CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

kacang soya, kacang dhal dan kejujuran..

kalau malam semalam aku marah2, ini pagi suda tarak marah lagi. xmau la marah2 ni kan.. nnti bertambah kerut2 di muka tak pasal2 tua sebelum usia. malas aku nak fikir hal semalam, buat semak kepale otak je. harini ahad kan? kita rilek2 atas katil, golek2 sana sini sampai gedebuk jatuh katil mcm nangka busuk (okey itu aku).

aku rasa xperlu aku cerita lebih. semua dah sedia maklum esok umat Islam seluruh donia akan menyambut bulan Ramadhan. shahru ramadhan shahru barakah. ramadhan madrasah tarbiyah. achehhhh... speaking arab konon... poodahhh chett!!

(kat fly tgh pasang lgu baru. best tp xtau nama ape. ade encik bruno mars)

anyway, kalau nak cerita pasal bulan puasa ni, mmg xcukup hari nak cerita. dari kecik smpai besar mmg mcm2 cerita keluar pasal puasa nih. kalau yg duk ostel tu memasing beria la ank balik rumah konon nak celebrate puasa dgn parents. malang sekali tahun ni jatuh pada hari isnin, xdpt la korg balik rumah. xpe la.. pahala dan ganjaran ramadhan tu sama je kt ostel ke, kt rumah ke.. yg penting tu hengkau!! kih kih kih....

kalau bulan puasa, aku tetiba suka air soya. tak tau la kenape. maka akan selalu la beli air soya kat bazar ramadhan. ye lah, aku dah boleh kata 8 tahun aku spent ramadhan jauh dr family. jd mmg beli food kat bazar ramadhan je la. thun ni la baru aku dpt puasa sebulan penuh kat rumah. semua gara2 kerajaan suruh budak ipta masuk sem baru september ni. jadinye masuk uia smula pas raya. boleh la puasa sakan sket. tp yg xbrape best tu pengisian puasa tu, xde geng. aku sorg. org lain semua skolah, mama keje. adeihhh...

cita mana tadi? air soya kan? hah kalau air soya kat kedai tu, mesti cair. tawar. mcm hape je. mmg xmasyuk. kengkadang tu berhampas lagi ade ha. serdak2 soya tu boleh jadi keladak kat dasar gelas. tipu gila. agak2 ahh..

ok maka demi nak sngt air soya yg masyukk time bukak puasa, aku nekad nak buat homemade soy bean drink. ape susah, beli kacang soya kt kedai, rendam, blend, tapis, rebus. siap! mak aku pun kelmarin beliau telah membeli kacang soya kat satu super market dkt dgn rumah aku. dia beli yg jenis kau kaup, masuk dlm plastik, pas tu bayar.

xsempat aku tgk brape gram td tp yg pasti ade la dlm rm2.60 harga dia. maka aku pun nak la pilih2 kacang soya tu.. kot kalau ade yg buruk2, batu ke.. buang la kan. manual tau. xde mesin2 ni mcm kilang yeo's tu.

letak la semua kacang soya tu dlm nyiru. angpa tau dak nyiru tu menatang apa?

ni la nyiru. kang ade satgi jd mcm adik aku xkenai nyiru.

hat ni la yg dlm peribahasa "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". kat rumah aku ade mcm2 jenis. bulat, segi tiga, pentagon, heksagon, bentuk love.. ok itu menipu.

letak la soya tu atas nyiru nak pilih mn yg elok, mn yg tak. bukan nak tampi. xde nye keje nak tampi kacang soya. kau jgn buat keje gila eton, xde org tampi soya. tak pernah hayat.

pas aku letak tu aku spot something.....

aku punya eksaited nk cerita kt blog smpai xsempat nak bulatkan tang tengah2 kacang soya tu..



klu korg perhati betul2, kat tgh2 gmbr tu ade kacang separa bulat kaler kuning sket. jgn tertipu yg tuan2.. itu bukan kacang soya. tu kacang dhal. kang ade yg blend buat air, xpasal2 kena penampar jepun ngan mak mertua.

keji betol sape buat kerja terkutuk ni. ade ke dia pegi campur kacang soya dgn kacang dhal? tau la dua2 tu lebih kurang sama, tapi agak2 la bai. xyah la smpai nk kaut keuntungan, kau campur dhal dgn soya. mentang2 dhal tu rata2 mamak2 je yg beli sebab nak buat kuah roti canai, yg kacang soya ni ramai org beli, kau pergi campur kan dhal dgn soya.

cube jujur sket dlm berniaga tu. patut la kampeni kau sikit punya feymes. penipu rupenye. kuang ajo punya peniaga. kan nabi xajar kita menipu dlm berniaga.


"alah.. tokey tu bukan muslim pun kak.. dia mana tau pahala dosa ni.." kata cik gayah


aku percaya dan yakin, xde satu pun agama atas muka bumi ni, yg bagi penganut dia menipu dlm perniagaan ye dak? mesti semua agama mengajar penganut2 mereka supaya jujur dan ikhlas. derr, tu benda simple. takkan tu pun gua nak ajar??

tu kes kacang dhal dgn soya. kalau kat pasar ikan tu, kalau beli dgn silap org bahaya betul. trick dia ape kau tau, longgokkan ikan dia tu, depan2 atas2 hat cantik, hat bawah, blakang2 yg dkt dgn dia tu hat dh xelok, dh pecah perut. tu dia lumrah dunia skrg. tp ye la.. aku tak kata semua org mcm tu. ade gak yg baik. yg jujur.. ni yg xjujur ni yg bikin gua panas!

kalau pun kita nak mencari rezeki yg bnyk, takkan kita nak menipu dan tidak jujur? tak pulak xberkat rezeki yg kau bawak balik bg anak bini kau makan? cuba kau jawab sket. cuba contohi sket Nabi masa dia berniaga mcm mn. aku rs2 la kan, klu org berniaga tu ikhlas, jujur, lg org suka pi beli kt kedai dia.

uihh pnjg betoi tazkirah pra ramadhan kita kali ni. amboihhh... xmenahan aku.

sambung cerita kacang soya tadi. aku pun dgn penuh rasa kesabaran asingkan kacang dhal dri kacang soya tu. mujur la xde la smpai separuh kacang dhal, klu x mmg aku pulang balik soya tu kat kedai tu. jiwa kacau sungguh.

