CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 24, 2012

menengok budak kecik duk asrama.....

khamis lepas (19hb Julai 2012) aku telah berangkat ke negeri Indera Kayangan dengan menaiki bas Utama Express pada jam 9.00 malam.. perjalanan hampir 10 jam buat habis badan2 aku lenguh2 (sakit pungkok weyh duk lama2!!!!) 

apekah motif nak pergi berjalan jauh kemain sampai ke sempadan sana? 

sebab nak gi kawen lari la derrr.... 

ohh tidak. maunya aku kena hambat dgn parang dek mak aku nnti. aku telah dihantar oleh mak aku sebagai wakil beliau untuk menziarahi adik aku, Cik Sarah yg tengah bermain-main dan melompat2 dgn penuh girang di MRSM Beseri nun. dah nak puasa ni (time tu lah, time tgh tulis post ni dah 4 hari puasa pun) mak aku nk kirim bekalan untk dia. kurma ngan serunding.. 

jadi pagi jumaat tu dah sampai perlis.. kali kedua aku jejak kaki ke bumi perlis yg mmg hangat gila weyh!!!! awat hangat ngat nih?? sepanjang jumaat tu xde buat pape pun. just pegi skolah dia n lepak2 lat skolah dia. tu je. ohh btw, aku tido kat hostel budak kecik tu. so accomodation FOC. hehehe.. jimat disitu kan..... mkn pun makanan DS dia je. hihi...

pada hari sabtu pula barulah kami berjalan2 sampai tak hengat donia, sabtu tu puasa.. so mula2 skali kami ke arau nak menjemput tetamu khas yg dihangkut oleh train dari KL Central, tak lain tak bukan encik Daniel Azere lah!! hihihi... 


kat stesen arau tu sampai ade la dlm kul 9 mcm tu. ke 9 lebih aku pun xingt dah. tunggu la kejap kat sana sebab nak beli tiket train (kaunter tiket bukak kul 10) balik ptg sabtu tu jugak sebab kalau balik hari ahad, encik Daniel nk ke skolah hari isnin tu, dan dia juga xde tempat tido di perlis. maka kami pulang ke KL ptg sabtu tu jugak.

tiket dah beli. wah wah eksaited terlebih makkk!! ni first time nk naik train nih weyh!! so tiket train kul 7.06 mlm dari stesen Arau ke KL Central. kena ade kat stesen kul 6.45ptg. okey.. bereh!!

lepas dah beli tiket kami gerak ke kangar, nak beli2 barang bagai sampai lah pukul 1 lebih mcm tu membeli belah bagai.. lepas tu mcm dah xtau nk buat ape. hari panas, bulan puasa plak tu. Dan dgn beg2 nya lagi, tu belum kira brg2 Sarah yg beli kemain banyak nye.. jadi kami decide kami nak sewa kete mak kawan Sarah dan berjalan2 di sekitar perlis. hihihi... berjalan bajet la mcm tau sngt jln kat perlis tu kan. xpe, GPS bergerak ade. =P

kami ke Padang Besar, cuma lalu2 je xsinggah pun sebab xde pape pun kat sana. plus aku dah pernah pegi aritu ms hantar Sarah dgn mama n uncle n adam. buat tambah penat je jln2 time2 panas bulan puasa nih. maka kami ke destinasi seterusnya.....


GUA KELAM!!!

tapi xtau la knape dia tutup. pelik aku. kata mak kawan Sarah, dah lama dia tutup. ade emas kot kat situ... =P

since kat luar tu ade mcm sungai sket, kteorg just duk tepi sungai lepak2 je.. niat asal Dan nak basuh muka freshen up sket tapi terbantut niat beliau demi melihatkan air sungai yg x gaya mcm mengalir pun. kaler pun coklat je xmenarik agaknya.. geli mak.

aku ngan Sarah celup2 tangan dlm air je. boleh tahan sejuk air dia. pastu ade la sekumpulan anak muda ni duk mandi2 berandam dalam air sungai tu bajet bukan bulan puasa. ish3.. apa ni jd xtau!! =P

 yeah... muka penat sudah..

lepas dari Gua Kelam hari pun dah pukul 3 lebih almost 4 mcm tu, kami decide nak balik. hantar sarah ke hostel dia. sebelum tu pergi pasar malam kat depan skolah dia beli pulut panggang ngan murtabak bekal berbuka dlm train nnti. sarah beli benda yg sama tambah air kelapa sebijik untk berbuka dia nnti.

lepas tu aku ke bilik sarah untk ambik barang.. mandi2 dan solat bagai.. dalam pukul 5 mcm tu baru lah gerak ke rumah mak kawan sarah untk pulangkan kereta sewa dia. sebelum tu sempat la bg duit belanja sket kat budak kecik tu, n pesan jgn nk main je keje nye, menggatal sana sini, belajau nun. hihi.. ade gaya kakak mee-tali x? =P

lepas hantar kete ke rumah mak kawan sarah tu, kami gerak ke Arau semula. sampai la sana dlm pukul 6 mcm tu. mmg nak smpai dlm kul 6 pun sebab Dan nak mandi2 dan solat  bagai.. kami pun tunggu train......

pukul 7.00 mcm tu org buat announcement suruh tggu kat platform. weeee... xsabaunyewwww!!!

ok sabar budak jakun sabar... 

good thing barang xde banyak mana. cuma ade la bwk bekal untk makan2 berbuka ngan sahur dlm train nnti. air kotak, air mineral, roti dan segala bagai..

huwah huwah train suda sampai!!!!!

