CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 31, 2010

orang kaya baru

bila JPA masuk duit, semua la bebudak2 ni jadi org kaya baru express. macam-macam hal la yg diaorg duk guna guna duit tu. membeli mcm sakan haa.

klu org tnya aku pe yg aku beli untk scholar ni??

aku jwb brg2 muka aku, since segala keperluan dh habis n guna satu brand ni ingtkan cambest la rupenye haram rosak muka aku jdnye ha. maka terus ke parkson berjumpa yvonne dan membeli brg2. dah beli tu dpt shopping voucher rm 120. bnyk tu... so pe lg, trus aku kebas handbag seketul buat gi berjalan2. nk gi class, dh ade plan nk pkai beg pe. lebih shopping voucher tu bg kt mama, adam n sarah untk beli pape yg diaorg nk.

then tadi aku ke popular, beli buku yg mmg tgh gian nk bc skrg. aku borong 3 buku. ikutkan hati nk beli 5-6 buku tp lek lu.. sabar.. dh habis bc semua 3 buku, beli lain plak. satu satu ehh izzati.

ni lah dia buku yg aku beli. dh lama aim bukku me n mr darcy tu.

typical chic flicks novels. biasa la kan.. hehehhehehe... xpe la buat jd bedtime story aku. musim2 ujan ni, duk dlm blanky, sambil bc novel, best gak pe. mmg musim ni buat mood aku jd jiwang karat marat. dgn ujan renyai2 manje2 gitu, bc buku sedemikian rupa nye. hemm... awak di sana, jgn tackle saya ok? nnti ade saya ajak kawen nnti.


so planning nk start dgn buku yg dh lama aim. Me and Mr Darcy. cite pasal dia jumpe the real life Mr Darcy. cte dia klaka. (dh bc few pages. not bad.)

seterusnye nk bc Rumors Has It. cite ni pasal org yg suke kt org lain yg teruk tp depan mata dia ad org yg mmg superb gila nk buat jd bf tp dia xsedar2 gak.

dan akhir skali bc Corduroy Mansions. not sure cite dia mcm mn tp who cares. i just love reading. so yeah, org2 dia luar sana yg pernah suatu ketika ingt aku ni bkn kaki buku, bkn jenis yg layan kedai buku, library, pesta buku, jualan buku murah2, harap maaf sangkaan anda salah. instead, i can spend hours in a bookstore. lg suka klu gi tmpt yg penuh dgn buku2 lama 2nd hand, charity shop jual buku2 lama. best sbb kat situ ade buku lama yg best n harga pun murah so dpt borong lg bnyk. mwahahahahaha... (gelak evil)

okeyh, aku nk gi sambung baca. selamat semua!!!





filani fauzi cepat balik!!!

Wednesday, December 29, 2010

MEAOWWW......

burbbb.. alhamdulillah....

masa : pagi sekitar 830pagi
tempat : polyclinic uia dental chair 32

filzri-weh jom tgk bola mlm ni.
aku-serious la?
filzri-haah serious lah.
aku-ok. kt mn?
filzri-tgk la, kt celup ke, taj ke. nnti aku bgtau.


**********

masa- sekitar 10 pagi
tempat : student lounge KOD

fara alia-wehh farah azmi, jom tgk bola mlm ni.
aku-ok2 bley gak ade geng tgk bola. mane?
fara alia-tak tau la. ikut tgk kt mana dulu. tapi aku tak nk tgk kt celup. celup rmai budak laki uia. aku malas la..
aku-hemmm.. aku tak kisah mane2 asal dpt tgk. tp ko kena ambik aku kt ostel sbb amal tak layan bola, so aku xde transport.
fara alia-ok. meh sini number ko. aku msg klu pape.


**********


masa : sekitar 5 ptg
tempat : lab prostho KOD

aku-filzri, nk tgk mane ni? ujan ni.
filzri-ntah la. fara alia xmau celup kan?
aku-hemm tu lah. so mcm mn ehh? ko tgk ngan sape lg?
filzri-dgn member2 budak allied, tp tu klu tgk kt celup la.
aku-nabil? budak skolah aku?
filzri-haah. tak pe lah weh nnti aku msg mcm mn.
aku-orait. tarak hal punya.