dhal-free soy bean


korg nak tau brape bnyk kacang dhal yg ade dlm rm2.60 kacang soya yg mak aku beli? hah ni dia. tgk kt bwh ni..



huk alohh.. sikit je tu..


sikit tu mmg la pada kau. tp aku pandang serius kot benda ni. buat naya kt pengguna je wehh klu peniaga buat mcm ni.

tu soya dgn dhal, ikan buruk dgn ikan fresh. kalau gula? agak2 diaorg yg nk mengejar keuntungan ni nak letak ape?? msti untung habis klu tipu. org mesia ni kan kaki gula. beli gula sebulan kalau tak sepuluh kilo tak sah. ok mungkin agak keterlaluan disitu.

nasihat aku pada peniaga2 diluar sana, pesan aku sudah2 la keje kencing kastemer ni. ko kencing org ko suka ann? cuba kalau org kencing kat kau? beli garam tp dh bercampur pasir. ape lu rasa? panas? bengkek? tau pun. kalau kita tak suka, jgn buat kat org lain.

okeyh skrg soya tgh berendam.. tunggu kulit tertanggal dari kacang dia, baru boleh blend. hihihihihi....... jgn jeles ye aku minum homemade soya bulan puasa ni. =P








ngantuk oiii!

WRATH!

PERHATIAN: ISI KANDUNGAN POST KALI INI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR GANAS YANG TIDAK SESUAI UNTUK GOLONGAN YANG TAK BOLEH MEMAHAMI APE ITU GUNUNG BERAPI PENDAM 400 JUTA TAHUN TIBA-TIBA MELETUS.







ini malam, ini hari, hati aku banyak panas. sape2 nak kecoh kate aku xade adab korg boleh blah. aku tau aku dah lama bersabar dgn sorg minah gila biadap xde otak yg aku rasa malu nak mengaku kwn skolah aku dulu. tu dah bahasa paling manis aku nak describe pasal dia.

oii pompuan, lu ape masalah sama gua lu kasi cerita sket. lu dari dulu kan lu kutuk gua. lu apesal? dah lama idup? dah nak mampus sngt?

pompuan lahanat. aku dari 4 tahun lepas aku sabar dgn kau. mula dgn gmbr grad aku ambik dgn kwn2 aku. tgh2 sedap aku komen2 dgn kwn2 aku tiba2 kau sibuk nak tumpang lalu kat komen org kan. dah tu kau hentam aku sorg. mentang2 aku kecik, pendek, kau kutuk aku depan semua org. kata aku pendek. ape masalah kau?

ni pompuan, aku nak bgtau kat kau, yg kau sibuk pasal aku pendek ke, aku tinggi ke.. aku ade susah kan idup kau? aku ade mintak duit kau kalau aku pendek? aku ade nyusahkan kau nak blaja kalau aku pendek? aku rs kau yg tinggi lampai tu la yg nyusahkan idup org lain sebab nak blaja kepala besar kau tu menghalang org. derr, pendek ke, tinggi ke, saiz kubur nnti sama je. xyah la nak bongkak sngt dgn ketinggian kau tu. dasar manusia xbersyukur.

sampai tahap aku tak tahan aku malas nak layan org gila serupa kau. nanti aku pun naik gila layan org gila. mujur cikgu add maths yg paling garang atas muka bumi dtg. dah tu aku rs aku nak cium kaki cikgu tu. dah tu ajar aku smpai aku boleh masuk u, dia backup aku lagi. aku ingt ape cikgu tu ckp.


"biar kita kecik ke, pendek ke. asal hati kita baik. yg penting hati"


asal kau dah tak komen pas tu? dah malu? dah habis idea nak hentam aku? asal pompuan? asal kau diam?? cite sket kat aku.. komen la. asal xnk komen? asal xnak balas balik? dah kena batang idung sendiri? sebab tu senyap?

tu cerita lama. ni cerita segar dari ladang. bebudak pompuan pahang skolah aku buat reunion kat temerloh haram tak ajak aku. padahal semua bebudak tu yg aku kenal, yg baik dgn aku. classmate, roomate. haram sekor pun tak ajak. kau pun ade sekali kan pompuan?

aku tak tau nak panggil korg ni kwn aku ke tidak. dari dulu lg asal nak berjumpe je, jumpe kat temerloh. jumpe pudak sesama budak temerloh. ape dlm pahang ni ade temerloh je ke? kuantan, pekan, raub xde? aku tau la aku cuma budak dentistry cabuk yg blaja kt local uni.. xmcm org lain.. xmcm korg yg blaja kt uk... kat um...

tapi satu hal aku nak kasi tau kat korg semua. satu hari nanti, bila aku dah jadi ketua pengarah kesihatan malaysia menggantikan tan sri ismail merican, korg akan tau sape aku. saat tu korg akan dtg beratur kat aku, yg dulu korg layan aku mcm kain buruk, melutut mintak tolong, mintak projek/tender/kontrak kat aku. and when that time comes, u can tell jesus that the bitch is back.

dan saat korg ade dlm ofis aku merayu2 mcm anjing kurap kelaparan mintak mknn, aku akan tinggalkan korg terkulat2 kat meja perbincangan. sebelum aku tutup pintu ofis aku, aku toleh ke belakang dgn muka penuh attitude sambil berkata.....


"aint karma a bitch"


saat aku ckp kt amal pasal benda ni, amal terbayang cerita the devil wears prada. syok jugak. i'll be the devil that wears d red stilettos

ok ok.. akibat terlalu bnyk tgk tv, dh jadi mcm drama cite indon plak.

salah sorg kwn aku post gmbr reunion. aku komen sebab budak tu mmg member ms skolah. aku katakan..


"jumpe xbgtau pun. cam ni ah kawan. tacing ahh tacing"


kwn aku tu ade jugak komen tapi komen kau yg paling mintak penampar skali.


