajar kita menipu dlm berniaga.


"alah.. tokey tu bukan muslim pun kak.. dia mana tau pahala dosa ni.." kata cik gayah


aku percaya dan yakin, xde satu pun agama atas muka bumi ni, yg bagi penganut dia menipu dlm perniagaan ye dak? mesti semua agama mengajar penganut2 mereka supaya jujur dan ikhlas. derr, tu benda simple. takkan tu pun gua nak ajar??

tu kes kacang dhal dgn soya. kalau kat pasar ikan tu, kalau beli dgn silap org bahaya betul. trick dia ape kau tau, longgokkan ikan dia tu, depan2 atas2 hat cantik, hat bawah, blakang2 yg dkt dgn dia tu hat dh xelok, dh pecah perut. tu dia lumrah dunia skrg. tp ye la.. aku tak kata semua org mcm tu. ade gak yg baik. yg jujur.. ni yg xjujur ni yg bikin gua panas!

kalau pun kita nak mencari rezeki yg bnyk, takkan kita nak menipu dan tidak jujur? tak pulak xberkat rezeki yg kau bawak balik bg anak bini kau makan? cuba kau jawab sket. cuba contohi sket Nabi masa dia berniaga mcm mn. aku rs2 la kan, klu org berniaga tu ikhlas, jujur, lg org suka pi beli kt kedai dia.

uihh pnjg betoi tazkirah pra ramadhan kita kali ni. amboihhh... xmenahan aku.

sambung cerita kacang soya tadi. aku pun dgn penuh rasa kesabaran asingkan kacang dhal dri kacang soya tu. mujur la xde la smpai separuh kacang dhal, klu x mmg aku pulang balik soya tu kat kedai tu. jiwa kacau sungguh.

dhal-free soy bean


korg nak tau brape bnyk kacang dhal yg ade dlm rm2.60 kacang soya yg mak aku beli? hah ni dia. tgk kt bwh ni..



huk alohh.. sikit je tu..


sikit tu mmg la pada kau. tp aku pandang serius kot benda ni. buat naya kt pengguna je wehh klu peniaga buat mcm ni.

tu soya dgn dhal, ikan buruk dgn ikan fresh. kalau gula? agak2 diaorg yg nk mengejar keuntungan ni nak letak ape?? msti untung habis klu tipu. org mesia ni kan kaki gula. beli gula sebulan kalau tak sepuluh kilo tak sah. ok mungkin agak keterlaluan disitu.

nasihat aku pada peniaga2 diluar sana, pesan aku sudah2 la keje kencing kastemer ni. ko kencing org ko suka ann? cuba kalau org kencing kat kau? beli garam tp dh bercampur pasir. ape lu rasa? panas? bengkek? tau pun. kalau kita tak suka, jgn buat kat org lain.

okeyh skrg soya tgh berendam.. tunggu kulit tertanggal dari kacang dia, baru boleh blend. hihihihihi....... jgn jeles ye aku minum homemade soya bulan puasa ni. =P








ngantuk oiii!

2 other fingers talking:

Amal said...

hehe...kita ade satu kawan yg ckp: kalau die menipu bukan die yg salah tapi org lain yg bodoh...haha... Pastu mcm erkk...tataw na reply ape...huhu...

Farah Azmi said...

hahahahaha.. kalau aku, aku pun xtau nk ckp ape dh kt org berkenaan. kih kih kih...

Post a Comment