**********


masa : sekitar 630 ptg
tempat : asrama T3 UIA


fara alia-aku tak jadi gi celebrate behday kwn aku sbb ujan. ko on lg tak tgk bola mlm ni? satu hal lg, aku tak kisah nk tgk mane2 pun.
aku-ohh ye ke? aku on je. nnti aku tnya filzri tgk kt mana.

(msg la filzri tnya tgk kt mana)

aku-wehh fara, ko ambik aku kt KOP bley x? aku gi dgr talk jap. pas tu gerak la tgk bola.
fara alia-ok nnti aku dh smpai KOP aku call. dlm 745 aku ambik ko keyh?
aku-wokeyh beybeh!!


**********


masa : sekitar 810 malam
tempat : kereta fara alia

fara alia-wehh kita nk tgk kt mn ni?
filzri-jom try tgk kt blakang ECM, ade mcm mamak situ.
fara alia-screen besar x?
filzri-boleh la. jom ahh try.

(gerak ke blakang ECM)

fara alia-astro la, sekat2. xbest. jom cari tempat lain.
aku-tu la. ramai gila plak tu. jom.

(pusing2 sekitar blakang ECM)

fara alia-ha ha ha ni wehh. screen besar, tak sekat. jom jom jom.

(filzri parking kereta, meredah hujan ke restoran laksamana kot nama kedai makan tu)



haa pe lagi, berkampung la situ barang sejam lebih tgk bola malaysia lwn indonesia. mkn2 kenyang, syok tgk bola lg. mmg malam yg masyuk habis.

congrats untk team malaysia sebab menang final aff suzuki cup 2010. congrats untk raja gopal sbb berjaya mendidik anak2 buah dgn begitu mantak sekali. tahniah untk goalie kita, khairul fhmi yg sungguh hebat menangkap bola ibarat tgn bermagnet. bgus2. team yg makin lama makim mantap. dulu kalahkan south korea, pas ni boleh la msuk WC =)




mode-hibernating

Monday, December 27, 2010

jari jemari bercerita lagi!!!

hye tehh... ape cite teh kusayang??


wahhhhh lama nye tak update blog ni!!!! sebab dah lama tak update, aku ade berbagai story nak story kt korg smua. sila sediakan eyemo kot kalau letih mata nk nagdap laptop bc entry panjang kali ni.

okeyh cerita pertama, tentulah berkisar tentang kuceng terchenta (ecehh berkisar tuuuu)

weekend ritu balik jumpe kuceng terchinta. owh rindu2 dh 2 minggu xjumpe. xusap2 teh, tak garu tam, tak main dgn gary, tak main kejar2 dgn 3 babies baru, choki, mona n MK.

Choki yg cekeding. dlm ramai2 adik beradik dia, dia la yg paling keding skali.

ni plak mona kimona (mama bagi nama)

mona ni sngt best main dgn dia!!! sngt aktif. suka lompat sana sini. lari2. seyes best. tp paling best si MK. sebab MK ni TEMUKKK TANGAT (asal ckp mcm pompuan gedik ni??). seyes gedempol si MK ni. kalau pegang tu rs mcm pgg bebola bulu yg lebat. MK kuat makan. org bg mak dia mkn, dia yg sama naik makan skali. xtau malu btl.

ok enuf ckp pasal kuceng tersayang, jom aku story pe jadi minggu lepas. seminggu tak update an??

awe ke KOP (kulliyyah of pharmacy) nyer cafe sbb nk tnya pasal pinggan mangkuk untk ladies nite. smpai sna tgk2 meter kete amal 9997. so amal nekad nak jadikan dia 9999. so ape yg kitaorg buat?? kiteorg bantai pusing satu KOP, tawaf satu UIA nak jadikan dia 9999. dan akhirnyaaaa.....



MISSION ACCOMPLISHED

pas tu nak kuar jap gi ambik brg kt kedai mama, sampai kt masjid UIA, dia jd 10000. pe lg. tangkap gmbr, jgn x tngkap. kenangan tu beb!!


hehehehhehe.... masa ni mmg best gila dia nyer feeling. pas ni nk tggu 10101 plak.tp mcm dh terlepas je. sbb ritu amal balik umah so msti la dh lari meter tu. xpe lah. buat jd 11000 plak.

ok cerita seterusnya yg aku nk story..
ad bnyk ni, nk qada' seminggu punye cerita kan??

