CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 18, 2010

TIPS HUJUNG MINGGU YANG MENYERONOKKAN!!

kalau anda rasa anda ada banyak kerja, ada individu lain di luar sana yang jauh lebih sibuk dari anda. jadi, daripada anda mengeluh, lebih baik anda pandang ke hadapan dan berikan dunia senyuman terbaik anda!!!



seminggu tak update blog, smpai berkoyan2 benda nak story kt blog ni ha. tp tak boleh, sebab ade menimbun-nimbun lagi keje kena setel. anyhow, aku nk cerita atau bagi tips sket pe yg korg boleh buat untuk mengisi masa lapang korang samada kat ostel, rumah, ofis atau di rumah atuk korg di kampung.


Apa Yang Boleh Kita Lakukan Kalau Kita Bosan Di Hujung Minggu.
  1. bersihkan bilik yang bersepah macam tongkang pecah. bila lagi kan nak cuci sawang, basuh cadar, sapu lantai, berus tingkap, lap locker, tukar lampu bilik. lepas sesi cuci mencuci dijalankan, konpem bilik korg menjadi tumpuan mak cik- mak cik yang nak cari calon bini/laki untk anak dia.
  2. sapu daun kat ostel/keliling kampus/satu kawasan kejiranan/sekampung. mesti mak cik dan pak cik gardener suka gila kat korang. sayang nak mati sampai diaorg hantar mangkuk tungkat berisi pulut kuning dan ayam goreng serta ikan masin. persekitaran di sekeliling anda juga pasti akan menjadi lebih bersih. org jabatan kesihatan mesti nak offer anda jadi duta iklan demam denggi sebab suka membersihkan halaman.
  3. kira berapa banyak pintu dan tingkap yang ada pada jarak 500m radius dari bilik/rumah korg. aktiviti ni penting tau supaya korang boleh kira kebarangkalian pencuri nak masuk dalam rumah org yg ade kat sekeliling korang. nanti korg boleh tolong polis investigate kes kecurian tu then korg boleh dapat anugerah atas jasa korg. sape kata benda ni non-sense, nak kena rotan, huh?
  4. pergi ke bilik sebelah/jiran sebelah rumah dan tolong dia sediakan makanan untuk lunch atau dinner. pas tu boleh la pow sket sambil usha anak teruna/anak dara mak cik tu.
  5. jahit baju untuk kucing-kucing korang/kawan korang. boleh menonjolkan bakat terpendam korg sebagai pereka fesyen terkenal, silap hari bulan kimora pun berguru dgn korg.
  6. buat buku skrap pasal serangga yang korang boleh jumpa dalam jarak 100m radius dari lokasi korg baca post ni. letak sampel serangga tu dalam plastik pas tu cite sket pasal serangga tu. kaler dia, brape bnyk kaki dia, dan segala bagai. benda ni penting tau sebab kalau korg ade rekod pasal serangga tu, bautnye satu hari serangga tu dah pupus, semua saintis duk cari korg tau sebagai rujukan. bangga x muka masuk Nat Geo, Discovery chanel.


so kalau tak de keje nak buat esok, boleh la try buat mana2 aktiviti yg korg rs cambest. kalau kena sepak terajang gua tak bertanggungjawab okeyh???

selamat mencuba!!!




sikit pun aku tak heran lahh wehh. gi gali kubur sndiri la..

0 other fingers talking:

Post a Comment