"farah azmi nak tacing kat mana? cam best je."
(aku bg warna taik anjing kat kau. padan muke)


celake kau pompuan lahanat. kau mmg tak sabar nak mampus kan. perangai keji gila. org lain punya komen kau bukan main baik penuh budi pekerti lagi kan. asal aku je kau kondem habis2. ape masalah kau? cerita sket kat aku.

aku cerita kat amal, sebab geram sngt masa tu. amal kata mungkin pompuan gila tu dengki ke jeles ke tak puas hati ke kat aku. serious cakap la wehh.. dia nak tak puas hati ape dgn aku? masa skolah dulu dia LDP (pengawas), ketua blok. aku? aku xde sape-sape wehh.. org tak pandang aku. org xkenal aku sape. aku cuma budak selekeh yg selalu kena denda dgn cikgu add math yg back up aku kt atas sebab bangang add maths. skrg dia duk blaja kt um, aku kat uia je.. xde la gah mane kulliyyah aku nak banding fakuliti dia. dia tinggi, aku pendek. dia putih, aku itam. dia nak jeles kat aku, buat buang masa je. baik jeles ke dengki ke kat org lain. xde faedah pun nak dengki kat aku. aku ni rupa xde, pandai pun tidak, duit xde, bf hensem pun xde. bf pun xde, lagi nak bf hensem. mmg x la. ape masalah dia smpai 4 thun nk tak puas hati lg ngan aku. cuba cerita sket kat aku.

sesape budak skolah aku yg baca post ni, nak report kat dia, pegi la. silakan. aku tak heran. tak terjejas pun hidup aku. kau report kat minah senget tu pun aku kencing berak je tiap hari, punya nak menunjukkan yg hidup aku tak terjejas pun kalau dia tau aku tulis entry ni untk dia. xde tetiba satu hari aku xkencing bila dia dpt tau aku tulis pasal dia. melainkan kalau dgn kuasa Allah aku sakit ke ape tu blakang kira.

dah aku ngantuk. aku nak tido. pagi nanti kena teman mama pergi pasar tani. malam semua.









kalau org tak cari pasal dgn aku, aku ok je. tp klu org cari pasal dgn aku, mmg nahas. smpai mati aku ingt. jgn ingt aku tak berani. dah 3-4 makhluk aku kerjakan smpai aku puas. dr zaman skolah smpai skrg.

Friday, July 29, 2011

anyonghaseyo.....

betoi ke aku eja tu??

amboihhh... kejadah pulak duk greeting2 bahasa korea nih? xde keje? retarded dah ke?

tu lah dia bahana cuti lama, duk tgk cite korea je la....



say what??? farah izzati azmi tgk cite korea?? sejak bila?? fenomena nihh.




hah kau jgn tak tau, ni semua gara2 budak kecik bernama sarah adibah azmi yg duk ajak aku tgk cite korea kat animax. aku pun layan la..

ni ha cite nye....



kau faham ke ape dia tulis??

tajuk cerita ni Princess Prosecutor. aku start tgk cita ni ms dh tgh2.. xstart dari awal. tak ingt start dr episod brape. x sure disitu. anyhow cite ni buat aku jatuh cinta first-time-tengok.

cerita mengisahkan seorang pompuan namanya Ma Hye Ri jadi pendakwa raya. dia ni fashionista habis. serious cakap. tak caye? tengok dibawah..


jalan masa grad from law school. kau berjalan nak grad ke kau berjalan atas runway hye ri?



perhati betul2 kasut dia.... perhati...

tu dia kasut cik pendakwa raya kita!


mane jual? nak beli satu buat pakai raya boleh. kikikikiki......

cik pendakwa raya ni mula2 xde la nak sngt jd pendakwa raya sebab dia rs keje dia tu xde la power mana. tapi lama2 dia sedar yg kalau jadi pendakwa raya ni dia boleh menegakkan keadilan dan membantu mereka yg lemah.

dia berkawan dgn sorg encik loyar (peguam daa) bernama encik Seo In Woo yg dia jumpa kat satu resort ski. alik2 diaorg ni jiran rupenye... In Woo ni selalu la menjadi penyelamat kepada Hye Ri disaat hye ri memerlukan pertolongan. rupa2nya ade udang di sebalik mee niat si In Woo tu nak berkawan dgn Hye Ri..


hencek loyar 'hensem' Seo In Woo..

In Woo ni nak gunakan Hye Ri untk membersihkan nama mendiang bapak dia sebab dituduh membunuh seorang watak ni yg aku pun xingt sape nama dia. investigate punya investigate, bapak si hye ri ni terlibat dlm pembunuhan tu rghope nye.....

baru lah si Hye Ri ni tau yg in woo ni gunakan dia selama ni. hancur dan luluh la hati seorang wanita. dah nak feeling2, tangkap cintan, tetiba dpt tau yg in woo ni gunakan dia je sebenarnya.

awesome gila ofis.

sementelah mereka berdua clear things out, confess segala bagai diaorg pun bekerjasama nak buktikan kedua2 bapak diaorg tak bersalah. In Woo diangkat menjadi peguam bela bapak hye ri. tapi ade pulak perjanjian antara in woo dgn bapak hye ri ni. lepas kes ni selesai, In Woo xboleh jumpe Hye Ri dah. In Woo pun simpan sorg2 rahsia tu. bila kes dh setel, dia pun lari membawa diri ke US. Hye Ri yg tak tau pape menangis la air mata darah in woo dh xde.


yg best pasal cite ni cik Hye Ri tu. comel n klaka. baju, beg dan kasut dia semua gempak. sakit jiwa plak aku tgk. rs nak buat sindiket rompakan besar2an rompak wardrobe drama ni.

yg aku paling xboleh blah, mak aku suka kat In Woo ni. dia kata hensem. adeihhh... menggaru kepala lutut aku sekejap demi mendengarkan pengakuan berani mati mak aku.



sedihnye cerita tu dh habis rabu lepas. sobs.. sobss... tak puas hati ni sebab tak tgk dari awal. pe lg, terus tnya farahin a.k.a arkib cerita2 korea ade ke tidak cerita nih. bila dia kata dia ade, aku pun senyum smpai belakang kepala. weeeeeee.... balik cuti nih nak marathon!!!!

pengganti cerita tu xsure lagi. xkuar lg. tp skrg tgh follow anime 07-ghost dgn sarah selaku kepala. aku rs ad bagusnye jugak cite princess prosecutor tu habis sebelum bulan puasa. xde la duk tgh semayang terawikh tu kepala otak duk teringat ma hye ri. pandai betul org animax ni susun/plan cerita.









along balik, rumah ni mcm nak raya. mcm2 benda mama nak masak.