nak hire bibik untk sehari tolong kemas bilik untk sebulan ni boleh tak. xde masa untuk mengurus diri sendiri. kalau dulu ade la masa nak duduk2 tepek bunga comel2 kat meja study, kat locker, buat tu buat ni, susun baju kurung ikut warna, ikut hanger, tp skrg dah xde masa untuk semua tu. kalau dulu asal selasa or khamis je tepek mask kt muka, tp skrg dh xde masa lg. kalau dulu xberapa nk stress keje menimbun, muka xde la teruk sngt diserang musuh utama kulit, tp skrg bukan main syok lg jerawat durhaka menempel kt muka ni ha.

bila nak berjalan ni? takat gi area kuantan pun xpe la... jpa, cepat la masukkan duit... saya dh kering ni.. sedih la...

okay tu bukan perkara penting yg aku nak share dgn korg. sbnrnye aku nk story satu benda yg aku dpt dari skulmate aku, danial azeere atau lebih dikenali di skolah sbg ben tp aku panggil dia dan. dia ad tag aku kt satu note yg dia tulis. pasal Kite Day.

kalau yg malas nak baca notes dia tu, meh ni aku ringkaskan..

Kite Day ni dicipta oleh encik Danial Azeree Azemi pada 27 Dis 2008. dia gi ke satu padang yg ad rmai sngt org gi main layang2. hari tu org gi main lebih rmai dari biasa. so dia pun bg la nama KITE DAY. dari situ dia dpt satu ilham, bagaimana manusia dan layang2 ni mcm berkaitan. kira kita boleh buat analogi dari layang2 ni.

layang2 ni ade mcm2 jenis kaler, rupa dan material untk buat dia. layang2 ni jugak perlu seseorang untk terbang, kalu tak dia xterbang. klu kita tak control layang2 tu nnti dia jadi tak betul terbang. tersasar ke tempat lain, jatuhkan layang2 org, or jatuh ke bumi. jadi jom kita simpulkan kat sini, idup kita, klu kita nak berjaya (mcm layang2 yg duk tinggi kt udara nun) kita kena menghadapi pelbagai cabaran (dlm hal layang2 ni kita ambik angin sbg cabaran) dan kita jugak kena control diri kita supaya tak menyusahkan org lain dan tak tumbang (boleh kata kita ambik pegangan agama kita supaya kita tak hanyut, tu yg aku faham la) sebab klu tak contol ni, main redah je nak buat pe, nnti silap hari bulan maunye aku jumpe korg kt tmpt yg aku xnk kwn2 aku berada.

korg faham x pe yg aku nk smpaikan ni? kalau nak baca lebih lanjut, sila lah klik di sini.

kwn aku encik dan ni, is a very good writer. try la usha bebelog dia n bc. best. nak usha dia pun boleh. hehehehhehe...



okeyh rasa tu je kot, nnti merapu bnyk nnti ade yg mati kebosanan plak. nnti aku story pasal bnda lain, contoh food ke... ape ke... hehehehehhehe....

till then, selamat malam romeo. (apekahh??)




i'm not mad, i just need an explaination and thats it.

Saturday, December 18, 2010

TIPS HUJUNG MINGGU YANG MENYERONOKKAN!!

kalau anda rasa anda ada banyak kerja, ada individu lain di luar sana yang jauh lebih sibuk dari anda. jadi, daripada anda mengeluh, lebih baik anda pandang ke hadapan dan berikan dunia senyuman terbaik anda!!!



seminggu tak update blog, smpai berkoyan2 benda nak story kt blog ni ha. tp tak boleh, sebab ade menimbun-nimbun lagi keje kena setel. anyhow, aku nk cerita atau bagi tips sket pe yg korg boleh buat untuk mengisi masa lapang korang samada kat ostel, rumah, ofis atau di rumah atuk korg di kampung.


