CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 21, 2010

letih otak sakit otak

tiba tiba teringat kisah lama ya apa yang kau buat pada aku masih aku ingat apa yang kau kata masih berbekas dalam kepala otak sempit aku apa yang pernah kau buat masih selalu flashback dalam kepala otak sempit aku adakah wajar aku berikan maaf untuk kau yang mempunyai hati ibarat longkang dekat pasar kuantan walaupun wajahmu seindah matahari naik kat bukit panorama mungkin juga kau akan menerima kemaafan aku tapi lambat lagi kerana kekejian perilaku kau membatasi kemanusiaan yang pernah kau curahkan dan bila di tambah tolak darab bahagi kuasa tiga dan dikamirkan jumlahnya tetap negattif maaf kemaafanku gagal dikreditkan andai akaun penerima yang ingin didebit mempunyai baki bawa hadapan bernilai negatif mungkin pada kau apa yang kau buat itu okay tapi hati tisu muka aku tercarik juga dah puas selotape sendiri pun tercarik juga aku adalah aku seorang manusia yang punya hati dan perassan serta hak untuk memilih aku mahu menjadi aku aku mahu membentuk plastesin mengikut rentak jari jemari aku dan aku tidak mahu aku menjadi sesuatu yang aku tidak mahu aku tidak rela mengikut rentak jari jemari kau aku mahu bebas berlari bermain pelangi di kaki langit melompat di awan kepul kepul comel yang berambal di langit biru tenang aku mahu berlari dalam lalang merasa luka kecil torehan lalang di kulit sendiri aku mahu hidu bau hujan sendirian tanpa ada yang berkata nanti demam sumpah sungguh dalam kata kata yang kau lemparkan pada aku sumpah sungguh sakit rasanya bila kau buat macam tu pada aku walaupun dah lama tapi aku tak boleh lupa aku tak mengharapkan kemaafan kau tapi aku harap kau berubah agar kau tak melukakan hati orang lain sekeliling kau sepertimana yang pernah kau buat pada aku

0 other fingers talking:

Post a Comment