CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 6, 2012

projek cuti sekolah (#2): Lemon Cheese Cake

jangan kau tanya apesal kek nih kecik cinonet aje. harus diketahui manusia yg menghuni rumah aku ni kurang suka akan cheese cake. jadi nya mmg aku buat custom made petit sized lemon cheese cake.. 


camera tertinggal kat hostel. apa mau buat....


ini resepi ade dalam buku cupcakes yang encik daniel azere bagi kat aku. tetiba rajin nak buat sebab ade cream cheese yg xguna time nk buat red velvet aritu. jadi alang2 dah ade, kita buat lah! ye dak?

baiklah tanp membuang masa lagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. ini dia bahan2 yang kita perlu ye kalau kita nak buat cheese cake yg masyuk nih..


  • 100 g biskut mudah hadam yg manis
  • 50g butter yang dicairkan
  • 2 x 250g peket cream cheese yang dah dilembutkan pada suhu bilik
  • 2 sudu besar hirisan kulit lemon
  • setengah cawan gula kastor
  • 2 bijik telur
  • satu sudu teh esen vanilla (yg ni aku saje letak)

okey untuk crust dia, ambik biskut tuh dan korang hancur2kan dia. boleh pilih sama ada nak blend atau sumbat dlm food processor. aku blend kan haje. lepas blend semua bagai, masukkan melted butter tadi.. gaul gaul dia dan letak kat dalam bekas yag korang nak guna. padat-padat kan dia dan sumbat masuk dalam fridge untuk 30minit..

okey sementara nak tunggu 30 minit tu, boleh la ready2 untuk lapisan cheese kat atas tuh. okey first korang pukul cream cheese dengan gula sampai dia lembut fluffy2 mcm tu. then masukkan kulit lemon. time ni aku duk rasa2 tadi masuk dalam mulut "homai sodap gilooo!!!" rasa masam2 manis mcm ade carnival dlm mulut aku. tambah dgn cheese lagi. wallahhh!!

okey lepas pukul segala benda tu, masukkan telur dengan esen vanilla. pukul2 lagi sampai sebati lepas tu korang letak la kat atas crust biskut yang korang dah buat tadi. lepas tu boleh start bakar..

nak bakar cheese cake ni ade cara dia.. dia kena bakar dalam waterbath. caranya senang je.. korang balut bekas pembakar yg korang guna dgn aluminium foil. lepas tu korang masukkan bekas pembakar tu dalam bekas lain yg lebih besar saiznya berisi air. tujuannya nak kekalkan moist pada cheesecake tu. tips ni aku belajar malam tadi dengan kawan skolah aku, Aaron yang skrg sudah menjadi seorang chef di Hayatt KL. wahh gitu! 

nak tau dah masak ke x, tekan2 bila dia firm tu ok lah. jgn cucuk2 mcm buat kek biasa sudah. 

okey slice kedua sudah habis, nak masuk slice ketiga. lupa nak bgtau.. aku xminat sangat cheese cake tapi kek ni aku boleh telan sebab dia xde rasa cheese sangat. mungkin berlawan dgn rasa lemon tu kot. tapi serious sedap. tarak tipu punya. 

and ohh, yang ni resepi sebenar ye. yang petit sized cheese cake aku tuh, aku guna separuh dari sukatan asal. kalau sape2 nak buat first trial boleh kurangkan half dari ingredients dia..







caramel mud cake bila plak nak buat nih? kikiki...

2 other fingers talking:

aZReEn said...

farah!!! aku da lame nk tau cmne nk wat base kek yg dr biskut tu...waaaaa macehhh!!!1

Farah Azmi said...

haha.. came-came... buat la guna oreo ke.. graham cracker ke.. jgn guna biskut tiger. xsedap.

Post a Comment