Apa Yang Boleh Kita Lakukan Kalau Kita Bosan Di Hujung Minggu.
  1. bersihkan bilik yang bersepah macam tongkang pecah. bila lagi kan nak cuci sawang, basuh cadar, sapu lantai, berus tingkap, lap locker, tukar lampu bilik. lepas sesi cuci mencuci dijalankan, konpem bilik korg menjadi tumpuan mak cik- mak cik yang nak cari calon bini/laki untk anak dia.
  2. sapu daun kat ostel/keliling kampus/satu kawasan kejiranan/sekampung. mesti mak cik dan pak cik gardener suka gila kat korang. sayang nak mati sampai diaorg hantar mangkuk tungkat berisi pulut kuning dan ayam goreng serta ikan masin. persekitaran di sekeliling anda juga pasti akan menjadi lebih bersih. org jabatan kesihatan mesti nak offer anda jadi duta iklan demam denggi sebab suka membersihkan halaman.
  3. kira berapa banyak pintu dan tingkap yang ada pada jarak 500m radius dari bilik/rumah korg. aktiviti ni penting tau supaya korang boleh kira kebarangkalian pencuri nak masuk dalam rumah org yg ade kat sekeliling korang. nanti korg boleh tolong polis investigate kes kecurian tu then korg boleh dapat anugerah atas jasa korg. sape kata benda ni non-sense, nak kena rotan, huh?
  4. pergi ke bilik sebelah/jiran sebelah rumah dan tolong dia sediakan makanan untuk lunch atau dinner. pas tu boleh la pow sket sambil usha anak teruna/anak dara mak cik tu.
  5. jahit baju untuk kucing-kucing korang/kawan korang. boleh menonjolkan bakat terpendam korg sebagai pereka fesyen terkenal, silap hari bulan kimora pun berguru dgn korg.
  6. buat buku skrap pasal serangga yang korang boleh jumpa dalam jarak 100m radius dari lokasi korg baca post ni. letak sampel serangga tu dalam plastik pas tu cite sket pasal serangga tu. kaler dia, brape bnyk kaki dia, dan segala bagai. benda ni penting tau sebab kalau korg ade rekod pasal serangga tu, bautnye satu hari serangga tu dah pupus, semua saintis duk cari korg tau sebagai rujukan. bangga x muka masuk Nat Geo, Discovery chanel.


so kalau tak de keje nak buat esok, boleh la try buat mana2 aktiviti yg korg rs cambest. kalau kena sepak terajang gua tak bertanggungjawab okeyh???

selamat mencuba!!!




sikit pun aku tak heran lahh wehh. gi gali kubur sndiri la..

Friday, December 10, 2010

dulu-dulu masa aku kecik-kecik........ (part 2)


dan bila mata ni tak bagi hint nak lelap malam2 buta ni, time tu lah aku teringat zaman aku kecik2 dulu. kalau dulu aku cite secara random aku nyer life masa kecik2, arini aku nk cite pasal kartun yg aku suka layan zaman kecik2 dulu.

kita mulakan dgn STAR kita diatas iaitu BARNEY AND FRIENDS. ya dinasour mesra alam yg ceria berwarna purple tu, aku suka sngt2. smpai besar ni aku teringin sngt nk ade patung barney tu. tiap2 petang aku tgk barney kt TV 1. ps tu beli CD sampai then tgk smpai muntah. pas tu ikut barney nyanyi dgn kwn2 dia.

baru2 ni barney tambah geng Dino Friends dia. yg ijau tu nama dia Baby Bop, kuning tu BJ dan yg baru kaler oren tu nama dia Riff. serious aku sngt2 suka cite ni. n pas tgk cite ni duk imagine sorg2 dlm bilik.... duduk dlm selimut buat mcm khemah mcm tu konon camping. pas tu ntah pape lg aku duk imagine. ye lah budak2 kan penuh dgn fantasi diaorg. tu lah pe yg aku buat pas tgk barney smbil pegang patung barbie kt tgn.


tak lupa jugak cite superheroes marvels mcm superman, spiderman, ironman, segala man man lah. kluang man ngan tiong man je tak sbb diaorg made in malaysia.

tp keluang man tu pun layan gak wooo. esp inspektor sarjit kt pe ntah nama dia tu. duk teringat je mcm mn lagu keluang man berkumandang di tv n kawan2 skolah duk syok nyanyi2 smbil buat gaya kluang man.

walaupun di mana jua
dia datang lalalalala...
dialah satria.... (ok dh xingt sngt)



next, kartun yg aku suka layan...

sugar
spice
and everything nice
these were the ingredients chosen to make xxxx
but prof utonium had accidentally xxxxx
CHEMICAL X

at last
POWERPUFF GIRLS were born!!