Tuesday, July 26, 2011

rehat otak #2


org nak mop lantai, dia pulak sibuk nak kejar mop.


gmbr diatas adalah Tako. budak nakal dlm rumah ni. asal aku sapu sampah ke, mop lantai ke.. ade je dia menanti masa nak kejar kepala mop dgn penyapu. pas tu kalau halakan mop tu ke arah dia, dia akan lompat. aku suka sakat budak tako ni sebab dia ni BULAT!!!!


ohh harini aku nak cerita satu cerita. yg aku dgr dari pencerita nya sendiri yg berusia 30-an mungkin. beliau merupakan seorang mat saleh (minah saleh la sbb pompuan) yg dah convert Islam. masa aku jumpa dia, dia bawak sorg anak laki dia ni, Irfan, 5 years old sekali. bulu mata budak hensem tu..... perghh!!!! panjang! lentik! geram aku.

ok maka puan C (dia tak ubah nama dia even dia lepas convert) pun cerita satu persatu pengalaman hidup dia. come to this one story about how she join a meeting of a group of breast cancer survivors. she said, there are women who lost a part of her breast, and some have lost both, but then they live on. they live their life to the fullest.

so she went home and think. what if she herself had breast cancer and she had to remove one of her breast? can she be able to laugh and crack a joke to others? that night, she asked her husband....

she said. "abang, what if one day, i had breast cancer and i have to cut off one of my breast?"

and then her husband said. "So what? they just hang on there and do nothing."

and she was like...... WHAT???




hahahahhahahahahhahahaha........ what a husband ehh?

now i can see you smile. kan manis gitu =P








cerita benar. auntie tu mmg betul2 kalakar n sporting habis!

Thursday, July 21, 2011

Public speaking



pernah tak korang semua kena pergi depan khalayak ramai, dan korg kena bagi ucapan?

penonton tu tak kira la, korg kenal ke.. xkenal ke... sikit org ke... penuh satu dewan ke... pokoknya, bercakap mengenai satu isu atau sesuatu depan org ramai.

ape yg korang rasa?

kalau korg tiba2 dipanggil untk dtg ke depan dan bg ucapan, mcm mn?

mau nye nak terkencing dlm seluar. haram tak ready material ape2 tetiba suruh bercakap.

haaaa.... disini lah letaknya seni public speaking atau kalau kengkadang org panggil pidato.


semua org boleh bercakap depan org ramai. believe it or not, every body can. YES, YOU CAN!! (cehh mcm iklan ape plak) cuma nya kena tau cara yg betul, dan polish selalu. mcm menulis la. semua org asalnya tak reti kan. tapi belajar dan selalu practice, lama2 boleh menulis. ye dak??

kalau cakap dlmbahasa melayu mungkin majoriti boleh, tapi bila suruh ckp english, semua sorok muka. ade pulak yg cakap, poyo gile nak speaking2 bagai ni. mcm2 la kuar. tapi xke sama je penting nya?

okay sebenarnya ape yg aku merapu kat atas tu ade kaitan dgn ape yg aku nk story hari ni. aku baru je balik dari Humor Speech and Evaluation Speech Contest anjuran Toastmasters Club Kuantan. satu pengalaman yang bermakna untk aku sebab baru ni la dengar nama club tu. untuk yg tak tau, Toastmasters International Club ni satu non-profit educational organization that teaches public speaking and leadership skills. dia terkenal di seluruh dunia dan baru bertapak di Kuantan sekitar tahun 2001 yg lalu. kira dh sepuluh tahun la.

ape yg menarik nye??

yg menariknya adalah mereka mengilap kebolehan ahli untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan juga membentuk ciri2 kepimpinan yg ade dlm diri kita. speaking in public, or as a matter of fact, speaking to other people (in other word, communication) is like swimming. u have to practice a lot to master it. u cant just go to classes and expect u can swim across the pacific ocean (okey contoh yg sngt hyperbola). a hell lot of practice is needed then baru u boleh jadi swimmer yg bagus.

the same thing goes to communication. kalau kita duk senyap je... xde ckp pape.. bertemu org pun x.. mcm mn kita nak polish skill kita. ye dak?

jadi ini la yg dibuat oleh Toastmaster Club ni. ms aku pegi tadi, yg dtg tu bukan calang2 org yg gi duk bercakap kat depan. ade sorg wanita ni (tak taunak gelar dia ape, mak cik mcm muda sngt, akak, mcm xseswai) bersut kelabu, professional look, carrying a Gucci handbag (tu kena highlight okey) keje Petronas, berserita mcm mn dia tackle husband dia dulu. so u imagine, u pegi sana, u join d club, not only u polish your communication skills, but u can also built up connections. serampang dua mata la kalau dlm bm nye. n d people u meet are superb. kalau dh kuar nanti, abis blaja, senang je klu nk mintak tolong pape. ye dak?

yg pergi tadi, aku sorg je yg masih belajar dan aku la yg paling muda. buat aku rasa sedikit inferior sebab aku xde sehebat diaorg yg ckp mmg outstanding habis, pemakaian mmg sleek habis. xpe2.. one day i'll be just like them, or even better. insya-Allah......

so kalau korg nak tau lebih lanjut pasal club ni, korg boleh la Google je kat internet tuh. kalau nak join cari la club ni kat area korg. tak rugi pun usha2 diaorg berspeaking kat depan. dapat ilmu lagi ade.

okeyh aku rasa sampai sini je la yg aku nak share dgn korg. mata ni dah mengada2 nak terkatup. pendek kata, majulah sukan untuk negara (ambik mood Malaysia lawan Chelsea tadi.)








dah cuci gambar pak cik ahmad dan keluarga =)

Monday, July 18, 2011

TABAH yang mengajar aku untuk tabah

hapa da...... blogger ni upload gambau tak ikut turutan dia....

harap maaf atas kelewatan meng update blog ini. bukan ape, ahad lepas baru balik dari selancar. sampai nye dah malam. isnin pulang ke rumah. upload gmbr kat fb. dah draft sket blog tp upload gmbr lmbt sngt so aku nk tido saje. semalam pulak aku lansung xonline. terasa malas. hihihihi...




muka muka hepi masa dah nak memulakan perjalanan.



so ini hari, lepas semua kerja2 rumah dh setel, aku pun ambik peluang nk story2 pasal bakti siswa perogeram tautan mahabbah a.k.a TABAH yang berlansung di Felda Selancar 1 minggu lepas.