okey cari mane 1 coach kitaorg.. Lx2.. dah masuk tu cari seat pulak. kteorg pilih seat katil sebab 10 hours kan, malam pulak tu, best sket nak tido. okey actually aku yg decide, Dan ikut je. hihihi.. aku tido katil atas, dia tido katil bawah. tapi time xtido tu aku duk bawah. makan2 pun kat bawah.

tu dia budak rongak yg jauk xpenah naik train!!

bila sampai waktu berbuka kteorg melantak air sampai dua-dua kembung. murtabak xsentuh pun. huhuhu.. xbley gerak dia punya kembung tu. jadi aku tido jap naik atas. dalam kul 11 lebih tu terjaga pastu baru la makan murtabak tu. time tu baru la lapar.

sambung tido semula tapi aku xlena sngt tido. sbb kdg2 time train berhenti aku terjaga. pastu sambung tido smula. pastu terjaga balik. dalam kul 4 mcm tu dah sampai Tanjung Malim. wuuu sedih.. tamau turun train... xpuas lagi naik train.. 430 kami ke toilet cuci muka, gosok gigi bagai pastu sahur.. hihihi..

makan roti dgn nutella, cupcakes mak Dan buat (sedap yg choc tu.. serious.....) teguk air milo.. dah kenyang.. time tu dah sampai Sungai Buloh.. sedihnye xlama lg nak sampai KL Central. tamau turun!!

dalam pukul 545pagi mcm tu baru la sampai KL Central. cakap babai kat train.. nnti kteorg naik lg ehh? pastu dduk kat ruang menunggu kat KFC KL Central tu kejap, ade org tu ngantuk lagi. kikiki... aku dah xbley tdo dah.
hihihi..... =P

then masuk surau n duduk dlm surau sampai la pukul 730pagi. jauh lg perjalanan aku ni baru nk smpai kuantan. maka kami naik LRT ke gombak lepas tu ambik bas masuk UIA sbb nak ambik kete Dan n gerak ke pekeliling. barang banyak, dia malas nak ulang-alik naik train tuka2 train bagai. maka sebab itulah kami ke UIA terus. dalam kul 9 lebih dah sampai Pekeliling.

bajet nak beli tiekt bas pukul 12-2 mcm tu sebab smpai kuantan nnti xde la petang sangat.. alik2 ambik kau!! semua tiket petang habis. yang tinggal cuma bas Bulan Restu pukul 6ptg. mama dah bising sebab ptg sngt, lama sngt kat KL ntah xtau nk duk mana. tapi nk buat mcm mn.. bas lain yg lagi awl dari tu xde so aku ambik je la. fikir jugak nnti ptg Dan kena balik rumah berbuka dgn family dia. kalau jln jem mcm mn? rs bersalah disitu.. tp ye lah kan, Dan being Dan, dia kata ok je, dia tggu smpai kul 6 bru dia balik rumah. fine. so aku pun beli tiket.

jadi dari kul 10 sampai kul 6 tu nak buat ape??? maka berlakulah satu sindiket penculikan yang xde la brape nk berjaya sngt sebab penculik pun xtau nk culik pegi mana. hahaha... tp first2 tu pegi putrajaya.. pusing2 sampai kul 11lebih mcm tu. lepas tu dah xtau nk gi mana. maka Dan cakap..

"pergi Seremban nak?"

jadi kami pun ke Seremban. masuk Seremban Parade, tengok kolej lama dia, tengok tapak bazar ramadhan terbesar kat mesia, pastu balik KL semula dlm kul 3 lebih almost 4 sampai KL. lepas tu ke Wangsa Walk berjalan lagi. pastu ke Jusco nak beli takoyaki fav haku untk bekal berbuka dlm bas ngan McD.

pukul 5 ke Pekeliling bajet2 jln jem tapi xpun. last2 ambik kau 10 minit je nk ke pekeliling tu. duk la tggu bas lama tercanguk kat pekeliling tu. lepas cakap babai kat hencek Daniel bas pun gerak.. aku berbuka kat Temerloh ngam2 pak cik bas stop kat hentian RnR Temerloh tu dah berbuka. dalam kul 930mlm aku sampai kuantan n mama ambik kat terminal. punya la penat sampai2 tu je aku mandi pastu tido xsedarkan diri. barang pun xkemas pape pun lagi.

jadi tu lah dia... almost 3 hari trip yg bwk aku pegi ntah brape negeri aku pun xtau la. paling best bila dapat naik train!! weeee.... =D

thnx untk hencek Daniel Azere kita sebab kalau dia xteman kan aku naik train, mak aku xbagi aku naik train sorg2 n xdpt la aku naik train pastu berangan konon mcm cte Harry Potter. hihihi... teman smpai ke perlis, ni yg syg lebih ni! ni yg nk jd menantu pak cik Azemi nih! (amboihh gatal kau nyahh!!) deym rugi xpegi Siam dah alang2 ke Padang Besar kan? =P

trip yg mmg xkn pernah lupa. thnx to mama sbb bg pegi Perlis sorg2 dari Kuantan n bg naik train jauh2 for the first time. hihi.. mmg syg tiada tandingan lah!!






lepas ni naik ETS pegi Ipoh plak ehh? =D

2 other fingers talking:

H A N said...

ooo...patutlah nak sangat naik train tu... nak feeling2 harry potter ke :p

Farah Azmi said...

haha.. ooops! alamak! terkantoi sudah.. =P

tp ms skolah dulu2 mmg rs sedih asal la xde keteapi kat kuantan. klu xmmg dah lama aku naik kete api balik skolah. baru betul dpt feel Harry Potter!! =D

Post a Comment