blossom, bubbles n buttercup adalah heroin Townsville yg membantu Mr Mayor menentang kejahatan yg dilakukan oleh Mojojojo, Sedusa, Princess, The Gang Green Gang, Aemoeba Boys dan ramai lagi. n smpai skrg frust xdpt tgk muka Miss Vallem (betul ntah aku eja nama minah ni). fav aku mestilah Bubbles yg comel, sensitif, suka haiwan dan sngt gentle gitu.

pun begitu kengkawan, jgnlah kita lupa kepada hero Kampung Parit Sonto iaitu Usop, Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. usop ni jugak ade ayam yg diberi nama Selebet sebab mmg selebet pun ha. yg paling aku ingt kakak si usop ni suka benor suruh usop gi kedai beli asam boi.

paling aku ingt Abu, yg klu dlm gmbr ni yg botak tu klu xsilap, suka bawak beg dia lilit kat dahi pas balik skolah. tapi dlm ramai2 tu, Usop gak la yg paling cool skali. dgn muke lonjong nye. dgn joe nye. mmg rock abis la usop nih. aku ahrap satu hari nnti team yg buat citer Usop Sontorian ni boleh buat balik cite ni. best dowh. budak2 skrg kena tgk cita ni. legend kot cite ni.

ade jugak cite lain yg aku layan. contohnye Kampung Boy. cite ni pasal Lat yg duk kt kampung, ade kawan2 antara yg aku ingt Norma, Bo, dgn sape lg sorg tu aku tak ingt. adik Lat nama Ana, cikgu cina dia yg garanng, bapak dia yg suka invent benda, mak dia yg loving gila, nenek dia yg ade kerbau n hobi Lat yg suka mandi sungai. baju Lat senang je, kain pelekat kotak2 kaler merah.

Doremon tak boleh lupa wooooo... robot kucing warna biru yg takut tikus yg ade poket kecik tapi muat sebesar2 pintu. doremon ni kucing dari future la kononnye, duduk kat jepun dgn Nobita yg slalu tolong Nobita dari kena buli dgn Giant n Suniyo. dulu, asal Sabtu petang je, jgn berani la nak usik TV sbb aku n along msti duk depan tv tgk cite Doremon sama2. pas tgk TV, gi makan. pas tu main lagi dlm bilik kitaorg, time tu share bilik dgn dia lagi. main sama2 smpai kena marah dgn mama suruh tido. dah tutup lampu, tutup pintu tu pun ade hati nak berborak2 main2 dgn along lg. even tak tido sama katil, along tido kat katil, aku tido dlm cot aku masa kecik yg mama dah rendahkan tilamnye n dlm cot tu penuh dgn segala mainan aku. cuma barbie je tak tido dlm cot sbb barbie tido kat rumah dia sendiri. bila tak puas main dgn along sebab along dah tido, aku main sorg2 smpai tertido. indah betul zaman muda rumaja dulu..

okayh dah kul 3 ni. kena paksa mata untuk tido. klu tak tersengguk la dlm class dr kalavathy esok. mampus den. sori ye merapu terlebih malam ni.








u can always try to deny it but somehow u know its true =)

Tuesday, December 7, 2010

gloomy december

bandar kuantan terchenta kelabu asap je semenjak dua menjak ni, matahari pun kengkadang tu malas je nak keluar. awan pulak naik kepala bila matahari dah kemalasan.

block baru untuk tahun kedua telah bermula 2 hari lepas tapi aku tak rasa pape pun. biasalah, the 1st week of the block is the best time ever. masa ni lah kalau kau nak meronggeng, nak buat xtvt pape, semua boleh. sebab tak busy lagi.

tapi tadi masa aku duk kemas2 kertas, kemas meja dan laci hikmat aku, baru aku sedar, aku ade berkoyan kerja menanti block baru ni rupanye. kerja tertangguh dan kerja yang bakal ditangguh. ade plak mcm tu. tak baik tangguh kerja lah izzati.

yang pasti block ni aku ade projek baru. dan addiction baru yang sebenarnye dah develop lama, cuma baru disedari beberapa hari yang lalu. apekah itu????