berkumpul di cf sister kul 8 pagi. angkut semua barang masuk dlm perut bas. tetiba mata aku terpandang satu benda yg menyayat hati. HAMPER YG DH DIBALUT PECAH DAN PATAH =(

uhuhuhuhuuu... sayu nye hati..... penat kami semua balut hamper tu tetiba boleh plak patah. msti xbetul balut atau bawak ganas sngt. kak khai kata repait hamper nanti je, kat felda baru repair semula.

maka perjalanan diteruskan. pihak catering bagi kami makan kek pisang dgn air masak je untk pagi tu. sayu betul aku. dah tu xsempat nk breakfast, bagi kek pisang je.. xpe la, bersyukur sket, tu pun mujur dpt makan, org lain tu ade je yg xdpt mkn.

sampai di felda kira2 jam 11 pagi. dari jauh lg aku dah nampak ade kanopi berhias kain kuning kat depan balai raya. big bos dah mula mengendurkan muka beliau yg tadi tegang sbb takut sampai lambat bila pak cik driver stop mkn kat gambang. muka bebudak semua hepi je dah sampai. punggah keluar barang dan letak dlm balai raya.

sniff sniff.... hemmm ade bau makanan.... mak cik2 duk tgh masak lunch untk kami. weeee.... perut buncit tunggu ye. tgh hari nnti aku sumbat nasik untk kau.

kak farhana dgn pak cik ahmad

opening ceremony simple saje. dihadiri oleh org2 felda je. xde la gempak bagai xde.. dalal opening ceremony tu la proses penyerahan anak angkat dijalankan.. aku dpt pak cik ahmad bin khalid. pak cik ni sngt baik. family dia best gila. hidup mereka sederhana tp xde yg kurang n xde yg lebih. walaupun org susah, duk rumah papan n ade renovate sket thun lepas, tp they are very warm n friendly. layanan tip top! aku xsempat rasa lapar duk kat selancar. ade je mknn yg diaorg sediakan. nak pulak wife dia, mak cik senah tu keje kantin skolah, pe lagi, bahagia perut aku, bertambah lemak aku. mmg obvious perubahan sebelum dan selepas balik dari selancar.

pak cik ahmad ni ade 4 org anak. 2 pompuan n sorg laki. yg paling tua tu umur dia sama ngan aku, xkeje, xskolah. duk rumah je. dah tunang. adik dia kerol je dipanggil. umur 21. dan yg last skali umur dia 16 thun, masitah namanya.

petang tu xde pape aktiviti. cuma pengisian bersama keluarga angkat je. aku ngan kak farhana duk melepak depan tv sambil berborak. cite punya cite rupanya pak cik ahmad tu eknal arwah bapak aku masa sama keje DARA dulu.


dia kata mmg kenal la dgn azmi sani tu. tinggi-tinggi, gelap.. ye la tu. dlm hati aku, aku duk bermonolong sorg2 (klu kaler kulit ikut mama, tinggi ikut abah kan best, ni itam ikut abah, pendek ikut mama =P)

okeyh sambung cerita. pas tgk tv tu ade meeting sebentar di wisma pasal event hari2 seterusnya. lepas tu pergi balai raya jap usha2 mak cik2 tgh masak ape lg aku tak tau. tgk2 je atas meja ade jemput2. ape lg, ngap la. hihihiihi.. tp xmkn bnyk sbb balik rumah nnti msti ade mknn punya.

team special task bersama goodybag nya

malam tu ade majlis bacaan yassin dan ceramah agama oleh penceramah yg dijemput oleh org felda sendiri. aku ke ceramah lambat sket sbb kat rumah makan lambat malam tu. lepas isyak baru gerak. hihihihihi......

esoknya aku kena in charge penbahagian hadiah untk program pengurusan jenazah. kalau dha mmg jodoh tu xkn kemana kan. penceramah tu rupanya jiran aku ms aku kt muadzam dulu, kawan arwah abah, waris belah mak. org lanchang juga.

haha ape lagi, sesi catching up pun bermula lepas program tu tp xboleh lama sebab masjid nk digunakan untk solat jumaat. pak cik ramli pun nak gi solat jumaat.

nak balik ke rumah tu aku sms pak cik ahmad, bgtau dia aku dah abis buat keje. tunggu la depan masjid. tgk2 pak cik dtg dgn moto!!!

pe lagi, nak xnk bertenggek la aku ats moto tu. mcm gadis kampung yg ayu (cehhh) pkai baju kurung, duk bertenggek blakang moto ayah bawak. adeihhh...






sesi kursus pengurusan jenazah

ptg nya aku ade program kami prihatin kami sayang. pergi rumah ibu tunggal dan org sakit. hantar duit, tepung, gula dan brg keperluan lain.. rs sedih je ms pergi tgk rumah org sakit tu. ade mak cik tu sakit tua. terlantar je.. nak cakap pun dah xboleh.
dia cuma baring je atas tilam kat depan tv. ade pampers org dewasa kat sebelah mak cik tu. mkn pun nasi yg dh di-blend.

lepas je balik dari program tu kena bersiap pulak sebab malam tu ade kuliah cinta. goodybag untuk ustaz ridhauddin dh ready, tinggal nk bg ke. lepas kuliah ade quiz, maka kena bagi hadiah untk pemenang quiz pula. sementara tunggu kuliah habis, aku, shikin ngan nisa pun camwhorring le. ape lagi. huuhuhuuhuhu... nak pulak mlm tu semua pakai tudung kaler pink, maka mintk tolong arif maba tolong ambikkan gambar.










one of my most fav shot



kuliah cinta tu berakhir lebih awal dari semalamnya. dalam pukul 11 lebih tu dah balik rumah. tapi balik je semua org dh tido. mujur la pak cik ahmad tu anggota peronda rela. kalau dia balik lambat pun xpe la jugak sebab dia mmg meronda malam2.

rasa bersalah jugak sebab tak banayk masa dihabiskan bersama keluarga angkat. sebabnya kena uruskan hal hadiah. dah kata ahli special task... semua event mmg kena ad la untk bagi hadiah dan cenderahati untk mereka yg terlibat.


kami prihatin kami sayang: mak cik ni dah kena strok 2 kali.. gila.


sebelum balik tu pun mak cik ade cakap, bnyk sngt aktiviti.. tak sempat nak keluar pergi mana2.. kesian mak cik.. hihihihihiihi... nak berborak pun xboleh.. nak tolong buat tu buat ni pun xboleh sebab kena kejar program... xpe la mak cik, nanti bila2 free sy dtg selancar keyh. raya nnti ke.. huhuhuhuuhuh....

okeyh keesokkan harinya pepagi ade 2 acara yg berlaku serentak.


first ade senamrobik kat padang awam felda selancar 1. pas tu ade sukaneka pulak. untuk acara sukaneka, mcm2 aktiviti dan permainan ade. utnk org dewasa ade anyam ketupat, hias buah... yg menariknye, aktiviti ni org laki pun ade join jugak!! haaa... kau jgn tak tau joyah. leman seberang jalan tu pun reti mengayam ketupat tau!! tembikai habis diukirnya jadi bunga ros. kursus kat kemas ke pak cik. hihihihihi....



bersama hamper yg pecah. dah repair sehari sebelum tapi yang lain pulak pecah. maka team "tugas-tugas khas" mula beraksi. huhuhuhuuh........





pada masa yang sama ada pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan free untk penduduk kampung.

yang tang pameran ni yg aku tak berapa nak puas hati. bukan nye ape, rata2 yg buat pameran tu budak diet ngan nursing. course sciences je yg ramai gi program tu. budak course lain kurang. kalau dentistry toksah kata la. aku sorang je. mana aku nak baut pameran pergigian ngan check gigi org kampung. padahal kesedaran pasal penjagaan mulut dlm komuniti org kampung tu sngt2 la merisaukan aku.

maka pameran tu rata2 berunsurkan beberapa poster dari kementerian kesihatan dan bebudak diet punya poster dan pameran lain. aku dan budak course lain yg tak cukup org ni jadi kiciwa.. tak dapat nak memberi kesedaran kpd org kampung tentang ape yg patut mereka tau.



cik jenab dengan cik mat pasar ikan berlomba2 mengayam ketupat



aku harapkan agar lepas ni kalu mrc ke sape2 nk buat event tu, tgk2 la balik pecahan dan taburan pealjar serta course mereka. supaya semua dapat memberi manfaat untuk komuniti yg kita pilih. nanti kita dpt bg diaorg pendedahan secara holistik. kerohanian ade.... duaniawi ade... kan best gitu.. xde la berat sebelah. win-win org kata. nnti budak diet boleh blaja pasal ubat, budak nursing boleh blaja pasal gigi.. dan sebagainya. ilmu pun berkembang. tak gitu?

ni cadangan saje la.. aku ni hanya kuli hamba sahaya je.. mane ade org nk dgr cadangan aku (ooopssss!!!! ter-emo plaks)

malam sabtu tu ade forum perdana. aku xdpt nak ambik gmbr sebab nisa diserang sesuatu dan balai raya tiba2 bertukar menjadi emergency room seketika. time tu paling syok. patient ade (nisa), nurse ade (kak ayuni), dukter gigi ade (aku, errrr ade kaitan ke??), dan pharmacist pun ade (elina) hahaha... syok tu semua ade. aku rs uia kalau buat polyclinic pun boleh. semua klinik ade. klinik gigi, klinik badan, klinik mata, telinga, perundingan pemakanan, farmasi.. semua ade. complete wholesome.

sila abaikan gambar dibawah sebab sepatutnye gambar ni ade sebelum gambar ramai2 kat pantai. kita skip jap ehh...

hari ahad pun datang jua. rasa tak puas lagi duduk kat selancar. rasa tak puas mkn masakan mak cik. rasa tak puas berborak dgn pak cik ahmad. wuuuuu~~~~~


kami sekeluarga...

ank2 dia ade je ambik gmbr tp aku xboleh nk post. sebabnye gmbr diaorg xpkai tudung. xelok la kan duk post gmbr org xpkai tudung. nnti dah tu kita berdosa, tnggung dosa dia lg. dia berdosa lagi. ish3.....

uh uh uh.... sayu dan pilu....

babai mak cik... babai pak cik... lain kali kita jumpe lagi ehh..

kalau ke kuantan tu bgtau la ye.. boleh kita berjalan2 sekalli. boleh duk rumah.. lepak kt rumah.


lepas bertolak pulang, perjalanan tidak diteruskan ke kuantan. kami ke rompin sebentar. ke pantai hiburan rompin. saje je nak melepaskan penat kononnye... big bos asalnye ank ke air terjun gunung ledang tapi pak cik bas tak mau. dia nak gi tmpt yg xperlu dia pusing2 dah. maka mereka bersetuju ke pantai hiburan rompin saje...

pantai nye kalau nak dibandingkan dgn pantai yg ade kat sekitar kuantan, aku rasa better kat kuantan. tapi dari segi ke-best-an tempat makan aku pilih pantai hiburan rompin. dia xde mcD, KFC ke ape xde. sekadar geari je. tp gerai tu dihias cantik.. ade goreng2 yg best, abc... mcm kt tepi pantai betol la. cuma satu je yg xcukup. toilet. xde toilet. klu nk gi toilet kena gi kat toilet restoran cina. tu je la kekurangan nya kot.

big bos asalnya nak buat post mo term tapi tak jadi. sebab dah lewat sngt n ade student yg tiket basnya kul 9 mlm. kena la kejar masa.. anyhow sebelum bertolak balik, kami semua sempat lg bergambar buat kenag2-an...

TABAH yg best!!

dah 3 hari berlalu.. aku harap semua peserta masih berhubung dgn family angkat masing2.. semoga mahabbah yg terbina ni berkekalan smpai syurga, bak kata big bos. juga aku harap semua komiti pun xde la menyombong muka pas ni kalau jumpa. xbest la kalau mcm tu kan..

pape pun program ni besar maknanya untk aku. betul2 menguji ke TABAH an diri. seronok pun ade. dpt kawan baru.. best. suka. lepas ni nak join lagi la mana2 aktiviti.. kita kembangkan kebolehan diri kita, kita belajar bergaul dan berkomunikasi, cari pengalaman baru, dan perbaiki diri kita. baru la idup ni ade makna sket. xde la duk buat keje sndiri, xde bergaul dgn org lain, xde nak pergi sana sini, belajar idup susah.

okeyh.. harus ke dapur untuk sediakan lunch. nanti sarah mau pulang. lain masa aku update lagi. take care all.








assignment dr susi mcm mn???