MENCONTENG!!!


ni conteng bukan sebarang conteng. ni conteng baek punya. doodle org pnggil. aku akan keluarkan beberapa design doodle aku and later work on my project of the block. well aku budak baru belajar so hasilnye tak de la lawa mane. plus tgn aku ni main conteng je pe yg ade dlm kepala otak aku ni, so pape yg keluar tu, ha tu lah dianye.

satu hal nak cerita, tadi tgk cite The Social Network. diilhamkan dari Facebook, aku boleh kata aku bg cite tu 3 out of 5. ok la.... not bad cite dia. dan yang pasti aku tak puas ati tgk cite tu sebab ending dia abrupt gila. i mean, bgatu la betul2 pe jadi pas tu, jgn la main tulis je. tak syok dowh. xde feeling lansung.

ok harus sambung buat kerja. dan plannig. a lot of planning and thinking.



you swore it would be okay.

Thursday, December 2, 2010

dulu-dulu masa aku kecik-kecik........


alahai comelnye lah budak ni..... geramnye tgk..

masa aku kecik-kecik dulu, seperti mana kanak-kanak lain yang dilahirkan ke atas dunia ini, kerja aku tak lain tak bukan main sepanjang masa. stop kalau mama panggil makan, masuk toilet n tido. kegiatan aku masa kecik lebih kuarang je dgn kegiatan korang masa zaman TV plasma tak wujud lagi. zaman henpon pun besar bata, kalau buat baling anjing tu, mau nye anjing tu koma 6 bulan. zaman-zaman mak-mak kita tgh gila buat rambut kembang semangkuk. zaman ramlah ram melalak-lalak kat rancangan Hiburan Minggu Ini kat TV 1.


aku dan along. kecik2 lagi dah terserlah keceriaan aku. kan kan kan?


zaman ni la aku cuma fikir main je. harga beras nak naik ke, banjir besau kat kedah ke, sape menang world cup ke, lansung aku tak heran. lantak korang lah. asal aku dpt main barbie doll aku.

meh ari ni aku cite sket childhood aku, sepanjang yang aku mampu ingat la..

okeyh aku dolu2 lahir tgh hari buta kul 1245 tgh ari kat sepital pakar kuantan. abah kata, sebab tu lah aku ni itam. lahir tengah hari. nama doc yg sambut aku tu Dr Lee. aku ingt lagi dr tu n smpai skrg dia keje kt sepital tu. pas lebih kurang 2-3 tahun aku lahir, arwah abah kena pindah ke muadzam shah. so kitaorg semua pun pindah la sana.

kat muadzam, aku ade bela arnab. arnab ni warna putih, mata dia merah. aku bagi nama Mirinda sempena air gas mirinda dalam botol kaca perisa strawberry yg aku mmg suka zaman dulu. along ade arnab gak, mama n arwah abah pun ade arnab gak. yang abah nyer kaler coklat, nama dia Salleh, bagi nama tu kat dia sebab ade kawan abah nama Saleh uban dia kaler merah macam kaler bulu arnab tu, so bg la dia nama Salleh. yg mama nyer kaler kelabu, ape nama dia aku tak ingt. along nyer arnab pun aku xingt.

maka arnab kitaorg ni duk kt satu sangkar atau aku lebih suka panggil reban. duk la kat blakang rumah. dia beranak beranak beranak, smpai ade babies yg comel comel. tapi.........
malam2 ade je yg masuk rumah makan arnab kitaorg. mama kata anjing, tapi aku tak pernah jumpa anjing kat muadzam. kengkadang abah kata musang sebab abah mmg suka takutkan aku nagn musang. aku pun tak tau ape sebab bila malam je aku tido tak hengat dunia. bunyi ape pun aku tak tau klu jadi pape. semua arnab kitaorg mati sebab kena makan dgn musang atau anjing atau ntah kebendenye tu kecuali satu...... SALLEH.

yg salleh ni aku yg bunuh. secara tak sengaja ok. bukan sengaja. satu hari tu, mama masak cempedak goreng (rumah muadzam aku ade pokok cempedak yg beeeeeeesar sekali dan sangat rendang dan suka mengugurkan daunnya. aku tak suka pokok tu sebab aku selalu kena cakar daun dia). aku pun bagi la salleh makan cempedak tu dgn bodohnye. ye lah zaman kecik2 kan mcm bengong2 sket, tak tau pape. pas tu salleh bagi reaction yg mencemaskan. aku panggil abah yg masa tu tgh bersiap nak masuk hutan. abah tanya aku bagi dia ape. aku jwb la aku bg dia mkn cempedak goreng. aku nampak depan mata aku salleh mati tercekik. masa tu aku rasa bersalah sngt sebab bunuh salleh. kesian sngt kat ayah aku sebab dah tu dia tgh siap2 nak gi masuk hutan, pas tu salleh mati, then dia kena tanam saleh. aku rs bersalah gila babeng kt dia masa tu tapi abah slambe je. rilek je org tua tu.