Thursday, July 14, 2011

jom kemas barang!!

sumbat sumbat sumbat!!!!!!

semua komiti duk packing nak gerak ke selancar esok (skrg dh 1.41am so kira pagi nnti la gerak). kalau tadi dah packing goodybag, skrg balik bilik packing beg baju plak.

baju kurung - 4
blouse - 3
t-shirt - 3
suar - 3
t-shirt lgn pendek - 4

hemmmmm....... cukup la tu. nak pergi 4 hari je kot. bkn nak duduk seminggu kat situ.



tapi aku rs sedih la plak nnti induction course ni habis. nnti dh susah nak jumpe bebudak tak betul ni semua. kalau aku nak cerita satu per satu mmg jenuh. mcm2 perangai. ade lagi boleh tau org tu mcm mn sbnrnye. n boleh jumpe mcm2 jenis org. tu dia pengalaman hidup. a never ending classroom.

aku harapkan ukhwah yg terbina sepanjang program terjaga smpai bila2. xde la takat kenal time program je. xsyok la mcm tu kan. dan aku harap juga program ni berjaya. dan bakal memberi manfaat kepada kitaorg dan juga orang felda.

okey dah dekat nk pukul 2. esok nk gerak awal. mampus nnti kalau bgun lmbt. beg dah kemas smua. jgn lupa baca doa sebelum tido. good nite all =)









ohh malunya pada big bos sebab salah hantar mesej kat dia. mujur big bos sporting.

Monday, July 11, 2011

final visit selancar versi xde gambar

seawal pagi tadi, kul 745 pagi kami semua gerak dari uia ke felda selancar. tujuannya untuk meng-setel-kan ape yg x setel lg. kira final touch la lebih kurang.

gambar aku x ambik bnyk sebab agak sibuk juga. bersihkan wisma felda, meeting bersama wakil2 felda dan edarkan flyers di sekitar kawasan kampung. sakan jugak melayan makcik2 ni. smpai aku kena panggil dek nisa ngan shikin suruh balik sebab dah pukul 7ptg masa tu.

mcm mn felda selancar ni?

well mcm felda yang lain jugak, ade pokok kelapa sawit yg bnyk.... rumah asal peneroka yang belum di-renovate ade lagi. comel je. rumah papan kecik yg mungkin cuma 2 bilik aku kira. ade jugak yg dah renovate kasi besar. ade jugak rumah batu asal yang x renovate tapi saiz dia kecik la. xde la besa gaban mcm rumah sekarang.

kat sana life diaorg simple je. keperluan semua ada. kedai, surau, masjid, dewan, padang, skolah.. dan mungkin ada la klinik kt mn2 yg aku xbrape nak tau kt mn, maybe ad kot yg terdekat. rumah2 kat sini meriah. rumah meriah, landscape meriah. kawasan felda as a whole meriah. mmg cntik. aku kira diaorg ni mmg minat betol bab2 menghias ni. xpun mungkin ade pertandingan felda tercantik, tu yg lawa semacam je kawasan felda tu. aku perasan felda lain pun semacam je lawa nye. mcm kat chini yg aku pegi masa aku skolah rendah dlu, kat jerantut ngan kat area bukit ibam.

satu benda pasal org felda ni yg buat aku agak terkejut adalah apabila aku tgk diaorg ni xcukup gigi tapi xpakai denture. serious, kalau la uia ni ade kampus selancar, bukak kulliyyah dentistry kat situ, confirm senang nak cari patient prosthe. kau cakap je nak kes ape, class ape, aku rasa semua ade. baik lelaki baik pompuan. yg tinggal sebatang ade, yg lansung xberpagar ade.

ni yang lagi buat aku rasa nak berkhidmat kat muadzam ni pas grad nnti. bukan ape, boleh la jugak bagi maklumat, share pengetahuan dgn penduduk felda dan mana2 kampung sekitar pasal penjagaan mulut. sedih aku tgk diaorg mcm tu. rs mcm nak je ajak mak cik tu dtg uia buat denture, tp nk buat mcm mn, uia dgn selancar tu jauh. 2-3 jam perjalanan.

tu baru yg duduk kat kawasan felda. yang duduk kat kawasan kampung yang lebih pedalaman, kampung2 org asli, mcm mn la kan? kesian diaorg xde org nak bgtau diaorg betul2, ajar betul2. jom lah kita ramai2 ambik public health, keje kat pedalaman supaya semua org malaysia ni ade senyuman yg menawan. xde la nnti org bandar je yg gigi cantik, gi scaling, rct, implant, dan segala bagai lagi treatment pas tu org2 kampung, kwsn pedalaman ni biar je gigi diaorg tak cntik. ape guna kita belajar kalau kita tak berkhidmat untk org2 yg btl2 memerlukan kan?

ok lah. bateri laptop dh nk habis. aku pun nk tido dah. nnti aku letak gmbr felda tu. bye. gudnite










plug xboleh guna

Sunday, July 10, 2011

aku sedar aku siapa


aku tau aku xpernah join ape2 program besar. paling besar pun aku pernah join program2 KOD saje. aku tak pernah pergi sana sini join program besar2. aku xpernah dapat post yang besar2. aku mungkin tak arif tentang segala keperluan program besar. aku tak cukup pengalaman.

atas sebab tu aku join baksis ni. aku nak buat connection, cari pengalaman, belajar sesuatu.

aku tak pernah jadi subcom special task untk program besar. setakat yang kecik pernah la. tak macam kau yang memang selalu sangat pergi sana sini. asal program je muka kau.

aku tau semua tu.

kenapa kau layan aku macam aku tak reti buat satu kerja pun? kenapa kalau aku nak mintak pendapat kau tentang sesuatu yang kecik kau terus nak tarik muka lain, ubah tone suara, dan bantah mentah2 pandangan aku. kalau kau rasa tak betul, ape kata kau bgtau elok2, aku hargai pertolongan kau.

dalam ramai2 committee ni aku kenal kau sorang, tapi aku tak sangka kau mcm ni. kenapa? ape salah aku? salah ke aku xde pengalaman? salah ke aku mintak pendapat/pertolongan kau? kenapa orang lain boleh tolong aku dgn elok2 tapi kau tidak? hina kah aku dimata kau? aku ni saling tak tumpah mcm tin buruk berkarat tepi jalan yg kau lansung tak pandang.

aku buat kerja sorg, team aku yg lain semua xdpt dtg. aku tak cukup pengalaman. aku perlukan pendapat dan pertolongan dari org yg berpengalaman mcm kau. tapi kau.......... pandang aku mcm aku ni jijik sangat.

dari hari pertama kau mcm tu. aku pelik. ape salah aku? kau berdendam dgn aku ke?

aku sedih. aku rasa inferior. aku kerja sorang, aku cuba berikan yang terbaik, org lain puji kerja aku, tolong aku, tapi kau rasa aku ibarat beban dan jijik dimata kau. kenapa?

serious aku sedih. kesal. inferior.

aku hanya seorang committee yang tak reti buat kerja di mata kau, tapi di mata bos aku, aku mampu buat hampir 80% kerja team aku SEORANG DIRI dan bos aku bangga dengan aku. thnx madam bos (sebab big bos lain) sebab buat saya rasa lebih baik.










semalam baru ade org bg tazkirah. kalau kita lebih tahu akan satu hal, ade org tnya kita something, jwblah dgn seikhlas hati. semalam tazkirah, harini kau sama je. kau dengar ke tak org tu bg tazkirah?

Thursday, July 7, 2011

call me a doctor

dua singgit! dua singgit! dua singgit!!!




dh hampir 2 minggu aku terbatuk2 tak sihat kan diri. sejak balik dari melaka aritu. mulanya batuk. lepas tu dah start demam n selsema. pas tu tonsilitis, sakit telinga. lymph node pun membesar. dlm hati, infection ape pulak aku dpt nih??

makn OTC drugs saje, mmg xde ambik antibiotik. tonsilitis dh kurang sebab aku gargle dgn mouthwash alhamdulillah dah xde skrg cuma batuk saje.

maka semalam aku ke UIA kembali sebab ade induction course untk program anak angkat di felda selancar 1 minggu depan 14-17hb julai. aku nekad, xboleh jadi ni. xkan nak sakit time program kot. lagipun dah lama sngt sakit ni. aku pergi clinic uia.

pergi clinic uia aku pun cerita la kat doc tu segala2 yang aku alami dan buat selama seminggu lebih sakit ni. dia pun ambik lampu suluh sebesar pen berjenama parker (sekadar perumpamaan) lalu menyuluh lobang tekak aku.

"hemm...... ade white patches ni." aku dah macam, alamak. white patches bermakna infection samada oleh bakteria atau boleh jadi fungi.

lalu puan dokter ambik steteskop dn dgr lungs aku. "ok lungs clear. cuma infection kat tekak sahaja." pheww lega jugak aku.

lalu puan dokter tulis ubat yg bakal aku dpt. berjela jugak ubat nye. panadol, ubat batuk, ubat selsema, antibiotik, ubat kumur, ubat kemam. semua yg diatas tu lah. pas kumur tu rasa mcm telan ubat gamat je. ewuekkk.

setelah disahkan mendapat URTI (upper respiratory tract infection) aku pun blah dari clinic tu terus ke cf bro untk induction course. sambil tu terbatuk2 ha. smpai sakit kepala, kuar air mata. nyaris xkuar bijik mata je.

tapi so far smpai ptg ni alhamdulillah aku rs mcm ok sket kot. anyhow amoxicillin 500mg 15 tablet yg puan dokter bagi tu tetap kena complete course jugak. mmg jenuh la aku nak telan uabt sebesar bijik rambutan tu (penipu gila)

kepala ngantuk tapi malam ni ade slot untk transportation n accomodation. harus pergi juga sebab semua org kena tau pasal program ni. kalau tak nnti berterabur. ni la pentingnya induction course.

okeyh, nak bersiap untk meeting. nnti aku cerita lagi cerita lain. daa..












bilik sorg satu mmg best tapi mcm bosan pun ade jugak.

Saturday, July 2, 2011

renung2kan dan selamat beramal!!




"What is God? God is a place where someone have no place to turn to."


fullmetal alchemist





sebaris ayat yang buat aku terdiam sekejap masa tengok anime tu. somehow aku rasa ayat tu betul bila sesetengah orang cuma kembali ke jalan Allah setelah ditimpa kesusahan tapi bila dia xde problem, donia ni haku yang ponya, menghadap megi kari semangkuk pun kau lupa nak ucapkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukur atas nikmat yang Dia berikan pada kau.

jom kita bersama2 renungkan kembali, ape yg kita dah buat selama ni........













sebaris ayat mungkin boleh jadi hanya sebaris ayat yang dihiasi huruf2 dan tanda baca. terpulang pada individu untuk menginterpretasikan ayat berkenaan.

2 down, 44 to go

kejadahnye tajuk post kau izzati????



hari semalam (1 julai 2011) classmate aku cik sabariah punye behday. hari bersejarah itu jadi makin bersejarah bila dia dinikahkan dengan jejaka pilihan beliau, encik ape-aku-tak-tau. huhuhu... tahniah tahniah.... sorry lah xdpt dtg sebab maam besar xbagi. plus kalau aku dpt pegi pun, aku tengah tak sihat. aku rasa aku tengah tonsilitis ni. kejadahnye tuu???? sakit tekak sebab tonsil bengkak. nak menelan sikit punya seksa. suara rock mcm ella dah.

beberapa hari yang lepas, classmate aku lagi sorang, encik abd rahman telah selamat di-ijab kabulkan dengan wanita pilihan beliau bernama puan ape-aku pun-tak-tau-jugak. yang tu aku xdpt pegi juga kerana maam besar xbg pegi. alasan?? jauh sangat smpai ke kelantan tu katanya.. aku senyap aje. malas nak kata lebih.

maka, dalam batch aku ade 46 org. dua dah kawen, tinggal lg 44.. huhuhu... boleh pulak buat countdown org kawen. xde keje.

sape lah yang last skali tu ehh. yg last tu kena buat habis gempak. sebab penutupan kan. kenduri untuk bebudak kelas 7 hari 7 malam siap bunga api la org kata. huahuahuahuha.....











that should be me-justin bieber. i know somehow there's a reason why i suddenly love that song.