*****

korg jgn tak tau aku yg ganas ni zaman kecik2 dulu suka pakai dress tau. pelbagai rupa warna dan gaya. pakat je la berukband ni buat hal. kalau tak, dah lama aku upload bebanyak gmbr aku masa kecik aku dgn segala collection dress aku. n of course baju tu mama yg jahit. kalau dh pkai dress tu, pkai dgn klu zaman skrg org panggil leggings, tapi zaman dulu pe mende ekk nama dia org panggil. aku pun tak berapa nak ingt. pehh sumpah aku rasa mcm budak dlm cite omputih gi main dgn kengkawan pakai gown, pakai socks, pakai leggings putih.

gi skolah pakai pinafore makkk. tak mudah anak azmi sorang ni ha. adoi la..

tapi bila dah besar, bukan main lagi selekeh rupa tak dibela mak. pakai je pape yg sedap dirembat tngn.

*****

aku masa kecik dulu, ade bnyk benda yang aku duk terfikir. skill suka berfikir aku tu dah develop dari aku kecik lagi ha. aku slalu fikir......

  • yg Allah ade buttons tertentu yg buat hujan turun, bagi kuar kilat n guruh. pas tu dia suruh malaikat tekan button tu button ni untk keluarkan ujan lebat, pas tu tekan yg ni untuk kuar rainbow...
  • yg pokok sawi, kalau kita tak cabut dia, tak potong dia, dia boleh jadi besar macam pokok mangga. sebab semua pokok pun membesar.
  • mama ngan abah tak pernah kecik, dan aku tak kan pernah meningkat usia n tak kan pernah besar-besar dah.
  • stesen radio tu, DJ dia tak on air live. dia recording je. pas tu main kat radio. macam, dia record tahun lepas, 2-3 tahun lagi baru dia pasang kat radio. pas tu pelik sorang-sorang aikk, mcm mana org ni tau tahun ni raya bulan 2?
  • bukit ridan (sebuah bukit kat muadzam tu) akan bertukar menjadi gunung berapi yg bakal meletus bila-bila masa je
  • slalu tertanya, suara aku mcm mn ehh? sedap ke? sengau ke?
  • macam mana org boleh masuk dalam TV?? tengok kedai repair TV dalam TV tu tak de pun org lm dia
  • power rangers lah manusia yang paling canggih di dalam abad ini sebab dia nyer jam boleh jadi tepon. pas tu gi pasar malam je cari jam yang boleh calling2 mcm dlm cite power rangers tu.
bnyk lagi yg aku duk terfikir masa aku kecik dulu. tapi mostly aku dh tak brape nk ingt. bila fikir balik bapak jahil gila aku masa kecik dulu. tapi lantak la kan. peduli ape aku.


*****

masa aku kecik-kecik dulu, sebelum tido, arwah abah akan cite kat aku satu cite yang sama sepanjang malam dan aku tak pernah bosan nak dgr dia cite. instead aku suke n nak dia cite je cita tu. dia akan peluk aku dlm selimut, pas tu cite sampai habis. pas tu baca doa tido sama2 then baru aku tido. every single night. mcam tu lah. even aku tau jalan cite dia mcm mn, aku tak peduli, aku nk dgr cite tu gak. abah cite dgn penuh aksi siap tuka2 suara lagi, bg sound effect. mmg serious best gila. n aku dgr dgn tekun even dah dgr berkali2.

cite pe yg abah duk cite smpai aku obses gila tu??? haaaaa... itu yg kita tak tau.

cite tu tak de dlm mana2 buku. cita tu dia reka sendiri. cita tentang anak ayam dan musang. hehehehhehehe.... best wohh cite tu. tak caye tnya amal. aku pernah cite kisah anak ayam dan musang kat dia. dia pun terhibur sama mcm aku gak dulu2..

*****

wokeyh dah lah tu merapu tak tentu hala. penat betul cuti bila tak tau nak buat pe. bosan betul duk rumah. nak keluar, xde member. adeih..





nak gi wedding ke nak gi holiday??